03 December 2010

TAIK KARBURETOR



Bila terpandang koleksi kaset lama-lama yang aku beli time zaman sekolah dulu-dulu, teringat pulak cerita di sebalik tu...dalam lagu ada cerita...


'Oppression'

Oppression!
“We walked so proud, we walked so free”
I heard you shout
Do all you want, say all the rage you have inside
Open your eyes, society
See what we got
You think you’re free, you think you’re safe
You know you’re not!

Oppression!
What do you read, what can you see
Between their lines?
What can you do, what can you say
When you’re blind?
Where should we shout, where should we turn
When we see their faults?
Are we so thick, are we so dumb
Just like they want?

Oppression!
We’ll raise our voice (no way!)
We’ll raise our fists (no way!)
Is this your face democracy, conformity?
We’ll criticise (no way!)
We’ll organise (no way!)
Where is our voice, democracy, stability?
What should we see? (nothing!)
What should we think? (nothing!)
Where’s our sight, democracy?
You hide the key!
You’re blinding me!

Oppression!

Cuba layankan lirik lagu dari kumpulan Carburetor Dung ni...kebanyakkan lirik-lirik lagu dari kumpulan ni berkisarkan tentang kepincangan hidup dalam masyarakat, ketidakadilan, ketidakpuashatian, pembodohan rakyat oleh pihak media dan juga warna-warna hidup orang muda di Kuala Lumpur.

Genre muzik yang mereka bawakan adalah dari kategori alternatif muzik iaitu punk rock dan mereka adalah pelopor dalam muzik ini...
Joe Kidd, iaitu salah seorang anggota kumpulan ini merupakan antara perintis awal muzik underground/indie/alternatif di Malaysia...usaha yang dilakukan oleh Joe Kidd banyak memberi impak pada kemunculan indie band yang ada di Malaysia pada masa sekarang ni.

Beliau juga adalah orang kuat dalam rancangan 'Alternatif' di TV3 yang popular pada pertengahan tahun 90an...rancangan ni kalau tak silap waktu ke udaranya ialah pada hari Rabu jam 5 petang...sure ada yang masih ingat lagi rancangan ni...aku memang awal-awal lagi dah terpacak kat depan tv waktu tu sebab masa tahun 90an mana nak cari hiburan yang berbentuk macam ni.

Mana ada internet, kalau ada pun orang kaya yang pakai lagipun slow & lembap...nak tengok sekeping gambar pun jenuh nak tunggu loading satu persatu...youtube lagilah jauh sekali...tapi sekarang klik jek kat youtube macam-macam band yang kita boleh tengok.

Bayangkanlah pada masa tu kumpulan-kumpulan underground boleh muncul di kaca TV3...arwah atok aku yang tengok rancangan tu pun geleng-geleng kepala...kebanyakkannya band-band tempatan tapi aku ingat lagi ada satu episod khas yang cerita tentang kumpulan Nirvana dan vokalisnya Kurt Cobain yang menemui ajal dengan cara membunuh diri.


Kalau sebelum-sebelum ni peminat muzik underground cuma dapat tahu perkembangan band kesayangan mereka melalui majalah jek, tapi bila ada rancangan ni semakin banyak info yang dia orang dapat...tapi ada jugak orang yang tak setuju dengan rancangan ni sebab menjadikan kumpulan underground terjerumus dalam alam muzik mainstream...dia orang mana minat kumpulan muzik arus perdana ni yang hari-hari keluar dalam tv & radio.

Walaubagaimanapun, rancangan ini memang menawarkan satu bentuk hiburan yang lain dari yang lain...sesuailah dengan tajuk rancangannya Alternatif, iaitu satu pilihan atau perubahan kepada muzik yang baru dan lebih segar.

Kedatangan kumpulan Carburetor Dung & band-band yang lain seperti The Pilgrims, OAG, Butterfingers, Apple Green, Dead Mushroom, Subculture dan Spiral Kinetic Circus memang membuatkan jiwa anak-anak muda pada masa tu melonjak-lonjak selepas selama ini hanya dihidangkan dengan lagu-lagu 'rock kapak' semata.

