29 January 2011

PIALA SUMBANGSIH 2011 | SELANGOR vs KELANTAN




Saingan musim bolasepak Malaysia dah kembali bermula! 

Tahun lepas adalah tahun kecemerlangan bagi pasukan bolasepak Malaysia...kita dah menang Piala AFF Suzuki yang selama ni tak pernah pun kita dapat...hope tahun ni saingan lagi menarik & gempak penuh dengan aksi & skill para pemain..bukan aksi  hooligan para penyokong yang kat dalam & luar stadium tu...no firework no laser beam no bakar-bakar kerusi!

Piala Sumbangsih membuka saigan liga bolasepak Malaysia bagi tahun 2011 yang menjanjikan aksi-aksi yang lebih menarik...kalau kat England omputeh panggil Charity Shield Cup tapi kat Malaysia kita panggil Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah 

Untuk rekod bermula musim Liga Malaysia 2011, format Piala Sumbangsih kembali ditukar....Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim ini...kalau sebelum-sebelum ni Juara Piala Malaysia akan berebut Piala Sumbangsih dengan Juara Piala FA (atau naib juara piala FA, jika pemenang Piala Malaysia juga adalah juara piala FA)

Piala Sumbangsih ni diadakan setiap tahun & merupakan perlawanan pembuka tirai bagi musim Liga Malaysia...kira macam intro lah dalam saingan liga bolasepak Malaysia

Saingan kali ni adalah di antara pasukan Kelantan bertemu dengan Selangor...Kelantan turun selaku Juara Piala Malaysia & Selangor selaku Juara Liga Super...tahun lepas 2010 Selangor dah pun jadi champion untuk piala ni mengalahkan pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1...tahun sebelumnya pun Selangor jugak yang merangkul piala ni

Mungkinkah pasukan Selangor akan merangkul buat kali ketiga atau hatrick? Ataupun pasukan The Red Warriors yang akan merampas takhta kejuaraan dari The Red Giants?

Sama-sama RED & sama-sama merah ni...memang semangat merah tengah membara-bara...ada orang yang cakap team yang pakai jersi merah ni selalunya akan menang tak kiralah apa-apa games pun...maybe ada Feng Shui kot...bukan aku yang cakap tapi orang yang cakap

The Red Giants dah 8 kali menang Piala Sumbangsih, banyak tu...tapi The Red Warriors masih belum pernah menyentuh piala kebanggaan ini walaupun sekali...tahun lepas pasukan Kelantan dah pun menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali...macam-macam habuan yang pemain-pemain dapat...maybe tahun ni diaorang nak rasmikan saingan bolasepak Malaysia dengan kemenangan kot...kalau tengok dari segi potensi memang pasukan Kelantan tengah tip top sekarang ni

Sama-samalah kita nantikan aksinya pada malam ini...Support Our Local Football!

Piala Sumbangsih 2011 Selangor vs Kelantan

Stadium Shah Alam
Sabtu
29 Januari 2011
8.45 mlm
Live : Astro Arena (Tv1 tak tahu lagi ada live or tak)


All Images By Mr. Google



*nota kaki berbau :
Bolasepak adalah satu permainan yang banyak dimainkan dengan kaki tetapi yang selalu menang biasanya memainkan ia dengan akal

28 January 2011

1st GIVEAWAY ANG POW CHINESE NEW YEAR

Mahu AngPow? KLIK lah saya

Umur dah tua-tua ni dah tak dapat collect duit raya lagi...tapi nampaknya ada orang bermurah hati nak bagi Angpow lah... So, apa lagi inilah peluang kita yang dah tua bangka ni nak collect duit angpow...Teringat zaman kanak-kanak dulu terpaksa berbaris tunggu turn nak bersalam dengan tuan rumah untuk collect duit raya...Tapi kali ni tak payah bersusah payah nak berbaris just buat satu entry ucapan "Happy Chinese New Year" yang simple-simple jek

Kalau teringin nak Angpow or saje nak kenal-kenal dengan tuan punya GiveAway yang UNIK ni boleh klik kat SINI...Tuan punya blog Lovely.Me (peterekha.blogspot.com) ni adalah seorang Chindian (Chinese+Indian) & ada mix dengan Malay, Baba Nyonya & Iban gak...Konfius kan? memang penuh dengan ciri-ciri 1Malaysia...Mari kita collect duit Angpow dengan join GiveAway ni...Mana tau ada ONG, bukan Ong Bak tapi ONG (tuah)

Sebab semangat 1 Malaysia OdahOne pun nak buat ucapan Chinese New Year ni dalam bentuk pantun...Mari kita layankan pantun Happy Chinese New Year...hoho! habislah rosak pantun Melayu ni OdahOne kerjakan...

Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan 

Sorong papan tarik papan
Buah keranji atas perahu
Suruh makan odahone makan
Buat ucapan odahone tak tahu 

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Tahun Baru Cina bakal menjelma
Gong Xi Fa Chai odahone ucapkan 

Yang kurik itu kendi  
Yang merah itu saga 
Yang cantik itu bunga api
Yang unik itu tarian singa

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Warna merah membawa tuah
Agar hidup aman sejahtera

Seri Mersing lagulah Melayu
Dikarang oleh biduan dahulu
Tahun harimau sudah pun berlalu
Kini tahun arnab datang melulu

Pisang emas dibawa berjalan
Masak sebiji di atas peti
Kuih bakul sudah habis ditelan
Limau mandarin pula sedang menanti

Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Tahun Baru Cina sudah dekat
Mari kita sama-sama merai

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi  
Tak kira jauh mahupun dekat
Bersama-sama kunjung-mengunjungi

Anak ayam turun lah lima  
Mati seekor tinggal lah empat
Tahun Baru Cina disambut bersama
Satu Malaysia Satu semangat

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga Angpow odahone cari
Mana kan sama Angpow Si Rekha seorang

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh bagi Angpau lagi

Rumah tepi sawah
Pasang pula langsir biru
Korang semua jangan marah
Odahone undur diri dahulu


Ewah...jawab jangan tak jawab...naik seronok pulak layankan pantun ni...tapi cukuplah setakat ini...lain kali kita berpantun lagi

OdahOne mahu tag ini orang :
Clara

hadiah nya...5 Angpow kepada 5 lucky winner!!..
(Angpow berisi lah...takkan sampulnya jek...tapi isinya tak tahu lagi kaler apa...maybe biru air laut, hijau katak pisang or merah kemerahan)


*nota kaki berbau :
Selamat tahun Baru Cina...Gong Xi Fa Chai...Kong Hei Fatt Choy ...Happy Chinese New Year

27 January 2011

SIAPA JAHILIAH MODEN?


Definisi Jahiliah : bodoh atau sesat

Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup...Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk...Tidak mempunyai peradaban...Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak...Tidak boleh membaca dan menulis...Wanita dipandang rendah...Tidak diwarisi harta ibu bapa...Bayi perempuan ditanam hidup-hidup...Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna...Percaya kepada animisme dan tahyul...Semangat Assabiyyah...


Dibuang kerana cacat?

KLANG: Seorang bayi perempuan ditemui seorang lelaki dalam kotak di hadapan sebuah premis kosong di Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhamad Md Yusof berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati seorang bayi perempuan berusia lingkungan empat hingga lima bulan diletakkan dalam sebuah kotak. Katanya, bayi yang masih hidup itu lengkap berpakaian namun tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui bersamanya. “Hasil pemeriksaan terhadap bayi berkenaan mendapati dia tidak mempunyai parut suntikan BCG serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Namun, kami percaya bayi itu mengalami masalah kesihatan kerana kepalanya didapati berair,” katanya.

Bayi lelaki ditemui di lorong tandas HTAR

KLANG: Seorang bayi lelaki yang dibalut badannya dengan kain tuala dan kain batik lusuh ditemui di lorong tandas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemui seorang pengawal keselamatan HTAR pada jam 4 pagi.

Bayi dalam beg galas meninggal

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia enam hari yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah beg galas di Jalan Persiaran Titiwangsa, berhampiran Istana Budaya, di sini Selasa lalu, meninggal dunia di Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Mangsa meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan lahir tidak cukup bulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad berkata, bayi malang berkenaan ditempatkan di Unit Pediatrik HKL sejak ditemui empat hari lalu.

