03 March 2012

BAYAR BIL TNB SECARA ONLINE


Sekarang kalau boleh semua benda nak buat online...shopping, beli tiket bas or kapalterbang, bayar bil api, bil air, bil astro & macam-macam lagi...

Zaman bayar bil api air beratur panjang-panjang kat pejabat pos nampaknya semakin berakhir...kalau tak beratur pun duduk tunggu nombor kena panggil pun bosan jugak...kena pulak giliran nombor sampai beratus-ratus...sampai naik menyampah dengar suara perempuan yang panggil nombor tu, walaupun tak nampak mukanya cuma dengar suara jek...


Sebelum ni, member yang tolong uruskan urusan bayar bil air & letrik ni...sekarang, baru 1st time nak uruskan sendiri...bayar bil secara konvensional kat pejabat pos memang OdahOne dah pangkah besar-besar...zaman tu dah berlalu...pilihan yang paling bagus untuk zaman ni ialah bayar secara online...lebih cepat, jimat, mudah & selamat  

Biasanya orang bayar bil TNB online guna internet banking...Maybank2u or CiMB Clicks yang paling popular...memang mudah tapi tak syok sangat sebab kita just bayar camtu jek tak dapat tengok bil elektrik secara details...kalau bayar guna laman web TNB memang ada banyak sangat kelebihan...jom kita tengok apa kelebihan yang ada secara bergambar...


Mula-mula klik link ni dulu...https://e-services.tnb.com.my

Macam biasa KLIK 'register now' untuk register...sebelum tu pastikan bil semasa TNB dah ada kat sebelah anda sebab nanti  nak daftar akan guna maklumat yang ada kat dalam bil tu...senang sikit nak buat rujukkan tak payah tercari-cari bil


Rujuk pada bil TNB anda untuk isi maklumat Account Number & Contract Number bila mendaftar online nanti...boleh tengok details pada image kat atas ni...kalau tak nampak boleh KLIK untuk tumbesaran


Isikan semua ruangan yang wajib diisi...Untuk Account Number & Contract Number boleh rujuk pada bil masing-masing...cara nak tengok ada ditunjukkan pada image kat atas tu...bila dah siap daftar macam biasa TNB akan hantar Email untuk verify registration...nanti TNB akan bagi PASSWORD sementara untuk LOGIN lepas tu bolehlah tukar password sendiri


Dah siap daftar terus LOGIN guna LOGIN ID & PASSWORD masing-masing...bila dah LOGIN nanti akan keluarlah paparan macam gambar kat atas tu...amount bil semasa yang perlu dibayar dah standby tunggu masa jek untuk kita bayar termasuklah bil-bil yang dah lama tertunggak (kalau ada)...just KLIK 'Pay Now' atau 'Bayar Sekarang' dalam Bahasa Melayunya


Bila KLIK 'Pay Now' terus akan keluar paparan camni menandakan anda berada dalam alam  'Security Site'...secara automatik anda akan dibawa ke laman web Maybank2u...kalau nak guna CiMB Clicks tak taulah camne caranya sebab bila klik dia terus ke web Maybank2u....

So, kena ada A/C Maybank2u dulu sebelum bayar bil & yang paling penting sekali makesure duit kat dalam bank tu cukup untuk buat bayaran...kalau tak bayar lain kali jek...bila dah masuk web Maybank2u macam biasalah prosedurnya...dia akan mintak Username, pastu akan keluar Security Site To User Image (ada gambar bunga, kuda, burung & macam-macam), mintak password & TAC  number sebelum proceed dengan bayaran...

