"CROMOK"
Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal (thrash metal) Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1987. Mereka terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Kira educated gak dieorang ni tak macam band-band thrash metal yang lain.
Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer). Sam punya vokal memang aku minat, dia nyanyi live pun suara still maintain. Aku ingatkan setakat nyanyi dalam album jek boleh buat suara macam tu. Macam nak terkeluar anak tekak bila aku try nak nyanyi.
Sekembalinya ke tanahair, tiga dari mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album 'Image of Purity' yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara. Masa kat Australia pun dieorang dah start famous. Pernah gak perform untuk gig kat sana.
Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band trash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Kira banyak jugak tu sebab masa tu tengah popular dengan band-band rock kapak & lagu jiwang-jiwang.
Lagu 'Metallurgical' yang mengabungkan intro lagu tradisional 'Ulek Mayang' menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat pada ketika itu. Apa tak gilanya, lagu tradisional yang biasanya kita dengar mendayu-dayu telah diberi nafas baru oleh kumpulan Cromok. Melodi dia memang masyuk taklah sampai mencacatkan lagu yang asal. Cuma intro jek pakai lagu tu dia punya outro & chorus dah masuk melodi asal Cromok.
Cromok kemudiannya menyertai EMI Record pada tahun 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan dengan gabungan pelbagai unsur-unsur muzik Melayu.
"Forever in time" the best album from cromok...i think...sampai hari ni pun ada orang still cari album ni nak wat collection...xlengkap orang yang minat band ni kalo xde simpan album yang superb ni
Aku layan lagu2 cromok ni time aku form 1 tahun 1994 kat SAS (saint andrew school) ada yang cakap (sekolah anak setan) & ada gak yang cakap (sekolah anak sultan) tak kesahlah yg penting all boys school...haha!! definately not gay school
Time tu cuma mampu beli kaset jek coz yang mampu layan cd cuma org kaya jek lgpun cd player mahal maa umah aku cuma ada mini compo jenama sanyo jek yang aku modified tambah speaker kiri kanan kasi bunyi lagi power siap sumbat kain n mcm2 nak kasi bunyi bass nyaring sket
Lagu trash metal ni kena dengar dgn bunyi mega bass baru layan head banging...
Dulu rumah aku pulak umah kedai, depan kedai & belakang umah kebetulan plak sebelah pejabat pos...tiap kali aku memekak pasang lagu kuat2 abang & akak kerani yang keje kat pjbt pos sebelah tu akan call bapak aku suh perlahankan sket radio coz dieorang xleh nak wat keje bising2
Huhu...lagu2 camni mana layan dengar slow2
Kaset pun harga mahal tak silap Rm17...aku beli kaset "Forever in time" ni lepas dengar album "Image of purity" yg aku pnjm dari member aku...sekali dengar terus masyuk cargas aku terus g kedai kaset yg berhampiran n cari album ni
Album ni release tahun 1993 wlupun aku dah terlambat setahun tapi lagu2 dlm ni mmg tak bosan sampai skrg dengar pun still tangkap feel sesuai dengan tajuknya forever in time...odahone 4eva...hihi
Semua lagu dalam album ni sebenarnya best2 belaka espcially lagu "Another you" & "I don't belong here" py instrumental...tapi lagu berlirik yang paling aku suka lagu memories coz lirik die yg best yg kena dgn jiwa aku
Aku ada upload liriknya...album ni py gitar sound pun best senang cite semua bestlah
Malangnya kaset aku dah terbelit kat dalam mini compo waktu aku mainkan sebab terlalu kerap dimainkan tu yang jadi terbelit...tapi bangkai dia ada lagi...xpelah skrg zaman dah canggih senang jek nak cari lagu2 tu
Tapi aku tak bape setuju sangat bila lagu instrumental "Another you" & "I don't belong here" di bubuh lirik seperti yang dinyayikan kumpulan amuk...lagu tu lebih elok dibiarkan macam tu jek even letak lirik in english pun tetap tak sama dengan lagu yg asal coz dah kurang die py kick...lagu tu ada sentimental value
Amuk nyayi lagu tu dlm bahasa melayu & tajuk pun ditukar jadi "Alasan" bagi lagu "i dont belong here" & "Seakan menguji" bagi lagu "another you" ...bila lagu ni dah jd mainstream n selalu kuar kat radio especially kat radio era yang diputar berulang2 kali dah ilang die py sentimental value coz budak2 kecik pun dah pandai layan lagu ni n ada yang ingat ni mmg lagu amuk bukan cromok
Makcik2 kat dapur pun dah start nyanyi lagu ni time memasak...
