Showing posts with label ayat penyata. Show all posts
Showing posts with label ayat penyata. Show all posts

06 June 2011

ORANG KAWEN & CUTI SEKOLAH





Semalam kalau lalu area Muar & Melaka selang beberapa bijik rumah ada jek balai or khemah kat depan rumah menandakan ada orang yang kawen...rasanya kat seluruh Malaysia camtu kot...bukan setakat orang Melayu, Orang Cina & India pun sama ambik kesempatan kawen time-time camni...dah macam pesta kawen 1Malaysia...Semalam ada14 jemputan tak tau nak pergi yang mana satu...kad kawen sekarang ni pulak ada macam-macam fesyen sampai ada yang pilih kad kawen mana yang cantik kita pergi rumah tu...


Hari Sabtu & Ahad lepas pulak jalan untuk exit & masuk highway Air Keroh pun tiba-tiba jadi jammed tapi bukan sebab orang kawen...sebab musim cuti sekolah parents sibuk bawak anak-anak pergi zoo...lagipun area ni memang happening macam-macam yang ada...ada taman buaya, taman rama-rama, hutan rekreasi, mini Malaysia, litar go-kart & macam-macam tempat yang best...

No wonderlah kalau jalan ni sesak time cuti sekolah...nak bayar tol pun kena queue panjang daripada plaza tol sampailah kat exit highway...kat situ jek dah sangkut dekat 1 jam...dari siang sampailah bawak ke malam sebab ada night zoo...tak puas tengok binatang time siang diaorang datang pulak malam-malam...maybe banyak harimau yang tidur siang & berjaga malam hari...lagipun ada haiwan yang aktif waktu malam...kalau manusia yang aktif waktu malam ni biasanya pencuri & perompak


Siapa yang belum kawen or nak kawen lagi bolehlah pilih tarikh-tarikh kat bawah ni sebagai rujukan...bagi parents pulak boleh pilih tarikh cuti sekolah untuk bawak anak-anak pergi zoo


Cuti dan Perayaan :

1 Januari - Tahun Baru 2011
20 Januari - Hari Thaipusam
1 Februari - Hari Wilayah
3 Februari - Tahun Baru Cina 1
4 Februari - Tahun Baru Cina 1
15 Februari - Maulidur Rasul
12 Mac -> 20 Mac - Cuti Pertengahan Penggal
1 Mei -> 2 Mei - Hari Buruh (2 hb ganti)
28 Mei -> 12 Jun - Cuti Pertengahan Tahun
1 Ogos - Hari Pertama Ramadhan
31 Ogos - Hari Pertama Raya Aidilfitri / Hari Kebangsaan
2 September - Hari Kedua Aidilfitri
3 September -> 4 September - Cuti Pertengahan Tahun
16 September - Hari Malaysia
26 Oktober - Hari Deepavali
19 November -> 31 Disember - Cuti Akhir Tahun

*nota kaki berbau :
Orang kawen time cuti sekolah, budak-budak sunat time cuti sekolah, budak-budak ramai pergi zoo time cuti sekolah, mak andam banyak buat duit time cuti sekolah, Fun Fair pun banyak time cuti sekolah

27 May 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA PUTRAJAYA MEI 2011



Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
Tarikh: 28/5/2011 (4.30ptg)
Pentas Utama, Simpang Empat Jalan Kemerdekaan, Persiaran Perdana, Presint 3

Mampukah sasaran untuk menghimpunkan sejuta orang belia tercapai? Hari Belia Negara tahun lepas 2010 dah pun berjaya menghimpunkan seramai lebih daripada 200 ribu orang belia dari seluruh Malaysia...kalau tengok dari segi aktiviti-aktiviti yang ada kat bawah ni memang tak mustahil matlamat ni dapat dicapai...best-best tu aktiviti dia...kalau belia tak join memang rugi...

Belia tu siapa? Populasi belia kat Malaysia ni ada seramai lebih kurang 15.1 juta orang...belia tu mereka yang berumur dari 16 hinggalah 40 tahun...adakah anda masih muda belia?...kiranya golongan belia ni mewakili separuh daripada populasi rakyat Malaysia...belia ni memang aset terbesar pembangunan negara...kalau belia hancur negara kita pun jadi hancur...so, wake up para belia jom join aktiviti yang sihat kat bawah ni...ada antara aktiviti yang selama ni orang pandang macam tak sihat tapi telah disihatkan...tak percaya tengoklah kat bawah ni...


