Showing posts with label my music. Show all posts
Showing posts with label my music. Show all posts

03 December 2010

TAIK KARBURETOR



Bila terpandang koleksi kaset lama-lama yang aku beli time zaman sekolah dulu-dulu, teringat pulak cerita di sebalik tu...dalam lagu ada cerita...


'Oppression'

Oppression!
“We walked so proud, we walked so free”
I heard you shout
Do all you want, say all the rage you have inside
Open your eyes, society
See what we got
You think you’re free, you think you’re safe
You know you’re not!

Oppression!
What do you read, what can you see
Between their lines?
What can you do, what can you say
When you’re blind?
Where should we shout, where should we turn
When we see their faults?
Are we so thick, are we so dumb
Just like they want?

Oppression!
We’ll raise our voice (no way!)
We’ll raise our fists (no way!)
Is this your face democracy, conformity?
We’ll criticise (no way!)
We’ll organise (no way!)
Where is our voice, democracy, stability?
What should we see? (nothing!)
What should we think? (nothing!)
Where’s our sight, democracy?
You hide the key!
You’re blinding me!

Oppression!

Cuba layankan lirik lagu dari kumpulan Carburetor Dung ni...kebanyakkan lirik-lirik lagu dari kumpulan ni berkisarkan tentang kepincangan hidup dalam masyarakat, ketidakadilan, ketidakpuashatian, pembodohan rakyat oleh pihak media dan juga warna-warna hidup orang muda di Kuala Lumpur.

Genre muzik yang mereka bawakan adalah dari kategori alternatif muzik iaitu punk rock dan mereka adalah pelopor dalam muzik ini...
Joe Kidd, iaitu salah seorang anggota kumpulan ini merupakan antara perintis awal muzik underground/indie/alternatif di Malaysia...usaha yang dilakukan oleh Joe Kidd banyak memberi impak pada kemunculan indie band yang ada di Malaysia pada masa sekarang ni.

Beliau juga adalah orang kuat dalam rancangan 'Alternatif' di TV3 yang popular pada pertengahan tahun 90an...rancangan ni kalau tak silap waktu ke udaranya ialah pada hari Rabu jam 5 petang...sure ada yang masih ingat lagi rancangan ni...aku memang awal-awal lagi dah terpacak kat depan tv waktu tu sebab masa tahun 90an mana nak cari hiburan yang berbentuk macam ni.

Mana ada internet, kalau ada pun orang kaya yang pakai lagipun slow & lembap...nak tengok sekeping gambar pun jenuh nak tunggu loading satu persatu...youtube lagilah jauh sekali...tapi sekarang klik jek kat youtube macam-macam band yang kita boleh tengok.

Bayangkanlah pada masa tu kumpulan-kumpulan underground boleh muncul di kaca TV3...arwah atok aku yang tengok rancangan tu pun geleng-geleng kepala...kebanyakkannya band-band tempatan tapi aku ingat lagi ada satu episod khas yang cerita tentang kumpulan Nirvana dan vokalisnya Kurt Cobain yang menemui ajal dengan cara membunuh diri.


Kalau sebelum-sebelum ni peminat muzik underground cuma dapat tahu perkembangan band kesayangan mereka melalui majalah jek, tapi bila ada rancangan ni semakin banyak info yang dia orang dapat...tapi ada jugak orang yang tak setuju dengan rancangan ni sebab menjadikan kumpulan underground terjerumus dalam alam muzik mainstream...dia orang mana minat kumpulan muzik arus perdana ni yang hari-hari keluar dalam tv & radio.

Walaubagaimanapun, rancangan ini memang menawarkan satu bentuk hiburan yang lain dari yang lain...sesuailah dengan tajuk rancangannya Alternatif, iaitu satu pilihan atau perubahan kepada muzik yang baru dan lebih segar.

Kedatangan kumpulan Carburetor Dung & band-band yang lain seperti The Pilgrims, OAG, Butterfingers, Apple Green, Dead Mushroom, Subculture dan Spiral Kinetic Circus memang membuatkan jiwa anak-anak muda pada masa tu melonjak-lonjak selepas selama ini hanya dihidangkan dengan lagu-lagu 'rock kapak' semata.

Industri muzik tanah air seakan-akan bernafas kembali setelah sejak sekian lama disogokkan dengan lagu-lagu jiwang...diaorang ni kira macam herolah yang datang menyelamatkan keadaan...barulah anak-anak muda boleh bernafas sedikit taklah layan band-band rock kapak sahaja...band-band luar negara memang banyak tapi mereka mahukan band tempatan 'support our underground scene'


Masa umur awal remaja iaitu antara 13-18 tahun memang tengah sibuk cari identiti sendiri, salah satu caranya ialah melalui muzik...yang paling menarik minat ialah muzik-muzik underground...apa-apa group asal underground semua layan tak kesahlah black metal, white metal, heavy, punk rock semua main belasah jek...yang paling aku tak boleh lupa bila layan lagu kumpulan Darkthrone album 'A Blaze In The Northern Sky' yang aku pinjam dari member sekolah.

