Aku Berazam Untuk Berubah Dari......?
- Gemuk kepada kurus - dulu berat badan aku 110kg...orang panggil aku 'Si Gemuk Gedempol' tendang masuk gol...tapi sekarang aku nak turunkan berat badan kepada 80kg supaya orang memanggil aku 'Si Kurus Cantik' berjalan badan melentik
- Miskin kepada kaya - dulu aku miskin harta tapi kaya dengan budi bahasa...sekarang aku nak jadi orang yang kaya dengan kedua-duanya sekali
- Sakit kepada sihat - dulu aku selalu sakit...sakit kepala, sakit hati & juga sakit sukar untuk membuang air besar...sekarang aku tak mahu sakit lagi...aku nak jadi seorang yang sihat mental & fizikalnya...aku juga akan selalu makan makanan yang berserat supaya mudah lawas
- Jahat kepada baik - dulu aku jahat selalu buli & tindas kaum yang lemah...tapi sekarang aku nak jadi seorang yang suka menolong orang...aku juga akan membela nasib orang yang selalu kena tindas
- Sombong kepada peramah - dulu aku sombong tak mahu bertegur sapa dengan jiran-jiran...tapi sekarang aku nak jadi seorang yang peramah tapi bukan seorang yang suka ambil tahu hal peribadi jiran (busy body@suka jaga tepi kain batik orang)
- Busuk hati kepada baik hati - dulu aku selalu dengki, jeles & sakit hati bila tengok orang lain berjaya...tapi sekarang aku akan bersyukur & mengucapkan tahniah kalau tengok orang berjaya...aku juga akan berusaha supaya aku boleh berjaya macam orang lain
- Pemarah kepada penyabar - dulu aku suka marah-marah tak tentu pasal pada orang lain & pada diri sendiri juga kepada haiwan...tapi sekarang aku tak mahu marah-marah lagi...aku cuma perlu senyum sahaja walaupun marah
- Pemalas kepada rajin - dulu aku seorang yang pemalas...seluar dalam sehelai pun aku malas nak cuci sendiri, terpaksa suruh orang lain yang tolong cuci...tapi sekarang aku akan mencuci seluar dalam sendiri dan menyidainya sehingga kering
- Buruk kepada elok - dulu muka aku buruk sebab aku malas nak jaga...muka macam permukaan bulan penuh dengan jerawat disana sini...tapi sekarang aku akan rajin mencuci muka 3x kali sehari & menggunakan krim muka agar aku nampak cantik & lawa
- Bodoh kepada pandai - dulu aku bodoh dan sering diperbodoh-bodohkan...tapi sekarang aku mahu jadi seorang yang cerdik pandai dan membantu orang yang bodoh
*nota kaki berbau :
Dulu kaki aku berbau, tapi sekarang dah kurang baunya
0 KOMEN:
Post a Comment