Showing posts with label info artis. Show all posts
Showing posts with label info artis. Show all posts

23 March 2012

KONSERT REUNION CROMOK 2012 | THRASHING KUALA LUMPUR




Konsert Reunion Cromok



MEMPERUNTUKKAN selama 15 tahun untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan anak-anak yang sedang membesar, kumpulan otai metal, Cromok, yang terdiri daripada Khairul Anuar Shariff (Karl), Shamsudin Ali (Sam) dan Tarmizi Mokhtar (Miji) bergabung semula untuk kembali menghidupkan Cromok demi mengubat rindu peminat tegar kumpulan muzik metal itu.


Tidak berasa gementar untuk kembali menghangatkan pentas muzik, Karl (gitar), Sam (vokal) mahupun Miji (dram) berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik pada konsert Cromok Reunion yang bakal berlangsung pada pukul 4 petang 8 April ini di KL Live Center, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.


CROMOK tahun 2012 kini digerakkan semula oleh (dari kiri), Sam, Karl dan Miji.

Konsert anjuran bersama Clockwork Events dan Uncang Tiga itu juga bakal meraikan ulang tahun ke-25 kewujudan kumpulan itu.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan pernah menempa nama di Australia dan seluruh rantau di Asia itu kini hanya menyaksikan Karl, Sam dan Miji sahaja sebagai anggotanya, memandangkan seorang lagi anggotanya, iaitu Din atau nama sebenarnya Khairuddin Mohamad sudah meninggal dunia pada tahun 1997.

Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Anuar Salleh, dia bersetuju untuk kembali menghidupkan Cromok semula kerana begitu merindui bermain alat muzik selain mengakui ingin mengubat rindu peminat tegar mereka.

"Saya bersama Sam dan Miji bersetuju kembali untuk menjayakan Konsert Cromok Reunion ini kerana sudah begitu merindui bermain alat muzik. Tangan dah rasa gatal nak main alat muzik.

"Sekarang kami sudah bersedia dan berlatih secara intensif di studio di Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk mendapatkan feel dan stamina terbaik sebelum tampil di KL Live Center," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar konsert di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini.


NOSTALGIA. Foto kumpulan Cromok yang dirakam pada tahun 1987 ketika dianggotai (dari kiri) Mat Puck, arwah Din, Sam dan Miji.

Selain rindu bermain alat muzik, Cromok juga mengakui menerima tawaran menjayakan konsert reunion itu selepas mendapat penganjur yang mantap selain bersemangat melihat kumpulan Search menjayakan empat konsert jelajah mereka.

"Bayangkan pada usia separuh abad, mereka masih aktif untuk menjayakan konsert. Ini membuatkan kami rindu berada atas pentas semula selepas sekian lama tidak berada di depan peminat muzik metal. Lagipun inilah masa yang sesuai kerana kami bukan semakin muda dan tenaga juga bukan sekuat dahulu," kata Karl lagi.

Miji pula sebaliknya mengakui tenaga ketukan dram dimiliki tidak sama seperti pernah dilakukan 20 tahun lalu. Begitupun, dia tidak menjadikan itu sebagai alasan kerana yakin dapat beraksi baik di pentas nanti dengan sokongan peminat.

Tiket Konsert Cromok Reunion Live In KL Live 2012 itu akan dijual pada harga RM98 dan RM138. Tiket boleh didapati menerusi www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 03-7880 7999.

Pembeli tiket yang berharga RM138 akan menerima baju-T eksklusif daripada Cromok.

SUMBER : Kosmo! Online


Is Thrashing KL with
Cromok Reunion Live in KL 2012

Metalheads rejoice! Mark your calendars, strike out the date and join history in the making. Since the last performance by the original line-up, CROMOK is back and badder than ever! On this coming 8th April 2012, 4pm at KL Live, Jalan Sultan Ismail the Malaysian metal gods will be back to rule us all with their thundering guitar riffs and trademark Cromok wall of sound!

Clockwork Events and Uncang Tiga are proud to present to the Malaysian metal community the most anticipated reunion in the local industry. With their last show back in 1996, this is a reunion 15 years in the making.

With the original line up of Karl, Miji and Sam back to rock us with their metal madness, make sure you don’t miss the most anticipated show of the year!

Also proudly brought to you as the opening bands are metal mongers Langsuyr, local stalwarts Metalasia and the up and coming Nuclear Strikes. Come early to experience the headbanging tunes brought to you only by Clockwork Events and Uncang Tiga.

Rock On!!!

