Showing posts with label ayat mengarut. Show all posts
Showing posts with label ayat mengarut. Show all posts

12 March 2012

SMART




Minggu lepas minggu yang penuh dengan kesibukkan...sibuk dengan kerja & sibuk kat atas jalanraya...bulan ni  pulak cuaca susah nak dijangka...kadang-kadang panas terik di tengah hari tiba-tiba hujan mencurah-curah pulak di sebelah petang...pagi-pagi keluar pergi kerja pakai SMART-SMART, tapi bila balik baju basah kuyup & kurang SMART

Yang paling takut sekali kalau berlaku banjir kilat kat area KL...nak turun KL shopping bawak kereta pun takut...better naik public transport lagi selamat...takut nanti kita tengah sibuk bershopping kereta kita pulak sibuk berenang dalam air banjir...mau mengalir air mata mengalahkan air banjir...SMART team pun tak boleh nak bantu

Terowong  SMART  pun dah jadi tak berapa  SMART  sangat...agak selekeh, penuh dengan air banjir...ternyata akal manusia yang SMART tak mampu menandingi pencipta alam yang maha SMART

Bila terowong yang disangkakan SMART ditutup, traffik pun jadi semakin tak SMART...kereta SMART yang kecik pun tak mampu nak mencilok meredah kesesakkan...bila traffik sesak macam-macam perangai yang tak SMART kita boleh nampak...hon sana hon sini...maki sana maki sini walaupun berpakaian SMART...nampak jek SMART tapi perangai belum tentu SMART

Nasib baik dalam kereta ada coklat SMARTies, coklat yang cair dimulut bukan ditangan...boleh layan sementara meredah jammed...tiba-tiba, kepala pulak terasa berdenyut-denyut macam dicucuk dengan paku semat...mungkin sebab perubahan cuaca dari panas ke sejuk...hidung dah start berair itu tandanya demam bakal melanda...satu penyelesaian yang SMART perlu dibuat agar esok boleh kembali menyemartkan diri

*nota kaki berbau :
Hidup biar SMART

05 March 2012

AKU JIMAT!



Sekarang ni memang masa untuk berjimat cermat & kebetulan OdahOne tengah addict main game 'Aku Jimat'

Game ni kita boleh main kat gajet Apple macam iPhone ataupun iPad...dicipta oleh Antartic GroupGame...ia bertujuan untuk mendidik kanak kanak supaya suka menabung bukan suka pecahkan tabung...orang yang main game ni akan diajar cara-cara yang terbaik lagi efektif untuk menyimpan wang sejak dari kecil lagi...duit tu akan digunakan untuk beli barang-barang perkakas mewah


Antara barangan mewah tersebut adalah cincin berharga $24 Juta, beg tangan yang harga lebih dari 4 angka, rumah mewah, kereta dan 12 barangan lain macam kat dalam gambar tu...stylo tak game ni ajar budak-budak berjimat semata-mata sebab nak beli barang mahal-mahal?


Game ni jadi bertambah famous bila ia dikaitkan dengan seorang wanita Malaysia yang suka membeli-belah kat luar negara untuk beli barang yang mewah-mewah...bila tengok rambut perempuan yang mengembang kat dalam game tu mesti kita tau siapa yang dimaksudkan


Kalau berminat boleh terus download dari website Apple...benda ni dah popular sejak Disember tahun lepas...memang OdahOne agak ketinggalan zaman tapi, kebetulan kami dalam proses untuk berjimat cermat

Eloklah kalau mulakan langkah berjimat dengan game ni, bersesuaian dengan tema OdahOne kali ni 'Aku Jimat Duit Selamat' ataupun 'Jimat Berjimat Senyum Selalu'...Aku jimat sebenarnya sebab nak beli set sofa...dah jemu tengok TV duduk atas lantai sampai naik kematu punggung yang gebu...hoho...tapi, bukan tu jek matlamatnya...nak selamat memang kena jimat

