Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

05 June 2012

DOKOH KALUNG | KERONGSANG BAJU KEBAYA | DAPATKAN SECARA PERCUMA!





Kerongsang Baju Kebaya atau Kerongsang Kerawang Tiga Serangkai bermotifkan tradisional sesuai dipakai bersama baju kebaya atau baju kurung. Juga dikenali sebagai 'Dokoh' sejenis hiasan yang tergantung di leher yang popular semenjak 200 tahun yang lampau. 



Dihasilkan dengan menggunakan seutas rantai dan dihiaskan dengan beberapa rekabentuk sampingan yang dicantumkan di tingkat pertengahan kiri dan kanan rantai. Manakala di bahagian bawahnya disediakan pula kepingan yang bertingkat-tingkat ataupun hanya terdiri daripada satu atau dua kepingan sahaja. 



Kepingan dokoh ini biasanya dihiasi dengan corak yang bermotif daun sukun dengan menggunakan berbagai-bagai teknik. Dokoh yang dua tingkat dan tiga tingkat biasanya disusun dari atas hingga ke bawah dan dicantumkan dengan menggunakan rantai di kirinya dan di kanannya. Dokoh biasanya direka dalam bentuk tiga segi dan bercorak bulan sabit atau daun-daun yang menarik. Ada di antaranya bertatahkan batu permata yang berwarna-warni. 



Dokoh tiga tingkat merupakan hiasan leher dan dada yang paling istimewa dan tidak boleh ditinggalkan dalam adat istiadat perkahwinan. Pasangan pengantin perempuan dan juga pengantin lelaki memakai dokoh untuk menimbulkan keserian dalam majlis raja sehari.




Siapa yang berminat nak dapatkan item yang awesome kat atas ni 
(Dokoh Kalung Baju Kebaya) secara PERCUMA?

Senang jek caranya just JOIN GA yang dianjurkan oleh :






Bukan setakat hadiah Dokoh Kalung jek tapi ada macam-macam lagi hadiah yang menarik bakal menanti para pemenang...maklumlah ada lebih kurang 26 sponsor untuk GA yang awesome ni...korang tengoklah sendiri hadiah dia kat sini; 




Banyak kan hadiah dia?...ada kerongsang, shawl, topup, voucher, kain pasang, barangan kraf, produk kecantikkan & macam-macam lagi...senang cerita memang meriahlah...para sponsor pulak semua tokei-tokei blogshop & blogger yang famous...memang MELETUP lah GA ni


Kalau tak JOIN memang rugi...syarat-syaratnya pun mudah just buat entry & follow or like mana yang patut pastu  publish entry & tunggu jeklah keputusannya yang dibuat secara random.org...dalam banyak-banyak hadiah tu takkan satu pun tak sangkut kan???


Bagi mereka yang berminat nak dapatkan pelbagai jenis Dokoh, Dokong Kalung Baju Kebaya (1 layer, 2 layer, 3 layer & 5 layer) boleh dapatkan kat sini (secara berbayar bukan percuma) ;

http://www.facebook.com/OdahOneBizz


http://odahonebizz.blogspot.com/


Ada macam-macam jenis dokoh yang pelbagai bentuk & design memang rambang mata nak pilih...ada yang bercorak klasik & ada juga yang mendapat sentuhan moden klasik...ada bentuk bermotifkan bunga, awan larat, daun & bentuk rama-rama pun ada


Sekarang nii tengah musim cuti sekolah & musim orang kahwin...so, ramai yang tercari-cari aksesori apa agaknya nak pakai time pergi majlis kahwin...member baik pulak tu yang kahwin mestilah nak bergaya time bergambar nanti




Tak payah pening-pening kepala fikir nak pakai baju apa sebab Dokoh ni memang 'Simple & Stunning'...pakai jek baju kurung kosong@plain & sematkan dengan aksesori dokoh...tak perlu pun berbelanja lebih beli baju mahal-mahal untuk bergaya


Kadang-kadang guna dokoh pun dah cukup menyerlahkan baju kurung plain yang kita pakai...lagi nampak glamer & blink-blink dari jauh orang dah perasan walaupun kita pakai baju murah jek...orang mana tau sebab Dokoh dah cover kemurahan baju yang kita pakai




