24 April 2011

LELAKI MISTERI PENYIMBAH ASID | AWAS!



LELAKI MISTERI MASIH BEBAS

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal dan memakai topi keledar berpenutup penuh yang dipercayai mendalangi beberapa siri simbahan asid di bandar raya ini masih bebas mencari mangsa terutama golongan wanita dan kanak-kanak tanpa diketahui motif tindakannya itu.

Kejadian simbahan asid dilakukan lelaki itu menjadi ancaman baru kepada warga kota hingga meninggalkan trauma seumur hidup kepada mangsa.

Berdasarkan beberapa kejadian, modus operandi suspek adalah menunggang motosikal bersendirian dengan membawa cecair berbahaya dipercayai asid sebelum membaling cecair itu secara rawak kepada mangsa.

Motif utama perbuatan itu tidak diketahui kerana suspek tidak mempunyai sasaran tertentu dan lokasi kejadian juga semakin berkembang iaitu bermula dari Bangsar kemudian ke Brickfields, Dang Wangi dan Sentul.

Bukan itu saja, malah kejadian itu turut dilaporkan di Mantin, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, kes di Negeri Sembilan itu tiada kaitan dengan kejadian yang berlaku di ibu kota.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya memerlukan maklumat saksi atau orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk menjejaki lelaki misteri itu.

Menurutnya, pihaknya percaya suspek adalah rakyat tempatan berdasarkan warna kulit, tetapi motif sukar dikesan berikutan suspek tidak memilih mangsa dan membaling cecair berbahaya itu tanpa tujuan. “Kami sudah menerima 10 laporan berkaitan simbahan cecair berbahaya sejak awal tahun ini, tetapi gagal untuk menjejaki suspek kerana mangsa tidak dapat mengecamnya dan tiada saksi tampil untuk membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dan mereka tidak perlu risau atau takut kerana identiti akan dirahsiakan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak dapat menentukan jenis cecair yang diguna suspek sama ada berlainan jenis atau tidak kerana laporan Jabatan Kimia belum siap.

Bagaimanapun, katanya, anggota polis sudah ditempatkan di kawasan Bangsar dan Brickfields yang menjadi tumpuan penyerang misteri yang menunggang motosikal berwarna gelap. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan berikutan menimbulkan panik di kalangan penduduk bandar.

Katanya, Polis Kontinjen Selangor kini berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan menambah bilangan anggota untuk bertugas di Brickfields dan Sentul.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) mengenai beberapa kejadian itu dikatakan semakin berleluasa dan menimbulkan panik di kalangan masyarakat.

SMS itu menyebut suspek menjadikan wanita sebagai sasaran terutamanya mereka yang memandu kereta dengan membuka tingkap.

Menurut SMS itu, kejadian berlaku di sekitar Dang Wangi, Sentul dan yang terbaru di hadapan Istana Budaya dan mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, Bahagian Perhubungan Awam HKL ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima sebarang kes terbaru yang membabitkan mangsa simbahan asid setakat ini.

“Apa yang kami terima hanyalah kes Mac lalu membabitkan wanita disimbah asid ketika memandu oleh penunggang motosikal yang tidak dikenali,” katanya.


LUKA BERNANAH

KUALA LUMPUR: “Nanah keluar dari puting payudara saya sejak hari kejadian dan kini baru luka itu mulai kering,” kata seorang guru dikenali sebagai Ng, 25, yang terkena simbahan asid dibaling seorang lelaki tidak dikenali, pada 26 Mac lalu.

Ng yang juga mangsa ke-12 kejadian simbahan asid itu berkata, pada hari kejadian kira-kira jam 7 pagi, dia yang sedang melalui kawasan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Vivekanda di Brickfields, di sini, tiba-tiba dibaling sejenis cecair oleh seorang lelaki bermotosikal tidak dikenali hingga mengalami kecederaan parah di dada.

Katanya, akibat kejadian itu, dia memohon untuk berpindah ke sekolah lain kerana takut untuk melihat tempat kejadian selain trauma ketika mendekati objek panas.

“Saya tidak dapat mengecam suspek kerana diserang dari belakang hingga membuatkan saya tidak dapat tidur pada waktu malam selain takut apabila mendengar bunyi motosikal.