Kita keluar daripada dunia game 'Aku Jimat' & kembali kepada dunia yang realiti lagi bermatlamat...sebenarnya semua benda aku kena jimat...dari segi perbelanjaan pakaian, keperluan, makanan, duit minyak sampailah ke bil air & elektrik...bil api baru jek aku bayar minggu lepas "BAYAR BIL TNB SECARA ONLINE"...memang jauh berbeza amountnya berbanding dulu

Rumah dulu takde peti sejuk, bil elektrik memang jimat tahap gaban...bil bulanan setakat berapa hinggit jek...kadang-kadang aku fikir meter letrik aku ni bergerak ke tidak?...rumah sekarang ada peti sejuk memang susah sikit nak jimat

Nak bagi tips kat sini, kalau rasa nak jimat bil letrik janganlah guna peti sejuk, kettle or cerek elektrik, seterika mahupun mesin basuh...buatlah semuanya secara manual, itupun jika anda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi & mampu hidup secara primitif...kalau tak lupakan saja, gunalah teknologi moden yang sedia ada

Bil air memang dah jimat banyak...bukan setakat jimat, satu sen pun aku tak perlu bayar...aku jimat lagi...untunglah orang yang tinggal kat Selangor sebab kebanyakkannya (hampir 5juta rakyat) tak payah bayar bil air tiap-tiap bulan...minum free, mandi free, basuh baju free, buang air pun free jugak...

Semuanya FOC ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor...kenalah pandai-pandai bajet, kalau guna sampai bergelen-gelen air bayarlah sendiri...tak taulah tahun depan kalau dah tukar kerajaan dapat air free lagi ke tidak

Sebenarnya memang dah jadi tanggungjawab kerajaan kat planet mana sekalipun untuk bantu kurangkan beban hidup rakyat...tak payah kecoh-kecoh sampai semua benda nak kena announced, nak kena buat majlis rasmi semata-mata nak serahkan bantuan...buat majlis jek dah habis duit beribu-ribu

Siapa yang tinggal kat negeri lain tu ada tips untuk jimatkan air yang di ajar oleh teman seperjuangan OdahOne...langkah untuk memaksimumkan penjimatan air ialah dengan menjalankan 'Kempen Buang Air di Tempat Keje'

Setakat ni, ia sedang giat dilaksanakan oleh teman seperjuanganku bersama housematenya...terbukti ia berjaya memaksimumkan penjimatan bil air...mungkin anda juga boleh cuba mempraktikkan method ini...atau anda terlebih dahulu telah mencubanya?

Besarlah harapan sekiranya kerajaan tak hapuskan subsidi gula semata-mata nak suruh rakyat Malaysia kurangkan pengambilan gula...sebab kalau harga gula meningkat harga barangan lain pun automatik akan meningkat...aku punya misi untuk berjimat pun akan gamat

Rakyat akan kurangkan pengambilan gula kalau harga gula mahal?...betul ker?...siapa agaknya yang bagi idea camtu?...cukai & harga rokok tiap-tiap tahun naik tapi aku tengok statistik orang yang merokok semakin meningkat...senang sangat nak tengok budak-budak pakai baju sekolah hisap rokok...tunggu jeklah lepas loceng sekolah berbunyi

Eloklah kalau nak mendidik rakyat guna cara pendidikan bukan cara hapuskan subsidi & naikkan harga gula...takut nanti nak suruh rakyat berjimat & sharing kereta pergi tempat kerja untuk kurangkan jammed, subsidi minyak pun kena tarik...ada tak yang berani bagi idea camni?...comfirm gamat macam nak kiamat

*nota kaki berbau :
Aku jimat bukan aku kedekut

05 January 2012

MENAIP ENTRY DALAM KEADAAN TAKDE LETRIK & BATERI LOW



Karen takde ni tak tau sempat ke tak aku nak habiskan taip entry ni...time idea tengah mencurah-curah time ni lah dia nak shutdown...nasib baik tak blackout time tengah-tengah malam...bateri lappy ni pulak tinggal nyawa-nyawa ikan...nasiblah, taip setakat mana yang boleh ni...22% remaining maksudnya dalam jangka masa 10-15 minit lagi laptop ni akan terpadam dengan sendirinya

Kan elok kalau ada laptop yang beroperasi menggunakan kuasa solar...pagi-pagi ni bolehlah berjemur kat matahari sambil berblogging...orang kata cahaya matahari pagi ni elok untuk kesihatan...ada vitamin D kot...omputeh pun sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak berjemur kat tepi pantai...