Sesuai dengan tajuknya 'A Blaze' sebab lagunya pun macam iblis lakhanat...suara terjerit-jerit dengan muzik seakan-akan keluar dari neraka...mak aku yang dengar pun naik pening & suruh aku stop dari terus mainkan lagu tu pada corong mini compo...masa tu tak tahu lagi apa benda yang dinyanyikan, tapi bila tengok balik lirik ada yang macam nak memuja syaitan & semangat-semangat jahat terus stop tak mahu dengar lagi dah...imej pun dah macam setan dengan salib terbaliknya (anti-christ)...bahaya boleh merosakkan akidah.


Jiwa time remaja ni kan asyik nak memberontak jadi tu yang layan lagu-lagu macam ni sampai terbawak-bawak dalam kehidupan...yang paling best masa sekolah dulu siap main conteng-conteng muka ala-ala black metal (tengoklah contoh macam dalam gambar tu)...hari tu kebetulan ada exam paper 'Pendidikan Lukisan'...apa lagi stok water colour jenama 'Buncho' pun banyak...artis yang pandai melukis pun ramai, maka terjadilah peristiwa menconteng muka.

Portnya pulak dalam surau sekolah...memang dajjal buat kerja setan dalam surau tempat orang beribadat...yang tak bestnya boleh kantoi pulak dengan seorang cikgu waktu dia datang surau nak solat Asar...kantoi dengan muka masing-masing yang macam hantu setan iblis...tapi tak semua yang kantoi on the spot, mana yang pandai berpura-puralah konon-kononnya tengah solat, sujud punyalah lama semata-mata nak cover muka yang macam hantu.

Tapi si cikgu bukannya bodoh, sembahyang apa yang sujud lama sangat tu...nak kata solat hajat mana ada solat sunat lagi selepas dari waktu Asar...last-last kantoi jugak beramai-ramai...apa lagi lepas sorang-sorang kena bantai kena pulak brainwash yang mengalahkan khutbah Jumaat, dengan keadaan muka sorang-sorang yang dah macam hantu kubur.

Bila dah dengar muzik yang ganas-ganas ni perangai pun jadi macam buragas...habis kerusi meja sekolah yang dipecahkan...inilah kuasa atau pengaruh muzik yang ganas-ganas ni memang banyak mempengaruhi kelakuan manusia...pantang tengok meja elok sikit mesti nak dipecahkan tanpa sebarang motif, saja nak memberontak...nasib baik sekolah sekarang banyak yang meja plastik.

Ingat, kalau ada anak nanti jangan bagi dia orang dengar lagu-lagu macam ni...bagi dengar lagu nasyid jek barulah jadi anak yang soleh...kalau bagi dengar lagu dangdut nanti takut jadi GRO atau ratu@raja gelek pulak...tapi, tak semestinya kalau dengar lagu nasyid anak boleh jadi baik.

Akhir sekali terimalah lagu 'Boo Hoo Clapping' dari kumpulan 'Taik Karburetor' atau dalam bahasa omputehnya Carburetor Dung...lagu yang best dan penuh bertenaga untuk dinyanyikan secara beramai-ramai sambil melompat-lompat...



Boo Hoo Clapping Song

I walk alone, I’m lonely
Why should we hear your problems?
I sit at home, I’m crying
Don’t wanna know, we don’t care
My baby’s gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!

And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don’t care, now you don’t feel
So many friends, now where they’ll be?
Now you tell me…



*nota kaki berbau :
Suka makan taik minyak & taik itik...benci bau taik kucing & taik tikus...anti orang yang suka buat taik

16 November 2010

METALLICA MANIAM


" Metallifuckinca "
Fade To Black

Life it seems, will fade away
Drifting further every day
Getting lost within myself
Nothing matters no one else

I have lost the will to live
Simply nothing more to give
There is nothing more for me
Need the end to set me free

Things are not what they used to be
Missing one inside of me
Deathly lost, this can't be real
Cannot stand this hell I feel

Emptiness is filing me
To the point of agony
Growing darkness taking dawn
I was me, but now He's gone

No one but me can save myself, but it to late
Now I can't think, think why I should even try
Yesterday seems as though it never existed
Death Greets me warm, now I will just say good-bye