“Kini, harapan saya hanya untuk keluar dari Kuala Lumpur bagi meneruskan kehidupan seperti biasa hingga kecederaan ini pulih,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak berkuasa memperbanyakkan lagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan bandar bagi memudahkan pengawasan dijalankan.

“Saya mahu lelaki yang tidak bertanggungjawab itu ditahan segera dan dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan dilakukan,” katanya.

Mangsa ke-10, Rohainah Hussin, 30, yang terkena simbahan asid di muka kiri dan leher pada 25 Mac lalu berkata, dia hanya berasa panas pada muka dan leher selepas seorang lelaki bermotosikal membaling sejenis cecair ke arahnya dan rakan ketika mereka menuju ke kereta rakannya berhampiran tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields.

Katanya, dia mengalami kecederaan parah dan kemungkinan buta akibat kejadian berkenaan.

“Saya mahu tindakan tegas diambil kepada suspek kerana kebanyakan mangsa mengalami kecederaan teruk dan cacat seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata, rakan yang berada di sebelah juga terkena tempias cecair itu di muka, tetapi kecederaannya tidak serius.

“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya Perbuatan lelaki menyimbah asid bermula pada 2 Mac lalu selepas lapan murid tahun enam termasuk empat murid perempuan yang sedang menunggu bas di hadapan sekolah mereka di Bangsar, di sini, dibaling cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki bermotosikal hingga cedera pada muka dan badan.

Suspek yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dikatakan melarikan diri sebaik melempar bungkusan plastik cecair itu kepada mangsa.

Dalam kejadian lain pada 26 Mac pula, sepasang kekasih warga Perancis yang melancong ke negara ini turut menjadi sasaran lelaki itu ketika mereka sedang berjalan di Jalan Conlay, kira-kira jam 3 petang hingga kedua-duanya mengalami radang kulit.

Sumber : myMetro>Setempat

Tak taulah apa motif lelaki ni simbah asid kat muka orang...maybe muka dia pun hodoh sebab kena simbah asid sebab tu dia pakai helmet fullface nak cover kehodohan mukanya kot...lepas tu nak balas dendam kat orang lain pulak...muka hodoh tak kesah tapi hati janganlah dengki khianat kat muka orang yang cantik sikit...


Asid ni boleh menyebabkan kecacatan kekal seumur hidup bukan muka jek hancur tapi tempat lain yang kena pun boleh cacat & menderita...habis hancur masa depan...senang ke nak dapatkan asid ni...siapa-siapa pun boleh beli ke?...entah aku pun tak pernah beli sebab tak pernah menoreh getah...balik kampung nak test toreh getah sebab harga getah pun tengah melambung ni...boleh kenal dengan asid or cuka getah

Hope, pihak polis dapat tangkap lelaki misteri ni secepat mungkin...teringin sangat nak tengok muka orang yang ada masalah mental macam ni...lagipun selagi tak dapat tangkap lelaki ni selagi tu lah tak aman & ada jek kes orang perempuan yang kena simbah asid lagi...budak-budak nak pergi sekolah pun rasa tak selamat...Stop right now...Thank you very much...I need somebody with the human touch...Hey you always on the run!

*nota kaki berbau :
There are three side effects of acid: enhanced long-term memory, decreased short-term memory, and I forget the third...???

4 KOMEN:

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

gila ke apa orang tu
kejam betul
tergamak betul buat orang kanak2 dan wanira macam tu
dia tu sakit jiwa ni
patah hati melampau kot dulu nya
kena hati-hati zaman sekarang nih

Japan Made Cafe a.k.a Cosplay Restaurant"

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

kmpem org gler kot MOMOY...org waras xbuat keje giler cmtu...

Miecyber said...[Mari Balas Komen Ini]

Berhati hati adalh jalan yang terbaik..

2 kembar beradik kongsi tarikh lahir

Siti Aziz said...[Mari Balas Komen Ini]

adekah lekali i2 gila?? kalau gila, mcm mana boleh bawak motor..bahaya2.. disebab dia sorang berperangai mengalahkan setan, orang lain yang merana.. Semoga ALLAH melindungi kita semua...Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...