Maaflah...tidak banyak yang boleh dicoret dalam jangka masa yang sesingkat ini...

Akhir kata; 'Selamat Datang 2012'...tak kesahlah walaupun lambat 5 hari...hope tahun ni dapat buat entry-entry yang lebih ganas...nampaknya masa terlalu mencemburui kami...amaran telah dikeluarkan oleh laptop Acer aspire 4736G menandakan entry ini perlu dipublish dengan kadar segera...hope sempatlah publish...sekian saja...bye!


*nota kaki berbau
Orang kata biar papa asalkan bergaya...Biar takde letrik jangan takde air...tapi OdahOne kata biar kaya & bergaya buat apa nak jadi papa...biar ada letrik & ada air lagi bagus...Gitar kapok itu lagi bagus daripada gitar elektrik sebab walaupun takde karen still boleh keluarkan bunyi???

13 December 2011

DILEMA PERKAHWINAN JARAK JAUH | CAMNE NAK HANDLE NI?



Perkahwinan jarak jauh? tak sanggup lah saya!
Kalau camtu carilah calon suami/isteri yang boleh tinggal sebumbung lepas kahwin...jangan cari yang kerja jauh-jauh or selalu outstation sampi 2 or 3 bulan, memanglah selalu kena tinggal jadi lone ranger kat rumah

"Jadi Branch Manager memang cita-cita saya pun...tapi, yang jadi big problem terpaksa pulak pindah tempat kerja & berjauhan dengan suami tercinta...rasa macam berat hati nak tinggalkan suami sorang-sorang kat rumah...dia pun tak sanggup nak lepaskan saya kerja jauh-jauh...siapa yang nak jaga pakai minum dia?...takkan janda rumah sebelah nak tolong jaga dia?...Oh!  tidak! ku didalam dilema...Ahhrgh! lupakanlah cita-cita tu, my husband is no. 1...baik stay dengan suami boleh darling hari-hari...hehe!" -Puan Maimon- (Asst. Manager Pizza Hut)

"Syabas! Puan Maimon...Puan dah pilih jalan yang terbaik untuk stay bersama suami...Insyallah suami puan akan hargai segala pengorbanan tersebut...kalau kerja gaji besar tapi tak dapat redha suami pun tak guna jugak kan?...mana tau Puan tolak rezeki kali ni Allah akan bagi rezeki yang lebih baik pulak...yelah perancangan Allah kan lagi sempurna...mana tau pasni dapat offer jadi Branch Manager KFC kat depan rumah tu ke, senang sikit nak pergi kerja & tak payah berjauhan dengan cik abang" -Hamba Allah-

 
"Lu kalau mau kahwin mesti duduk satu rumah maa, jangan duduk jauh-jauh nanti lu susah maa!" -Encik Apek Driver Taxi Sapu-

Apa yang penting? Bekerjasama...dah tak duk serumah camne nak bekerjasama? Apolah...kena kerja asing-asinglah...yang penting  sekali mesti ada give and take or omputeh kata bertolak ansur & juga persefahaman serta saling percaya...kalau takde kepercayaan kat pasangan pun tak boleh jugak...U trust me I trust U bukannya 'trust no one'...masing-masing kena jujur dengan pasangan masing-masing

"Isteri walaupun tinggal berjauhan dengan husband, still kena jaga jugak adab-adab serta batasan sebagai seorang wife...bila dah kahwin, dosa isteri perlu ditanggung oleh suami jangan lupa benda tu...kesianlah sikit kat suami kita takkan nak biarkan dia masuk neraka sebab perangai jahiliah kita?...jadilah isteri yang baik even suami takde kat sebelah..." -Isteri Mithali-