Sasuke Malaysia
Pertama kali diadakan di Malaysia. Acara sukan yang datang dari negara Jepun dan diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 iaitu Sasuke Malaysia. Acara ini akan disiar secara langsung di Tokyo Broadcasting dan Tv NHK untuk mencari juara bagi mewakili Malaysia. Kepada yang berminat ingin menyertai sukan ini, sila layari http://www.sasukemalaysia.com/ atau http://www.facebook.com/sasukemalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aku pun tak pernah tengok lagi benda ni camne...kalau nak tau jomlah kita terjah




Karnival Skills Malaysia 
(Klik images untuk  maklumat lanjut)
Sesuai untuk para belia yang banyak skills...inilah peluang untuk tunjukkan skill & bakat masing-masing yang selama ini terperap



Peraduan Fotografi & Video Sempena HBN 2011
Sempena HBN 2011 kali ni, Segmen World Youth Fantasy & Gadget World akan mengadakan Peraduan Fotografi & Video. Kepada yang berminat untuk sertai peraduan ini boleh dapatkan borang penyertaan disini..Siapa yang rajin tangkap gambar sana-sini bolehlah join


Pertandingan Rekacipta Motosikal Sejuta Belia




KBS-MUSC Drag Challenge Official Pit Bike
Ini yang paling best & yang paling aku berminat nak tengok...belia yang muda remaja memang tunggu benda yang legal macam ni...biasa tengok benda yang illegal jek takut-takut kantoi dengan polis...nak tengok motor yang togel-togel race kat sinilah tempatnya...nak tengok kereta macam kat dalam filem Fast & Furious pun boleh


Youth Job Fair 2011, Perhimpunan Sejuta Belia
Bertemakan Himpunan Sejuta Belia, “Youth Job Fair 2011” menyediakan carian kerja yang bersesuaian seiring dengan keperluan dan kehendak pasaran.
Tempoh Pameran
27 – 29 Mei 2011
Waktu operasi: 09.00 pagi – 06.00 petang
Lokasi: 
Commercial Building
Lot 4C11, Presint 4
Putrajaya.
(Beside Ministry of Youth & Sports building)
Penganjur
Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Belia Malaysia
Kepada belia yang still tanam buah anggur kat luar sana marilah kita cari lubang-lubang kirja kat sini...mana tau ada rejeki


Rentap Futsal 2 Putrajaya
Cabaran Rentap Futsal 2 Putrajaya kembali lagi……untuk keterangan lanjut sila layarihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/special.asp?pr=futsalkosmo2011...kaki-kaki futsal jomlah try...sepak-sepak boleh dapat duit


Standard Chartered 5KM Funrun 
28 May, 6.30am-2.00pm...berlarilah untuk sihatkan badan


Battlefield Putrajaya
Untuk dapatkan borang penyertaan klik disini...boleh main perang-perang ala-ala combat


6th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2011
Ni pun sesuai untuk belia yang berminat untuk menyihatkan badan dengan berlari...nak berjalan pun tak kesah yang penting join


Memancing Sejuta Belia
Tawaran istimewa kepada pemancing – pemancing di seluruh negara sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya bagi menghimpunkan Sejuta Belia pada 27 – 29 Mei 2011.
Sila klik disini untuk mendapatkan borang pendaftaran / penyertaan...kaki pancing apa tunggu lagi...siapkan joran & pancinglah hadiah yang menarik


Karnival Jom Makan 1 Malaysia
Yang ini pulak sesuai untuk kaki-kaki makan...jalan-jalan cari makan...makan-makan sampai tak boleh makan...patutlah rakyat Malaysia ramai yang Obesiti...siapa yang rasa dah over limit tu tak payahlah join aktiviti yang ni...hoho...


Karnival Sukan Air
Karnival Sukan Air Hari Belia 2011 ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kanu Malaysia dan Perbadanan Putrajaya
sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 bagi tujuan menghimpunkan satu juta
belia dalam 200 aktiviti yang disediakan. Bagi aktiviti berpusat di air, Karnival ini dianjurkan untuk menggalakkan aktiviti rekreasi dan sukan air di Presint 6, Kompleks Sukan Air, Tasik Putrajaya selari dengan hasrat Perbadanan Putrajaya untuk menjadikannya sebagai pusat sukan air terunggul di Malaysia dan antarabangsa...Siapa yang suka main-main air kat sinilah tempatnya