Metallica adalah sebuah band heavy metal yang ditubuhkan pada tahun 1981 di Los Angeles, California

Masa tu umur aku tak sampai pun 1 tahun & tak layan lagi lagu metal-metal ni...cuma layan puting susu jek

Di awal kemunculan, Metallica memperdengarkan muzik yang agak laju, keras dan aggresif...setanding dengan band seperti Slayer, Megadeth & Anthrax




Old Metallica terdiri daripada;

James Hetfield selaku vokalist merangkap ryhthm guitarist
Kirk Hammett sebagai lead guitarist (sebelum tu Dave Mustaine iaitu Megadeth punya vokalist & guitarist yang jadi lead guitar untuk Metallica di awal penubuhan)
Lars Ulrich as a drummer (founder yang set up band Metallica)
Cliff Burton bassists (sebelum tu Ron Mc Govney jadi pemain bass)
Selepas Cliff Burton menemui ajalnya dia digantikan pula oleh Jason Newsted



Metallica New Line Up terdiri daripada ;

James Hetfield
Kirk Hammett
Lars Ulrich
Robert Trujillo pemain bass yang menggantikan Jason Newsted
*Kesemuanya group members yang lama kecuali bassists orang baru



Cliff Burton

R.I.P pada tahun 1986, sebab terbabit dengan kemalangan semasa pulang dari menjayakan konsert di Stockholm, Sweden...bas yang bawak band Metallica terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika pulang dari konsert

Cliff terbunuh sebab dia tercampak keluar dari tingkap bas & dihempap oleh badan bas...sungguh sadis menyayat hati sekali...tapi member yang lain tak tercedera teruk cuma dia sorang jek yang menemui ajal

"I got something to say...i kill your baby today"

Last album Cliff bersama band ialah "Master Of Puppets"... So, dia dikebumikan dengan iringan lagu 'Orion' iaitu salah satu judul lagu yang terdapat dalam album tersebut

Sebuah lagu instrumental without lirik & dalam masa yang sama menonjolkan kehebatan & keunikan lead bass oleh Cliff...trylah dengar, lagu ni memang best

"Take a look to the sky just before you die... It is the last time you will"

Tapi yang paling aku ingat dia punya solo bass waktu main lagu 'anesthesia (pulling teeth)' Peh! memang memukau...bunyi bass yang agak nyaring

Jason Newsted pula meninggalkan band pada awal tahun 2001 yang digantikan oleh Robert Trujillo selaku pemain gitar bass yang baru untuk kumpulan Metallica


"To Live Is to Die"
(Hetfield,Ulrich,Burton)

When a Man Lies He Murders
Some Part of the World
These Are the Pale Deaths Which
Men Miscall Their Lives
All this I Cannot Bear
to Witness Any Longer
Cannot the Kingdom of Salvation
Take Me Home




James Hetfield

Vokalist & ryhthm guitarist...kebanyakkan gitar dia semua bentuk macam dalam gambar tu...maybe tu dia punya trademark...dressing pun sempoi baju hitam dengan ada wrist band pada lengan

Suara dia memang tip top sesuai dengan lagu rock...nyanyi time live pun maintain jek...susah nak cari group band kat Malaysia yang boleh maintain suara time nyanyi live

Setakat miming ok lah...tapi tak ke peminat rasa tertipu kalau asyik nyanyi lagu gerak-gerak bibir jek?



Kirk Hammet

One of the best gitarist in the world...anak murid Joe Satriani coz dia pernah berguru dengan mamat ni...nak cakap dia yang terbaik tak bolehlah coz setiap pemain gitar ada gaya petikan yang tersendiri

Kadang-kadang dieorang main tak ikut chord secara rasmi tapi ikut feel masing-masing & ada seni menggoreng gitar yang tersendiri...so, memang susah nak judge & decide 'who's the best guitarist in the world'

Kalau di Malaysia kita ada Man Kidal, Samad & Hillary Ang...Joe Wings pun mantap gak...tapi tak boleh nak decide siapa yang paling best...semua ada kelebihan masing-masing



Dua orang mamat ni kalau bergabung memang meletup...bukan setakat Adam & Stacy jek yang bergabung boleh meletup

"Hetfield!...Hammet! bergabung Meletup!!!" kita berdua...menggegar dunia



Lars Ulrich

The drummer...dia ni selalu main dram memang tak pakai baju especially time live concert...tapi dia main dram memang superb kaki tangan semua hidup

Orang kata kalau bagi dia main drum yang single paddle boleh jadi bunyi macam double paddle...begitulah hebatnya kaki dan tangan beliau yang macam sotong