"Dah hampir 3 tahun saya jadi 'Weekend Wife'...seminggu sekali baru dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri...Alhamdulillah setakat ni still survive" -Isteri Mingguan-

"Untunglah awak Weekend Wife, saya ni tak taulah fall under kategori apa either weekend or monthly husband?...isteri saya balik jumpa saya ikut bajet, kadang-kadang 2 minggu sekali & kadang-kadang 1 bulan sekali...maklumlah saya ni OKU tak larat nak kerja...just kerja mengadap komputer & cari duit online berapa sen sangat yang dapat" -OKU Husband-

"Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan" pepatah yang dah tak relevan pada masa kini -Mat Pujangga-

 
"Teknologi dah canggih sekarang...walaupun tinggal jauh-jauh tapi 'Effective Communication' tu penting...kena hari-hari call tanya khabar suami/isteri untuk mengekalkan keintiman...paling koman pun say; Good morning bila bangun tidur & Good Night bila nak tidur...gunalah plan prabayar or pascabayar yang paling jimat kalau tak mampu, janganlah kedekut sangat...sekarang macam-macam plan ada...buat video call kalau rasa nak tengok muka or hantar MMS selalu...nak chat kat facebook, GTalk, YM or video chat & streaming pun boleh...kalau dah nak jimat sangat sms pun takpe...tapi, nak bagitau kalau guna fix line kat rumah lagi jimat boleh call free jek...nak langgan boleh PM saya k...-Encik Syamsul-(pekerja kontrak TM)

 
"Masalah ‘Touch n Go’ juga akan terjadi dalam kes PJJ ni...dah banyak kes yang saya handle" -Dr. Ismail Embi-(Perunding Keluarga)

"PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) memang memudahkan para pelajar...tapi, kadang-kadang cara pembelajarannya tak seeffective macam belajar kat dalam kelas boleh jumpa & tengok muka lecturer hari-hari...macam tu jugak dengan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)" -Pelajar PJJ Jurusan Perniagaan-

Perkahwinan Jarak Jauh Apa Pro & Contranya? Kesan Buruk? Kesan Baik? Ada ker kesan baik?

Pros :
1. Baik untuk Family Planning (bagi pasangan yang baru berkahwin & belum bersedia untuk ada anak or ekonomi still tak stabil)
2. Perasaan rindu & sayang yang sentiasa membuak-buak (yelah kalau jumpa hari-hari kurang sikit rindunya bila dah berpisah jauh barulah datang feel rindu tu)
3. Ada 2 rumah persinggahan (satu di utara & satu lagi di selatan)
4. Berlanjutan status bujang walaupun dah kahwin (especially si suami, bebas nak join kawan-kawan lepak kedai mamak tengok bola sampai pagi)
Cons :
1. Kurang kasih sayang (terutama sekali si isteri, kurang dapat belaian dari suami & tak boleh manja-manja dengan suami)
2. Timbul perasaan syak wasangka (si isteri takut laki main kayu dua, tiga mahupun empat, si suami pulak takut bini curang pasang spare tyre)
3. Tak dapat tambah pahala (solat berjamaah suami isteri besar pahalanya tu, cium tangan & tengok muka husband hari-hari pun dapat pahala jugak)
4. Berubah hati (bila tengok ada girls/guys yang lagi ayu/ensem kat tempat kerja & berikan perhatian lebih daripada pasangan masing-masing maka mulalah nak curang)
5. Kesian kat anak-anak (kurang kasih sayang & perhatian ibu@bapa)
6. Kos sara hidup meningkat (tak dapat share tempat tinggal, makan & minum sama-sama, bajet kena asing-asing) 
7. Tekanan perasaan (tak sanggup dengar soalan tanya bila engkau nak tinggal serumah, jeles tengok jiran sebelah yang hari-hari berkepit dengan laki dia, bosan hidup tak berteman tidur walaupun dah kahwin, suami tak larat nak pujuk isteri yang jadi sensitif bila kena tinggal & hari-hari nak merajuk)

Oh! rupanya banyak contra dari pro...kalau ada pilihan better pilih PJD (Perkahwinan Jarak Dekat) jek lagi senang...lagi baik duduk sebumbung daripada berbumbung-bumbung


Moral Of The Story : Bersabarlah bagi mereka yangg terlibat dengan PJJ (Perkahwinan Jarak jauh) @ HJJ (Hubungan Jarak jauh) ni...sentiasa cari jalan agar kita dapat tinggal sebumbung...banyak-banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita InsyaAllah...