Ada yang ingat Dokoh ni just untuk orang perempuan, orang lelaki tak sesuai pakai..tapi, sebenarnya Dokoh ni universal@unisex lelaki pun boleh pakai...boleh pakai pada baju melayu, semat pada songkok & pakai masa kahwin...kalau kita biasa tengok persembahan kebudayaan penari-penari ada yang pakai Dokoh tak kira laki or perempuan...sebab tu diaorang nampak glamer & bergaya...aksesori Dokoh secara tak langsung membezakan diaorang dengan penari shuffle mahupun penari B-Boy


Anda Ingin Bergaya Tanpa Berbelanja Lebih? Solution...

"DOKOH SIMPLE & STUNNING HANYA SEMAT & BERGAYA"

*nota kaki berbau :
Biar papa asalkan bergaya...dah papa kedana nak bergaya camne? 

23 May 2012

CABUTAN BERTUAH LAMPU LAMPAN IKEA GNESOP.COM




http://www.gnesop.com/2012/05/cabutan-bertuah-lampu-lampan-ikea.html



Mari kita beramai-ramai sertai cabutan bertuah @Riwayat Hariku yang pertama berupa barangan IKEA iaitu Lampu LAMPAN IKEA. Boleh ushar maklumat lanjut mengenai Lampu LAMPAN IKEA ni di laman IKEA

Murah tetapi sangat cantik dan menarik! Untuk cabutan bertuah ini, warna yang penganjur cabutan iaitu En. Sop beli ialah warna putih...memang cun & stylo sesuai dengan apa-apa warna bilik pun...boleh letak dekat side table sebelah katil ataupun atas meja...tapi, memang tak sesuai kalau letak kat toilet

OdahOne pun dah lama sangat tak JOIN aktiviti betrtuah macam ni...So, dengan bangganya kami menJOINkan diri...Hope dapat jadi orang yang bertuah dikalangan mereka yang bertuah...Amin...Sesiapa yang nak mencuba nasib bolehlah klik link pada banner kat atas tu

Untuk JOIN atau sertai cabutan bertuah Lampu LAMPAN IKEA ini, ikuti langkah mudah berikut (memang sangat MUDAH lagi memudahkan anda untuk menang) :
  • Buat satu entry pada blog, web, forum atau laman facebook.com tentang cabutan bertuah ini. 
  • Penulisan adalah bebas. Paling ringkas pun diterima seperti: "Saya sertai cabutan bertuah di blog gnesop.com [link peraduan ini]" Jika panjang lagi baik :) Hendak copy entry ini pun boleh! 
  • Masukkan banner peraduan dan link 
  • Tinggalkan link entry blog atau facebook anda (link makluman cabutan bertuah) ke ruangan komen di entry ini.

Langkah lain seperti follow blog ini, tag kawan, share pada laman sosial, like FB dan sebagainya tidak wajib. Jika anda hendak buat, sangat-sangat dialu-alukan :) Hehehehe...

*Tak wajib like, follow, tag & sebagainya...Harus kalau nak buat benda tu semua...Tapi, tak susah pun kalau nak buat benda tu semua

Cabutan bertuah akan dibuat menggunakan random.org melalui senarai penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup penyertaan pada 25 Mei 2012 

*Nampaknya due date dah semakin hampir cepat-cepatlah buat entry & publish kalau mahu bilik kita diterangi dengan cahaya lampu IKEA

Apa tunggu lagi, jom sertai sekarang. Mungkin anda peserta yang bertuah kali ini?

*nota kaki berbau :
Jadilah lampu cerah lagi bercahaya yang menerangi hidup orang lain bukannya lampu malap yang tak mampu nak menerangi diri sendiri mahupun orang lain atau langsung tak bercahaya

22 July 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!


Photobucket

Di pagi Jumaat yang berbahagia ini, OdahOne nak test cuba nasib dengan JOIN "GiveAway Dari Korea Dan Bandung" anjuran & kerjasama antara kakak & adik...