Katanya, bayi berkenaan ketika ditemui masih hidup, namun keadaannya lemah selepas dipercayai sejam diletakkan dalam beg galas yang ditutup.

Jumpa bayi dalam kedai tak siap

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di sebuah bangunan kedai dalam proses pembinaan dan tidak berpenghuni, di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Dalam penemuan kira-kira jam 10 pagi itu, bayi terbabit dipercayai ditinggalkan dengan keadaan berbalut kain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohammed berkata, bayi itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui bangunan berkenaan dan mendengar tangisan bayi.

“Orang awam itu yang terkejut sebaik melihat bayi yang ditinggalkan di lantai bangunan tidak berpenghuni itu menghubungi polis".

Bayi baru lahir berlumuran darah dibuang tepi rumah

MERSING: “Saya terkejut mendapati ada bayi diletakkan di tepi rumah dengan tubuhnya berlumuran darah selain masih bertali pusat,” kata Siti Zaharah Ahmad, 45, ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tekukur, Felda Nitar 1 di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zaharah bersama suami, Abd Rahman Omar, 59, serta cucu sedang menonton televisyen apabila dikejutkan dengan jeritan jiran mengatakan ada bayi di tepi rumahnya.

Dia keluar sebelum menemui bayi berkenaan yang berbalut kain batik sedang menangis.

“Bayi lelaki itu mungkin baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat serta berlumuran darah".

Mayat bayi lelaki ditemui di Sungai Klang

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki ditemui mati terapung di Sungai Klang, berdekatan Flat PKNS AU3 Keramat, di sini hari ini.

"Mayat bayi itu ditemui seorang lelaki Indonesia yang menjala di sungai itu pada kira-kira jam 2 petang," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang lebam kebiruan, polis percaya bayi terbabit berada di situ sejak dua atau tiga hari lalu.

"Ketika ditemui mayat bayi itu dalam keadaan terlingkup dan tidak berbaju dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu yang tercacak di tebing sungai itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini hari ini.

Mayat bayi yang lengkap berpakaian itu ditemui pada 10 pagi oleh seorang suri rumah, Supik Satun, 43, dalam sebuah kotak di hadapan rumahnya, ketika beliau hendak membuang sampah.

"Pada mulanya saya ingatkan dalam kotak itu sampah tetapi selepas membukanya saya dapati mayat seorang bayi perempuan. Terkejut dengan keadaan itu saya lantas memanggil jiran saya yang berada di dalam rumah untuk menentukan sama ada ia bayi atau anak patung," katanya kepada Bernama.

Jiran Supik, Suntari Manaf, 46, berkata beliau segera ke tempat pembuangan sampah itu selepas dipanggil oleh wanita berkenaan. 

Nasib bayi tak dibaham anjing

SEREMBAN: “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.

Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas.

“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.

Petikan < MyMetro Online
Esok? Lusa? Minggu Depan? Kat mana pulak agaknya?

Now I cannot speak, I lost my voice
Speechless and redundant
'Cause I love you's not enough
I'm lost for words
http://www.mfd.org.my
*nota kaki berbau :
Tangan kanan: 1 kenakan pada mulut..........???????????

26 January 2011

DUNIA KANAK-KANAK

Aleeya & Badak Sumbu
Kimie & Si Memerang
Aleeya & Si Tenggiling
Kimie & Bapak Cempedak

Kanak-kanak (juga digelar senagai budak-budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai akil baligh

Semua kanak-kanak suka bermain sebab bermain tu termasuk dalam salah satu kaedah pembelajaran...bermain tu penting bagi kanak-kanak sebab benda ni menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, mental, bahasa, emosi dan sosial...kanak-kanak selalunya belajar sesuatu yang baru time diaorang bermain

Contohnya; bila aku tengok anak saudara aku main sembunyi-sembunyi@nyorok-nyorok...kat situ diaorang boleh belajar mengira...walaupun dari satu sampai sepuluh tapi kalau tak reti nak mengira tak boleh main gak permainan tu...ada budak yang nak join game tu tapi sebab kecik lagi & tak pandai nak kira 1,2,3 so, terpaksalah jadi penonton ...tengok jeklah member-member main sambil dalam hati berkobar-kobar nak belajar mengira