Suatu malam, Umar mendengar seorang wanita menyanyikan sebuah syair yang menimbulkan rasa takut yang luar biasa kepada Amir al-Mu’minin:

Malam ini terasa panjang,
Aku dibalut kegelapannya,
Mataku enggan lena,
Tiada teman untuk bersenda,
Demi Allah, jika tidak kerana takutku kepada-Nya,
Bergoncanglah katil ini dari sisi ke sisi!

Umar memanggil wanita itu dan bertanyakan perihal dirinya. Beliau menceritakan keadaan dirinya yang ditinggalkan suami atas misi ketenteraan untuk satu tempoh yang panjang. Mendengar akan hal itu, Umar bertanya kepada anak beliau, Hafsah radhiyallahu ‘anha, yang ketika itu adalah balu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Soal beliau “berapakah tempoh seorang wanita mampu berpisah dengan suaminya?
Hafsah menjawab, “empat bulan!”
Lalu Umar menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan. Sumber: Tarikh Khulafa' karangan Imam As-Suyuthi
 
Jangan Biarkan Cinta Anda Cair Seperti Kek

*nota kaki berbau :
Perkahwinan Jarak Jauh, Perhubungan Jarak Jauh, Percintaan Jarak jauh, Perindu Jarak Jauh, Pelari jarak Jauh...semuanya jauh & memenatkan

08 April 2011

1@One



Tajuk entry hari ni simple jek "1@One"...oleh itu, setiap entry ini akan dipenuhi dengan nombor 1, satu atau one...kenapa 1? ada apa dengan 1??? One???

1 adalah nombor atau digit yang pertama atau membawa maksud single entity...1 adalah nombor selepas '0' & sebelum nombor '2', itu satu dunia pun tahu...lagi satu, setiap nombor yang didarab dengan 1 akan jadi nombor yang didarab itu semula bermaksud tak membawa apa-apa perubahan...1juta x 1 = 1juta...begitulah seterusnya...

1 adalah nombor yang paling popular berbanding nombor-nombor yang lain & ia sering diperkatakan orang...satu-satunya nombor yang boleh ditunjukkan dengan jari & semua orang boleh faham yang itu adalah 1 sebab imejnya sama dengan jari yang kita tunjuk

Kalau dalam pertandingan semua orang nak jadi number 'one' or dapat tempat yang pertama...time belajar student berebut-rebut nak dapat nombor 1 dalam kelas...lumba lari pun semua nak dapat nombor satu...balik rumah bila bagitau tak dapat nombor satu family akan sedih...bolasepak, sukan olimpik even main congkak pun orang nak nombor 1

Bagi orang Islam kita wajib percaya hanya ada tuhan yang satu iaitu Allah Taala yang esa atau tunggal...dialah satu-satunya tuhan yang wajib kita sembah & hanya padanyalah tempat kita memohon pertolongan...bukan pada bomoh atau jin & syaitan...itu semua hanya akan membawa kita ke satu jalan, iaitu neraka

Kat Malaysia nombor 1 semakin popular & glamer mengalahkan nombor-nombor yang lain selepas slogan 1 Malaysia diperkenalkan...semua program kerajaan akan melibatkan nombor 1...antaranya 1Azam, 1Belia, 1 Murid 1 Sukan, 1Pengguna 1 Suara...1 Isteri??? ada ker slogan ni...kalau ada terselamatlah isteri-isteri kat luar tu daripada di madu...tapi, kesianlah pulak kat ibu tunggal or anak-anak dara ramailah yang tak kahwin kalau semua laki hanya boleh ada 1 Isteri???