Ada pelbagai Hadiah-hadiah menarik of courselah dari Korea & Bandung...hadiah ala-ala K-POP kot...lagipun bandung kan terkenal dengan syurga membeli-belah kat area Asia Tenggara ni...macam-macam barang yang ada kat sana...OdahOne selalu makan mi bandung jek tapi tak pernah sampai bandung lagi

Hadiah Giveaway:
  • 5 hadiah utama dari Bandung dan Korea.
  • 10 hadiah saguhati dari Bandung.
  • 1 hadiah istimewa untuk peserta yang tag paling ramai. ( Fridge Magnet dari Korea)


Berminat nak JOIN boleh klik pada banner yang comel kat atas tu...Syarat-syarat penyertaan pun tak susah...tak sampai 10 minit dah boleh JOIN...tarikh tutup ialah 16 hari sebelum Hari Merdeka iaitu 15 Ogos 2011

Tagging Person :

http://capemutiara.blogspot.com/ | http://nini-ab.blogspot.com/ | http://julienhakym.blogspot.com/ | http://misssukesuki.blogspot.com/ | http://butterflyinpurple.blogspot.com/

*nota kaki berbau :
Tak pernah pergi Korea tapi selalu tengok kat dalam tv...Tak pernah pergi Bandung tapi selalu minum air sirap bandung...Tak pernah dapat hadiah dari Korea & Bandung tapi kali ni dapat kot???

12 July 2011

1st Giveaway Hari Raya by Wati Coklat






Nak hadiah coklat untuk Hari Raya? Mahukan coklat untuk memeriahkan lagi Hari Raya anda? Inginkan coklat sebagai juadah hari raya? Baju Raya anda berwarna coklat? Jom JOIN "1st Giveaway Hari Raya by Wati Coklat"...KLIK lah banner coklat kat atas kalau rasa nak makan coklat F.O.C...make sure standby sapu tangan sebelum terjah ke blog penganjur (Wati Coklat) sebab air liur sure meleleh tengok coklat yang colurful & mengiurkan

Syarat penyertaan pun simple & memudahkan anda untuk menikmati rasa coklat yang begitu enak hasil buatan Wati Coklat...kalau nak buat sendiri & beli dah kena keluar modal tapi yang ni senang jek just buat entry yang simple-simple & tunggu jek coklat sampai kat depan pintu rumah...tu pun kalau menanglah...

Tarikh tutup penyertaan pun 25 Ogos ngam-ngam dah dekat raya...Apo tunggu lagi???

Tagging Person :


Instranet...Untuk internet yang lebih Mudah & Murah...Pay as you use?


*nota kaki berbau :
Cokelat dalam istilah umum merupakan warna berupa kuning gelap, perang, atau merah yang diikuti pencerahan yang relatif terhadap sinar atau objek warna putih???

04 July 2011

1ST ANNIVERSARY GIVEAWAY DUNIA SEBENAR SHIDA


Setelah di TAG oleh Princess MOMOY, maka dengan ini diumumkan OdahOne secara rasminya menJOINkan diri dalam GA seperti yang tertera di atas..."1st Anniversary Giveaway Dunia Sebenar Shida"...Sesiapa yang berminat bolehlah KLIK banner kat atas tu mana tau anda bernasib baik untuk memenangi hadiah-hadiah seperti berikut :




Menarik bukan? Tapi jangan terkeliru dengan salah satu hadiah tu...bukannya menang dapat laptop just notebook skin jek...Untuk makluman hanya 100 peserta terawal sahaja yang layak untuk JOIN GA ni...So, siapa lambat boleh cuba lain kali pulak


Pendapat Anda Tentang Shida Dan Blog Shida (ini soalan yang wajib kena jawab sebelum layak nak menang hadiah...tidak melebihi 100 patah perkataan...penganjur GA cakap jangan buat macam karangan SPM)

Tentang Shida :
Ini pendapat OdahOne tentang Cik Shida melalui penampilan dalam blog sebab tak pernah jumpa...
Seorang yang kreatif | Sukakan warna-warna yang lembut mungkin juga berjiwa lembut | Tak lokek ilmu sebab siap bagi tutorial dalam blog | Peramah & Mesra Alam (follower pun ramai) | Sukakan filem-filem lama sebab backrgound blog ada efek macam filem dulu-dulu (sori kalau silap)

