Showing posts with label info keselamatan. Show all posts
Showing posts with label info keselamatan. Show all posts

12 December 2012

TERIMA KASIH ENCIK CAPE


Pertama kali berhadapan dengan situasi tayar pancit...Adakah disebabkan kerana berat badan yang semakin bertambah disebabkan bawaan ibu mengandung?...atau dah memang takdir tayar nak pancit ditengah-tengah mentari yang memancar?

Oleh kerana ilmu nak ganti tayar memang takde...selalu cuma tengok F1 Race yang ganti tayar tak sampai 10saat tapi berat tayar yang lebih 10kilo ni memang tak larat kudrat nak mengangkat...maka simpati orang ramai yang lalu lalang ditagih ketika ini...malangnya, tak siapa sudi membantu

Sekali lagi timbul persoalan, mungkinkah kerana melihat perut perempuan yang membesar maka takde mana-mana lelaki perkasa yang sudi membantu?...kalau anak dara seksi sure ramai yang sudi membantu...tunggu punya tunggu ada jugak jejaka yang sudi tampil menyelesaikan masalah yang kian buntu

Dengan macho sekali mamat berbaju belang merah putih seakan-akan jalur gemilang (yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Cape) membuat  pertukaran tayar spare sambil diperhatikan oleh ibu mengandung yang tak berdaya sambil memakai baju berwarna hitam kuning

Semangat jalur gemilang seakan-akan terpancar dimuka Encik Cape sewaktu mengerah kudrat yang dipanah mentari...begitu juga semangat hitam kuning harimau malaya terpancar di wajah ibu mengandung sewaktu melihat aktiviti menukar tayar kereta giat dilakukan

Buat pertama kalinya jack dikeluarkan daripada perut kereta...rupanya ada Encik Jack yang tersembunyi dibawah tayar spare...berkilat lagi jack tu maklumlah tak pernah guna...selama ni dia tak dipedulikan tapi time-time camnilah khidmat & bakti beliau amat ditagih

Kalau tengok pada gaya En. Cape menukar tayar ni memang ibu mengandung tak larat nak buat...aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga disamping ketahanan mental yang tinggi bekerja dibawah panas terik matahari 

Kesimpulannya, En. Cape memang seorang yang berhati mulia...dia juga merupakan seorang yang cekap dalam menukar tayar kereta kerana tidak sampai 15 minit tayar spare dah pun siap dipasang

Kecekapannya menukar tayar kereta mungkin melayakkan dirinya bekerja di pit Formula 1 suatu hari nanti...Insyallah, kami doakan...hanya Allah yang dapat membalas budi En. Cape yang tidak menerima wang ringgit sebagai balasan cukup sekadar ucapan terima kasih

*nota kaki berbau :
Hidup manusia kadang-kadang umpama tayar kereta, ada kala di atas ada kala dibawah...sampai masa akan pancit jua...bersedialah tatkala tayar pancit nanti dengan jack & tayar spare...pastikan tayar spare sentiasa mempunyai angin agar perjalanan yang aman dapat diteruskan semula

14 August 2012

JADUAL WAKTU PERJALANAN PLUS HARI RAYA 2012 | JOM BALIK KAMPUNG!




Jadual waktu PLUS untuk kita balik kampung beraya dah pun siap...kalau semua orang boleh ikut jadual perjalanan PLUS ni mungkin kurang sikit sesak kat highway tu kot...diaorang dah susun jadual yang terbaik...siapa yang kampungnya dekat sekangkang kera bergeraklah lambat sikit takpelah mengalah...mana yang kampung jauh beribu batu bolehlah gerak awal

Kalau semua sekali nak guna highway PLUS serentak memang jenuhlah nak sampai kampung...nasib baik ada lagu 'Balik Kampung' Sudirman boleh jugak layan...tapi, lama-lama telinga pun jadi sebu dengar lagu raya berjam-jam kat dalam kereta

Bersiap-sedialah kita untuk bertempur dengan sebarang kemungkinan time balik raya nanti...yang penting selamat pulang & selamat kembali

Jadual waktu perjalanan dah siap, kenderaan untuk memulakan perjalanan pun kita kena siapkan jugak termasuklah duit poket untuk menampung perjalanan...

Yang tak bestnya time-time ni lah roadtax kereta odahone mati & time ni jugak tayar keempat-empat bijik dah botak licin...belum pun mulakan perjalanan duit awal-awal lagi dah habis...dah licin

Bab tayar tu memang tak boleh nak consider...hari tu tayar belakang dah tukar bawak ke depan kali ni memang dah tak boleh tukar lagi sebab depan belakang dah botak...lainlah kalau kereta ni ada 6bijik tayar still boleh exchange lagi...kalau kepala orang botak kita akan nampak permukaannya licin berkilat...tapi, kalau tayar kereta yang botak permukaan akan jadi licin & mungkin lepas tu kita takkan nampak apa-apa lagi dah

Roadtax kereta pun mati betul-betul time nak raya...kenapalah gamaknya dia pilih nak mati time camni...matilah time Hari Wesak ke or Hari Gawai ke or Hari Alam Sekitar ke...taklah mengganggu Bajet Raya OdahOne 2012 yang dah lama dibentangkan...terpaksa cut bajet untuk beli baju yang vogue, bajet duit raya & bajet-bajet yang dirasakan tak perlu seperti tukar langsir baru, sofa baru, karpet baru & segalanya baru 

Op Selamat pun dah dilancarkan menggantikan Ops Sikap...hope, kita semua selamat dalam perjalanan balik kampung nak beraya nanti...Amin...

*nota kaki berbau :
Macam mana nak selamat kalau sikap kurang cermat ???

19 February 2012

LEPAS HANDBRAKE TAPI TOLAK GEAR 'P' = CACI MAKI HAMUN




Semalam aku pergi rumah sewa lama untuk kutip sisa-sisa barang yang masih tertinggal waktu pindah rumah dulu...dah tak banyak barang yang tinggal...yang banyak cuma tinggal kenangan jek especially kenangan yang ni; "TERSEPIT DI AWAL RAMADHAN"


Sampai rumah lama ngam-ngam hujan turun dengan lebatnya...parking yang dekat-dekat dengan bangunan pulak semuanya full...standardlah memang dari zaman aku tinggal kat area ni dulu, sampailah sekarang masalah parking ni tak setel-setel & sentiasa menghantui penduduk kat sini...