Segala jenis signboard kat Malaysia or banner-banner akan di penuhi dengan simbol 1...tak tahulah sampai bila fenomena 1 ini akan berterusan...selain itu, kita ada tv1, radio 1, studio 1 & macam-macam lagi

Ahad ni kita boleh tengok perlumbaan Formula 1 kat litar antarabangsa Sepang...kita boleh tengok siapa yang akan dapat nombor 1...adakah Sebastian Vettel? Of course peminat F1 tunggu siapa yang akan dapat nombor 1 bukan nombor 10...“the winner ain't the one with the fastest car its the one who refuses to lose”

Odah1??? tak terfikir pulak nak tukar nama blog ni jadi macam tu...OdahOne4eva tak payah tukar-tukar lagi...thanx odah sebab bagi bantal yang cantik tu...one love...



Engkaulah yang satu
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu
Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu
Tanpamu siapalah aku

*nota kaki berbau :
“To love someone is nothing, to be loved by someone is something, but to be loved by the one you love is everything”

10 January 2011

TOLONG INGATKAN AKU


Tolong Ingatkan Aku
Jangan memandu laju
Tolong Ingatkan Aku
Sentiasa ikut arah nak dituju

Tolong Ingatkan Aku
Esok nak cuci baju
Tolong Ingatkan Aku
Diam bukan tanda setuju

Tolong Ingatkan Aku
Tak boleh minum air batu
Tolong Ingatkan Aku
Selalu ingat tuhan yang satu

Tolong Ingatkan Aku
Buang sifat was-was & ragu
Tolong Ingatkan Aku
Masuk rumah tutup pintu

Tolong Ingatkan Aku
Lepas Jumaat hari Sabtu
Tolong Ingatkan Aku
Tak boleh segan & malu-malu

Tolong Ingatkan Aku
Yang selalu ke hilir ke hulu
Tolong Ingatkan Aku
Tengok youtube hari minggu

Tolong Ingatkan Aku
Berbaju kurung lambang Melayu
Tolong Ingatkan Aku
Rupanya Ana Raffali jadi Juara Lagu


Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku 

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku

*nota kaki berbau :
Tolong ingatkan aku, rajin basuh kakiku selalu, agar ia tidak berbau

08 January 2011

BERCINTA ITU MACAM ORANG TUNGGU BAS


Bercinta ni kadang-kadang macam orang tunggu bas...bila lalu bas yang kita berkenan kita tahan suruh bas tu berhenti...tapi kadang-kadang tak jadi nak naik pulak bila tengok bas tu dah full house or dah penuh macam sardin, so kita tunggulah bas yang lain pulak

Takkanlah kita sanggup berhempit-hempit, especially bila ramai foreign workers kat dalam tu...peh macam-macam bau ada, belacan, ikan masin, sotong goreng tepung, sweet sour masak tiga rasa n pelbagai bau tungkik yang menusuk ke lobang idung...bernasib baiklah orang yang ada lobang idung kecik

Macamlah korang takde pengalaman bersesak-sesak dalam bas...dalam ramai-ramai tu ada pulak yang nak ambik kesempatan meraba & gesel kat sana sini...gurl gak yang jadik mangsa cabul dalam bas

Sebab tu komuter sediakan gerabak khas untuk ladies...tapi ada gak gentleman yang naik koc gurl sebab tak bape reti nak baca arahan & buta warna tak kenal kaler pink, or die mmg jenis laki dua alam yang suka kaler pink macam kaler kotak jusmate5 Dr Rozmey tu...hoho

Bas yang sesak jugak jadi sarang buat pickpocket yang sangat suka mencuri duit, so hati-hati bila naik bas camni...banyak betul cabaran ek takkan korang nak naik bas yang camtu??? the choice is yours...

