05 June 2012

DOKOH KALUNG | KERONGSANG BAJU KEBAYA | DAPATKAN SECARA PERCUMA!





Kerongsang Baju Kebaya atau Kerongsang Kerawang Tiga Serangkai bermotifkan tradisional sesuai dipakai bersama baju kebaya atau baju kurung. Juga dikenali sebagai 'Dokoh' sejenis hiasan yang tergantung di leher yang popular semenjak 200 tahun yang lampau. 



Dihasilkan dengan menggunakan seutas rantai dan dihiaskan dengan beberapa rekabentuk sampingan yang dicantumkan di tingkat pertengahan kiri dan kanan rantai. Manakala di bahagian bawahnya disediakan pula kepingan yang bertingkat-tingkat ataupun hanya terdiri daripada satu atau dua kepingan sahaja. 



Kepingan dokoh ini biasanya dihiasi dengan corak yang bermotif daun sukun dengan menggunakan berbagai-bagai teknik. Dokoh yang dua tingkat dan tiga tingkat biasanya disusun dari atas hingga ke bawah dan dicantumkan dengan menggunakan rantai di kirinya dan di kanannya. Dokoh biasanya direka dalam bentuk tiga segi dan bercorak bulan sabit atau daun-daun yang menarik. Ada di antaranya bertatahkan batu permata yang berwarna-warni. 



Dokoh tiga tingkat merupakan hiasan leher dan dada yang paling istimewa dan tidak boleh ditinggalkan dalam adat istiadat perkahwinan. Pasangan pengantin perempuan dan juga pengantin lelaki memakai dokoh untuk menimbulkan keserian dalam majlis raja sehari.




Siapa yang berminat nak dapatkan item yang awesome kat atas ni 
(Dokoh Kalung Baju Kebaya) secara PERCUMA?

Senang jek caranya just JOIN GA yang dianjurkan oleh :






Bukan setakat hadiah Dokoh Kalung jek tapi ada macam-macam lagi hadiah yang menarik bakal menanti para pemenang...maklumlah ada lebih kurang 26 sponsor untuk GA yang awesome ni...korang tengoklah sendiri hadiah dia kat sini; 




Banyak kan hadiah dia?...ada kerongsang, shawl, topup, voucher, kain pasang, barangan kraf, produk kecantikkan & macam-macam lagi...senang cerita memang meriahlah...para sponsor pulak semua tokei-tokei blogshop & blogger yang famous...memang MELETUP lah GA ni


Kalau tak JOIN memang rugi...syarat-syaratnya pun mudah just buat entry & follow or like mana yang patut pastu  publish entry & tunggu jeklah keputusannya yang dibuat secara random.org...dalam banyak-banyak hadiah tu takkan satu pun tak sangkut kan???


Bagi mereka yang berminat nak dapatkan pelbagai jenis Dokoh, Dokong Kalung Baju Kebaya (1 layer, 2 layer, 3 layer & 5 layer) boleh dapatkan kat sini (secara berbayar bukan percuma) ;

http://www.facebook.com/OdahOneBizz


http://odahonebizz.blogspot.com/


Ada macam-macam jenis dokoh yang pelbagai bentuk & design memang rambang mata nak pilih...ada yang bercorak klasik & ada juga yang mendapat sentuhan moden klasik...ada bentuk bermotifkan bunga, awan larat, daun & bentuk rama-rama pun ada


Sekarang nii tengah musim cuti sekolah & musim orang kahwin...so, ramai yang tercari-cari aksesori apa agaknya nak pakai time pergi majlis kahwin...member baik pulak tu yang kahwin mestilah nak bergaya time bergambar nanti




Tak payah pening-pening kepala fikir nak pakai baju apa sebab Dokoh ni memang 'Simple & Stunning'...pakai jek baju kurung kosong@plain & sematkan dengan aksesori dokoh...tak perlu pun berbelanja lebih beli baju mahal-mahal untuk bergaya


Kadang-kadang guna dokoh pun dah cukup menyerlahkan baju kurung plain yang kita pakai...lagi nampak glamer & blink-blink dari jauh orang dah perasan walaupun kita pakai baju murah jek...orang mana tau sebab Dokoh dah cover kemurahan baju yang kita pakai




Ada yang ingat Dokoh ni just untuk orang perempuan, orang lelaki tak sesuai pakai..tapi, sebenarnya Dokoh ni universal@unisex lelaki pun boleh pakai...boleh pakai pada baju melayu, semat pada songkok & pakai masa kahwin...kalau kita biasa tengok persembahan kebudayaan penari-penari ada yang pakai Dokoh tak kira laki or perempuan...sebab tu diaorang nampak glamer & bergaya...aksesori Dokoh secara tak langsung membezakan diaorang dengan penari shuffle mahupun penari B-Boy


Anda Ingin Bergaya Tanpa Berbelanja Lebih? Solution...

"DOKOH SIMPLE & STUNNING HANYA SEMAT & BERGAYA"

*nota kaki berbau :
Biar papa asalkan bergaya...dah papa kedana nak bergaya camne? 

7 KOMEN:

azizah :) said...[Mari Balas Komen Ini]

dulu jijah tercari2 aksesori ni.. last2 sewa je kat makandam.. hehe teringinnya nak pakai buat baju kebaya nanti..

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

dear kalau tahun ni raya ada baju kurung , momoy nak order la yg bentuk mcm bulan sabit tu
wink wink la >.<

Noraim said...[Mari Balas Komen Ini]

heee lawa tapi mcm besar sgt. tak minat pakai perhiasan yg besar2 ni.

gnesop said...[Mari Balas Komen Ini]

wah sesuai untuk baju raya nanti nih.,.,
family sop x pakai kebaya... heheh

OdahOne OdahOneBizz said...[Mari Balas Komen Ini]

azizah :) sure glamer kan bila jijah pakai dgn baju kebaya nnti...

.::: Princess MOMOY :::. boleh.. layankan jek MOMOY yg penting u selesa...

Noraim : yup mmg ada yg xsuka pakai aksesori beso2 ni...tkut kena ragut nnti ek habis putus leher pulak...hoho

gnesop : xpela en sop pakai bju kurung pun boleh gak semat kat leher baju...kalo en sop nak pakai dgn baju mlayu pun boleh gak baru nmpk stunning..hoho

Azhafizah[フィザ] said...[Mari Balas Komen Ini]

gojes lah dokoh ni..bling bling gitu.

shida'R said...[Mari Balas Komen Ini]

jiejah skg dah ade pnjualnye pe lg borong lerrr hehee...

odah..sorry shida lmbat entry yg nih btw thanks :)

1day nk pkai kebaya mmg nk beli dokoh tu ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...