So, dengan berat hati terpaksa aku buat 'Double Parking' block kereta orang lain ...satu benda yang aku benci nak buat...lagipun aku nak naik atas sekejap jek, nak loading barang takkan nak park jauh-jauh...kalau parking block kereta orang ni ada banyak benda yang tak best bakal berlaku...


Antaranya;

1. Menyusahkan owner kereta yang kena block...tak pasal-pasal nak kena tolak kereta orang...kalau lelaki berbadan sasa takpelah jugak sebelah tangan jek dia boleh tolak sambil tangan yang sebelah lagi cungkil gigi...tapi, kalau gurl yang badan kena tiup angin pun melayang memang merengkek-rengkek nak tolak sebijik kereta....tu kalau sebijik kereta kalau berbijik-bijik how?


Kena pulak hari-hari kena tolak kereta orang sebelum nak pergi kerja, mau timbul muscle urat dawai tulang besi...aku memang dah lali sangat dengan masalah problem yang macam ni & setakat tolak kereta tu memang dah kerja aku...tarik kereta orang jek yang aku tak pernah buat lagi...tiap kali nak pergi kerja kena selak 2 or 3 bijik kereta baru nampak muka kereta kita

2. Kemungkinan untuk kereta kita calar, kemek, remuk, pecah, side mirror patah adalah tinggi...sebab kadang-kadang kereta akan meluncur dengan lajunya bila kena tolak terlampau kuat sangat & dengan bangganya merempuh kereta-kereta lain yang ada kat depan tu...maklumlah tak tarik handbrake...


Lagi satu bila kita buat double parking jalan akan jadi sempit ngam-ngam untuk sebijik kereta yang lalu...so, kalau kereta kena gesel, terguris & bercalar memang tak boleh nak salahkan orang lain...maka tergurislah hati kita

Nasib baik rumah yang baru ni tak payah nak berebut-rebut parking...siapa cepat dia dapat & tak payah nak kena tolak kereta orang sebab parking space besar...tapi, ada masalah lain pulak yang timbul nantilah aku cerita kat entry yang lain

Berbalik pada cerita asal tadi...setelah setel memarking kereta, aku pun matikan enjin & tak tarik handbrake sebab mana tau owner kereta yang aku block ni nak keluar ke...nasib baik aku ingat, kalau tak free-free jek cermin kereta aku kena pecah




Dah habis packing barang aku pun turun bawah berlari kat kereta sebab hujan still lebat lagi...Sampai kat kereta tiba-tiba ada sebijik motor datang melulu kat aku sambil menjerit...;

"Wei amoi! ini lu punya kereta ka? Lu gila kasi block sama gua punya kereta, hujan-hujan gua mau ambik gua punya anak balik tuisyen kereta gua tak boleh keluar! c*%@%! Gua kasi pecah cermin lu punya kereta lu mau ka?!"

Aku pun blur sekejap...mula-mula aku blur sebab kenapa pakcik ni panggil aku amoi & maki aku dengan slang ala-ala Cina...padahal muka dia muka jawa....tapi, tu aku tak pelik sangat sebab memang ramai orang salah anggap ingatkan aku anak Cina...yang aku pelik sangat ni, seingat aku time parking tadi aku tak tarik handbrake kenapa pakcik ni tak tolak jek kereta aku?


Aku pun menjawab cuba nak defend diri sendiri yang dalam kebasahan dek hujan...;

"Pakcik kan saya tak tarik handbrake & kenapa pakcik tak sorong jek kereta saya?"...aku menjawab dengan penuh kesejukkan tapi penuh confident

"Nak sorong kepala hotak lu! Lu kasi masuk gear 'P' apa macam gua mau sorong lah c*%@#...nasib baik gua tak kasi hantam sama lu punya kereta...."(dan macam-macam lagi ayat yang aku tak sanggup nak dengar)

Hambik ko lagi sebijik aku kena, konon-konon nak defense diri sangat tadi...kali ni aku betul-betul terkedu & sedar yang aku berada di pihak yang tak benar...cepat-cepat aku mintak maaf beribu-ribu kali atas kesalahan & kejahilan aku tadi semata-mata nak kasi pakcik tu cool down


Serius shit aku memang tak tau kalau kita tolak gear 'P' kereta tak boleh nak sorong...aku cuma ingat just jangan tarik handbrake...kalau block kereta orang & tarik handbrake memang confirm cermin kereta kena pecah

Sampai aku habis loading barang dalam kereta pun pakcik tu tak habis-habis marah-marah kat aku...ternyata air hujan yang membasahi bajunya tak dapat menyejukkan perasaan marah yang meluap-luap...aku pasrah dengarkan jek sebab memang dah salah aku...lagipun, aku kesian tengok pakcik tu basah kuyup bersama anaknya terpaksa naik motor sebab tak dapat nak keluarkan kereta dek kerana kereta aku menghalanginya


Aku dah start malu bila kena marah di khalayak ramai...aku boleh rasakan dari tingkat 1 sampailah ke tingkat 18 ada yang menjengukkan kepala kat tingkap untuk lihat apa sebenarnya yang berlaku...


Tiba-tiba, datang sorang Ah So yang seolah-olah nak backup aku...maybe dia pun ingat aku kaum sebangsa dengannya...biasalah siapa lagi yang nak tolong kita kalau bukan kaum sendiri...tapi, sekarang ni aku tengah kena marah dengan kaum sebangsa aku sendiri...


Berkesan jugak...bila Ah So tu datang menenangkan keadaan pakcik tu pun jadi cool & terus blah memecut motorsikalnya tanda protes...terima kasih Ah So...akhirnya dia pun tau yang aku ni Melayu bila dengar aku bercakap slang Peyrock yang penuh dengan kemelayuan

Guard kat situ bagitau, tadi pakcik tu memang dah nak hentak pecahkan cermin kereta aku dengan helmet...tapi, nasib baik orang ramai kat area tu nasihat jangan pecahkan...nasib baiklah kalau tak melayang duit aku...lagipun aku lepaskan handbrake & pakguard tu pun tau maybe aku takde experience...dah pernah berlaku kes macam tu sebelum-sebelum ni



Bila nak masuk dalam kereta aku tengok kat cermin dah tertampal kertas nota-nota yang melahirkan rasa tak puas hati...walaupun kertas tu dah basah tapi masih boleh baca tulisannya...yang tak bestnya aku punya salah mak bapak aku pun kena maki sama...apolah pakcik


Ya, memang saya bodoh tapi saya akan belajar dari kebodohan ini!