‘GIG Dance Rakan Muda 2011’ 
Merupakan satu pertandingan tarian ekstrem penuh bertenaga melalui gabungan pelbagai elemen tarian moden seperti Shuffle, Breakdance, Hip-hop dan sebagainya bagi meraikan Himpunan Sejuta Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara tahun ini. Tarian ini sangat popular dan mendapat sambutan yang menggalakkan serta menjadi ikutan generasi muda hari ini. Tarian menarik ini juga, dilakukan dengan pergerakan badan yang sungguh kreatif dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri. Kreativiti dan bakat luar biasa yang ditonjolkan oleh belia remaja ini amat dikagumi. Tarian Ekstrem ini merangkumi elemen Gaya Hidup Rakan Muda Kecergasan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara...We ready for the showdown!

Untuk Maklumat Lanjut & Lebih Detail Bolehlah Layari Laman Web Berikut :

*nota kaki berbau :
In youth we learn, in age we understand...You're never too old to become younger bro!

20 May 2011

FUHH...LEGA...


Lega rasanya sebab janji telah pun tertunai minggu lepas...kesemua pemenang ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA dah pun dapat hadiah masing-masing seperti yang dijanjikan dengan selamat...hope diaorang semua suka & puas hati dengan hadiah-hadiah tu...daripada balasan yang OdahOne terima rasanya diaorang semua puas hati kot...anyway, bila korang enjoy Odahone lagilah enjoy...ada rezeki lebih nanti bolehlah OdahOne bagi hadiah lagi...

Selagi diaorang ni tak terima hadiah masing-masing rasa macam tak best sebab ada janji yang belum ditunaikan...sebab tu lah pos cepat-cepat hadiah tu & luckily semua hadiah dah sampai dengan selamat kat tangan para pemenang...fuhh!!! lega rasanya...dapatlah 1st experience organized GA...susah jugak ingatkan macam senang...taklah susah sangat cuma kena bertanggungjawab dengan apa yang kita dah janji...tak baik hampakan harapan orang...jangan suka bagi orang harapan lepas tu tinggalkan & lupakan macam tu jek...dalam maknanya tu...oklah...tahniah & terima kasih sekali lagi kat semua yang memeriahkan acara majlis...sayonara!

*nota kaki berbau :
Kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa gembira beginilah caranya kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa tak gembira tepuk dahi???

18 May 2011

SUSAHNYA HIDUP DENGAN ORANG YANG BERMENTALITI RENDAH



Kes 1 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka bela kucing

Tak tahulah kenapa...rumah dah lah sempit muat-muat untuk 2 or 3 orang jek yang stay, tapi diaorang ni boleh pulak tambah kucing tinggal bersama-sama...maybe orang ni memang makhluk yang penyayang...tak kesahlah masalahnya menyusahkan jiran-jiran...biasanya aku tengok orang bela kucing kat bawah tu alas pasir tapi yang ni tak...ada ke dia alas kain jek kat bawah tu...makin kuat harumannya...sebelum masuk pintu rumah terpaksalah aku cium haruman taik kucing...haruman taik kucing bukan haruman kasturi...harum ker??? setiap kali nak masuk rumah terpaksa tahan nafas & bukak kunci rumah cepat-cepat...lagipun jarak 20 meter dari rumah dah start boleh hidu bau-bauan...anyway, boleh bela binatang tapi kalau tinggal kat rumah yang macam ni memang tak sesuailah

Kes 2 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka bawak kawan ramai-ramai lepak tengok bola sampai pukul 3-4 pagi

Rumah dah lah dekat-dekat dinding pulak pakai batu blok bukan batu bata...silap-silap pukul 3 pagi kalau orang sebelah kentut pun kita boleh dengar...begitulah perumpamaannya dengan kes ni...tau lah korang tu peminat bola aku pun tengok bola gak...kalau rasa nak terjerit-jerit pagi-pagi buta ajaklah member-member tu pergi stadium or lepak kat kedai mamak...kat situ memang orang tak boleh nak marah...lagipun mana ada orang tengok bola sopan-sopan & tak jerit perkataan GOL!!!...tapi kena consider dengan jiran sebelah menyebelah yang nak bangun awal-awal pagi pergi kerja

Kes 3 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka tutup kepala paip rumah orang

Yang ni aku pun tak tahu apa modus operandi diaorang ni...pernah 1 hari aku tak mandi sebab ingatkan takde air...tapi yang aku peliknya aku boleh dengar dari rumah atas air mencurah-curah turun kat bawah...bila aku keluar rumah check tengok ada malaun yang tutup kepala paip kat luar rumah...dah takde kerja lain agaknya maybe minat sangat nak kerja dengan SYABAS (Syarikat Air Selangor)...tapi ni jenis kerja takde gaji just dapat caci maki...bukan sekali dua tapi berkali-kali diaorang buat...time tengah-tengah syok mandi dengan sabun penuh kat badan tiba-tiba diaorang tutup kepala paip...apa kejadahnya semua ini???

