05 March 2012

AKU JIMAT!



Sekarang ni memang masa untuk berjimat cermat & kebetulan OdahOne tengah addict main game 'Aku Jimat'

Game ni kita boleh main kat gajet Apple macam iPhone ataupun iPad...dicipta oleh Antartic GroupGame...ia bertujuan untuk mendidik kanak kanak supaya suka menabung bukan suka pecahkan tabung...orang yang main game ni akan diajar cara-cara yang terbaik lagi efektif untuk menyimpan wang sejak dari kecil lagi...duit tu akan digunakan untuk beli barang-barang perkakas mewah


Antara barangan mewah tersebut adalah cincin berharga $24 Juta, beg tangan yang harga lebih dari 4 angka, rumah mewah, kereta dan 12 barangan lain macam kat dalam gambar tu...stylo tak game ni ajar budak-budak berjimat semata-mata sebab nak beli barang mahal-mahal?


Game ni jadi bertambah famous bila ia dikaitkan dengan seorang wanita Malaysia yang suka membeli-belah kat luar negara untuk beli barang yang mewah-mewah...bila tengok rambut perempuan yang mengembang kat dalam game tu mesti kita tau siapa yang dimaksudkan


Kalau berminat boleh terus download dari website Apple...benda ni dah popular sejak Disember tahun lepas...memang OdahOne agak ketinggalan zaman tapi, kebetulan kami dalam proses untuk berjimat cermat

Eloklah kalau mulakan langkah berjimat dengan game ni, bersesuaian dengan tema OdahOne kali ni 'Aku Jimat Duit Selamat' ataupun 'Jimat Berjimat Senyum Selalu'...Aku jimat sebenarnya sebab nak beli set sofa...dah jemu tengok TV duduk atas lantai sampai naik kematu punggung yang gebu...hoho...tapi, bukan tu jek matlamatnya...nak selamat memang kena jimat

Kita keluar daripada dunia game 'Aku Jimat' & kembali kepada dunia yang realiti lagi bermatlamat...sebenarnya semua benda aku kena jimat...dari segi perbelanjaan pakaian, keperluan, makanan, duit minyak sampailah ke bil air & elektrik...bil api baru jek aku bayar minggu lepas "BAYAR BIL TNB SECARA ONLINE"...memang jauh berbeza amountnya berbanding dulu

Rumah dulu takde peti sejuk, bil elektrik memang jimat tahap gaban...bil bulanan setakat berapa hinggit jek...kadang-kadang aku fikir meter letrik aku ni bergerak ke tidak?...rumah sekarang ada peti sejuk memang susah sikit nak jimat

Nak bagi tips kat sini, kalau rasa nak jimat bil letrik janganlah guna peti sejuk, kettle or cerek elektrik, seterika mahupun mesin basuh...buatlah semuanya secara manual, itupun jika anda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi & mampu hidup secara primitif...kalau tak lupakan saja, gunalah teknologi moden yang sedia ada

Bil air memang dah jimat banyak...bukan setakat jimat, satu sen pun aku tak perlu bayar...aku jimat lagi...untunglah orang yang tinggal kat Selangor sebab kebanyakkannya (hampir 5juta rakyat) tak payah bayar bil air tiap-tiap bulan...minum free, mandi free, basuh baju free, buang air pun free jugak...

Semuanya FOC ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor...kenalah pandai-pandai bajet, kalau guna sampai bergelen-gelen air bayarlah sendiri...tak taulah tahun depan kalau dah tukar kerajaan dapat air free lagi ke tidak

Sebenarnya memang dah jadi tanggungjawab kerajaan kat planet mana sekalipun untuk bantu kurangkan beban hidup rakyat...tak payah kecoh-kecoh sampai semua benda nak kena announced, nak kena buat majlis rasmi semata-mata nak serahkan bantuan...buat majlis jek dah habis duit beribu-ribu

Siapa yang tinggal kat negeri lain tu ada tips untuk jimatkan air yang di ajar oleh teman seperjuangan OdahOne...langkah untuk memaksimumkan penjimatan air ialah dengan menjalankan 'Kempen Buang Air di Tempat Keje'

Setakat ni, ia sedang giat dilaksanakan oleh teman seperjuanganku bersama housematenya...terbukti ia berjaya memaksimumkan penjimatan bil air...mungkin anda juga boleh cuba mempraktikkan method ini...atau anda terlebih dahulu telah mencubanya?

Besarlah harapan sekiranya kerajaan tak hapuskan subsidi gula semata-mata nak suruh rakyat Malaysia kurangkan pengambilan gula...sebab kalau harga gula meningkat harga barangan lain pun automatik akan meningkat...aku punya misi untuk berjimat pun akan gamat

Rakyat akan kurangkan pengambilan gula kalau harga gula mahal?...betul ker?...siapa agaknya yang bagi idea camtu?...cukai & harga rokok tiap-tiap tahun naik tapi aku tengok statistik orang yang merokok semakin meningkat...senang sangat nak tengok budak-budak pakai baju sekolah hisap rokok...tunggu jeklah lepas loceng sekolah berbunyi

Eloklah kalau nak mendidik rakyat guna cara pendidikan bukan cara hapuskan subsidi & naikkan harga gula...takut nanti nak suruh rakyat berjimat & sharing kereta pergi tempat kerja untuk kurangkan jammed, subsidi minyak pun kena tarik...ada tak yang berani bagi idea camni?...comfirm gamat macam nak kiamat

*nota kaki berbau :
Aku jimat bukan aku kedekut

11 KOMEN:

نورعيم said...[Mari Balas Komen Ini]

sape perempuan rambut mengembang kak? tak tahu . ngee.

stylo la game ni tp syg tak leh download pun. huhu.

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Hahahahaha.. Mcm rosmah jer pompuan rambut mengerbang tu? Nape tak pernah jumpa game ni heh? Tu lah selama ni excited main belah2 potong2 buah jer kt ipon..

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

canggih dah sekarang ni...hehe

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

tertipu pulakk! game rupanya. keh3

Azhafizah MN said...[Mari Balas Komen Ini]

tak tahu lak ada game ni..kreatif sape yang cipta tu..ade maksud tersirat berbirat ye dalam game tu

Zawawi Japilos said...[Mari Balas Komen Ini]

bestnya, tapi takde iphone xle men la huhuhuh

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Noraim : sape? jeng3x...cuba tgk jwpn kt komen bwh u tu...

Cik Liza : menlh game ni kalo nk bjimat smbil boros bbelanja....hoho...tekaan yg tepat 100 markah utk anda!

Cik Azizah : yup, lg cnggih lg mngarut game yg dcipta

aleen aiden : aleen ttipu...hohoho

Azhafizah[フィザ] : yela, mksud yg tersiat pun ada ni

awie958 : xpela xde faedah sgt men game ni..

mama lynn said...[Mari Balas Komen Ini]

x sempat nak men games... huhuhu

syiela said...[Mari Balas Komen Ini]

pandai org yg cipta game ni.. hehehehe dengan perempuan rambut mengerbang lagik

syafiqa said...[Mari Balas Komen Ini]

mcm bestttttt

saysse said...[Mari Balas Komen Ini]

j3n33a3l97 r3p78m8i66 u1e80z5v06 g0j11z2v84 d2n53l1y36 j8g35m1s26

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...