18 January 2011

KEPUTUSAN UNDIAN ANA RAFFALI LAYAK MENANG AJL 25


Inilah keputusan hasil undian yang odahone letak kat sebelah sidebar blog ni selama 1 minggu "Ana Raffali Layak Menang AJL 25?"...korang tengoklah sendiri hasilnya...memang aku dah jangka keputusan camni, tapi saja jek nak memeriahkan lagi blog ni...memang ramai yang tak setuju lagu "Tolong Ingatkan Aku" dinobatkan sebagai Juara Lagu...kalau tengok hasil undian kat sini ramai yang pilih lagu Faizal Tahir

Ana Raffali Juara Yang Dicaci & Dikeji sehingga ke hari ini? Ada yang panggil lagu sampah & memang tak layak menang...apa-apa pun keputusan juri pertandingan adalah muktamad...kesian gak kat Ana Raffali sebab tu semua bukannya salah dia...dah juri yang pilih lagu tu sebagai Juara Lagu ke-25 takkan dia nak tolak pulak tak mau naik atas pentas terima hadiah...RM 35,000 tu siapa yang nak tak mau? 

Mungkin ramai yang tak perasan pertandingan ni adalah anugerah untuk menghargai pencipta lagu  (Juara Lagu) bukannya penyanyi yang popular ataupun pertandingan nyanyian yang biasa kita tengok tu...lepas jek si FBI, Ally & Cheryl umumkan nama pemenang Anugerah Juara Lagu penonton pun bersorak & "boo" ramai-ramai tanda protes tak puas hati...lepas tu ramai yang bagi komen mengumpat, mengutuk, mengeji, memfitnah & seumpama dengannya

Kalau yang kritik or komen tu ada ilmu muzik yang power-power tak kesahlah diaorang bercakap berdasarkan ilmu & pengalaman yang diaorang ada...lagipun juri-juri yang judge malam tu expert-expert belaka dalam bidang masing-masing...tentu ada reason diaorang pilih lagu ni jadi juara bukan lagu-lagu popular yang lain...pada pendapat aku 1st time dengar lagu ni kat Youtube dulu memang tak berapa best, tapi bila dengar 2 or 3 kali layan gak

Anyway, memang susah nak puaskan hati semua orang sebab manusia ni ada macam-macam taste & persepsi...yang penting jangan over-over sangat dah lah...sekarang kita tutup buku tentang kemenangan kontoversi ni & kita tunggu apa pulak kontroversi Anugerah Juara Lagu ke-26

*nota kaki berbau :
Juara sebenar adalah mereka yang cuba bangkit untuk menjadi juara disaat dia tak mampu untuk melakukan

2 KOMEN:

De Mois said...[Mari Balas Komen Ini]

Kah3..da2, tutup cerita ni. Yang penting kita bermaaf-maafan. La..ada kaitan x??

Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Wikileaks - Laporan Ananda untuk PDRM

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@De Mois...lari tjuklh bro...hoho! belasah jeklh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...