Time tu jugak aku tengok ada yang belajar nak menipu sebab kalau ikut peraturan sebenarnya kena tutup mata sambil mengira & menghadap kebelakang, tapi ada yang skodeng bukak mata sikit & tengok member-member menyorok kat mana...so, senang sikit nak cekup...kecik-kecik dah pandai menipu ek, tapi benda ni natural aku dulu pun buat macam tu gak...menipu time main games ni standardlah

Dari segi perkembangan bahasa pulak, ketika bermain kanak-kanak dapat menambah perbendaharaan kata atau orang puteh panggil vocabulary...mereka berinteraksi secara aktif sesama mereka, belajar bercakap dan bertanya soalan dan menjangkakan (expect) jawapan untuk soalan yang ditanya

Tapi yang aku tak minat bila balik rumah ada sahaja perkataan orang dewasa yang diaorang ucapkan tanpa rasa bersalah...tak kiralah dalam Bahasa Melayu or omputeh...kadang-kadang boleh pulak nyanyi lagu yang bukan-bukan...kalau setakat lagu yang dia belajar kat sekolah tu takpelah

Emosi kanak-kanak selalunya jadi stabil bila bermain...ada perasaan gembira, puas hati dan seronok...yang aku pelik, selalunya budak-budak ni mula-mula main semua enjoy & gembira tapi selalunya ending mesti bergaduh & menangis...tapi sekejap jek gaduh esok lusa dah boleh main sama-sama...no heart feelinglah orang kata tak macam orang dewasa makan dalam, ada hati kecik & sifat hasad dengki

Kanak-kanak ni akan sentiasa mencari peluang & ruang untuk bermain tak kiralah kat mana or keadaan pun...dalam bilik air, dalam almari, bawah katil, semua tempat diaorang bantai nak bermain...kain selimut & bantal pun diaorang boleh buat macam rumah...kreatif jugak budak-budak ni aku tengok...ada sekali tu anak sedara aku bikin botol plastik jadi macam sayap sambil cakap kat aku; "tengok! adik boleh terbang"

Yang tak best kadang-kadang aku punya handset pun diaorang bikin jadi macam kereta mainan main sorong-sorong sampai habis bercalar...hati aku pun tercalar bila tengok handset ku yang agak mahal dah diconvert jadi mainan seakan 'hot wheels'...sabar jeklah tak baik pukul kanak-kanak setahun jagung yang baru nak belajar...better bagi nasihat dah cukup

Kita sebagai orang dewasa ni tak bolehlah pandang remeh pada apa yang kanak-kanak main...kena alert jugak sebab diaorang ni akal masih kurang...yang dah dewasa pun ada yang kurang berakal inikan pula kanak-kanak ribena...pantaulah apa yang diaorang main takut benda yang tak boleh main pun diaorang nak main jugak


Ada kes yang kanak-kanak tangkap lipan sebab nak tengok dia pakai bateri apa...bahaya tu, punyalah curios kanak-kanak ni sampai macam tu sekali...semangat ingin tahu kanak-kanak ni memang hebat mengalahkan orang dewasa yang suka buat tak tahu

Lastly, biarkanlah anak-anak bermain tapi pantau & jagalah apa yang mereka mainkan kerana bukan semua permainan sesuai untuk mereka

In a dark moment I ask, "How can anyone bring a child into this world?" And the answer rings clear, "Because there is no other world, and because the child has no other way into it." ~Robert Brault, www.robertbrault.com

*nota kaki berbau :
Kita selalunya sibuk memikirkan apa yang anak-anak kita akan jadi pada masa akan datang tetapi terlupa siapa anak kita pada hari ini

25 January 2011

1st CPA EARNING BY NUFFNANG


Inilah 1st CPA (Click Per Action) Earning yang En. Nuffnang dah pun bagi kat blog odahone...Melalui kempen iklan yang bernama Milkadeal En. Nuffnang telah memberikan income yang agak banyak kepada blog odahone berbanding sebelum-sebelum ni...