Moral of the story; jangan suka menghalang laluan orang lain (macam yang aku buat), bela lah bangsa sendiri walau dimana sahaja (macam yang Ah So buat) 

***Banyak sangat moral yang aku belajar kat dalam kes ni, kena lalui sendiri pengalaman ni baru boleh dapat...hoho...sebelum ni kereta aku pun pernah kena block gak; "KESAH KERETA KENA BLOCK"...tapi, sekarang aku pulak yang block kereta orang...yang bagusnya aku tak caci maki orang tu sebab budi bahasa budaya kita

*nota kaki berbau :
Jauhkan diri anda dari dimaki hamun oleh orang lain atas kesalahan diri sendiri kerana ia boleh membuatkan seluruh hari anda jadi tak berseri

14 February 2012

APA ITU JANGKITAN ROTAVIRUS? | SIMPTOM & CARA MENGATASI



Tiba-tiba jadi interested nak tau lebih lanjut tentang virus ni memandangkan saudara-mara OdahOne ramai yang tinggal kat area Sungkai, Tapah, Bidor & kawasan-kawasan yang sedang dilanda wabak virus Rotavirus ni...

Setakat ni dah 2 orang mangsa yang dah meninggal dunia iaitu 2 orang bayi di Tapah, Perak & ramai lagi yang dah disahkan dijangkiti virus berbahaya ni


"Rotavirus: Dua Bayi Maut" (mStar Online)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut OdahOne pun buatlah survey tentang virus ni sebab tak banyak ilmu tentang sakit ni...yang tau cuma muntah-muntah & cirit-birit sebab salah makan or keracunan makanan...kalau perempuan baru kahwin pagi-pagi selalu muntah-muntah sebab 'Morning Sickness' & virus yang paling famous & orang paling takut ialah virus HIV

Apa itu jangkitan Rotavirus?

Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. 


Apa Itu Rotavirus? 

Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.


Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
  • Cirit birit berlarutan
  • Muntah berterusan
  • Sakit perut
  • Demam dan selsema
  • Bau najis terlalu busuk
  • Komplikasi Rotavirus

Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
  • Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
  • Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
  • Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
  • Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah


*nota kaki berbau :
Komputer ada software Antivirus, manusia ada software Antibodi kan bagus kalau ada software Antidosa boleh cegah virus HIV???

29 December 2011

KISAH MISI MENCARI RUMAH SEWA DITERUSKAN LAGI



Sekali lagi misi mencari rumah terpaksa diteruskan...kalau dulu sewa rumah tinggal bersama kawan-kawan...tapi, sekarang cari rumah sewa untuk tinggal berdua-duaan...nak beli rumah sebijik tak mampu lagi, terpaksalah cari rumah orang untuk disewa...hope tak dapat tuan rumah kedaung macam Kisah-kisah sebelum ni;

KISAH TUAN RUMAH KEDAUNG & RUMAH SEWA

KISAH PENGGANTI RUMAH SEWA & LAUNGAN AZAN


Sayang jugak nak tinggalkan rumah yang ada ni...member-member serumah semua dah ngam...tapi, status sekarang dah bertukar dah tak boleh nak buat perangai macam orang bujang...say farewell to zaman bujang & Jahiliah

Area rumah baru yang nak disewa ni memang hotspot...Area hotspot jangan harap nak dapatkan rumah yang sewanya bawah RM500 sebulan...macam jugak hotchick mestilah jual mahal...hampir suku gaji dah nak kena bayar untuk sewa rumah...kalau bayar sampai 20 tahun nanti akhirnya jadi rumah sendiri takpelah jugak...tapi ni tak, bayarlah sampai habis nyawa pun rumah tu tetap jadi hak milik kekal tuan punya rumah sewa

Apa kriteria yang paling penting kalau nak sewa rumah?

1. Rumah tu mesti selamat...maksud selamat tu luas...

Selamat daripada bencana alam...banjir, tanah runtuh, ribut taufan, gempa bumi or letusan gunung berapi (kalau adalah)...Insyallah setakat ni bumi Malaysia still terhindar daripada bencana alam yang macam tu...kalau rumah sewa yang kita stay tu tiap kali hujan lebat masuk air banjir pun susah gak...takut kerugian tiap kali banjir lagi mahal daripada harga sewa rumah...terpaksa beli motor boat sebijik & sekaligus menambahkan kos sara hidup

Rumah tu mesti selamat daripada gangguan manusia, binatang, jin & syaitan...

Gangguan manusia tu kat mana-mana pun ada cuma kalau boleh selamat lah sikit...tak banyak foreigner & Awang Hitam berkeliaran kat kawasan rumah...kalau tinggal kat area penyamun pun scary gak...tapi, jangan anggap tinggal kat condominium mewah tu selamat...sebab yang tinggal kat situ pun penyangak & perompak yang educated & mampu bayar sewa mahal-mahal...kadang-kadang pelik sebab tahap security kat pintu masuk condo punyalah ketat tapi hampir tiap hari ada kejadian pecah rumah...siapa lagi yang buat kerja tu kalau bukan penghuni kat situ

Gangguan binatang? kalau tempat yang banyak anjing pun annoying jugak...hari-hari nak tidur dengar dia menyanyi@menyalak...kalau nasib tak baik kena gigit...kadang-kadang area yang banyak kucing pun tak best...dah macam zoo kat sana sini ada binatang...orang masuk zoo kena bayar tapi kita masuk free, pakej siap dengan sewa rumah

Gangguan jin & syaitan...bukan kita jek manusia yang menyewa duduk kat dunia ni...makhluk lain pun bayar sewa gak tiap-tiap bulan...macam tu jugak dengan rumah yang bakal kita sewa...mana tau sebelum ni dah ada penyewa lain ke & sebab tu penyewa rumah sebelum ni terpaksa berpindah...kena wat research sikit kenapa penyewa sebelum ni berpindah...kalau tak menyewalah kita bersama-sama makhluk asing...tiap malam dengar bunyi pinggan mangkuk berlaga...tak semua orang percaya benda-benda macam ni, just kena berhati-hati...lagipun OdahOne bercakap berdasarkan pengalaman bukan omongan