Cromok History

Cromok is a thrash metal band from Malaysia, formed in Australia around 1987 by 4 students who studied at University Of Wollongong.

They are widely known to be a legend of metal music in Malaysia. Cromok is regarded as a highly respected band in Malaysia despite being semi-underground (they have a major record label deal with EMI (Malaysia) which is not considered underground for most underground purist).

With their straight up thrash metal sounds, Cromok were the Metal gods of Malaysia, worshipped and revered by all underground music lovers. Their song structures is characterised by very simple riffs and minimalist drumming overlaid with very complex and epic guitars solos.

Amongst their achievements as a band are;

1990 – Voted the Best Band in Sydney by HOT METAL MAGAZINE

1991 – Gold Award for Image of Purity album

1993 – Platinum Award for Forever In Time album

1994 – Double Platinum Award for Forever In Time album

2008 – MACP Award for the Most Played English Song in Malaysia

Cromok the band has undergone changes in many shapes and forms throughout the years, but as we all know, original is always the best. The original line-up consists of Karl on guitars, Miji on drums and Sam on vocals and bass.

Ticket Prices

Any purchase of the VIP RM 138 upper tier tickets will entitle you to one (1) piece of FREE exclusive Cromok merchandise to be redeemed at the door 

Venue Layout

Terms & Conditions
Age – Minimum 12 yrs & above. Strictly no drugs alcohol and violence.
Organizer reserves the right to refuse entry.
Ticket prices include RM3 Ticketing Fee
Once tickets are sold, no exchanges or cancellations will be entertained.
1 ticket admits 1 person only
Strictly NO Photography, Video recording and Audio recording is allowed
Please read and understand the Conditions of Sale before purchasing ticket

SUMBER : TicketPro


Peminat & pengaruh kumpulan Cromok ni memang ramai...OdahOne pernah buat satu entry tentang Cromok yang Bertajuk; "HENTAM CROMOK" & setakat ni inilah entry yang paling popular kat dalam blog OdahOne dengan jumlah 2985 pageviews...Entry ni OdahOne tulis pada 24 Oktober 2010 waktu mula berjinak-jinak dengan dunia blog dulu




Mungkin sebab ramai peminat fanatik Cromok yang marah & tak puas hati dengan entry OdahOne & secara automatik terus klik & baca isi kandungan cerita kat dalam entry ni...yelah siapa yang tak marah kalau kumpulan kesayangan diaorang kena hentam...tapi, bila dah baca barulah tau cerita sebenar...sebenarnya kita sama-sama kipas susah mati (die hard fan) kumpulan Cromok


Bayangkan hari-hari ada jek orang yang akan search keyword cromok pada search engine...kumpulan underground ni memang kurang dapat publisiti kat arus perdana tapi popularitinya mengalahkan kumpulan yang selalu keluar masuk tv & paper...kalau  keluar album sekarang ni sure dapat jualan platinium tak payah buat promosi gila-gila
Itulah uniknya kumpulan yang bernama CROMOK 
*nota kaki berbau :
Jangan dihentam Cromok kerana takut kena hentam dek peminatnya yang ramai

18 January 2011

KEPUTUSAN UNDIAN ANA RAFFALI LAYAK MENANG AJL 25


Inilah keputusan hasil undian yang odahone letak kat sebelah sidebar blog ni selama 1 minggu "Ana Raffali Layak Menang AJL 25?"...korang tengoklah sendiri hasilnya...memang aku dah jangka keputusan camni, tapi saja jek nak memeriahkan lagi blog ni...memang ramai yang tak setuju lagu "Tolong Ingatkan Aku" dinobatkan sebagai Juara Lagu...kalau tengok hasil undian kat sini ramai yang pilih lagu Faizal Tahir

Ana Raffali Juara Yang Dicaci & Dikeji sehingga ke hari ini? Ada yang panggil lagu sampah & memang tak layak menang...apa-apa pun keputusan juri pertandingan adalah muktamad...kesian gak kat Ana Raffali sebab tu semua bukannya salah dia...dah juri yang pilih lagu tu sebagai Juara Lagu ke-25 takkan dia nak tolak pulak tak mau naik atas pentas terima hadiah...RM 35,000 tu siapa yang nak tak mau? 

