20 December 2010

KEMALANGAN BAS 2 TINGKAT DI SIMPANG PULAI | SELAMATKAH BAS DOUBLE DECKER?



Berita terbaru yang kita terima sekali lagi membabitkan nahas yang melibatkan bas 2 tingkat...sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan di Plaza Tol Simpang Ampat Alor Gajah Melaka yang meragut nyawa 12 orang yang turut membabitkan bas 2 tingkat dan beberapa kenderaan lain, tapi puncanya datang dari bas 2 tingkat

Kemalangan yang berlaku pada petang 10.10.2010 kini berlaku lagi di Simpang Pulai jalan menuju ke Cameron Highland...tapi kali ini dengan korban yang lebih besar...setakat ini 28 orang sudah disahkan meninggal dunia...mungkin kita tidak terasa seperti kemalangan yang berlaku seperti sebelum ini kerana ia tidak melibatkan banyak nyawa penduduk tempatan & kebanyakkannya adalah warganegara Thailand...tapi, korban yang paling besar dalam sejarah ini membuka mata banyak pihak

Sekarang nak cerita pulak pengalaman aku & bas 2 tingkat ni...mula-mula, aku nak test naik bas 2 tingkat ni sebab terpengaruh dengan bas double decker yang macam kat London tu...ini adalah pengalaman yang aku dapat sebab aku duduk kat seat paling depan sekali tu...kat bawah aku si driver bas...punyalah jakun baru 1st time beb dapat naik bas 2 tingkat, tu yang nak duduk kat area atas

  • Rasa macam naik roller coaster Corkscrew kat Genting Highland daa...terbuai-buai aku dibuatnya especially bila tiba time selekoh maut...nasib baik aku tak maut sekali...tak payah tunggu selekoh maut selekoh yang biasa-biasa pun bas dah berbuai-buai...aku rasa orang yang duduk seat paling belakang sebelah atas lagi rasa kot dia punya meliuk-liuk
  • Driver yang bawak bas 2 tingkat yang aku naik ni drive punyalah laju...maybe sebab dia bangga kot dapat drive bas double decker ni...punyalah eksyen aku tengok lebih-lebih lagi bila time dia overtake bas yang bukan 2 tingkat...siap jeling lagi tengok bas sebelah...memang berlagak gila
  • Seat driver bas 2 tingkat ni rendah lebih kurang macam kereta tu yang buat driver dia feel macam bawak kereta sampai tak sedar yang dia tengah bawak lebih dari 30 orang nyawa kat bawah & atas tu...kalau lowered macam kereta F1 aku tak taulah macam mana punya laju si driver tekan pedal minyak tu
  • Bas 2 tingkat ni macam tak stabil jek aku rasa...macam anytime jek boleh terbalik...aku nasihatkan kalau siapa yang nak naik bas 2 tingkat better jangan duduk kat atas...memang tak selesa langsung tak boleh terlelap mata ni even 1 second pun...orang yang kat bawah tu boleh tidur berdengkur lagi tu, kita yang kat atas dok risau bila agaknya nak sampai roller coaster ni...cuma yang best rasa tinggi sikit & dapat tengok kenderaan lain seolah-olah kecik jek dari atas tu 

Lagi satu bas 2 tingkat ni sekali dah terbabas & terbalik memang no excuse paling koman pun sure 10 orang nyawa yang akan melayang rangup macam keropok Double Decker gak...memang sadis & selalunya yang kat atas tu jalan dulu sebab akan jatuh terhempas 

Bentuk muka bumi tak rata & highway yang tak berapa nak lurus memang tak sesuai untuk bas jenis yang macam ni...kalau setakat jalan dekat-dekat & lurus boleh kot...contohnya; kalau dari KL ke KLIA or Seremban ke KL...tapi untuk long distance tak sesuailah aku rasa

Apa pendapat korang yang pernah naik bas 2 tingkat ni? Korang rasa selamat ke tak selamat? Aku memang tak mahu naik lagi, taubatlah lebih-lebih lagi bila dah jadi kes macam ni...


*nota kaki berbau :
Suka makan keropok udang Double Decker,  suka jugak tengok & dengar iklan lagu Double Decker, tapi benci naik bas Double Decker

3 KOMEN:

fyna ahmad said...[Mari Balas Komen Ini]

pk byk kali nk naek bas pasnih....

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@fyna
yup pk dulu sblum naek...baca entry "PENANTIAN BAS CINTA" kalau nak tips pilih bas...

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

buy facebook likes
get facebook likes

http://www.huwy.eu/ie/result/internet-0 http://ndn.org/blog/2011/03/invite-april-1st-webcast-dhs-sec-napolitano-distinguished-panel-discuss-21st-century-bo
buy facebook likes get facebook likes buy facebook likes
I have recently got a new laptop with windows 7 and Norton security but within days mystery emails were being sent from my hotmail address seemingly to everyone in my contact list. The email is the same each time. I have ran a full system scan as thought it might be a virus but nothing was found any ideas what to do to stop this?

buy facebook likes facebook likes [url=http://1000fbfans.info]get facebook likes [/url] buy facebook likes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...