Robert Trujillo

Aku rasa dia ni tak berapa sesuai dengan jiwa Metallica as a bassists...style & gaya dia main bass tak macam bawak lagu heavy metal tapi macam lagu alternatif

Dia lebih sesuai join band macam Limp Bizkit or Linkin Park...style dia memang mirip band-band macam tu...main bass sambil bukak kekuda rendah macam nak bersilat (tengok gambar)

Sorilah Abang Trujillo aku bukan nak kutuk kau sangat tapi tu lah kenyataannya...hope dia tak baca blog ni...Tengoklah tu dengan seluar 3/4...rockers mana pakai seluar camtu




Jason Newsted

Inilah gaya pemain bass yang sebenar...tengoklah gaya ex-bassis Metallica si Jason Newsted ni kan lain?...aku bukannya saja-saja nak kutuk si Trujillo tu tapi tengoklah sendiri perbandingannya

Ada soul heavy metal itulah perbezaan yang aku maksudkan...gaya rambut pun macam rockers...dia mana ada pakai seluar 3/4 yang macam skatters tu...tapi sayang, si Jason ni quit dari band Metallica atas alasan kesihatan tapi aku rasa maybe ada sebab lain




The Black Album

"The Unforgiven"

New blood joins this earth
and quikly he's subdued
through constant pain disgrace
the young boy learns their rules

with time the child draws in
this whipping boy done wrong
deprived of all his thoughts
the young man struggles on and on he's known
a vow unto his own
that never from this day
his will they'll take away

what I've felt
what I've known
never shined through in what I've shown
never be
never see
won't see what might have been

what I've felt
what I've known
never shined through in what I've shown
never free
never me
so I dub thee unforgiven

they dedicate their lives
to running all of his
he tries to please them all
this bitter man he is
throughout his life the same
he's battled constantly
this fight he cannot win
a tired man they see no longer cares
the old man then prepares
to die regretfully
that old man here is me

what I've felt
what I've known
never shined through in what I've shown
never be
never see
won't see what might have been

what I've felt
what I've known
never shined through in what I've shown
never free
never me
so I dub the unforgiven

you labeled me
I'll label you
so I dub the unforgiven


Album kelima yang meletup & menaikkan lagi nama Metallica di mata peminat-peminat irama heavy metal...release pada tahun 1991

"The best album ever from Metallica" i think

"Classic Album From Metallica" banyak mengembalikan nostalgia di zaman persekolahan dulu waktu baru nak berjinak-jinak layan irama heavy metal...inilah dia 1st heavy metal album & group yang aku dengar

Sampai ke hari ini orang still cari album ni untuk buat collection...lagipun cover album dia pun unik & lain dari yang lain

Kekuatan album ini ialah sebab ia menggabungkan pelbagai element muzik rock yang sememangnya diminati oleh golongan muda yang baru nak naik...ada muzik thrash, heavy & rock ballad dengan intro yang sentimental & chorus yang agak heavy...apa yang aku cakap aku pun tak tahu susah nak gambarkan

Album ni tak seganas macam album-album Metallica sebelum ni...ada yang anggap band ni dah mula buat muzik ke arah mainstream...lantaklah tapi pada aku album ni memang superb...'It's a phenomenon'

Sebab apa album ni di panggil The Black Album?

Jawapannya senang jek sebab tengoklah album tu kan kaler hitam...sebenarnya album ni takde nama yang spesifik pun, tapi bila orang tengok cover album hitam tu yang dinamakan black

Tapi kalu kita perhatikan betul-betul sebenarnya ada imej disebalik front cover album ni macam yang dalam gambar tu...ada imej ular yang sedang melingkar macam nak patuk mangsa & grafik tulisan Metallica...kalau sekali pandang pada kulit album memang tak perasan

Pada inlay album ni pulak ada imej gambar keempat-empat anggota kumpulan ni...agak lawa gak dia punya grafik

Dulu, ramai yang lukis imej ni pada beg-beg sekolah...masa tu dah macam satu trend ramai budak yang pakai beg kain kaler hijau kosong as beg sekolah...beg tu ada 2 buckle & takde apa-apa design atas tu & sesuai untuk diconteng bagi yang kreatif

So, ramai yang suka lukis or conteng apa-apa gambar or tulisan atas beg tu...aku rasa ada certain orang yang notice tentang beg ni, especially beg tu selalu digunakan untuk ke sekolah agama (silalah bagi komen)

Nak letak gambar takde pulak, lagipun beg aku pun dah hancur entah ke mana...beg aku dulu pun aku conteng sama gak

Semua lagu dalam album ni best-best belaka tak tahu nak pilih yang mana paling best...album ni macam merangkumi kesemua irama rock pada masa tu...semua aku suka 'i like it'