Mungkin ramai yang tak perasan pertandingan ni adalah anugerah untuk menghargai pencipta lagu  (Juara Lagu) bukannya penyanyi yang popular ataupun pertandingan nyanyian yang biasa kita tengok tu...lepas jek si FBI, Ally & Cheryl umumkan nama pemenang Anugerah Juara Lagu penonton pun bersorak & "boo" ramai-ramai tanda protes tak puas hati...lepas tu ramai yang bagi komen mengumpat, mengutuk, mengeji, memfitnah & seumpama dengannya

Kalau yang kritik or komen tu ada ilmu muzik yang power-power tak kesahlah diaorang bercakap berdasarkan ilmu & pengalaman yang diaorang ada...lagipun juri-juri yang judge malam tu expert-expert belaka dalam bidang masing-masing...tentu ada reason diaorang pilih lagu ni jadi juara bukan lagu-lagu popular yang lain...pada pendapat aku 1st time dengar lagu ni kat Youtube dulu memang tak berapa best, tapi bila dengar 2 or 3 kali layan gak

Anyway, memang susah nak puaskan hati semua orang sebab manusia ni ada macam-macam taste & persepsi...yang penting jangan over-over sangat dah lah...sekarang kita tutup buku tentang kemenangan kontoversi ni & kita tunggu apa pulak kontroversi Anugerah Juara Lagu ke-26

*nota kaki berbau :
Juara sebenar adalah mereka yang cuba bangkit untuk menjadi juara disaat dia tak mampu untuk melakukan

17 January 2011

TAHNIAH RADHI OAG!

This song's called
60's t.v.
Television
Watching on and on again
Where i can see the colour still black and white
I'm drinking while i'm watching the television
Drinking on and on again
Where i want to be alone
While i'm drinking
While i'm watching
Television
I'm watching
60's t.v.


Radhi OAG masuk PENGASIH...Gua tabik spring kat lu lah Radhi...satu tindakan yang bijak & paling berani yang dibuat oleh seorang artis...langsung takde sifat hipokrit atau nak cover line or cover glamer...tak ramai artis yang sanggup buat pengakuan macam ni walaupun yang terlibat dengan drug addict ni aku rasa boleh dikatakan ramai gak tak kira artis laki or perempuan...setelah lebih kurang 14 tahun bergelumang dengan dadah akhirnya Muhd Radhi Razali (nama sebenar) buat satu conclusion yang paling tepat dengan join PENGASIH...Tahniah! (sambil standing ovation & buat ombak)

PENGASIH adalah badan professional yang memang expert bab nak pulihkan orang yang drug addict...ramai yang dah berjaya termasuk abang Jamal Abdillah yang jadi mentor bagi penghijrahan terbesar dalam hidup Radhi...PENGASIH ni ada special method untuk pulihkan penagih tegar...setiap penagih ada cara pemulihan tersendiri...tak semua sama depends pada tahap ketagihan masing-masing...tapi method yang utama of courselah basic agama seperti solat, zikir & mengaji Al-Quran


Kuat penangan dadah ni...kalau dah terjebak jangan harap nak patah balik...tak ramai yang berjaya pulih sepenuhnya...kebanyakkan ending hidupnya either kat penjara ataupun kat liang lahat..yang dah berjaya pulih pun boleh terjebak balik kalau tak jaga betul-betul...sebab dadah karier hancur, badan sendiri pun rosak, akhlak runtuh, maruah pun tercalar, rumah tangga ranap & anak-anak terabai...untunglah si Radhi ni sebab cepat bangkit dari kesilapan & tak terus hanyut...Good job bro!

Aku memang layan kat band OAG sejak dari zaman sekolah lagi...nama  band ni pun agak pelik sikit Old Automatic Garbage (OAG)...1st album OAG dulu memang masyuk semua lagu best-best...album-album baru aku kurang sikit dengar...lagu 60's Tv, spastic youth, horible adorable, stupid yuppie memang mengancam

Hope lepas ni Radhi akan kembali dengan imej baru yang clean & clear dari dadah..."Rock star mesti datang lambat" (ini statement Radhi waktu lewat tiba kat mahkamah)  "Rock star tak semestinya tak boleh bertaubat" (ini pulak statement aku...hoho!) "Para remaja sekarang ramai yang suka menghisap Dada" (yang ini statement dari Dato' Seri S.Samy Vellu)...DADAH...Kill them all!

*nota kaki berbau :
Dadah Durjana Dadah durjana Kau penghancur bangsa Kau musuh rakyat Kau musuh negara Kini kami teguh Kini kami kuat Dadah kami tempuh Hancur dadah jaya rakyat Kami anti dadah Kami benci padamu Sekutu kita perangi dadah Mulia bangsa tanpamu Mari semua mari saudara Jangan habiskan usia muda Semangat bangsa bergelora tanpa dadah kita berjasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...