Kes 4 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka ketuk pintu rumah orang tengah-tengah malam

Ini orang ke hantu aku pun tak tahu...rasanya hantu pun takde masa nak ketuk pintu rumah orang...hantu mana ada adab macam tu...dia main masuk jek siap boleh tembus ikut pintu lagi macam magic tak payah ketuk pintu bagi salam sebelum masuk rumah orang...maybe orang ni tersalah ketuk pintu rumah kot...tapi kalau dah selalu sangat takkan asyik tersalah jek?

Kes 5 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka kencing dalam lif

Perangai orang mabuk...masuk lif bau hancing tak taulah orang dewasa or budak-budak yang kencing kat dalam tu...kalau budak-budak boleh considerlah tapi kalau bapak budak memang takde sivik...dah macam tandas awam agaknya...dulu aku pernah terserempak dengan warga asing perempuan yang kencing kat dalam lif...tapi time tu dia tengah mabuk...dah mabuk apa benda pun orang boleh buat 

Kes 6 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka merokok dalam lif

Asap berkepul-kepul dalam lif bila orang tegur dia buat muka macam tak puas hati macam nak pukul orang...pernah aku naik lif sama-sama dengan ibu yang tengah mengandung...terpaksa dia tutup lubang hidung sepanjang berada dalam lif...dah lah rumah mamat yang berasap tu kat tingkat 18...sepanjang dia nak naik tingkat 18 tu entah berapa banyak karbon monoksida yang orang kat dalam lif tu terpaksa sedut...padahal kat pintu lif dah terpampang notis dilarang merokok kat dalam lif...lagipun benda ni common sense...biasanya orang yang buat macam ni naik lif secara berkumpulan...so orang memang tak berani nak tegur

Apa KES??? bukan nak kutuk orang yang tinggal kat rumah flat or pangsapuri ni bermentaliti rendah tapi just nak cerita secara general & hope orang yang selalu buat benda ni sedar...sebenarnya orang yang tinggal kat condo pun ada yang buat perangai macam ni...tapi aku tak mampu nak tinggal kat condo so ceritalah pengalaman tinggal kat flat & pangsapuri jek...kadang-kadang kita tak perasan benda yang kita buat tu boleh mengganggu perasan jiran-jiran...ini antara hadis-hadis Nabi mengenai jiran untuk kita jadikan rujukan;

"Jibril a.s. sentiasa mengingatiku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa mereka boleh mewarisi harta pusaka".

"Tidak sempurna iman seseorang apabila tidur dalam keadaan kekenyangan sedangkan jiran berada dalam kelaparan sedang ia mengetahuinya".

"Kamu tidak boleh masuk syurga selagi kamu tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak berkasih sayang sesama kamu...".

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah berkata yang baik atau diam, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan jiran tetangga dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan tetamunya."

*nota kaki berbau :
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai...kalau nak buat perangai diatas jangan berumah di flat/pangsapuri lebih baik berumah di dalam hutan

16 May 2011

SIAPA MEREKA INI???



Puan Fadhillah

Ini adalah orang pertama yang mengajar aku tentang dunia pembelajaran selain dari my mother & father...cikgu sekolah tadika aku yang pertama...kalau dulu orang panggil sekolah makan sebab sampai jek sekolah cikgu terus bagi makan pastu bagi tanah liat & main...aku masuk kindergarden 2 tahun tapi, sorilah tak ingat lagi satu nama cikgu tu...sori cikgu...sebab tu agaknya orang selalu ingat cinta yang pertama, 1st love

Puan Chia, Puan Jong, Mr. Puran Singh, Mr. Ramasamy, Puan Ng, Cikgu Azmi, En. Wan Nyin Sen, Puan Julainah, Ustazah Wahibah, Cikgu Pi'ee...

Ini pulak senarai nama-nama cikgu time sekolah rendah yang aku masih ingat lagi...

Mr. Benedict Lee, En. Farique, En. Shafiee, Puan Rosnah, Cikgu Kamaruddin, Cikgu Teoh, Cikgu Gan, Ustad Thoifur, Cikgu Lau...