2. Bayaran sewa yang berpatutan...yelah kalau rumah tingkat 4 & takde lift janganlah demand nak letak harga sewa tinggi-tinggi...orang nak menapak naik atas pun dah cukup tinggi...kalau rumah tu fully finished (kosong, kontang takde apa-apa) jangan mengada-ngada nak letak harga sewa macam fully furnished...kalau gaji cukup-cukup makan minum jangan berangan nak sewa rumah yang besar macam muzium...pandai-pandailah manage & bajet untuk bayaran rumah sewa

3. Dekat dengan tempat kerja...yang ni pun penting...kalau jarak rumah dengan tempat kerja macam jarak dari Masjid Putrajaya ke Masjid Negara pun tak boleh jugak...jauh lagi memenatkan & tension, nak mengadap jammed lagi, bayar tol & minyak memang tak berbaloi...biarlah bayar sewa rumah mahal sikit pun takpe daripada drive pergi kerja jauh-jauh...sama jek pulangannya...kena bangun awal pagi & balik malam hari...keluar rumah tak nampak matahari sampai rumah pun tak nampak matahari, mana boleh tahan mengadap camni hari-hari

*nota kaki berbau :
Dunia ini umpama sewaan, dibayar dengan amalan, ditegur dengan amaran, di rayu tanpa paksaan & ditarik balik dengan pilihan; penghormatan@penghinaan

03 November 2011

MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG CUKUP INDAH | KEMBALIKAN MALAYSIAKU YANG TERCINTA


Mr. Google Images
Malaysia adalah sebuah negara yang cukup indah tapi kian dihimpit macam-macam masalah...masalah apa?  masalah politik, yang terus dikritik & mengkritik? masalah jenayah yang kian parah? masalah remaja kemaruk buat seks mengandung luar nikah & buang anak bersepah? lambakkan ragam drama & filem seram lagi tahyul kat TV & pawagam? 

Politik

Yang ni aku malas nak cerita...korang layan jeklah Buletin Utama time pukul 8.15 - 8.20pm sure tengah cerita tentang politik..time ni jugak aku tak berminat nak tengok berita...tunggu sampai berita dunia & berita sukan baru aku sambung tengok semula...cerita politik memang tak sudah-sudah kadang-kadang benda bodoh-bodoh pun nak bubuh dalam berita...apolah rakyat bijak dah boleh fikir sendiri...jangan sebab ideologi politik tergadai maruah bangsa & negara

Jenayah

Rasanya semua kaum kat Malaysia dah berganding bahu untuk setelkan masalah ni tak kira Melayu, Cina or India...cuba baca paper cerita tentang peragut kantoi kena tangkap...sure yang belasah peragut sampai lembik tu terdiri daripada berbilang bangsa & agama @ 1Malaysia...tak kiralah peragut tu berbangsa apa pun, Ali, Ah Chong & Maniam semua bagi sedas dua penumbuk...maybe sebab benda ni dah jadi isu 1Malaysia semua kaum tak terlepas dari penjenayah ragut...lembu peragut rumput maybe lagi mulia daripada peragut

Itu baru jenayah ragut belum lagi jenayah-jenayah berat yang lain...tak payah nak cerita selak jeklah halaman 2,3,4 or 5 surat kabo tu...kalau nak jenayah sifar maybe agak mustahil nak buat tapi, at lease kita boleh kurangkan kadar jenayah...tapi, masalahnya jenayah berat macam buang & bunuh anak akan terus berlaku selagi kita mengamalkan undang-undang yang dicipta oleh manusia

Warga Asing

Penjenayah kat Malaysia pun polis tak habis tangkap lagi datang pulak penjenayah import...kita tak bayar pun gaji diaorang macam pemain import tapi diaorang tetap nak datang jugak...diaorang ni penyumbang kepada kemajuan negara & dalam masa yang sama penyumbang kepada masalah jenayah negara...jasa-jasa diaorang memang kita tak lupakan & benda tak elok yang diaorang buat pun takkan kita nak diam jek

Aku sendiri pun kadang-kadang makan hasil air tangan diorang kalau tak bawak bekal makanan pergi kerja...maybe kebanyakkan rakyat Malaysia pernah rasa...makan kat kedai mamak, restoran, food court or hotel-hotel...ramai yang hire pekerja asing sebab boleh bayar gaji murah...kalau gajikan si Senah or Joyah majikan tak larat nak bayar gaji konon-kononnya...peniaga nasi lemak kat tepi-tepi jalan pun dah ramai warga asing...so, supportlah Kak Ton yang jual nasi lemak bukannya si Eka Ratnawati Putri


KLCC, Putrajaya, KLIA, Kompleks Sukan Bukit Jalil...alangkah berjasanya diaorang pada kita...namun, ada segelintir daripada mereka merompak pulak orang Malaysia...melarikan anak gadis kita, convert rakyat kita jadi keldai dadah, pecah rumah, ragut harta benda & ragut kehormatan gadis-gadis Malaysia, bunuh-membunuh & macam-macam spesies jenayah lagi...kadang-kadang ada jenayah yang memang rakyat Malaysia tak tau nak buat lagi tapi diaorang dah buat...bertapa expertnya diaorang ni...datang sebagai pelajar tapi sampai sini jadi pulak tenaga pengajar subjek jenayah 

Time cuti hujung minggu or cuti umum pun dah tak seronok nak lepak shopping kompleks or taman-taman awam sebab rasa macam tersepit kat negara sendiri...nak kena selak 5 or 6 orang Nepal, Bangladesh, Myanmar, Indonesia or yang seumpamanya baru jumpa sorang rakyat Malaysia kat situ...lagi aman cuti duduk rumah layan cerita ustad terbang lawan dengan hantu sampai keluar aura berapi-rapi...baca ayat Qurannya sikit tapi aura yang keluar pulak melebih-lebih...peh! mengarut...ini pun masalah jugak ni...hantu makin banyak atau makin banyak cerita hantu

Aku pun ada pengalaman kena sound kat negara sendiri oleh Awang Hitam...kebetulan aku just berdiri kat depan sebuah kedai tu sambil dok ushar barang-barang kulit daripada luar kedai...tak tau pulak ownernya warga asing...tiba-tiba dia datang dekat & sound;

"Why are you standing here? Just piss off!"