Lagipun banyak lagi bas yang ada tak payah bersesak-sesak, rapid kl ada, metro bas ada, bas sri jaya ada, bas express & macam-macam lagilah...kalau tak mahu bas yang panjang bas mini yang pendek pun ada

Sabar tunggulah bas yang lain pulak mana tau dapat bas yang elok sikit ker kan dapat duduk dengan selesa tak perlulah nak berdiri tunggu "queue"...dalam maksudnya tu pandai2 lah korang tafsirkan maksud yang tersurat, tersirat & tersiat...untung-untung dapat duduk kat sebelah guy or gurl yang ensem-ensem & cun melecun, boleh ayat mana tau dapat...boleh wat kesah "Cintaku diatas bas"

Dalam pada tu kena gak pilih bas yang elok-elok & good condition...kalo dapat bas yang dah macam tukun tiruan watpe kita nak naik gak...kan cari nahas tu, kalo dah terbalik bas tu kat tengah jalan kita gak yang susah...terus gi final destination dah tak singgah mana-mana perhentian bas lagi dah


Sekarang ni banyak kejadian bas terbabas & terbalik...bas yang maintenance ok & good condition pun boleh terbalik inikan pula bas yang macam nak gi perang tu...bas ok tapi kalau sikap driver tak ok tu yang jadi terbalik agaknya...entahlah

Lagi satu kita kena tengok gak driver tu camne coz dia yang akan guide & drive kita ke destinasi yang di tujui either ke parit, longkang, gaung or kat bawah lori...hope selamatlah sampai ke tempat yang kita nak pergi

Kalau tak selamat sampai rugi jek bayar duit tiket...dah lah harga tiket sekarang ni makin mahal...penting tu kena tau latarbelakang syarikat bas & performance dia punya driver dia punya history...itulah gunanya merisik sebelum bertunang

Disamping itu, ada jugak orang yang suka naik bas berhenti-henti or bas combat...macam touch & go lah perumpamaan bahasa sekarang ni...u touch u go...go to hell lah org yang camni...bila dia rasa nak berhenti dia pun tekanlah loceng, maka driver pun turunkanlah kat mana dia nak berhenti...lepas tu naik pulak bas lain...asyik macam tu jeklah

Tapi kadang-kadang dah tekan loceng berpuluh-puluh kali pun driver tak mahu berhenti gak...nasiblah dapat driver camtu, terpaksalah menapak jauh sikit...kadang-kadang passenger gak yang salah nape ko gi tekan loceng kat tempat yang bas tak leh nak berhenti

Ni nak cite sikit tentang pengalaman aku naik bas berhenti-henti dari muar ke segamat or bus North West Johor yang kaler merah n kuning tu...cite ni just selingan takde kena mengena dengan entry...

Ada sekumpulan budak sekolah ni yang perangai macam budak tak sekolah kebetulan naik bas yang sama dengan bas yang aku naik...dieorang boleh main tekan-tekan loceng bas suka-suka ati mak dia jek...siap buat macam soalan pop kuiz, sorang tu bagi soalan yang ngarut-ngarut pastu member-member yang lain berebut-rebut tekan loceng bas untuk jawab soalan tu

Si driver bas apa lagi benganglah bila tiap kali berhenti dengar bunyi loceng takde passenger yang turun...aku pun sampai lambat ke destinasi sebab perangai beruk-beruk yang tak bertamadun ni...tapi tak siapa yang berani sound habis konduktor bas & driver kena maki bila marahkan beruk-beruk ni sebab dieorang ramai...sabar jeklah

Ok, berbalik semula pada kita punya cerita yang asal...ada satu kes ni, si penumpang bas awal-awal lagi dah pilih bas yang elok, selamat, good condition & driver pun bersih takde rekod buruk JPJ, clean bukan seorang yang drug addict or kaki racing, senang cite pakej lengkaplah semuanya perfectly done...tiket pun dah beli awal-awal sebab takut "sold out"...

