04 October 2011

MATI CELAH PINTU


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa. Gambar kecil, Hue.

Mati Celah Pintu 

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai terperangkap di ruang antara jeriji besi dan pintu utama di tingkat tiga pejabatnya di Jalan Yam Tuan, di sini, semalam. 

Ketika kejadian, mangsa, Hue Wan Ching, 79, yang dikatakan tinggal berseorangan di bilik pejabat itu sejak 30 tahun lalu sebagai penjaga bangunan itu ditemui dalam keadaan terbaring. 

Difahamkan, dalam kejadian jam 11 pagi, mayat wanita terbabit ditemui dalam keadaan berulat dan busuk itu berbungkus langsir dipercayai dijadikan selimut ketika sejuk. 

Sumber berkata, wanita itu dipercayai membuka pintu dan keluar sebelum pintu pejabat itu tiba-tiba tertutup, manakala tombol pintu terkunci dari dalam. 

“Mangsa kemudian terperangkap antara ruang itu dan mungkin mati akibat kelaparan dan kesejukan, malah dia juga mempunyai sejarah sakit jantung.

Sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Maticelahpintu/Article/index_html


Bila baca artikel ni teringat pulak dengan peristiwa yang berlaku pada OdahOne bulan puasa yang lepas...boleh baca entry ni kalau nak tau kesah sebenar; "TERSEPIT DI AWAL RAMADHAN"...ramai yang bantai gelak & ketawakan OdahOne bila baca entry ni...insiden tu memanglah lawak tapi kadang-kadang kita tak tersedar boleh mengundang bahaya contohnya tengoklah macam kes yang kat atas ni

Kesian kat aunty ni sebab dia tersepit kat celah pintu tu sampai berhari-hari tak dapat makan & minum...bayangkanlah bertapa terseksanya hidup dalam kehausan & kelaparan dalam ruang yang sempit tu?...memang sadis, mayat dia pun orang jumpa dalam keadaan berselimut maybe dia kesejukkan...kat area tu tak ramai orang yang lalu-lalang kot...so, takde siapa yang boleh datang tolong even dia menjerit mintak tolong...or mungkin jugak aunty ni meninggal dunia sebab dia panik & terus kena serangan jantung

Mujurlah OdahOne cuma tersepit tak sampai sehari...nasib baik jugak sebab waktu tersepit tu ada bawak handset...bolehlah call kawan-kawan tolong...kalau handset pun tertinggal kat dalam rumah maybe lama jugak duduk kat celah pintu tu & tak mustahil boleh menerima nasib yang sama macam aunty ni...nauzubillah

Pengalaman OdahOne duduk dekat 2 jam kat celah pintu tu mungkin tak sedashyat pengalaman yang aunty ni dapat hinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya kat situ...tapi, at lease OdahOne dapat jugak rasakan bagaimana perasaannya time tu...perasaan panik, cemas, marah, lapar, dahaga, nak buang air & macam-macam...memang panik & gabra gila...lebih-lebih lagi kalau kita tinggal sorang kat rumah tu...dah lama-lama baru cool & tau apa nak buat

Moral of the story; berhati-hatilah time nak keluar rumah especially bagi yang tinggal kat rumah or pejabat yang ada ruang diantara pintu grill & pintu dalam...makesure kunci dah ada dalam poket sebelum kunci & tutup tombol pintu...pastikan situasi di atas tak terjadi pada anda & kalau berlaku jangan panik sebab time panik kita memang tak boleh nak buat apa-apa even berfikir

*nota kaki berbau :
Mati itu pasti, pastikan bersedia dulu sebelum mati, jangan mati sebelum anda benar-benar mati

7 KOMEN:

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

mcm2 hal eh odah..sian awak tsepit..fobia x odah?

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

kesiannya
mesti dia terseksa lama sebelum ajal tu dtg

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

shida : fobia gaklh bila bace berita ni kt paper lglh fobia...skrg ni nak kuar umh mesti cek sume skali smpi kdg2 lupa pulak nak kunci pn2 umh...

MOMOY : yela...suffer dulu baru mati...xde pulak org yg dtg tlg

qellissa said...[Mari Balas Komen Ini]

eh tak sangka kan, kalau terperangkap antara pintu leh mati..sadisnya...nasib baik aritu Odah berjaya diselamatkan..hihihi

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

qelissa : yes! u r back...yup, nseb baiklh rescue 911 dtg...hoho

gnesop.com said...[Mari Balas Komen Ini]

selalu terpikir masa nak kunci pintu sbb rumah sama cam tu.. sebelum tutup pintu pastikan sop bawa kuci kat tangan..
bahaya dril kat depan dan pintu jauh. huhuhu

Tasting with Tiffany said...[Mari Balas Komen Ini]

Appreciatte you blogging this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...