08 April 2011

1@One



Tajuk entry hari ni simple jek "1@One"...oleh itu, setiap entry ini akan dipenuhi dengan nombor 1, satu atau one...kenapa 1? ada apa dengan 1??? One???

1 adalah nombor atau digit yang pertama atau membawa maksud single entity...1 adalah nombor selepas '0' & sebelum nombor '2', itu satu dunia pun tahu...lagi satu, setiap nombor yang didarab dengan 1 akan jadi nombor yang didarab itu semula bermaksud tak membawa apa-apa perubahan...1juta x 1 = 1juta...begitulah seterusnya...

1 adalah nombor yang paling popular berbanding nombor-nombor yang lain & ia sering diperkatakan orang...satu-satunya nombor yang boleh ditunjukkan dengan jari & semua orang boleh faham yang itu adalah 1 sebab imejnya sama dengan jari yang kita tunjuk

Kalau dalam pertandingan semua orang nak jadi number 'one' or dapat tempat yang pertama...time belajar student berebut-rebut nak dapat nombor 1 dalam kelas...lumba lari pun semua nak dapat nombor satu...balik rumah bila bagitau tak dapat nombor satu family akan sedih...bolasepak, sukan olimpik even main congkak pun orang nak nombor 1

Bagi orang Islam kita wajib percaya hanya ada tuhan yang satu iaitu Allah Taala yang esa atau tunggal...dialah satu-satunya tuhan yang wajib kita sembah & hanya padanyalah tempat kita memohon pertolongan...bukan pada bomoh atau jin & syaitan...itu semua hanya akan membawa kita ke satu jalan, iaitu neraka

Kat Malaysia nombor 1 semakin popular & glamer mengalahkan nombor-nombor yang lain selepas slogan 1 Malaysia diperkenalkan...semua program kerajaan akan melibatkan nombor 1...antaranya 1Azam, 1Belia, 1 Murid 1 Sukan, 1Pengguna 1 Suara...1 Isteri??? ada ker slogan ni...kalau ada terselamatlah isteri-isteri kat luar tu daripada di madu...tapi, kesianlah pulak kat ibu tunggal or anak-anak dara ramailah yang tak kahwin kalau semua laki hanya boleh ada 1 Isteri???

Segala jenis signboard kat Malaysia or banner-banner akan di penuhi dengan simbol 1...tak tahulah sampai bila fenomena 1 ini akan berterusan...selain itu, kita ada tv1, radio 1, studio 1 & macam-macam lagi

Ahad ni kita boleh tengok perlumbaan Formula 1 kat litar antarabangsa Sepang...kita boleh tengok siapa yang akan dapat nombor 1...adakah Sebastian Vettel? Of course peminat F1 tunggu siapa yang akan dapat nombor 1 bukan nombor 10...“the winner ain't the one with the fastest car its the one who refuses to lose”

Odah1??? tak terfikir pulak nak tukar nama blog ni jadi macam tu...OdahOne4eva tak payah tukar-tukar lagi...thanx odah sebab bagi bantal yang cantik tu...one love...



Engkaulah yang satu
Mustika kalbuku
Kasih dan rinduku oh
Hanyalah padamu
Engkaulah kasihku
Tiada duanya
Biar jadi hamparan
Kasihku padamu
Tanpamu siapalah aku

*nota kaki berbau :
“To love someone is nothing, to be loved by someone is something, but to be loved by the one you love is everything”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...