Nama-nama cikgu kat sekolah menengah...tak ingatlah nak tulis semua sekali...mana yang ingat jeklah cikgu...terima kasih banyak cikgu

Cikgu Mail, Cikgu Midah, Cikgu Azman, Cikgu Bakar, Cikgu Mariaton, Cikgu Fauziah...

Nama ustad & ustazah masa aku sekolah agama dulu...tapi hairan dulu tak panggil pun nama diaorang ustad or ustazah just panggil nama cikgu jek...sekolah agama kat depan rumah jek berjalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai...sekolah agama ni memang banyak beri kesan taklah hanyut sangat hidup aku...siapa yang sekolah agama kat Johor dulu sure ingat dengan kitab tebal nama Mutaal Badrin...kitab otai tu, memang klasik...kat dalam macam-macam ilmu yang ada...ilmu ibadat, muamalat, munakahat & macam-macam

Tapi nak baca mesti ada guru yang ajar...inilah peranannya seorang guru...kalau tak memang tak faham sebab banyak istihlah yang kita tak tak pernah dengar especially dalam bahasa Arab...tapi kitab ni ada guide gak namanya Suluh Mutaal Badrin...ini kira macam kamus untuk kitab ni...mana ayat-ayat yang kita tak faham boleh refer kat sini...tapi lagi elok kalau belajar dengan guru coz takut sesat pulak...belajar agama tanpa guru ni macam belajar dengan syaitan...tu yang jadi ajaran sesat...

Kadang-kadang ayat dalam kitab ttu cuma satu perenggan jek tapi ustazah terangkan panjang berjela-jela nak kasi student faham...yelah bab agama ni kena cerita full tak boleh separuh-separuh...respectlah kat cikgu-cikgu sekolah agama aku dulu...besar pahala diaorang

Selalunya kitab ni akan diguna secara turun-menurun...dari mak, ayah turun ke anak-anak, lepas tu akak atau abang sampailah adik-adik yang kat bawah main passing-passing kitab tu...semua share kitab yang sama...kat situlah timbul keberkatan belajar...sharing is caring...kalau nak cerita tentang kenangan time sekolah agama dulu memang panjang...nantilah aku buat entry khas untuk cerita ni

Tapi, sekarang diaorang dah guna kitab baru & tak guna kitab ni lagi...colourful kitab-kitab sekolah agama sekarang ni maybe nak disesuaikan dengan zaman...pada aku kitab Mutaal Badrin tu walaupun tak colourful & kertas kaler kuning & tak berkualiti, tapi ilmu yang ada kat dalam tu tak boleh lawan dengan kitab-kitab yang baru...ada setuju???

En. Fakhrul Azman, En. Zaini Bujal, Puan Sariah...

Yang ini pula adalah guru-guru yang istimewa sebab diaorang ni mengajar kami berdua tanpa menggunakan suara...our deaf teacher...mereka mengajar dengan menggunakan Bahasa Isyarat...our silent class...siapa yang keluarkan suara akan di denda sebab cikgu kami deaf & tak suka kita orang gunakan suara...time belajar Bahasa Isyarat ni lah Odah berjumpa dengan One...orang belajar bahasa isyarat tapi kami bercinta...hoho...isyarat jugak tu

Akhir kata...Siapa mereka ini???

Inilah insan-insan yang banyak berbakti kepada kita semua...SELAMAT HARI GURU...

*nota kaki berbau :
Blog OdahOne takkan wujud dalam dunia blogger kalau takde insan yang bernama guru, cikgu @ teacher yang mengajar kami menulis, mengeja & membaca...

14 May 2011

FRIDAY THE 13TH WHAT HAPPENED? BLOGGER.COM DEMAM?

\

Huru-hara jugak dibuatnya bila tiba-tiba blog OdahOne ni langsung tak boleh nak manage...nak sign in tak boleh,nak buat new entry pun tak boleh, nak edit widget tak boleh, nak reply komen pun tak boleh jugak...yang boleh cuma menjerit kat shoutbox jek...what happened? Apa yang berlaku???

Tak puas hati...try usha pulak blog orang lain...baca entry yang best-best...tiba-tiba time ni pulak banyak idea nak komen...sekali klik button komen pun fail daa...terbantut hajat nak komen...apa sudah terjadi ni blogger? Kamu demam ker?