Enter Sandman...lagu rock terbaik sepanjang zaman bagi mereka yang baru nak dengar lagu heavy metal tak sah kalau tak layan & tak kenal lagu ni dulu...lepas dengar lagu ni baru boleh layan lagu-lagu metal yang lain...video klip pun best & menang award lagi

Nothing Else Matters...a sentimental or rock ballad song from Metallica yang paling layan sekali...petikan gitar intro & lirik pun terbaek...siapa yang tak pernah dengar trylah cari lagu ni cuba layankan

Macam love song pun ada sebab tu orang kata album ni dah start bawak band ni ke arah mainstream music...anyway "who cares?" yang penting best


Kill 'Em All and Ride the Lightning Album (1983–1984)

Album ni seakan apprentice pada evolusi muzik thrash metal yang lain...kiranya macam satu benchmark bagi genre muzik rock secara keseluruhannya

Dalam album 'Ride The Lightning' ada satu lagu yang intronya berentak slow yang agak berbeza dari album-album sebelum ni yang fast & energetic

Lagu 'Fade To Black'...maybe ni just sebagai trial atau eksperimen dari kumpulan Metallica untuk menyelitkan lagu-lagu yang berentak macam ni pada album-album akan datang



Master of Puppets (1986)

Disifatkan sebagai salah satu daripada album heavy thrash metal yang sangat berpengaruh...kebanyakkan lirik dalam album ni bertemakan isu-isu kehidupan



…And Justice for All (1988)

One of my favourite album...cuba layankan lagu 'One' yang amat memukau serta
video klipnya yang best...lagu-lagu dalam album ni kalau dengar boleh jadi bersemangat coz laju & bertenaga

Album ni jugak mengandungi lagu-lagu yang durasinya agak panjang iaitu lebih dari 5-6 minit...yang paling panjang lagu "To Live Is To Die" lebih kurang dekat sepuluh minit kot


Metallica Load (1996)

Grafik cover album adalah campuran antara darah dan air kencing

Album ini menyerlahkan lagi band Metallica ke arah muzik arus perdana atau mainstream...tiada lagi genre muzik underground atau pure heavy metal atau thrash yang diperjuangkan mereka selama ini

Muzik heavy metal kebiasaannya hanya didengari atau diikuti oleh golongan-golongan tertentu sahaja...sebab tu ia dipanggil sebagai underground scene berbeza dengan mainstream yang semua orang boleh dengar

Lagu-lagu tak diputarkan di corong-corong radio untuk didengari oleh semua orang...kebanyakkan band underground ni main muzik 'not for profit' or commercial, tapi 'just for fun' & 'just to express their music'

Album ini juga membuatkan peminat Metallica terpisah kepada dua group iaitu;

1. Mereka yang tetap setia pada perjuangan muzik asal Metallica iaitu mereka yang tidak setuju perubahan drastik yang dibawa oleh kumpulan ini, samada dari segi irama muzik mahupun penampilan imej mereka yang baru

2. Mereka yang boleh menerima perubahan yang dilakukan oleh band Metallica dan masih tetap menyokong kumpulan tersebut sama seperti sebelum ini

Imej berambut pendek & kemas menyebabkan semakin ramai yang mengkritik kumpulan tersebut kerana hilang imej rockers mereka sebelum ini...sehingga ada yang menganggap bahawa kumpulan ini sudah mati dan membuat 'tribute to Metallica'

Album Load ni memang banyak memberi impak pada band Metallica either positive or negative...seakan-akan macam band ni dah hilang sentuhan heavy metal mereka...dah macam turun dari kategori heavyweight ke lightweight kalau dalam acara boxing

Apa-apa pun band ini ada alasannya yang tersendiri

Tapi aku salute kumpulan 'Alleycats' sebab dari awal kemunculan sampai sekarang imej mereka tak berubah terutama sekali penyanyi mereka, David Arumugam dengan imej rambut ala tebuan atau 'Afro' atau 'Gondrong' dalam bahasa jawanya...cayalah Ali Kucing

'Afro sepanjang zaman bagi David Arumugam'

Time awal tahun 1980an imej rambut camtu memang agak popular...try tengok cerita 'Ali Setan' ada sorang mamat tu rambut dia pun ala-ala Afro gak

Lagu yang paling aku suka dalam album ni; 'Until It Sleeps' 'Mama Said' & 'King Nothing'


Metallica Reload (1997)

Dalam album ni ada sebuah lagu berjudul 'Unforgiven II' iaitu lebih kurang macam kesinambungan daripada lagu 'Unforgiven' dari Black Album