Aku pun terkejut beruk & mula panas telinga seraya spontan menjawab;

"Why is it wrong? This is Malaysia my country my homeland & i can be anywhere i want! Who are you?"

Aku pun tak sangka aku begitu berani tengking omhitam (omputeh kalo dia puteh) tu kuat-kuat depan khalayak ramai...padahal penumbuk dia memang dah sebesar muka aku & kalau singgah memang sure melekat...puas hati aku seolah-olah sedang memperjuangkan tahap kewarganegaraan yang aku miliki...aku just tengok barang-barang kulit yang dia jual dari luar salah ke? bukannya aku tengok kulit hitam dia tu...aku pun pelik kenapa banyak sangat kedai warga asing afrika kat area tu...authority please do something for our beloved country

Dah lah kat area kawasan perumahan pun diaorang conquer...naik lif diaorang mabuk selamba kencing dalam lif...tiap-tiap kali naik lif memang scary...ayat-ayat gangguan seksual tu memang dah biasa dengar cuma secara fizikal tu belum lagi...anak sedara aku nak main futsal pun terpaksa main kat atas jalan raya sebab gelanggang futsal dah dipenuhi dengan awang hitam...siapa yang berani sound kalau badan dah besar macam king kong

Ada sekali tu diaorang warga asing ni bawak undang-undang negara diaorang ke negara kita...ada ke kat highway LDP masa kita tengah laju bawak kereta diaorang boleh lintas jalan sambil angkat tangan?...maksudnya suruh bagi laluan diaorang nak melintaslah tu...nasib baik aku sempat brake...puas & jenuh aku rujuk undang-undang KEJARA tapi tak jumpa pulak perenggan undang-undang angkat tangan camtu...patutlah banyak perut pejalan kaki yang terburai kat atas jalan tu...almost foreigner

Rasanya setakat ini jek aku boleh cerita tentang masalah problem yang sedang melanda negara kita sekarang ni...Inilah luahan rasa dari aku Rakyat Malaysia pemegang IC biru...walaupun cip IC aku dah rosak & kena tukar IC baru, tapi aku takmau negara aku rosak sebab benda-benda camni...

*nota kaki berbau :
Malaysia Oh Tanah Airku...Tanah tempat tumpahnya darahku...negeri elok teramat ku cinta

25 October 2011

CUCI KERETA HATI MENDERITA



Sekarang ni pusat cuci kereta dah berlambak kat sana sini...semua berlumba-lumba dengan harga yang paling murah...sampaikan sekali cuci RM2 pun ada, cuci guna mesin automatik...memang cepat & value for money...tapi, biasanya cucian menggunakan mesin automatik ni boleh mendatangkn swirl-mark@kesan calar halus...tengok pakai mata kasar memang tak berapa nampak tapi kalau tengok betul-betul barulah perasan ada kesan calar

Lagi puas hati kalau cuci guna tangan orang daripada guna mesin...lagi bersih & selamat walaupun lambat...kalau yang cuci dengan harga murah tu maybe sabun & material yang diaorang gunakan pun surelah murah...takkan nak guna sabun mahal untuk upah cuci kereta yang tak seberapa...guna sabun murah cat kereta pun cepat rosak

Ada jugak yang pancing customer datang cuci kereta sambil cuci mata...yang cuci tu gadis-gadis seksi siapa yang takmau pakej camtu...pakej 2 in 1 cuci kereta sambil cuci mata...kereta tak bersih tapi mata yang bersih sampai terbeliak bijik mata tengok orang cuci kereta...masuk sabun dalam mata baru tau pedih tak pedih



OdahOne sebenarnya nak cerita pengalaman pahit tentang cuci kereta, yang tadi tu just mukaddimah jek...ceritanya bermula begini; minggu lepas tengah on the way nak balik KL dari kampung OdahOne singgahlah cuci kereta...tak sanggup nak drive kereta yang dah macam kereta 4WD meredah hutan belantara...kereta kaler putih dah bertukar ke warna coklat taik...memang menjijikkan mata memandang

Macam biasa parking jek kereta terus bagi kunci & tunggu diaorang cuci...pekerja kat situ semua budak-budak plus sorang pakcik yang agak tua...hati dah rasa lain macam kalau budak-budak yang cuci sure tak bersih...diaorang buang air besar pun cuci tak bersih inikan pula nak cuci kereta orang...ramalanku benar belaka, yang banyak buat kerja pun si pakcik tua, yang budak-budak just gosok lebih kurang jek...tak sampai berapa minit dah siap cuci...handal sungguh mengalahkan cucian mesin 

Hasilnya memang hampeh macam taik...dari jauh nampak macam bersih tapi bila tengok dekat-dekat banyak sangat part yang still kotor...bukan cerewet tapi kalau setakat cuci camni baik cuci sendiri jek...malas nak cakap banyak sebab dah kesuntukkan masa, bayar duit RM 10 terus blah sambil buat muka yang tak boleh blah

Sepanjang jalan rasa bengang tak habis lagi...yang paling bengang sekali segala duit syiling kat dalam bekas habis licin...yang tinggal cuma 2 keping duit 5 sen jek...itupun perasan waktu nak bayar duit tol...cis! dasar toyol cuci kereta habis duit aku kau kebas...maybe sebab diaorang tengok plat kereta negeri lain sebab tu berani buat kerja camtu kot

Hati dah start panas membara rasa mau jek patah balik & tuntut keadilan, fight for your right...tapi, memandangkan kos duit tol & minyak kereta lagi tinggi dari nilai duit syiling yang hilang maka terpaksa pendamkan jek perasaan tu

Sampai kat rumah pulak tengok ada kesan calar baru pada bahagian pintu sebelah penumpang...lagilah tercalar hati ini...hutang bank pun tak bayar habis lagi kereta dah calar-balar...memang sakit hati sangat-sangat kita bayar RM 10 untuk dapatkan calar pada kereta plus duit syiling kena curik...penat pun tak hilang lagi tambah pulak sakit hati

Moral of the story, kalau hantar cuci kereta better kita tunggu & perhatikan diaorang buat kerja...jadilah macam mandor tengok setiap gerak-geri diaorang...kalau ada barang berharga tu eloklah keluarkan siap-siap...