Amount bayaran akan di deduct secara automatik daripada A/C anda...amountnya macam yang tertera kat 'Pay Now' tadi...dah setel bayar, maka rumah anda tidak akan bergelap 


Ini yang membezakan antara bayar direct guna 'Internet Banking' (maybank2u, CiMB Clicks dll) dengan bayar secara online di laman web TNB...antara kelebihan yang kita dapat ialah boleh semak 'Bill History'...semua bil termasuk 6 bulan yang lepas boleh kita semak...kat sini kita boleh buat bajet...kalau terguna karen lebih dari yang sepatutnya & nak kawal bolehlah buat kajian berdasarkan bil-bil yang lepas

'Reading History'...yang ni OdahOne tak tau sangat nak baca...serahkan pada orang TNB yang lebih arif...kena guna ilmu matematik sikit kalau berhajat nak kira

'Payment History'...siap tunjuk tarikh, amount & kat mana lokasi kita bayar bil tu...kan bagus semua info ada kat sini...kalau bil sangkut tak bayar berapa bulan pun kita boleh tau


Ini antara kelebihan bayar bil elektrik secara online dengan TNB...'Average Bill Amount'...berapa anggaran penggunaan bil letrik kita setiap bulan...kalau tengok kat atas ni penggunaan letrik sebulan lebih kurang RM 51.39...ok lagi, still mampu bayar nampaknya...tapi kalau boleh nak jimat lagi...boleh guna duit tu untuk beli benda lain...

Sebab rugi bayar bil letrik banyak-banyak ni...kita bayar untuk benda yang kita tak nampak...yelah elektrik mana boleh nampak...kecualilah kalau dah melekat kat badan kita barulah nampak kita berjoget-joget...kalau beli sofa baru boleh gak nampak & boleh duduk lepak-lepak 


Yang ni memang stylo...kita boleh baca meter letrik kita sendiri...tak payah tunggu orang Meter Reader datang rumah tiap-tiap bulan, siap nak berteropong lagi untuk baca meter...kita sendiri kat rumah pun boleh baca...terer tak?...takut pasni Meter Reader dah tak boleh nak cari makan...terpaksa cari kerja lain...hoho...

Sebenarnya, fungsi utama 'Self Meter Reading' ni ialah; kadang-kadang Meter Reader tak boleh buat bacaan meter letrik kat rumah kita...bila nak baca kita takde kat rumah untuk bukak pintu or dia teropong meter pun tak nampak or dia cari meter letrik pun tak jumpa or ada anjing garang dah standby kat pintu pagar & dia tak berani masuk..so, pihak TNB akan ikut bacaan macam meter bulan lepas & akan add or deduct semula bayaran pada bil yang akan datang

Kalau bacaan meter bulan tu sepatutnya lagi kurang daripada bulan lepas & kita tak mampu nak bayar or takmau bayar lebih daripada penggunaan untuk bulan tersebut, kita boleh request kat TNB untuk just bayar jumlah yang kita guna berpandukan pada 'Self Meter Reading' ni...mudah bukan?...macam-macam maklumat & info yang kita boleh dapat melalui cara ni...Simple & Stunning!

Oleh itu, marilah kita bersama-sama membayar bil elektrik secara online dengan TNB kalau takut hidup dalam kegelapan


*nota kaki berbau :
Tak bayar kena potong, nampak kereta lembap kat depan cepat-cepat potong, budak lelaki cukup umur wajib kena potong, makan gula lebih pun kena potong...elakkan dari di potong

18 KOMEN:

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

wah canggih..senang la da ada kemudahan macam ni..

Azhafizah MN said...[Mari Balas Komen Ini]

sekarang ni semua di hujung jari je..nak bayar apa apa terus click sana sini dah settle..jimat masa dan tenaga.Cuma perlu ada duit dalam bank dan ade internet banking dah cukup OK.^__^

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

Nak try la jugak next month..
seblom ni via maybank2u jek..
hehe!