Aku dah start terfikir yang blog berwarna merah kesayangan ni dah pun di hijack oleh anasir-anasir luar...amboi dah macam kapal terbang pulak kena hijack...sebab baru minggu lepas email akak aku kena hack & orang guna email dia untuk hantar benda yang bukan-bukan kat orang lain...sampaikan password dia pun orang tu dah tukar & dia tak boleh nak log in email sendiri...

Kes naya tu dah lah tu dia punya email yang official..daftar guna nama betul bukan nama samaran & segala macam news or important notice masuk ikut email tu...tu yang buat aku fobia dengan penjenayah cyber ni...kalau diaorang hack online banking punya a/c mau bankrupsi dibuatnya

Macam-macam yang dah terfikir kat kepala otak aku time tu...aku ada buat abuse or violence ke sampai encik blogspot nak banned blog aku ni...takde rasanya...awat tiba-tiba nak buat lagu ni???...aku pun start cari info & apa masalah problem yang berlaku sebenarnya???

Rupa-rupanya…

Blogger is back

What a frustrating day. We’re very sorry that you’ve been unable to publish to Blogger for the past 20.5 hours. We’re nearly back to normal — you can publish again, and in the coming hours posts and comments that were temporarily removed should be restored. Thank you for your patience while we fix this situation. We use Blogger for our own blogs, so we’ve also felt your pain.

Here’s what happened: during scheduled maintenance work Wednesday night, we experienced some data corruption that impacted Blogger’s behavior. Since then, bloggers and readers may have experienced a variety of anomalies including intermittent outages, disappearing posts, and arriving at unintended blogs or error pages. A small subset of Blogger users (we estimate 0.16%) may have encountered additional problems specific to their accounts. Yesterday we returned Blogger to a pre-maintenance state and placed the service in read-only mode while we worked on restoring all content: that’s why you haven’t been able to publish. We rolled back to a version of Blogger as of Wednesday May 11th, so your posts since then were temporarily removed. Those are the posts that we’re in the progress of restoring.

Again, we are very sorry for the impact to our authors and readers. We try hard to ensure Blogger is always available for you to share your thoughts and opinions with the world, and we’ll do our best to prevent this from happening again.

Posted by Eddie Kessler, Tech Lead/Manager, Blogger

Laa...Encik blogger.com sakit rupa-rupanya...ingatkan blog OdahOne yang sakit tapi semua blogger dapat masalah problem yang sama...bikin cuak saja...lagipun diaorang tgh sibuk nak update blogger.com


Anyway now it's back to normal...thanks Mr. yang buat statement kat atas ni...maaf mu diterima...jom kita kembali mengganas dengan entry-entry yang lebih dashyat & ganas tapi berhemah....buaaarghhhh!!!!...jom balas dendam dengan komen banyak-banyak kat entry ni sebab semalam 1 hari tak dapat nak komen...hoho...chow...

*nota kaki berbau :
Manusia yang reka blogger.com pun demam, sakit & pening kepala…inikan pula blogger.com...kadang-kadang demam jugak…bila blogger.com demam manusia pun boleh jadi demam sama...yang tak sakit & tak demam ialah yang jadikan manusia & blogger.com

02 May 2011

CABUTAN GA


OdahOne akan buat cabutan esok...time cuti ni busy sikit tak sempat nak buat...so, kalau ada nama-nama yang tertinggal yang tak tersenarai dalam PESERTA GA boleh inform cepat-cepat...sebab hanya nama yang ada dalam senarai tersebut jek yang OdahOne akan pilih sebagai pemenang


Esok or lusa nanti OdahOne umumkan siapa para pemenang ok...Gudluck semua

*nota kaki berbau :
Tuah ayam nampak dikaki...Tuah peserta GA OdahOne siapa pun tak tahu lagi???

01 May 2011

PENGUMUMAN GA ODAHONE | SORRY WE'RE CLOSED



Sekarang tepat jam 12.01am bersamaan dengan 1.5.201...oleh itu penyertaan bagi "OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya" akan ditutup secara rasminya setelah menempel di dalam blog OdahOne selama lebih kurang 35 hari...


Terima kasih banyak-banyak kepada para peserta yang sudi meluangkan masa untuk join GA OdahOne...Alhamdulillah penyertaan pun boleh tahan ramai...not bad untuk our 1st GA...hope, kalau ada rezeki lagi OdahOne akan anjurkan lagi GA dengan hadiah yang grand-grand lagi...Insyallah...bagi sesiapa yang tak berpeluang nak JOIN GA kali ni maybe lain kali boleh cuba...don't give up!