Tapi bila tiba pertengahan jalan tiba-tiba bas rosak pulak...apa nak buat manusia ni mampu merancang jek tapi Allah yang tentukan kesudahannya...itupun setelah kita puas berusaha dan berdoa...itulah namanya konsep tawakkal bukan berserah bulat-bulat jek kalau tayar bas botak, brek tak makan, bas pun tak servis & maintainance enjin betul-betul main lanyak jek, tu namanya saja cari pasal

Kalau bas rosak terpaksalah tunggu lama sikit...tunggu mekanik datang repair...mujur cuma bas jek yang rosak & tak terbabit dengan kemalangan...bagi yang tak sabar boleh tumpang naik bas lain or suruh family datang amik kat tepi jalan tu...tapi bagi yang sabar last-last dapat gak naik bas tu bila dah direpair

Kadang-kadang bas tu jadi lagi elok dari sebelum di repair, meluncur lebih laju & selamat...maybe bas tu bagi petanda awal sebab kalau tak rosak hari ni, si mekanik tak perasan ada something wrong pada bas tu & boleh menyebabkan kemalangan yang lebih teruk pada masa akan datang...tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Lastly, si penaiki bas bolehlah sambung perjalanan semula sambil berharap bas yang dinaiki tak rosak lagi berkat restu dari illahi dan boleh sampai ke destinasi dengan selamat dan abadi...

Hidup ini tak seindah seperti yang kita rancangkan...bersamamu hidup ini indah semuanya...


"Penantian Yang Beerti"

Disaat yang lain asyik menikmati
Kau pula membisu ternanti-nanti
Menunggu jawapan yang belum pasti
Adakah realiti sekadar fantasi

Hidup sering diumpat dikeji
Lantaran hidup tidak di isi
Menanti insan yang dikasihi
Tak kunjung tiba sehingga kini

Tiap saat detik dan hari
Usia mu terus dimamahi
Onak dan duri harus ditempuhi
Agar hidup tidak di disesali

Cekal hatimu bak serikandi
Bukan omong sekadar memuji
Kadang terluka bila disakiti
Namun itu tak kau peduli

Dua insan merpati sejoli
Apa dirancang terkadang tak jadi
Berpantang ajal sebelum mati
Menyerah diri jangan sekali

Hari dan minggu silih berganti
Perjanjian suci sudah dimeterai
Jangan ada yang mengkhianati
Itu lambang cinta sejati

Menadah tangan pohon illahi
Agar ketabahan cekal diberi
Penawar dihati perlu dicari
Penghujung pasti kau temui

Lautan api kau seberangi
Ombak dan badai kau harungi
Menanti akad ijab bersaksi
Itulah saat kekal abadi

By; acahia kapinatodongok


Penantian yang beerti


Bas yang sentiasa sihat walafiat...siapa yang naik bas ini akan SIHAT & pulih dari sakit tak perlulah buat rawatan kat hospital or jumpa pawang, bomoh & pak ustad...tapi akan sakit kembali sebaik saja si penumpang turun dari bas

Naik jeklah bas tu selama-lamanya tak payah turun-turun kalau nak sihat...berapa ek nak bayar harga tiket mahal tak?...lama-lama duit habis gak buat bayar tambang tiket bas, takkkan nak duduk jek atas bas tu tak mau kerja, mana nak dapat income, apolah...takde tiket sila turunlah encik penumpang...hoho...mengarut


Bas yang tak selamat sampai ke destinasi either kecuaian pemandu, kerosakan pada bas, faktor cuaca, keadaan jalan or dah takdir dia macam tu...dah tak serupa macam bas pun



Bas pendek yang boleh mencilok time jalan jam...bas yang pernah menakluki Bandaraya Kuala Lumpur pada sutau masa dulu



Bas yang budak-budak naik pergi ke sekolah hari-hari...dulu aku pergi sekolah tak pernah naik bas, naik gak bas tapi bas sikal


Bas double decker kat malaysia pun dah berlambak...dulu cuma tengok ada kat london jek...macam kat dalam snek double decker tu...tapi sekarang dah senang nak nampak...yang dah terbalik pun senang gak nak nampak dalam paper


Amaran...Jangan sesekali cuba untuk menaiki bas ini!!!

**Ini adalah entry lama yang diberi nafas baru oleh si penulis

*nota kaki berbau : 
Bas tidak akan selalunya menunggu penumpang tetapi penumpang yang akan menunggu bas. Penumpang selalu kena tinggalkan bas tetapi jarang meninggalkan bas. Bas tak selalu rosak tetapi akhlak penumpang bas yang selalu rosak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...