Melodi lagu pun lebih kurang sama & dua-dua layan

Album Load & Reload pada aku tak banyak sangat perbezaan...macam lagu blues & country pun ada terselit dalam album-album ni

Lagu yang paling aku suka of course lagu 'Unforgiven II' & 'The Memory Remains' & lagi satu 'Low Man's Lyric' yang liriknya memang best

"The Unforgiven II"

Lay beside me, tell me what they've done
Speak the words I wanna hear, to make my demons run
The door is locked now, but it's open if you're true
If you can understand the me, than I can understand the you

Lay beside me, under wicked sky
The black of day, dark of night, we share this paralyze
The door cracks open, but there's no sun shining through
Black heart scarring darker still, but there's no sun shining through
No, there's no sun shining through
No, there's no sun shining...

What I've felt, what I've known
Turn the pages, turn the stone
Behind the door, should I open it for you....
What I've felt, what I've known
Sick and tired, I stand alone
Could you be there, 'cause I'm the one who waits for you
Or are you unforgiven too?

Lay beside me, this won't hurt I swear
She loves me not, she loves me still, but she'll never love again
She lay beside me, But she'll be there when I'm gone
Black heart scarring darker still, yes she'll be there when I'm gone
Yes, she'll be there when I'm gone
Dead sure she'll be there...

What I've felt, what I've known
Turn the pages, turn the stone
Behind the door, should I open it for you....
What I've felt, what I've known
Sick and tired, I stand alone
Could you be there, 'cause I'm the one who waits for you
Or are you unforgiven too?

Lay beside me, tell me what I've done
The door is closed, so are you're eyes
But now I see the sun, now I see the sun
Yes now I see it

What I've felt, what I've known
Turn the pages, turn the stone
Behind the door, should I open it for you....
What I've felt, what I've known
Sick and tired, I stand alone
Could you be there, 'cause I'm the one who waits,
The one who waits for you....
Oh what I've felt, what I've known
Turn the pages, turn the stone
Behind the door, should I open it for you.... (So I dub thee unforgiven....)

Oh, what I've felt....
Oh, what I've known....
I take this key (never free...)
And I bury it (never me...) in you
Because you're unforgiven too....
Never free....
Never me....
'Cause you're unforgiven too....
Oh



Pada tahun 1998 pulak, release album Metallica 'Garage inc.'

Release saing dengan lagu 'Isabella 98' nyanyian Amy Search, Zamani Slam & Saleem Iklim...Apa kena mengenanya?


Metallica S&M

Live album bersama-sama dengan iringan muzik dari 'San Francisco Symphony Orchestra' yang di conduct atau dipimpin oleh saudara Michael Kamen

Satu pendedahan muzik rock yang lain daripada yang lain...satu langkah berani yang cuba ditonjolkan oleh kumpulan Metallica iaitu bergabung dengan muzik orkestra

Ada lagu yang masyuk tapi ada gak yang ke laut bila dimainkan oleh muzik orkestra ni...tak semuanya lagu rock sesuai di orkestrakan...macam gak lagu 60an...bukan semua sesuai di metal kan...ada yang jadi lagu entah apa apa entah


Saint Anger 2003

Bermulanya era kehadiran Robert Trujillo yang aku rasa agak mencacatkan lagi imej band Metallica di mata aku...mata orang lain tak tahulah

Lagu dalam album ni pun lain dari yang lain & aku tak berapa nak minat...rentak tiap-tiap lagu macam sama jek & aku dengar pun rasa macam nak marah-marah



Band Metallica ni pun dah banyak menang award...itupun setelah band ni beralih ke arus muzik perdana, kalau tak jangan harap nak genggam satu award pun...genggamlah gitar, microphone & drum stick jek...antaranya ialah;

Grammy Awards:

MTV Video Music Awards:

American Music Awards:

  • 1996: Favorite Artist: Heavy Metal/Hard Rock: Metallica – Load
  • 1996: Favorite Metal/Hard Rock Song – "Until It Sleeps"

Billboard Music Awards:

  • 1997: Billboard Rock and Roll Artist of the Year –
  • Metallica (RIAA Diamond Award)
  • 1999: Catalogue Artist of the Year – Metallica
  • 1999: Catalogue Album of the Year – Metallica
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>

Nak tulis cerita pasal Metallica ni sebenarnya banyak sangat...dia punya legacy dari beginning sampailah sekarang memang tak habis kalau nak di cerita...aku cerita setakat yang aku tahu berdasarkan pengetahuan & pengalaman yang ada...malas nak buat research sangat

Band ni dah jadi macam satu legend..the 'rock legends' even dah macam-macam evolusi & perubahan yang mereka dah lakukan baik dari segi muzik, imej dan juga penampilan

