27 December 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 | PERSEDIAAN UNTUK HADAPI INDONESIA DI GELORA BUNG KARNO

  • Para pemain-pemain Malaysia terutama sekali penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat perlu memakai cermin mata ala-ala Cyclops (X-Men) bagi mengelakkan pancaran laser pointer yang bakal dipancarkan oleh para penyokong Indonesia dari serata pelusuk stadium
  • Pemain Malaysia perlu mempersiapkan diri dengan memakai helmet (better jenis fullface) untuk mempertahankan diri daripada balingan-balingan objek seperti botol air & mercun
  • Penyokong pasukan Malaysia perlu diletakkan di kawasan VVIP yang menempatkan Presiden & para pembesar negara Indonesia bagi mengelakkan insiden yang tak diingini 
  • Jika menang (confirm menang aku rasa), pasukan kita perlu tidur di dalam stadium sekurang-kurangnya untuk 2 atau 3 jam bagi mengelakkan bas dibaling dengan batu atau kayu & pelbagai objek terbang (bawak bantal & selimut siap-siap, ubat nyamuk jika perlu)
  • Lagu Negaraku tidak perlu dimainkan secara live di stadium (pemain Malaysia boleh nyanyi dalam hati kalau nak) elok ditukar saja dengan lagu ala-ala dangdut Goyang Inul supaya tidak diperlekehkan oleh para penyokong Indonesia, lagipun diaorang suka layan dangdut (kita tengok pun sakit hati bila orang tak hormat lagu kita) 
  • Gelora Bung Karno pasti akan bergelora dengan sorokkan penyokong Indonesia. Pemain Malaysia digalakkan untuk memakai ear plug yang hanya boleh mendengar teriakkan dari Rajagobal sahaja
  • Pemain Malaysia perlu memasang kaki kayu (bukan kaki bangku) kerana dijangka terjahan-terjahan keras akan berlaku terutama sekali buat Safee Sali & Nor Shahrul yang menjadi duri dalam daging buat pasukan Indonesia
  • Gawang gol Malaysia perlu disimen konkrit supaya kelebihan 3 gol dapat di kekalkan


*nota kaki berbau :
Sang Harimau Malaya tak sehebat Sang Garuda yang gah kerana boleh terbang di awan biru...tapi, bila jejak ke bumi Sang Harimau Malaya pasti akan mengaum & menerkam 

3 KOMEN:

a'im said...[Mari Balas Komen Ini]

gila ganas..hoho

http://kindofsoul.blogspot.com/2010/12/final-piala-suzuki-aff-2010cerita.html

mdigital.com.my said...[Mari Balas Komen Ini]

apa yang dilakukan di vietnam boleh dijadikan pengalaman berguna...

bravo malaysia

Mr. TN_SkY said...[Mari Balas Komen Ini]

muahaha :D terbek brO! =_=..satu lagi..pakai baju kalis peluru! dgr2 cte fan fanatik ino da kelepek APEK! zzz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...