Blog Shida :
Blog berwarna biru yang membuatkan para pengunjung jadi cool | Kemas & tersusun | Mesra pengguna dengan background berwarna putih beserta tulisan & gaya penulisan yang senang nak baca | Widget icon & font yang menarik | banyak info & tutorial berguna

Kawan-kawan Yang Di Tag untuk menJOINkan diri :


*nota kaki berbau :
Tak salah kalau ingin mencuba...Tak salah kalau ingin meneka...Tak salah jugak kalau dah cuba & dah teka tapi tak menang-menang



Apa Jenis Smartphone Anda? Learn about The Differences Between Smartphones

26 June 2011

Saya nak jadi Follower Bertuah – Aidanatasya[dot]com



Anda busuk? Anda mahu sentiasa berbau harum? Ringan-ringankan tangan anda untuk JOIN GA ini...GiveAway ni hadiahnya memang Unisex sesuai untuk kedua-dua jantina lelaki or perempuan...tak percaya? cuba skodeng hadiah kat bawah ni....

For Men’s




For Girl’s




Berbau harum bukan?...tapi...hanya ada seorang sahaja pemenang yang bertuah serta berhak untuk memilih keharuman ini...Boleh pilih-pilih hadiah lagi...GiveAway ini dianjurkan oleh Aidanatasya[dot]com...Cabutan Undi akan dibuat berdasarkan random.org...So, pemenangnya pun dipilih secara randomlah...nasiblah, mari kita lihat siapa yang kena!

Tarikh Tutup : 31.07.2011

Marilah mewangikan diri masing-masing...Just KLIK banner kat bawah ni & anda selangkah ke arah hidup yang lebih wangi 



Mereka yang di TAG dengan penuh keharuman :



*nota kaki berbau wangi
Ada orang yang badannya busuk tetapi hatinya wangi...ada orang yang mulutnya berbau busuk tetapi ayat yang dikeluarkannya sentiasa wangi...ada orang yang sentiasa berbau wangi tetapi hatinya busuk seperti bangkai, mulutnya sering mengeluarkan perkataan membusuk-busukkan orang lain



MTV World Stage is happening Live in Malaysia at iCity Shah Alam on 24th July 2011

23 May 2011

GIVEAWAY BELOG NEMOMIMOSH


Bagi menyahut cabaran Cahaya Mama, OdahOne dengan bangganya menJOINkan diri dalam GA seperti yang tertera kat banner diatas...Giveaway Belog Nemomimosh...tarikh tutup pun ada tulis kat banner yang cun tu...20-31 May ada masa 11 hari jek untuk JOIN GA ni...So, jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah FOC...nak tau syarat semua just KLIK pada banner & anda akan dibawa menjelajah ke blog tuan penganjur GA & harapan untuk memenangi hadiah semakin cerah...Hadiah pulak tajaan daripada Zeera Boutique...kalau butik yang taja hadiah mestilah ranggi-ranggi & superb...boleh pilih pulak nak hadiah yang mana satu...ada 8 pilihan hadiah total semua sekali...hadiah universal sesuai untuk lelaki & wanita...ada baju ada handbag...baju pulak ala-ala K-Pop siapa yang tak mau...wish Odahone luck!

Dengan segala hormatnya diumumkan mereka yang diTAG :


*nota kaki berbau :

“It is by chance that we met, by choice that we became friends...So, grab the chance”

22 May 2011

LE BEAU MONDE GIVEAWAY


Mood untuk Join GA dah kembali lagi...Le Beau Monde, sebut betul-betul (amboi tergeliat lidah nak sebut bahasa France ni, agaknya lah) ada buat 1st GA dengan hadiah-hadiah yang tak kurang hebatnya...Jomlah kita join beramai-ramai senang jek nak Join...Just KLIK pada banner kat atas tu & anda dah pun selangkah kaki untuk jadi calon-calon pemenang...horey!...Due date hari Ahad minggu depan 29 Mei 2011


TAG this 3 person ;

*nota kaki berbau :
Warna merah selalunya bawa tuah...apa-apa team yang pakai jersi merah time tournament biasanya menang...Blog yang kaler merah???