Tapi walau apa pun, Metallica tetap sebuah rock band yang terhebat & jadi perintis pada band-band rock yang lain...mereka tetap otai rock yang 'best among the best' dan masih bertahan hingga kini walaupun umur dah nak mencecah setengah abad pun

Masih ramai lagi peminat setia atau kipas susah mati, either yang lama (termasuklah aku) atau yang baru nak berjinak-jinak kenal dengan muzik rock yang meminati band Metallica ni

Kalau di Malaysia, kita ada kumpulan 'XPDC' yang mirip pada gaya Metallica...dia punya music arrangement pun memang seakan-akan sama...dressing pun ala ala Metallica gak baju hitam dengan wrist band pada lengan

Tapi, pada aku band XPDC ni kira ok lah sebab dieorang punya lagu pun best-best...ada unsur-unsur rock ballad disamping element irama heavy metal yang memang trademark bagi kumpulan Metallica

Nak copy orang lain punya muzik tak kesah, asalkan kita buat sikit kelainan & jadi lagi best or setanding dengan band yang asal...walaupun tak boleh nak famous macam band asal, famous kat Malaysia pun jadilah

Post kali ini di akhiri dengan kata-kata dari mendiang 'Kurt Donald Cobain' vokalis kumpulan Nirvana yang juga perintis kepada irama rock yang baru atau alternatif rock, iaitu genre muzik 'punk rock' atau grunge...maybe post akan datang kita cerita pasal band ni pulak...

"If it's illegal to rock and roll, throw my ass in jail!"

Sekian....dari 'Papa Rock Sejati' definately not Abang Ramli Sarip...


* nota kaki berbau :
Tak minat lagu yang keras-keras, suka lagu yang lembut-lembut macam lagu "Pak Ngah Dah Balik"

24 October 2010

HENTAM CROMOK


"CROMOK"










Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal (thrash metal) Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1987. Mereka terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Kira educated gak dieorang ni tak macam band-band thrash metal yang lain.

Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer). Sam punya vokal memang aku minat, dia nyanyi live pun suara still maintain. Aku ingatkan setakat nyanyi dalam album jek boleh buat suara macam tu. Macam nak terkeluar anak tekak bila aku try nak nyanyi.

Sekembalinya ke tanahair, tiga dari mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Records dan telah mengedarkan album 'Image of Purity' yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di luar negara. Masa kat Australia pun dieorang dah start famous. Pernah gak perform untuk gig kat sana.

Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band trash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Kira banyak jugak tu sebab masa tu tengah popular dengan band-band rock kapak & lagu jiwang-jiwang.

Lagu 'Metallurgical' yang mengabungkan intro lagu tradisional 'Ulek Mayang' menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat pada ketika itu. Apa tak gilanya, lagu tradisional yang biasanya kita dengar mendayu-dayu telah diberi nafas baru oleh kumpulan Cromok. Melodi dia memang masyuk taklah sampai mencacatkan lagu yang asal. Cuma intro jek pakai lagu tu dia punya outro & chorus dah masuk melodi asal Cromok.

Cromok kemudiannya menyertai EMI Record pada tahun 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan dengan gabungan pelbagai unsur-unsur muzik Melayu.

"Forever in time" the best album from cromok...i think...sampai hari ni pun ada orang still cari album ni nak wat collection...xlengkap orang yang minat band ni kalo xde simpan album yang superb ni

Aku layan lagu2 cromok ni time aku form 1 tahun 1994 kat SAS (saint andrew school) ada yang cakap (sekolah anak setan) & ada gak yang cakap (sekolah anak sultan) tak kesahlah yg penting all boys school...haha!! definately not gay school

Time tu cuma mampu beli kaset jek coz yang mampu layan cd cuma org kaya jek lgpun cd player mahal maa umah aku cuma ada mini compo jenama sanyo jek yang aku modified tambah speaker kiri kanan kasi bunyi lagi power siap sumbat kain n mcm2 nak kasi bunyi bass nyaring sket

Lagu trash metal ni kena dengar dgn bunyi mega bass baru layan head banging...