Industri muzik tanah air seakan-akan bernafas kembali setelah sejak sekian lama disogokkan dengan lagu-lagu jiwang...diaorang ni kira macam herolah yang datang menyelamatkan keadaan...barulah anak-anak muda boleh bernafas sedikit taklah layan band-band rock kapak sahaja...band-band luar negara memang banyak tapi mereka mahukan band tempatan 'support our underground scene'


Masa umur awal remaja iaitu antara 13-18 tahun memang tengah sibuk cari identiti sendiri, salah satu caranya ialah melalui muzik...yang paling menarik minat ialah muzik-muzik underground...apa-apa group asal underground semua layan tak kesahlah black metal, white metal, heavy, punk rock semua main belasah jek...yang paling aku tak boleh lupa bila layan lagu kumpulan Darkthrone album 'A Blaze In The Northern Sky' yang aku pinjam dari member sekolah.

Sesuai dengan tajuknya 'A Blaze' sebab lagunya pun macam iblis lakhanat...suara terjerit-jerit dengan muzik seakan-akan keluar dari neraka...mak aku yang dengar pun naik pening & suruh aku stop dari terus mainkan lagu tu pada corong mini compo...masa tu tak tahu lagi apa benda yang dinyanyikan, tapi bila tengok balik lirik ada yang macam nak memuja syaitan & semangat-semangat jahat terus stop tak mahu dengar lagi dah...imej pun dah macam setan dengan salib terbaliknya (anti-christ)...bahaya boleh merosakkan akidah.


Jiwa time remaja ni kan asyik nak memberontak jadi tu yang layan lagu-lagu macam ni sampai terbawak-bawak dalam kehidupan...yang paling best masa sekolah dulu siap main conteng-conteng muka ala-ala black metal (tengoklah contoh macam dalam gambar tu)...hari tu kebetulan ada exam paper 'Pendidikan Lukisan'...apa lagi stok water colour jenama 'Buncho' pun banyak...artis yang pandai melukis pun ramai, maka terjadilah peristiwa menconteng muka.

Portnya pulak dalam surau sekolah...memang dajjal buat kerja setan dalam surau tempat orang beribadat...yang tak bestnya boleh kantoi pulak dengan seorang cikgu waktu dia datang surau nak solat Asar...kantoi dengan muka masing-masing yang macam hantu setan iblis...tapi tak semua yang kantoi on the spot, mana yang pandai berpura-puralah konon-kononnya tengah solat, sujud punyalah lama semata-mata nak cover muka yang macam hantu.

Tapi si cikgu bukannya bodoh, sembahyang apa yang sujud lama sangat tu...nak kata solat hajat mana ada solat sunat lagi selepas dari waktu Asar...last-last kantoi jugak beramai-ramai...apa lagi lepas sorang-sorang kena bantai kena pulak brainwash yang mengalahkan khutbah Jumaat, dengan keadaan muka sorang-sorang yang dah macam hantu kubur.

Bila dah dengar muzik yang ganas-ganas ni perangai pun jadi macam buragas...habis kerusi meja sekolah yang dipecahkan...inilah kuasa atau pengaruh muzik yang ganas-ganas ni memang banyak mempengaruhi kelakuan manusia...pantang tengok meja elok sikit mesti nak dipecahkan tanpa sebarang motif, saja nak memberontak...nasib baik sekolah sekarang banyak yang meja plastik.

Ingat, kalau ada anak nanti jangan bagi dia orang dengar lagu-lagu macam ni...bagi dengar lagu nasyid jek barulah jadi anak yang soleh...kalau bagi dengar lagu dangdut nanti takut jadi GRO atau ratu@raja gelek pulak...tapi, tak semestinya kalau dengar lagu nasyid anak boleh jadi baik.

Akhir sekali terimalah lagu 'Boo Hoo Clapping' dari kumpulan 'Taik Karburetor' atau dalam bahasa omputehnya Carburetor Dung...lagu yang best dan penuh bertenaga untuk dinyanyikan secara beramai-ramai sambil melompat-lompat...



Boo Hoo Clapping Song

I walk alone, I’m lonely
Why should we hear your problems?
I sit at home, I’m crying
Don’t wanna know, we don’t care
My baby’s gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!

And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don’t care, now you don’t feel
So many friends, now where they’ll be?
Now you tell me…



*nota kaki berbau :
Suka makan taik minyak & taik itik...benci bau taik kucing & taik tikus...anti orang yang suka buat taik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...