20 May 2011

FUHH...LEGA...


Lega rasanya sebab janji telah pun tertunai minggu lepas...kesemua pemenang ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA dah pun dapat hadiah masing-masing seperti yang dijanjikan dengan selamat...hope diaorang semua suka & puas hati dengan hadiah-hadiah tu...daripada balasan yang OdahOne terima rasanya diaorang semua puas hati kot...anyway, bila korang enjoy Odahone lagilah enjoy...ada rezeki lebih nanti bolehlah OdahOne bagi hadiah lagi...

Selagi diaorang ni tak terima hadiah masing-masing rasa macam tak best sebab ada janji yang belum ditunaikan...sebab tu lah pos cepat-cepat hadiah tu & luckily semua hadiah dah sampai dengan selamat kat tangan para pemenang...fuhh!!! lega rasanya...dapatlah 1st experience organized GA...susah jugak ingatkan macam senang...taklah susah sangat cuma kena bertanggungjawab dengan apa yang kita dah janji...tak baik hampakan harapan orang...jangan suka bagi orang harapan lepas tu tinggalkan & lupakan macam tu jek...dalam maknanya tu...oklah...tahniah & terima kasih sekali lagi kat semua yang memeriahkan acara majlis...sayonara!

*nota kaki berbau :
Kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa gembira beginilah caranya kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa tak gembira tepuk dahi???

09 May 2011

CAWAN PURPLE UNTUK COUPLE


Weekend lepas OdahOne lepak kat Mc D semata-mata untuk menghabiskan kupon bernilai RM50 hadiah dari Mr. JUNKO...credit untuk Mister JUNKO sebab taja makanan kami...hoho...thanx a lot buat perut kami naik 2 inci...terima kasih bro semoga rezeki kamu makin bertambah 


Inilah hasilnya dari kupon RM50 tu...set Big Mc (dine in) plus ala carte (tapau), set Mc Chicken, Fillet O Fish Double (tapau), Quater Pounder, Apple Pie & Bubur Ayam...ambik ko makanlah sampai keluar muntah hijau...macam orang tamak order banyak-banyak tapi makan tak habis pun...terpaksa tapau, saje jek nak kasi habis guna kupon tu...so, orderlah banyak-banyak...lepas ni 2 bulan stop makan McD



Ingatkan nak celebrate Hari Ibu makan kat sini sama-sama...tapi, ibu masing-masing semua tinggal jauh-jauh...sorang di utara & sorang di selatan...anak diaorang pulak berjumpa ditengah-tengah antara utara & selatan...takpelah yang penting time makan dah call & wish ucap selamat Hari Ibu...lagipun ibu-ibu kami tak suka sangat makan ala-ala western ni...maklumlah orang utara & selatan tak suka makan makanan barat...diaorang suka makan sambal belacan, pucuk paku masak lemak, kari kepala ikan, asam pedas & ikan kering...peh! lagi best dari makan McD...rasa macam nak balik kampung pekena benda-benda ni semua


Tapi, tujuan utama OdahOne just nak dapatkan benda alah yang ini...hari tu dah miss dapatkan cawan yang kaler grey tu sebab dah usha kat dua tiga tempat semua dah sold out..kecewa jek terus tak jadi nak order makan...akhirnya dapat gak dua bijik cawan kaler purple ni...itu pun makan kat McD yang gersang orang tak ramai singgah...kat area Sepang OTW balik dari KLIA tu...peak hours time weekend pun staff dia buat kerja relax-relax jek tak macam kat tempat lain...maybe time ada events F1 race or Moto GP tempat tu baru busy kot


Gelas ni memang unik sebab bentuk dia macam tin Coca-Cola...kalau suka dengan gelas kaler purple ni ada masa lebih kurang 3 hari dari sekarang untuk rembat...12 haribulan dah tukar kaler biru air laut pulak...bukan nak promote makan McD, just saje nak cerita sebab memang ada collectors yang suka dengan benda-benda macam ni...diaorang suka kumpul buat collection maybe ada sentimental value kot...bagi OdahOne gelas ni pun ada sentimental value sebab beli guna kupon hasil menang contest...sayang gak nak guna so simpan jek buat kenangan