Esok or lusa OdahOne akan update senarai rasmi peserta-peserta yang dah pun JOIN GA OdahOne ni & cabutan secara manual akan dilakukan oleh Odah & One secara adil & saksama...kita tunggu keputusannya minggu hadapan...siapakah pemenangnya???

Lastly, OdahOne nak ucapkan Selamat Hari Pekerja bagi mereka yang dah pun bekerja...bagi yang masih lagi mencari kerja usahalah lagi...rezeki tu ada cuma cepat or lambat jek...yang penting, usaha + doa + tawakkal = kejayaan...macam jugak, odah + one = odahone...a simple equation but with a very big answer...hoho...insyallah...see ya!!!


Thanx Everybody!!! 

OdahOne :
From Muo To Taypeng with Love



*nota kaki berbau :
Setiap yang bermula pasti akan berakhir...Setiap yang bergerak pasti akan berhenti...Setiap yang bernyawa itu pasti akan menemui mati...Setiap GA atau Contest pasti akan ada tarikh tutup penyertaannya...Setiap pertemuan pasti akan diakhiri dengan perpisahan...Setiap kali bersamamu hidup ini pasti indah semuanya

30 April 2011

LAST CALL UNTUK PESERTA GA


Ada masa lagi ni kalau ada sesiapa yang berminat nak JOIN "OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya" Tepat jam 12.00 tengah malam 30 April 2011 barulah GA ni akan melabuhkan tirainya...

Update terkini jumlah peserta setakat ni dah 136 orang...kalau boleh cukupkan 150 or lebih pun bagus jugak kan...barulah meriah sikit...persaingan untuk menang hadiah pun menjadi semakin sengit

Apa tunggu lagi???? Ringan-ringankan tangan anda untuk buat satu entry yang paling simple...mungkinkah anda akan tersenarai di antara nama-nama pemenang??? Kalau tak menang pun yang penting kita mencuba


Anyway bagi yang dah JOIN tu thanx a lot...OdahOne dah tengok semua entry-entry yang diaorang buat untuk JOIN GA ni...ada yang buat simple-simple just cukupkan syarat tapi ada jugak yang tulis macam-macam tentang GA ni...

Apa-apa pun penyertaan anda semua dah pun OdahOne terima tak kiralah entry tu panjang or pendek yang penting ikhlas untuk JOIN & pemenang dibuat berdasarkan cabutan secara manual oleh Odah & One...semua orang ada peluang untuk menang...kemenangan tu perkara nombor 2...yang penting semua orang ENJOY!!!


*nota kaki berbau :
“Apakah yang anda paling takuti sebagai seorang pelajar?” Kami takut GAGAL...Ahh! Takut gagal lepas tu takut pulak nak mencuba...Saya pandai menyanyi & kebetulan ada satu pertandingan nyanyian di sekolah. Saya hendak masuk pertandingan tu tapi saya takut gagal, atau takut jika saya tak menang & kawan-kawan ketawakan saya. Kalau tak menang, saya mungkin akan rasa sangat kecewa. Jadi apa anda buat? Anda tidak memasuki pertandingan itu. Mengapa? Takut gagal kemudian takut mencuba...Anda perlu ingat, jika anda cuba, anda mungkin gagal atau anda mungkin berjaya. Kita tidak pasti. Tetapi satu perkara yang pasti, jika anda tidak mencuba, anda pasti tidak akan berjaya!...Mari mencuba???

26 April 2011

TINGGAL 5 HARI LAGI...


Tinggal 5 hari saja lagi untuk ke semua pembayar-pembayar cukai melengkapkan borang cukai pendapatan masing-masing untuk dihantar ke Lebaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)...zaman sekarang dah canggih tak payah lagi isi borang yang berjela-jela tu...just isi secara online E-Filing mudah, cepat & pantas...OdahOne tak wajib bayar cukai lagi sebab gaji pun ciput...just hantar borang buat cukupkan syarat jek...tunggu gaji dah beribu-ribu nanti saya bayar ya encik LHDN...