Tapi, bukan semua kedai or pusat cuci kereta camni...selama ni elok jek OdahOne cuci kereta takde masalah...cuma lepas daripada ni kenalah lebih berhati-hati kalau nak cuci kereta...kalau rumah ada halaman lagi bagus cuci sendiri boleh jugak exercise

*nota kaki berbau
Cuci kereta cuci mata, cuci hati cuci dosa

04 October 2011

MATI CELAH PINTU


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa. Gambar kecil, Hue.

Mati Celah Pintu 

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai terperangkap di ruang antara jeriji besi dan pintu utama di tingkat tiga pejabatnya di Jalan Yam Tuan, di sini, semalam. 

Ketika kejadian, mangsa, Hue Wan Ching, 79, yang dikatakan tinggal berseorangan di bilik pejabat itu sejak 30 tahun lalu sebagai penjaga bangunan itu ditemui dalam keadaan terbaring. 

Difahamkan, dalam kejadian jam 11 pagi, mayat wanita terbabit ditemui dalam keadaan berulat dan busuk itu berbungkus langsir dipercayai dijadikan selimut ketika sejuk. 

Sumber berkata, wanita itu dipercayai membuka pintu dan keluar sebelum pintu pejabat itu tiba-tiba tertutup, manakala tombol pintu terkunci dari dalam. 

“Mangsa kemudian terperangkap antara ruang itu dan mungkin mati akibat kelaparan dan kesejukan, malah dia juga mempunyai sejarah sakit jantung.

Sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Maticelahpintu/Article/index_html


Bila baca artikel ni teringat pulak dengan peristiwa yang berlaku pada OdahOne bulan puasa yang lepas...boleh baca entry ni kalau nak tau kesah sebenar; "TERSEPIT DI AWAL RAMADHAN"...ramai yang bantai gelak & ketawakan OdahOne bila baca entry ni...insiden tu memanglah lawak tapi kadang-kadang kita tak tersedar boleh mengundang bahaya contohnya tengoklah macam kes yang kat atas ni

Kesian kat aunty ni sebab dia tersepit kat celah pintu tu sampai berhari-hari tak dapat makan & minum...bayangkanlah bertapa terseksanya hidup dalam kehausan & kelaparan dalam ruang yang sempit tu?...memang sadis, mayat dia pun orang jumpa dalam keadaan berselimut maybe dia kesejukkan...kat area tu tak ramai orang yang lalu-lalang kot...so, takde siapa yang boleh datang tolong even dia menjerit mintak tolong...or mungkin jugak aunty ni meninggal dunia sebab dia panik & terus kena serangan jantung

Mujurlah OdahOne cuma tersepit tak sampai sehari...nasib baik jugak sebab waktu tersepit tu ada bawak handset...bolehlah call kawan-kawan tolong...kalau handset pun tertinggal kat dalam rumah maybe lama jugak duduk kat celah pintu tu & tak mustahil boleh menerima nasib yang sama macam aunty ni...nauzubillah

Pengalaman OdahOne duduk dekat 2 jam kat celah pintu tu mungkin tak sedashyat pengalaman yang aunty ni dapat hinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya kat situ...tapi, at lease OdahOne dapat jugak rasakan bagaimana perasaannya time tu...perasaan panik, cemas, marah, lapar, dahaga, nak buang air & macam-macam...memang panik & gabra gila...lebih-lebih lagi kalau kita tinggal sorang kat rumah tu...dah lama-lama baru cool & tau apa nak buat

Moral of the story; berhati-hatilah time nak keluar rumah especially bagi yang tinggal kat rumah or pejabat yang ada ruang diantara pintu grill & pintu dalam...makesure kunci dah ada dalam poket sebelum kunci & tutup tombol pintu...pastikan situasi di atas tak terjadi pada anda & kalau berlaku jangan panik sebab time panik kita memang tak boleh nak buat apa-apa even berfikir

*nota kaki berbau :
Mati itu pasti, pastikan bersedia dulu sebelum mati, jangan mati sebelum anda benar-benar mati

15 September 2011

SEKARANG BARU AKU FAHAM KENAPA ABAH TAK BAGI BELAJAR MEMANDU KERETA DENGAN ORANG YANG TAK KENAL



Hari pertama masuk sekolah memandu kereta macam biasa terus kena pegang steering...itulah 1st time aku pegang steering kereta dalam keadaan enjin hidup...selama ni pegang jugak tapi setakat eksyen jek...gelek steering kiri kanan tapi kereta tak bergerak ke mana pun...

Cikgu memandu pun bagi macam-macam instruction & aku pun mulalah memandu...maklumlah orang baru belajar tangan still menggigil lagi bila pulas steering & masuk gear...so, cikgu memandu pun selalulah menghulurkan bantuan dengan pegang tangan aku setiap kali nak belok & nak masuk gear...amboi syoklah jadi cikgu memandu kalau camni boleh pegang tangan anak dara orang free-free...hoho

Aku mula rasa tak selesa...mungkin ini termasuk dalam kaedah pembelajaran kot...setiap kali nak masuk gear si mamat cikgu driving school ni akan pegang tangan sampai aku naik rimas...kalau asyik tolong aku masukkan gear sampai bila aku nak pandai belajar masukkan gear sendiri?...aku dah mula syak yang mamat ni macam sengaja nak ambik kesempatan pegang tangan aku yang tak berapa licin & gebu ni

Hari ni masuk hari kedua...kali ni awal-awal lagi aku dah bagitau aku nak belajar drive sendiri termasuk masukkan gear dengan tangan aku sendiri bukan tangan dia pegang kat atas...mamat tu angguk kepala sambil buat muka garing...maybe dia dah tau yang taktik jahatnya aku dah boleh hidu

Aku pun mula memandu dengan penuh confident tanpa tangan yang berbulu mengacau steering & gear...teror jugaklah hari tu banyak progress yang aku dah buat...aku dah boleh memandu kat tengah-tengah bandar tanpa kena hon dengan kereta lain & boleh memandu tanpa enjin mati kat tengah-tengah jalan...tapi, mood cikgu ajar memandu aku hari tu agak dingin...ajar aku pun macam nak or tak nak...maybe sebab tak merasa pegang tangan aku kot...belajar tak sampai sejam dia dah suruh drive balik tak macam semalam belajar sampai dekat 2jam

Hari ketiga macam biasa...hari ni mood mamat ajar driving ni elok sikit sebab pagi-pagi lagi dah tersengeh macam siamang busuk kat aku...aku pun mula memandu macam biasa lebih hebat dari semalam...akan tetapi ada benda baru yang mamat ni buat yang meloyakan aku untuk terus memandu...rasa macam nak drive langgar buntut lori jek

Mamat ni dah start buat perangai bangsat kembali...tapi, kali ni bukan dengan sentuhan just percakapan...memanglah just percakapan tapi aku jijik nak dengar...dia mula tanya aku dengan soalan-soalan lucah@18sx...walaupun masa tu aku dah pun berumur 18 tahun ke atas & dah layak untuk mengundi, tapi soalan macam tu aku tak pernah dengar & belum ada jawapannya lagi...bila aku buat tak layan & malas nak jawab dia bukak pulak cerita lucah sambil cerita kat aku...nak buat aku ghairahlah konon-kononnya tu...