*nota kaki berbau :
Nasib atau keuntungan itu ibarat sebiji gelas...semakin ia bersinar & berkilau semakin cepat ia pecah...dapatkan gelas McD sementara stok masih ada...kalau dah dapat jaga elok-elok jangan sampai pecah

04 May 2011

H.U.S.M.Y.N.A Giveaway



Sekarang giliran OdahOne nak join Giveaway pulak setelah di tag oleh ONI
Ada 5 syarat-syarat GA & semua OdahOne dah pun penuhi...
Marilah JOIN beramai-ramai...Klik pada banner yang comel kat atas ni & anda berpeluang untuk memenangi hadiah secara FREE...nak tahu hadiah apa jangan lupa melawat tuan punya GA...banner pun dah comel hadiah sure lagi comel...
Tarikh TUTUP : 31 Mei 2011

*nota kaki berbau :
Masuk GA tak semestinya menang, masuk GA bukan semata-mata nak menang, kalau tak cuba lagi takde peluang nak menang, kalau dah cuba tapi tak menang itu maknanya belum ada rezeki kita untuk menang

03 May 2011

PEMGUMUMAN PEMENANG "ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA"


Setelah lebih kurang 35 hari GA ini berlangsung, maka kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu untuk OdahOne umumkan senarai nama para pemenang...ewah! macam real jek...start dari 25 Mac 2011 - 30 April 2011 total semua sekali ada seramai 137 orang peserta yang dah pun menJOINkan diri masing-masing...

Terima kasih di atas penyertaan anda...thank you very much sebab sudi meluangkan masa dengan membuat entry yang bertajuk "OdahOne GA | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"

Macam biasa, pemenang dipilih melalui cabutan nombor secara manual oleh Odah & juga One melalui senarai nama yang ada dalam page Peserta GA...syok pulak bila buat cabutan secara manual ni & rasa macam tak puaslah pulak & kalau boleh nak buat banyak-banyak cabutan...tapi, setakat ni jek rezeki yang ada maybe next time OdahOne bagi hadiah kat ramai sikit pemenang

Berikut adalah senarai nama para pemenang (jom kita berkenalan dengan para pemenang sambil ucapkan TAHNIAH!!!) :

Pemenang Hadiah Saguhati Pertama (dicabut oleh Odah) :

72 : sarah  (http://amni110687.blogspot.com/)

Pemenang Hadiah Saguhati Kedua (dicabut oleh One) :

97 : Zaty emilea  (http://belogzaty.blogspot.com/)

*Seperti yang OdahOne janjikan hadiah tambahan akan diberi jika penyertaan melebihi 100 orang...

Pemenang Hadiah Saguhati Ketiga (dicabut oleh Odah)  :

62 : nini-ab  (http://nini-ab.blogspot.com)
5.....
4.....
3....
2....
1....

Dan...Pemenang Hadiah Utama Ialah....(drums roll)...jatuh kepada....

Pemenang Hadiah Utama (dicabut oleh Odah & One sambil berebut-rebut)  :

131 : Enchik Nine  (http://www2.myetech9.com)

Tahniah!!! OdahOne ucapkan kepada kesemua pemenang & peserta yang JOIN   "OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"...anda semua adalah pemenang...We Are The Champions My friend...And we'll keep on fighting till the end ...We are the champions...No time for losers...'Cause we are the champions...Of the world...Lastly, OdahOne mintak maaf kalau ada sebarang kekurangan dalam menganjurkan GA ni...kita jumpa lagi dalam GA or contest yang akan datang...Insyallah

Kepada para pemenang congratz!...jangan lupa hantarkan detail seperti berikut A.S.A.P ke Email OdahOne untuk urusan penghantaran hadiah :

Nama :
Alamat :
No. Telefon :
Email : odahone4eva@gmail.com

Akhir kata.....



*nota kaki berbau :
Orang yang kalah tidak tahu apa yang akan dilakukannya bila ia menang, tapi berbicara tentang apa yang akan dilakukannya jika dia menang, dan orang yang menang tidak berbicara tentang apa yang dia akan lakukan jika ia menang, tetapi tahu apa yang akan dilakukannya jika dia kalah...???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...