Kempen iklan yang bermula dari tarikh 21 Januari - 22 Januari 2011 telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM2.64...Oklah not bad bagi aku, lagipun selama ni cuma dapat sen-sen jek, tapi bila datang CPA ni barulah dapat hinggit-hinggit...Mesti ramai yang dapat lebih daripada ni, tahniah! sikit-sikit lama-lama jadi berbukit-bukit...Teruskan usaha lagi, Insyallah lepas ni dapat lagi banyak bergunung-gunung

Apa itu CPA? dulu takde pun benda alah camni yang Nuffnang bagi?

Yelah dulu cuma ada 2 jek kempen iklan dari Nuffnang CPC (Cost Per Click) & mCPM (Metered Cost Per Impression) ataupun orang lebih suka panggil BE (Buffered Earning)...bila dengar dapat BE ramai yang terbeliak bijik mata & berebut-rebut baca tips cara nak dapatkannya macam menang loteri pulak


The main difference between them is that for CPC adsyou get paid when genuine clicks are generated from ads on your blog, while for mCPM ads, you’re paid according to the unique impressions advertisers purchase from your blog who’ll be able to see the ad...aku try cakap omputeh jap...hope korang fahamlah kalau tak faham pun buat-buat faham sajelah


Setelah lebih kurang 4 tahun bersama-sama nuffnagers, Nuffnang ni berbesar hati nak bagi earning dalam bentuk yang lain pulak untuk tambah income kepada para blogger yang setia...kiranya ni salah satu cara nak bagi optimize kita punya incomelah...taklah stick pada CPC & BE jek...diaorang kan ada jek idea nak bagi blogger sentiasa setia & seronok bersama-sama dengan Nuffnang Family

Kalau nak tahu berita lanjut kliklah SINI mana tau maklumat yang aku cuba sampaikan tak lengkap or tak tepat or orang tak faham sebab aku cuba sampaikan secara santai...hidup ni kalau semuanya serius & dah dirancang macam tak best pulak...so, kena relax-relax tak perlu nak serius dalam segala-galanya

Aku rasa CPA ni kira betterlah untuk nuffnangers yang baru menceburkan diri dalam dunia blog ni coz tak semua yang dapat kelebihan melalui CPC & BE tu...ada jugak yang income tak berapa nak stabil dengan cara tu...walaupun ada yang sekadar suka-suka tapi bila ada side income yang stable barulah ada semangat sikit nak nak menulis blog...idea-idea tu lagi masyuk bila duit pun masyuk...

At lease lepaslah duit untuk bayar bil broadband tiap-tiap bulan...kalau nak tunggu CPC tu duit macam tak gerak-gerak...nak tunggu Be lagilah berjanggut...yang otai-otai tu takde masalah nak dapatkan income-income ni...baca kat paper hari Ahad hari tu sampai ada yang dapat income ribu-ribu sebulan melaui iklan


With CPA ads, you get rewarded whenever there’s a specified action desired by the advertiser e.g. a product being purchased or, a registration form being submitted as a result from clicking on the ad from your blog etc. The amount earned will range from the transaction involved. The more difficult it is to do the transaction the more you earn. 


For example, if users who click on a banner are meant to just fill up a form, a blogger can earn say RM1 to RM20 per sign up (depending on the advertiser). However if it’s something more challenging, say if something of high value is bought then the amount rewarded can be even over RM50 being rewarded per transaction...lagi sekali aku speaking London...ayat dia senang jek nak faham kot

Apa-apa pun mCPM or BE tetap sasaran utama para nuffnangers sebab ia merupakan income terbesar yang nuffnangers boleh dapat mengatasi CPC & CPA

If you don’t want to have any CPA ads on your blog however, feel free to turn the option off using the Blog Manager tab on your dashboard. We’ll be watching over the new CPA model as time goes by and tweaking it over time to ensure it turns out to be an effective new stream of income.