Aku dah start meremang bulu tengkuk...apa lagi aku pun tipu mamat tu cakap aku tak boleh drive hari ni sebab pening kepala & dia pun drive hantar aku balik rumah on the spot...fuhh!...selamat

Hari keempat...enough is enough!...better aku stop kat sini jek sebelum terjadi perkara yang bukan-bukan...semalam pun dia dah start suruh aku drive kereta masuk jalan-jalan kampung yang sunyi...cuma kereta Kancil (L) sebijik jek yang lalu kat situ...memang scary gila...so, aku pun keluar baris & tamatkan pembelajaran memandu dengan driving school yang ada cikgu memandu gila seks tu

Itulah padan muka aku...tak mau ikut cakap abah...konon-konon tak mau belajar memandu dengan pakcik tua member abah...sekali dapat cikgu muda tak hensem plus gila seks pulak tu...akhirnya pakcik tua tulah yang berjaya mengajar aku memandu dengan sekali test jek dah lulus...Alhamdulillah...sampailah sekarang dah jauh pun aku memandu...terima kasih pakcik tua & kasihmu tak diterima wahai cikgu memandu yang gatal lagi gila seks

SEKARANG BARU AKU FAHAM KENAPA ABAH TAK BAGI BELAJAR MEMANDU KERETA DENGAN ORANG YANG TAK KENAL...amboi...dah macam karangan budak UPSR pulak...tapi, bukan semua cikgu memandu tu gatal even tua or muda...aku tak blame semua cikgu memandu just certain cikgu memandu lelaki yang suka ambik kesempatan...yang penting niat masing-masing nak mengajar bagi orang pandai...ada tak cikgu memandu perempuan yang ambik kesempatan kat student lelaki?...kalau ada tolonglah cerita...

*nota kaki berbau :
Berhati-hati bila belajar memandu, berhati-hati dengan cikgu memandu...pastikan anda diajar untuk memandu bukan untuk dipandu & berhati-hati bila dah dapat lesen memandu...jangan melulu-lulu bila memandu

09 September 2011

PENAWAR SAKIT DEMAM DENGGI AKHIRNYA BERJAYA DITEMUI | SEKSANYA SAKIT DEMAM DENGGI



Ancaman demam denggi yang dihidapi hampir 100 juta orang dan menyebabkan 22,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia, dijangka akan berakhir berikutan penemuan vaksin untuk merawatnya...


Alhamdulillah...syukur sebab akhirnya jumpa jugak vaksin untuk merawat demam denggi ni setelah sekian lama kita menunggu & melihat seorang demi seorang jiran atau saudara mara mahupun ahli keluarga kita yang terkorban dek kerana satu gigitan nyamuk

Siapa yang pernah kena demam denggi sure taubat kalau boleh memang tak mau kena lagi...termasuklah aku yang pernah menginap kat hospital selama 7 hari 6 malam semata-mata kerana seekor nyamuk yang digelar sebagai nyamuk AEDES...bertapa terseksanya zahir & batin menanggung sakit demam denggi

Memang seksa pun...waktu yang paling kritikal time lepas subuh & lepas asar...time tu badan tiba-tiba jadi menggigil selimut tebal sampai 3 helai pun still sejuk menggigil lagi macam mat gian tak dapat benda tu...sakitnya membawak pulak sampai ke tulang, makan nasi pun rasa macam makan pasir...

Yang peliknya time tengah hari relax jek badan tak sakit sangat...tapi, bila sampai timenya tiba-tiba jek collapse tak boleh nak buat apa...ni simpton yang aku rasa maybe orang lain rasa sakit yang berbeza...tapi demamnya memang lain daripada yang lain

Bila pergi hospital & disahkan sakit demam denggi lagilah bertambah seksa...biasanya kalau bacaan platelet darah bawah 100 memang akan kena tahan masuk wad...dah lah tidur kena pakai kelambu...seumur hidup memang tak pernah tidur pakai kelambu sebab rimas & panas rasa macam tidur kat dalam khemah waktu camping...memang tak selesa, tapi kalau tidur tak masuk dalam kelambu nanti nurse bising pulak...start pukul 6 petang nurse dah siap-siap pasang kelambu suruh bertafakur kat dalam tu

Yang paling seksa 4 jam sekali nurse akan datang cucuk untuk ambil sampel darah...nak tidur pun tak lena...urat sampai bengkak asik kena cucuk jek...bukan apa diaorang just nak pantau kalau bacaan platelet darah terlampau rendah area 50 kebawah nanti diaorang akan masukkan plasma darah...cecair yang berwarna putih kuning tu

Biasa kita tengok kalau pesakit kurang darah doktor akan masukkan darah merah tapi untuk sakit demam denggi ni special sikit tak masuk darah merah tapi darah putih...tapi, definately bukan darah Mahsuri yang tak bersalah tu

Badan ni memang kena sentiasa masuk air sampai berbotol-botol air yang masuk kat dalam badan guna drip...bila urat kat tangan dah bengkak nurse akan cari urat lain untuk masukkan drip...doktor pun nasihatkan minum air banyak-banyak sebab sakit demam denggi ni memang doktor tak kasi ubat sebab memang takde ubat yang spesifik pun...either dia akan pulih sendiri or mati...