Dulu rumah aku pulak umah kedai, depan kedai & belakang umah kebetulan plak sebelah pejabat pos...tiap kali aku memekak pasang lagu kuat2 abang & akak kerani yang keje kat pjbt pos sebelah tu akan call bapak aku suh perlahankan sket radio coz dieorang xleh nak wat keje bising2

Huhu...lagu2 camni mana layan dengar slow2

Kaset pun harga mahal tak silap Rm17...aku beli kaset "Forever in time" ni lepas dengar album "Image of purity" yg aku pnjm dari member aku...sekali dengar terus masyuk cargas aku terus g kedai kaset yg berhampiran n cari album ni

Album ni release tahun 1993 wlupun aku dah terlambat setahun tapi lagu2 dlm ni mmg tak bosan sampai skrg dengar pun still tangkap feel sesuai dengan tajuknya forever in time...odahone 4eva...hihi

Semua lagu dalam album ni sebenarnya best2 belaka espcially lagu "Another you" & "I don't belong here" py instrumental...tapi lagu berlirik yang paling aku suka lagu memories coz lirik die yg best yg kena dgn jiwa aku

Aku ada upload liriknya...album ni py gitar sound pun best senang cite semua bestlah

Malangnya kaset aku dah terbelit kat dalam mini compo waktu aku mainkan sebab terlalu kerap dimainkan tu yang jadi terbelit...tapi bangkai dia ada lagi...xpelah skrg zaman dah canggih senang jek nak cari lagu2 tu

Tapi aku tak bape setuju sangat bila lagu instrumental "Another you" & "I don't belong here" di bubuh lirik seperti yang dinyayikan kumpulan amuk...lagu tu lebih elok dibiarkan macam tu jek even letak lirik in english pun tetap tak sama dengan lagu yg asal coz dah kurang die py kick...lagu tu ada sentimental value

Amuk nyayi lagu tu dlm bahasa melayu & tajuk pun ditukar jadi "Alasan" bagi lagu "i dont belong here" & "Seakan menguji" bagi lagu "another you" ...bila lagu ni dah jd mainstream n selalu kuar kat radio especially kat radio era yang diputar berulang2 kali dah ilang die py sentimental value coz budak2 kecik pun dah pandai layan lagu ni n ada yang ingat ni mmg lagu amuk bukan cromok

Makcik2 kat dapur pun dah start nyanyi lagu ni time memasak...

Lagu2 cromok yg lain pun ada yang amuk n band2 lain main semula & wat tribute to cromok ada yang best gak tapi dua lagu ni jek yg aku tak suka band lain main & dimasukkan lirik coz pada aku nilah kekuatan album "Forever in time"...ni pendapat aku jek org lain tak taulah

Yang uniknya pada tiap cover album kumpulan cromok ni mesti ada gambo unicorn kuda putih bertanduk yg ada sayap n boleh terbang...ada yg cakap unicorn ni omputeh gambarkan macam kenderaan nabi muhammad S.A.W gunakan waktu peristiwa israk mikraj iaitu buraq

Bodohlah manusia mana boleh gambarkan bnda tu semua akal manusia bukan terer sangat sampai tahap cm2...korang tengoklah gambo cover album yg aku upload

Memories

I`m not angry with life
I`m just bewildered
Chains of uncertainty
Are holding me down

Where am i to go
Who am i to blameW
hat am i to do
God, am i insane?

I never thought that my innocence
Would stray me away from reality
I never thought that my life
Would resolved to emptiness
I never thought that in order to live
I have to bear so much pain

The sorrow of life has taught me
To accept many new beginnings
To smile even though hurts
To reach out even if there`s no one there
To aim high and never say die
Cause there`s always sun at the end of the night

Memories...
tortured by my ownMemories...
Memories...
trapped in my ownMomeries...

If your eyes are full to the brim
The teardrop are sure to fall down
For whom the eyes may starve tomorrow
Where it get lost, the tears, that i hadKeep hidden in my...

Farewell

Aimless soul where were you now
For the angels come by the dawn
I walked the earth don`t tell me how
For a new hope soon to be born
There`s a life and time i know

I said farewell to myselfBefore i go
Farewell to my loneliness
Farewell to my happiness
Farewell to our trouble
I`m above me

Here we have to let it go
And leave it all behind
Our suferings will end
Nothing can stop me now
What may come and go
Hope we stay toghether
We can sayOur mind were lost
Somewhere

Searching for the answer of the pray
When will we see ourselves again
Maybe in another world i find you
I`ll take my hand
Each time i see you cry

I said
Farewell to my misery
Farewell to your history
Farewell to our trouble

Maram Perapu Kepunden Paran Sekeper

Hiporacy, jealousy
Imprisoned
Walls of lies
Hoards of ruthless guardians
Lead us the road to infinity
Hate us you just wait and see
Our time will come

**tajuk lagu paling lawak pernah aku dengar...dipetik dari dialog cite p ramlee...lagu ni kejap jek tak sampai satu minit aku rasa 0.58 seconds kot


*nota kaki berbau :
Teringat kat lagu "Huzaifah Ibnu Yaman" by D'Cromok from the album vii years vii days...rest in peace Din...Al-Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...