10 October 2011

9.10.11


Congratz! Nadia & Zaki

Apa ni? Baru nak belajar mengira ke?

Sebenarnya ni tarikh keramat...apa yang keramat?...entah semalam ramai betul member & sedara mara OdahOne yang kahwin...semua berebut pilih tarikh ni sampai confuse tak tau nak pergi yang mana satu...terpaksalah pilih mana yang wajib pergi takut ada yang kecik hati & nanti kita kahwin pun diaorang tak mau datang...datang kenduri kahwin ni memang wajib tapi kalau dah banyak sangat tak laratlah nak pergi semua sekali dari utara sampai selatan...kena pilih yang mana lebih wajib pergi

Memang dah jadi trend agaknya semua nak kahwin pilih tarikh yang glamer-glamer...tapi, kadang-kadang tak sengaja & rancang pun...dah tarikh tu yang paling sesuai & elok nak kahwin so, apalagi on jek lah...adik lelaki One dulu kahwin 11.10.09, adik perempuan dia pulak kahwin 10.10.10 & abangnya maybe kahwin 20.11.2011 kot...Insyallah...

Kalau orang Jawa nak buat majlis kahwin or nikah diaorang akan pilih tarikh yang elok-elok berdasarkan kalendar Islam bukannya kalender orang putih...katanya kalau pilih tarikh yang elok Insyallah perkahwinan akan berkekalan & majlis kahwin pun akan berjalan lancar...tak taulah betul or tak, tapi dalam Islam even nak potong kuku pun kena pilih hari yang elok...kalau nak kahwin pun kena pilih tarikh yang elok-elok jugak kot tak boleh main bantai jek

Cuba kita tengok Kalender Jawa ada perkataan Legi, Pahing, Pon, Wage & Kliwon...maybe ramai yang tak pernah tengok...satu pun OdahOne tak faham hanya orang yang betul-betul Jawa yang boleh faham...tak tau camne cara perkiraan tarikh diaorang...ilmu Tajul Muluk kot namanya...ada masa boleh belajar kalau ilmu yang berguna takde salahnya nak belajar...tapi jangan terlampau taksub sangat dengan tarikh-tarikh tertentu sampai melebihi kuasa Allah & menyalahi Qadak & Qadar

Apa-apa pun OdahOne ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang berkahwin semalam...hope, berkekalan sampai ke akhir hayat...ada yang cakap kahwin ni satu perjudian...bergantung pada nasib, yelah macam orang main judi kalau nasib baik ada ong dia menang & kalau nasib tak baik@suwei dia kalah...ada ker patut kahwin nak disamakan dengan judi?...orang kahwin dapat pahala orang main judi dapat dosa besar  masuk neraka kalau tak sempat taubat...mana boleh samakan camtu...apolah...

Kalau kahwin dengan kaki judi lagi teruk habis anak bini semua tergadai...silap-silap ada yang kena bunuh...yang berjudi lepas kahwin pun ada jugak...konon-kononnya nak tambah income sebab anak-anak dah ramai tak mampu nak tanggung...bagilah anak bini makan duit haram hasil judi Toto, Magnum, Da Ma Cai or daun terup...ini baru dinamakan perkahwinan itu satu perjudian...sebelum kahwin tak main judi tapi lepas kahwin pandai pulak main judi & terus terjebak jadi kaki judi...hoho

Pada yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun ni buatlah persiapan kahwin elok-elok...jangan membazir & ikut kemampuan...buat jugak persiapan mental sebelum jadi isteri or suami orang...macam nasihat untuk diri sendiri jek...pilihlah bakal suami or isteri yang bila "Bersamamu hidup ini jadi indah semuanya"...Bersamamu Selamanya...

*nota kaki berbau :
11.11.11...20.11.2011...13.12.11...12.12.12...20.12.2012...Ada lagi ke tarikh glamer lepas ni???

13 KOMEN:

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

wow... 9 10 11
kalau nak tahun depan 12 12 12
isk2... senang nak ingat
laki ni susah nak ingat tarikh2 penting
bertuah nyer yang dah nak kawen/ dah kawen tu =)

LiLy @ MumMyQiStInA said...[Mari Balas Komen Ini]

Cantik tarikh ni kan..Selamat pengantin baru lah buat mrk yg berkahwin pada tarikh2 yg cantik ni.. ^_^

AIEN NOT ALIEN said...[Mari Balas Komen Ini]

9-10-11 ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan, pertunangan..


selamat pengantin baru pada yang berkahwin pada tarikh tu..huhu

Odah + One = OdahOne said...[Mari Balas Komen Ini]

MOMOY : yela stuju org laki mmg kdg2 hari lahir sndiri pn xigt...yg dh kawen & bhgia mmg btuah kn MOMOY tapi kalo xbhgia tu yg ssh...

mummyqistina : trikh cntik hope semuanya berakhir dgn cntik2 kn

aien : mmg rmi sgt yg btng & kawen...slmt bertunang & berkawen semua...hoho

shida'R said...[Mari Balas Komen Ini]

wehh odah..akak shida btunang 11.11.11 pastu kenduri insyallah 12.12.12 :)

aleen aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

smalam tarikhnya cantik.

9.10.11


cantik!hu3

Ayien Ocaca said...[Mari Balas Komen Ini]

hehe...aah la...cntik trikh tu...
tak terpikir pon...
ishhh pasni nak kawen...
kne cri trikh awal2 ni...
senang nak bagi laki ingat trikh... :)

Odah + One = OdahOne said...[Mari Balas Komen Ini]

shida : yeke shida? amboi semua nombor kawen ni...berpasang2 nmbor ni mcm org yg nak kwen gak kn

aleen : cntiklh mcm nk blajo mengira...9, 10, 11, 12...hoho

ayien : OdahOne pn pelik gk smln nape rmi yg plih trikh ni rupanya ada turutn nmbor kt situ

qellissa said...[Mari Balas Komen Ini]

cun jugak tarikh ni coz ramai yg x amik pot sgt dgn tarikh 9.10.11 selalu org suka 11/11/11, 1/1/11 nampak cun kononnya..tp apa2 pun semoga pengantin berbahagia ke akhir hayat.

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...[Mari Balas Komen Ini]

persiapan diri lagi penting takut tak mapu pikul tanggungjawab

~Nana 귀여운~ said...[Mari Balas Komen Ini]

kamu bile lagi nak kawin ? huhuh mesti 11.11.11 kot..an an an

Odah + One = OdahOne said...[Mari Balas Komen Ini]

qelissa : yela lissa org suka tarikhg yg cmtu & tahun ni paling byk tarikh glamer2

mya : setuju, pesanan dr org yg dah ada experience...OdahOne xde pgalaman lg ni

nana : eh! mana tau ni nana...11.11 tu awal sgt kami lewat sikit 10 hari dari tarikh tu...hoho...insyallah

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

11.12.13...tapi hari apa tu haa??
hehehe! =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...