Ubatnya kena banyak-banyak minum air...orang cakap nak bagus minum air 100plus...aku pun layan minumkan air mineral & air 100plus sampai berbotol-botol nak cepat sihat punya pasal...berlumba-lumba aku minum air dengan mamat sebelah katil tu...tapi, efektif jugak sebab aku dengan dia yang paling cepat recover

Bila dah minum banyak air, campur pulak air yang masuk ikut drip faham-faham jeklah...toliet dah jadi katil kedua selepas katil hospital...1 or 2 jam sekali sure akan pergi ke toilet untuk overflow...macam biasa aku dengan mamat katil sebelah bergilir-gilir ambik shift ke toilet

Yang paling seksa berjalan nak ke toilet kena angkut drip bersama-sama dengan botolnya sekali...kemana pergi benda tu mesti ikut...memang tak dapat dipisahkan ibarat irama & lagu...nak mandi & pakai baju pun susah...kadang-kadang terpaksa mintak tolong dengan nurse...tangan yang ada drip tak boleh gerak lebih-lebih sangat sebab nanti darah akan naik ke atas lagi leceh...kadang-ladang sampai saluran drip tersumbat dengan darah beku & air tak boleh masuk dalam badan

Setiap masa doktor & nurse akan tanya ada tak pendarahan kat mana-mana bahagian badan...kalau ada even gosok gigi keluar darah pun kita akan ditempatkan dalam bilik khas...kalau dah masuk dalam bilik tu jangan haraplah nak keluar or berjalan-jalan even pergi toilet pun...dah macam masuk penjara dalam hospital...semua aktiviti akan dijalankan di atas katil...memang terseksa makan, minum, mandi & berqadak hajat semua buat kat atas tu...doktor tak kasi kita bergerak sebab nak mengelakkan berlaku kecederaan

Demam denggi berdarah memang bahaya sebab kalau berlaku pendarahan or kecederaan darah kita tak boleh nak membeku macam biasa...maksudnya darah akan mengalir keluar tak henti-henti sebab virus aedes ni akan menyerang agen pembekuan darah...habis sistem pembekuan darah kita dia makan tu yang bacaan platelet jadi semakin berkurang

Aku nak terangkan dengan lebih lanjut pun tak faham sangat tapi lebih kurang macam tulah...biasanya pendarahan akan berlaku kat dalam otak & kebanyakkan pesakit meninggal lepas jatuh kat dalam bilik air...even jatuh slow pun dah bahaya...sebab tu doktor tak bagi berjalan ke bilik air bila demam denggi berdarah...kebetulan pesakit katil sebelah aku baru masuk wad sehari dah meninggal & aku tengok darah meleleh ikut hidung...lagilah bertambah scary

Dalam masa 5 hari akhirnya bacaan platelet darah aku dah meningkat lebih 100 berbanding time baru masuk dulu just 60 jek...gembira macam dapat result SPM cemerlang time sekolah dulu...tak sabar-sabar nak keluar hospital rasa macam nak salam semua tangan nurse-nurse & doktor kat wad tu termasuklah amah hospital

Usaha aku minum air banyak-banyak berjaya jugak akhirnya...disamping tu, kita sebagai orang Islam ada cara kita sendiri nak merawat apa-apa sakit pun...lagipun kita wajib percaya takde sakit yang takde ubat walaupun secara saintifiknya bagitau yang sakit demam denggi ni takde vaksin atau ubat khusus untuk merawatnya...hari yang ketujuh aku pun discharge daripada hospital setelah disahkan 100% sihat

Sampai jek rumah benda first yang aku buat ialah bersihkan rumah...habis segala tempat yang bertakung air semua aku bersihkan & bakar mana yang tak perlu...tapi taklah sampai bakar kelambu bak kata pepatah "Marahkan nyamuk kelambu dibakar"...semua tempat aku taburkan ubat jentik-jentik termasuk longkang besar kat belakang rumah orang sebelah...pantang nampak nyamuk walaupun seekor aku akan kejar keliling rumah sampailah dia mati either kena tampar or sembur Ridsect...begitulah gamaknya aku berdendam dengan nyamuk

Biasanya bila kita disahkan mengidap demam denggi orang pejabat kesihatan automatik akan datang rumah buat pemeriksaan...mana tau area rumah kita tu jadi port nyamuk aedes bertendang...so, better cepat-cepat clearkan rumah kalau tak habis kena saman sekurang-kurang RM300 kalau jumpa seekor jentik-jentik kat kawasan rumah...tapi, jentik-jentik biasanya berekor-ekor takkan jumpa seekor jek...selalunya kita takut kena saman bukannya takut kena sakit demam denggi...biasalah tu

Sebelah petang pulak pasukan fogging akan datang buat semburan kabus...dah macam GhostBuster, tapi bukan datang nak tangkap hantu nak bunuh nyamuk daa...kalau area rumah kita ada orang buat fogging tu maksudnya ada kes demam denggilah tu...maybe anak-anak jiran ada yang masuk hospital kena demam denggi...kadang-kadang seminggu sampai 2 or 3 kali orang datang fogging

Rasanya nyamuk tak mati tapi kita yang duk dalam rumah yang mati hidu bau asap...macam dah tak efktif sangat kot semburan kabus tu...nyamuk dah makin kuat & makin canggih...dah imun dengan bau asap tu...dah kena tukar cara lain yang lebih efektif & moden...nyamuk sekarang banyak yang educated

Moral of the story, bersihkanlah kawasan rumah kita sebab sakit ni sebenarnya berpunca dari kita sendiri...kalau rumah bersepah & kotor of courselah sakit akan datang bukan setakat demam denggi jek...nyamuk jugak menyedarkan bertapa kerdilnya manusia hanya dengan sebab satu gigitan kita boleh sakit & meninggal dunia padahal makhluk tu kecik jek...Hope, vaksin yang diaorang cipta ni berkesan & dapat membantu menyelamatkan nyawa orang-orang yang kita sayang.

*nota kaki berbau :
Tiada Aedes Tiada Denggi...Tiada Nyamuk Tiada Lagi Ubat Nyamuk...Tiada Nyamuk Tak laku Kelambu Dijual Dipasaran...Tiada Nyamuk Tiada Istihlah "Marahkan Nyamuk Habis Kelambu Dibakar"...Tiada Nyamuk maka bertambahlah kadar pengangguran sebab tutuplah kilang Ridsect & Fumakilla...Tiada Nyamuk Tiada Orang yang mengamuk tengah malam sebab tak dapat tidur akibat kena gigit nyamuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...