And that’s all there is to CPA ads :) Thank you, Nuffnangers, for your everlasting support! (pesanan terakhir daripada En. Nuffnang)


*nota kaki berbau :
Musuh jangan dicari, rezeki perlu dicari, ajal jangan dicari-cari, BE masih terus dicari

24 January 2011

SEMANGKUK MEGI, SEKOTAK TEH BUNGA, SEBATANG CONE SUNDAE


Hujung minggu yang lalu semangkuk megi goreng telah menyelamatkan 2 insan dari terus kelaparan...semangkuk megi goreng yang dibuat dengan penuh kasih sayang dikongsi bersama tatkala perut sedang bergurindam & berkeroncong...dua bungkus megi goreng siap dimasak seawal menjelang subuh sebagai bekalan ketika sedang berdating

Asyik berborak bertaut hati...perut kosong tak pula diisi, lantaran banyak kisah dikongsi...semangkuk megi kini menanti...dikongsi diratahi tak tinggal isi...sambil menyanyi megi dinikmati...sampai lupa sesuatu sedang menanti

Sedang syok layan megi goreng bersama-sama, tiba-tiba anak tekak terasa dibelit oleh si mi megi durjana...malangnya air minuman terlupa nak dibawa...mujur ada insan prihatin yang sudi menghulurkan sekotak air teh bunga...buat penghilang dikala dahaga...berbekal muka tak malu air kotak diambil dengan selamba...ucapan terima kasih tak pernah kami lupa

Ribuan terima kasih diucapkan kepada si pemberi minuman...jasa anda tidak kami lupa...kalau tak kerana sekotak air teh bunga, mahu air tasik Putrajaya kami togok bersama...masih ada lagi rakyat Malaysia yang begitu prihatin rupanya...alangkah bertuahnya jadi rakyat Malaysia...tolong-menolong & budi bahasa dibawa ke sini sana

Balik dari dating singgah pulak Mc D...sebatang aiskrim Cone Sundae dari Mc D macam biasa sekali lagi dikongsi bersama...sedang tak sampai 10 kali aiskrim dijilat tiba-tiba malang datang menimpa

Cone sundae jatuh menyembah ke bumi...terpaku dua insan tanpa sebarang bunyi...meratapi aiskrim cair bersalut pasir berulamkan bumi...malang sungguh tidak terperi...sekadar melihat sambil berdiri...berlalu insan seraya pergi...memohon restu doa illahi agar hidup sentiasa dirahmati 

Itulah kisah minggu ini....

*nota kaki berbau :
Perasaan cinta itu adalah satu anugerah Allah kepada insan yang ingin membina kebahagiaan dalam perkongsian hidup dengan teman yang dapat menawan hati selama-lamanya

ANTARA MAKSIAT & ENCIK BALA

"Bala Oh Bala"
Kenapa nak letak papan tanda macam kat atas tu? Siapa Bala? Apa itu Bala?

Adakah Mr. Balasundram? En. Balakrishnan? Balachandran? Balasamy? Bala Bala? Cuba try jawab...

Sebenarnya, kawasan ni dulu banyak sangat 'kereta rosak' yang parking kat area ni...tak kira masa pagi petang siang malam marghrib subuh, hari-hari ada jek kereta yang rosak

Tapi tempat ni bukannya bengkel kereta, kenapa banyak sangat kereta yang rosak?

Sebab area ni port yang paling sesuai dan privacy bagi pasangan-pasangan yang ingin memadu kasih atau dalam bahasa modennya 'light light'...yang heavy pun ada jugak

Kereta dia orang tak rosak pun cuma saja buat-buat rosak...paham-paham sendirilah

Pintu kereta empat-empat tertutup rapat...enjin kereta hidup...air-cond kereta on bukan main sejuk lagi sampai nampak wap kat cermin...seat kereta dua-dua tumbang...tapi dalam kereta tak nampak pun orangnya...apa sebenarnya yang rosak? Itulah tandanya akhlak yang rosak bukannya kereta

Kenapa nak buat maksiat dalam kereta tak sewa hotel yang murah-murah, kan lagi selesa macam Hotel Selesa?