نورعيم said...[Mari Balas Komen Ini]

teknologi skng. semuanya di hujung jari :)

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

hehee..terbaik nota kaki ko odah hehe...rumah shida inysyallah tak kena ptong nnt..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Cik Azizah : yup, idup kini lebih mudah

Azhafizah[フィザ] : mmg semua jimat & mudah just stndby duit jek yg ssh sket...hoho


Azura Mendezz : rmi yg guna m2u tp tulah xtau details men byr jek ikut bil


Noraim : semua kt ujung jari yang elok or yg xelok kena pndi gunakn jari tu...hoho


shida'R : kalo byr on time jgn tkut xkena potong py

Dell said...[Mari Balas Komen Ini]

@OdahOne OdahOneBizz Salam, camane ek nak register kalo bukan nama kita. sebab sy baru beli rumah .. tp nama owner masih kat bill tu lg..

Fashionista Kids said...[Mari Balas Komen Ini]

cmne lak dgn rumah sewa..
next month klo pndah, xjd msalah ke tok penyewa rumah tu nnti untok byr online...
sbb da reg acc rumah tu tok online..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Dellwsalam...just email tnb n bg details yg berkaitan & suruh tnb utk reset semula ac yg baru..nnti tnb akan reset n bg password n username yg baru..tq

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Azrie Zamrixpe xjadi mslh sbb sy skrg ni pun duk umh sewa n pnyewa sebelum ni pernah daftar online dgn tnb online..just email tnb n bg details yg berkaitan & suruh tnb utk reset semula ac yg baru..nnti tnb akan reset n bg password n username yg baru..tq

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Sy bayar car insurans n roadtax hujung jari jer. Klu dlu hujung kaki kat pej post. He he he klu bminat wasap sy d 0189160443

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

ada tak tutorial bayar bil tnb, tapi utk bukan owner..sebagai penyewa.

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

Jum bayr bil astro,tnb,topp pospat,prepad dan sebagainya hnya dihujung jari
whatsap sya 0174825950

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Tkasih...ilmu n info bermanfaat

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

SANTAI2 HUJUNG MINGGU BYR BIL2 API-AIR JIRAN2 & TOPUP HP CUSTOMER......DENGAN OG1 ASEAN SMUA DIHUJUNG JARI.....CUSTOMER TOPUP HP & BYR BIL SYKAT BG BONUS.....JOM JADIKAN OG1 ASEAN UTK MNAMBAH PENDAPATAN & MEMUDAHKN URUSAN BYR BIL2 BULANAN & TOPUP HP ANDA......
↪Mungkin dulu anda pernah ingin mencuba dalam bisnes networking tapi gagal utk dapatkan Income💰💰 tapi kali ini dgn platform terbaru OG1 ASEAN anda nak atau tak nak anda tetap akan dapat income walaupun anda tak menaja
↪Sesuai untuk anda yang malas nak menaja 💃🕴dan malas nak bayar maintenance 💸💸 dan malas nak jual barang📦📦 dan malas semuanya. Anda tetap jugak dibayar💰💰💵💵.
↪Tapi kalau anda berjaya menaja anda akan dapat pendapatan💰💰 4 hingga 5 angka sebulan.
↪👉👉👉 anda nak pilih yang mana???? Kita lupakan lah yang lama dan kita pakat2 bukak buku yg baru ok.
↪Jom semua 💃🕴👫👬👭 ambik peluang bertanya dan dengar dulu citer best pasal og1asean ni. Tak rugi pun. Daripada duduk stay tapi x buat income baik anda cuba dengar yang lain plak. Pilihan di tangan ANDA 👍👍👍….
Whatsapp sy 019-795 8803

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

yeezy shoes
kyrie 6 shoes
golden goose outlet
jordans
a bathing ape
kobe sneakers
jordan shoes
off white nike
off white shoes
kobe shoes

seaubea said...[Mari Balas Komen Ini]

replica bags australia official site f0j81o8x72 replica bags seoul hop over to these guys q4k06r2x03 replica louis vuitton replica bags joy n9y85a8h87 replica bags manila hermes fake e6v81x2b53 replica bags korea

NEXIASBET88 said...[Mari Balas Komen Ini]

LIVESCORE adalah situs penyedia score terupdate dan jadwal pertandingan bola | Livescore.com | Live score | Livescore Sbobet | Livescore Sbobet88 | Livescore Sbo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...