Lagu2 cromok yg lain pun ada yang amuk n band2 lain main semula & wat tribute to cromok ada yang best gak tapi dua lagu ni jek yg aku tak suka band lain main & dimasukkan lirik coz pada aku nilah kekuatan album "Forever in time"...ni pendapat aku jek org lain tak taulah
Yang uniknya pada tiap cover album kumpulan cromok ni mesti ada gambo unicorn kuda putih bertanduk yg ada sayap n boleh terbang...ada yg cakap unicorn ni omputeh gambarkan macam kenderaan nabi muhammad S.A.W gunakan waktu peristiwa israk mikraj iaitu buraq
Bodohlah manusia mana boleh gambarkan bnda tu semua akal manusia bukan terer sangat sampai tahap cm2...korang tengoklah gambo cover album yg aku upload
Memories
I`m not angry with life
I`m just bewildered
Chains of uncertainty
Are holding me down
Where am i to go
Who am i to blameW
hat am i to do
God, am i insane?
I never thought that my innocence
Would stray me away from reality
I never thought that my life
Would resolved to emptiness
I never thought that in order to live
I have to bear so much pain
The sorrow of life has taught me
To accept many new beginnings
To smile even though hurts
To reach out even if there`s no one there
To aim high and never say die
Cause there`s always sun at the end of the night
Memories...
tortured by my ownMemories...
Memories...
trapped in my ownMomeries...
If your eyes are full to the brim
The teardrop are sure to fall down
For whom the eyes may starve tomorrow
Where it get lost, the tears, that i hadKeep hidden in my...
Farewell
Aimless soul where were you now
For the angels come by the dawn
I walked the earth don`t tell me how
For a new hope soon to be born
There`s a life and time i know
I said farewell to myselfBefore i go
Farewell to my loneliness
Farewell to my happiness
Farewell to our trouble
I`m above me
Here we have to let it go
And leave it all behind
Our suferings will end
Nothing can stop me now
What may come and go
Hope we stay toghether
We can sayOur mind were lost
Somewhere
Searching for the answer of the pray
When will we see ourselves again
Maybe in another world i find you
I`ll take my hand
Each time i see you cry
I said
Farewell to my misery
Farewell to your history
Farewell to our trouble
Maram Perapu Kepunden Paran Sekeper
Hiporacy, jealousy
Imprisoned
Walls of lies
Hoards of ruthless guardians
Lead us the road to infinity
Hate us you just wait and see
Our time will come
**tajuk lagu paling lawak pernah aku dengar...dipetik dari dialog cite p ramlee...lagu ni kejap jek tak sampai satu minit aku rasa 0.58 seconds kot
*nota kaki berbau :
Teringat kat lagu "Huzaifah Ibnu Yaman" by D'Cromok from the album vii years vii days...rest in peace Din...Al-Fatihah
12 KOMEN:
lagu2 dia best jgk la sebab ade melodi. bole la. saya klik 1. :)
@roha...cayalah peminat cromok gak ek
wah peminat tegar ni..
suka jgk dengar lagu diaorang..cuma tak gila sangat..
rasanya ada satu album dia tak pakai lambang kuda bertanduk tu..
@si para para...yup kipas ssh mati ni...hoho...album apa ek yg xde unicorn???
best ceta kau ni layan beb.. macam aku gak memang minat giler ngan album forever in time tu.. tapi ada sikit info kat atas kurang tepat,rasanya arwah din dulu balik ke malaysia,baru 3 orang tu,sebab arwah din senior dorang,mengikut ceta kalau arwah din tak balik malaysia (tamat pengajian) kompom cromok masa tu opening untuk band motorhead... hehe.. itu jekot salam kenal hail cromok..golker cromok
ohya untuk kulit album cromok tak guna unicorn tajuk Engraved in Eternity,ni kira album kompilasi juga tapi masuklah dalam diskograpi cromok.. gambar janin dalam perut beb memang rare ni...
Paling style lmbang unicorn album untitled..anak sape la duk mnconteng tu..trus jd cover album
Paling style lmbang unicorn album untitled..anak sape la duk mnconteng tu..trus jd cover album
anak si miji yang lukis
Lagu D'CROMOK Huzaifah Ibnu Yaman liriknya adik Arwah Din yg tulis. Arwah Che Lan. Aku pernah belajar bersama Arwah Che Lan kat UIA...
Malangnya kaset aku dah terbelit kat dalam mini compo waktu aku mainkan sebab terlalu kerap dimainkan tu yang jadi terbelit...tapi bangkai dia ada lagi...xpelah skrg zaman dah canggih senang jek nak cari lagu2 tu
black suit and salwar
suit salwar black
o3h21u3s66 q5u01h5h03 k4s36h1t16 o0j15g7c15 c9g96x2o16 m6i54r6a16
Post a Comment