Sebab buat maksiat dalam kereta tak perlu keluarkan modal yang banyak...hanya tuang minyak RM10 & cari port yang bersesuaian dan pastikan kereta punya air-cond yang tip top kalau tak panaslah projek kat dalam tu (kat akhirat nanti lagi panas)

Couple ni bukan kira selesa or tak selesa yang penting nafsu serakah berjaya dilampiaskan...contohnya dulu ada berlaku kes pasangan yang kena cekup sedang berasmara dana dalam kereta...si lelaki berbogel & si gadis berpakaian tapi tanpa seluar dalam dan kutang (spenderless and coliless@tubeless)

Dah kena cekup si lelaki tu boleh reverse kereta nak langgar pulak penguatkuasa Jabatan Agama Islam...kalau mati orang tu dah 2 dosa yang kau dapat...pakej lengkap nak ke neraka...bukan pakej 3hari 2malam jek, tapi tak tahulah sampai bila...Wallahualam

Mungkin papan tanda ni adalah salah satu alternatif yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membendung gejala persetubuhan haram yang semakin berleluasa dikalangan masyarakat Islam atau Melayu secara khususnya...bila dah ada seks bebas maka lahirlah kes buang bayi secara bebas

Dengan cara ini diharap ada pasangan yang akan tersedar sebaik saja terpandang notis amaran tersebut...lagipun papan tanda ni dipasang di tempat yang strategik...betul-betul pada entrance tapak projek...kalau tak nampak memang buta kayulah sebab dah terpampang besar-besar macam tu pun still tak nampak lagi or buat-buat tak nampak kot

Sejauh manakah keberkesanan papan tanda ini?

Ada yang berpendapat bahawa hanya kawasan sekitar papan tanda tersebut jek yang tak boleh melakukan maksiat tapi tempat lain boleh, Bala tak kacau punya...ewah! begitu cetek sekali pemikiran

Macam jugak papan tanda dilarang merokok...kat situ jek aku tak boleh merokok tapi tempat lain boleh...biasalah sikap orang yang dah ketagih merokok buatlah apa-apa amaran diaorang mana pernah peduli...kecuali kalau dah kena saman keluarlah macam-macam ayat merayu

Itulah sikap manusia yang suka mempermain-mainkan amaran pada papan tanda...buat habis duit buat papan tanda amaran besar-besar tapi takde efek pun

Gaya bahasa yang digunakan dalam papan tanda ni lebih kurang macam papan tanda "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"

Ada maksud tersirat dan tersurat yang hanya boleh difahami oleh mereka yang cerdik akal bukannya mereka yang berakal singkat@dungu atau sengaja buat-buat tak tahu...orang seperti ini digelar sebagai 'sengal'

Bala atau musibah Allah itu tak kira tempat dan masa...siapa-siapa pun boleh kena & datangnya kadang-kadang tak bagi sebarang amaran...ada jugak yang datang dengan amaran tapi kita yang tak perasan

Contoh; peristiwa kaum nabi luth & nabi noh...habis bumi diterbalikkkan jadi padang jarak padang terkukur, bumi ditenggelami air dengan banjir besar yang dashyat...tu semua berlaku sebab kemurkaan Allah atas sikap buruk manusia

Sekali turun bala dari Allah Taala habis semua ranap tak kiralah besar kecik, tua muda, kuat lemah, kaya miskin, gemuk kurus, rambut kerinting or lurus, lubang idung beso or kecik, hensem or kurang hensem semua sapu bersih...habis lump sum pukul habis

Bala & musibah tu boleh datang dalam pelbagai bentuk antaranya bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, taufan & puting beliung, banjir besar, hujan batu, tanah runtuh, kemarau, cuaca panas melampau & juga penyakit yang pelik-pelik

Tengoklah berita hari-hari ada jek bala bencana yang berlaku di seluruh dunia...tempat yang selama ni dirasakan selamat dari ancaman bencana alam pun dah tak selamat...yang terbaru letupan gunung berapi, gempa bumi & tsunami di Indonesia yang sekali datang bukan meragut 2 or 3 orang tapi beribu-ribu nyawa, either yang berdosa or tak berdosa

Banjir pun dah jadi macam satu trend dalam dunia ni...hari-hari ada jek tempat yang banjir...mungkin dunia dah makin panas ais kat kutub utara & selatan dah tak boleh nak balance suhu dunia ni...aku tahu pun sebab tengok rancangan National Geographic