Ini pesanan LHDN untuk warganegara Malaysia yang bertanggungjawab..."TARIKH AKHIR pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi punca pendapatan bukan perniagaan ialah pada 30/04/2011"

Tapi, OdahOne bukan nak cerita tentang cukai ni semua...just nak remind tinggal 5 hari lagi "ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA" akan ditutup secara rasminya iaitu tepat jam 12.00 tengah malam 30 April 2011...kebetulan tarikhnya sama pulak dengan tarikh akhir untuk hantar borang cukai kat LHDN...so, sesiapa yang belum hantar penyertaan lagi cepat-cepat menJOINkan diri sebab masa sudah semakin singkat...lagipun OdahOne buat GA yang simple-simple jek senang orang nak JOIN

Setakat ni ada seramai 117 peserta yang dah JOIN...seperti yang OdahOne pernah cakap dulu kalau penyertaan melebihi <100 orang maka hadiah akan ditambah...dengan sukacitanya OdahOne tambah lagi satu hadiah untuk para peserta...

Kat bawah ni OdahOne uploadkan gambar hadiah untuk pemenang hadiah saguhati ke-3...hope, semua orang enjoy dengan GA ni & suka dengan hadiah terbaru ni...peluang untuk anda menang hadiah semakin meningkat...marilah JOIN beramai-ramai tinggal 5 hari jek lagi...Let's Do It!...Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya...Yeah!!!

Hadiah Saguhati Ketiga (Kerongsang Jurai Elegant)

*nota kaki berbau :
1x5 = 5, 6-1 = 5, 3+2 =5, 2+3 = 5, 15-10 = 5, 5x0 = ???...every equation have their own answer...begitu juga jawapan untuk pemenang GA OdahOne...Bila? Kita tunggu minggu depan...

20 April 2011

NASI LEMAK YANG BERLEMAK?


Nasi Lemak kembali popular....

Kalau dulu popular dengan isu nasi lemak 50 sen dalam filem Cuti-Cuti Cinta, tapi sekarang timbul pulak isu antara sebab budak-budak sekolah jadi gemuk atau obesiti dalam bahasa halusnya, ialah makan nasi lemak yang dijual dikantin sekolah???

Memang tak boleh nak nafikan yang nasi lemak ni makanan popular dikalangan rakyat Malaysia...kat mana-mana pun ada orang jual nasi lemak...tapi yang paling 'kick' of courselah nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang...memang tu identiti nasi lemak & rasanya lebih best sebab ada aroma daun pisang...tapi ada jugak kedai makan yang hidangkan nasi lemak guna pinggan yang didesign macam daun pisang...tak aci lah camtu

Tak taulah kenapa tiba-tiba nasi lemak boleh jadi isu negara & tak pasal-pasal kena hadkan penjualannya kat sekolah...dengar cerita 1minggu sekali jek boleh jual nasi lemak...efektif ke buat camtu???...nasi lemak ke sebab utama budak-budak sekolah jadi gemuk???...dari darjah 1 sampai form 5 aku sekolah dulu memang dah biasa bedal makan nasi lemak tapi bila habis sekolah badan aku still maintain lagi BMI nya...hoho...

Kesian kat makcik-makcik kantin yang sumber pendapatannya daripada hasil jualan nasi lemak...kenapa nak di sekat penjualan nasi lemak kat sekolah...sekatlah sekali makanan fast food or junk food yang ada kat luar sana tu yang boleh sebabkan budak-budak jadi lebih gemuk...aku tengok tiap-tiap hari keluar macam-macam iklan kat tv yang menggalakkan budak-budak makan burger & ayam goreng yang terbukti berlemak & menggemukkan

Tak kesahlah, maybe diaorang ada good reason tentang isu nasi lemak ni...aku pun tak pandai sangat tentang pemakanan & kesihatan ni...pada aku apa-apa makanan pun kalau makan berlebihan akan jadi penyakit & menggemukkan...so, makanlah secara sederhana macam yang nabi ajar

Anyway, aku tetap suka makan nasi lemak & nasi lemak yang paling best sekali mestilah nasi lemak yang dimasak oleh my 'Emak'...nasi lemak antarabangsa pun tak boleh lawan akan kesedapannya...sambal udang / ikan bilis / sotong yang mak aku masak memang kena dengan rasa lemak yang ada pada nasi lemak yang dimasak olehnya...hope balik kampung nanti dapat rasa masakkan nasi lemak emak ya mak

Ok, perut dah lapar ni & nak pekena nasi lemak yang Makcik Temah jual kat bawah tu...

Kat bawah ni aku selitkan sikit fakta tentang Nasi Lemak yang aku copy dari Wikipedia...enjoylah makan nasi lemak sambil tahu fakta-fakta tentang nasi lemak

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk babi.

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.

*nota kaki berbau :
Suka tengok rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' kat tv9 sambil makan nasi lemak yang dimasak oleh emak bersama dengan air kopi 'O'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...