Kalau dulu tiap-tiap tahun kawasan yang banjir kat Malaysia ni cuma area pantai timur jek...tapi sekarang dah tak kira semua tempat boleh banjir...bandar-bandar besar turut banjir gak tapi banjir kilatlah air cepat naik & cepat surut...yang banjir termenung pun ada jugak...hujan dah berhari-hari berhenti tapi air tak mahu surut gak

Sekarang ni pun dah ada macam-macam jenis penyakit baru yang susah nak cari ubat...mungkin ni salah satu bala Allah Taala pada manusia yang lalai or penyakit yang manusia cipta sendiri dengan kaedah senjata biologi seperti antrax

Ada penyakit selesema babi H1N1, selsema burung, demam denggi, J.E, ebola, virus nipah, kencing tikus, HIV entah macam-macam lagi lah...kebanyakan penyakit datang disebabkan oleh virus...kalau sakit disebabkan oleh virus biasanya memang takde ubat spesifik yang boleh jadi cure

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>

Aku rasa mungkin lebih elok dan berkesan kalau ditukar jek mesej dalam papan tanda tu jadi macam ni...

"Marilah Melakukan Maksiat Agar Kita Ditimpa Musibah"

Tapi takut panjang sangat pulak, tak cukup space nak buat papan tanda...takpe kecikkan sikit font guna Times New Roman 12

Perkataan 'Marilah' tu lebih berkesan dalam hati manusia, sebab kita mengajak orang untuk melakukan sesuatu & dalam masa yang sama kita diperingatkan dengan amaran atau akibat yang akan diterima akibat melakukan perbuatan tersebut

Secara psikologinya manusia akan tertarik bila di ajak untuk melakukan sesuatu bila kita menyebut perkataan 'marilah'...blog odahone ni pun banyak perkataan 'mari' tak tahulah kenapa suka sangat dengan perkataan ni...tengoklah perkataan kat sidebar tu 

Perkataan 'Kita' pula digunakan kerana musibah Allah Taala tak kira sesiapa pun...bukan orang yang buat maksiat saja, tapi ahli keluarga, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga semuanya terkena tempias akibat perbuatan tersebut

Oleh itu, diharap perkataan tersebut mungkin boleh membangkitkan rasa gerun di dalam hati pelaku-pelaku maksiat...bukan saja mereka yang ditimpa musibah malah orang-orang di sekeliling mereka...mereka dan keluarga mereka

Perkataan 'Musibah' itu lebih elok untuk menggantikan perkataan 'Bala' supaya orang tak terkeliru dengan maksud bala atau mempermain-mainkannya, dan En. Bala tidak perasan atau terasa orang menggunakan namanya tanpa pengetahuan (takut kena saman pulak nanti)

Ada ke nama orang musibah? aku rasa takde kot nama Musbah or Misbah pernak gak dengar...nama Norhafiz Zamani Misbah adalah...nama pemain bolasepak Malaysia yang injured tak dapat join team Piala AFF Suzuki 2010

Mungkin idea ini boleh diguna pakai untuk papan-papan tanda amaran yang lain agar si pelaku lebih alert dan waspada dengan setiap tingkah laku mereka walaupun agak mengarut...odahone bukannya nak berceramah & baik sangat tapi sedang cuba & berusaha untuk jadi baik & terbaik bukannya terlangkup & terbalik

Idea ini memang agak pelik dan memerlukan masa bagi masyarakat Malaysia untuk menerimanya bulat-bulat...tapi inilah antara alternatif yang boleh dipraktikkan bagi membentuk masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang bukannya temberang


*nota kaki berbau :
Berjiran denga Bala Ramachandran, Bala Pillai, Bala Pomaleh, Bala Murugan, Bala Muniandy, Bala Ganesan, Bala Balasoorian, Bala Singh, Bala Sekar Nadarajan, Bala Sundram, Bala Anyam, Bala Krishnan, Bala Raman, Bala Subramaniam, Bala Vythilingam, Bala Nair, Bala Ji, Bala Pramoth, Bala Aya Kannu, Bala Chi dan bala-bala tentera yang lain...berapa banyak bala daaa...sori Incik Bala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...