18 October 2011

GIGI PALSU BUAT EMAK





Balik kampung tengok mak dah takde gigi...sedihnya bila tengok mak nak makan pun susah main telan jek...lama-lama gusi pun sakit sebab kunyah pakai gusi bukan guna gigi...ini tak boleh jadi...aku pun start ushar kat mana agaknya port nak buat gigi palsu yang murah & cepat lagi selamat...buat kat hospital kerajaan memanglah murah tapi nak tunggu berbulan-bulan tu yang tak larat...akhirnya dapat gak sebuah tempat ni yang memang popular kat area Kamunting sebab harganya yang murah


Kedai ni memang underground & style kampung...dia tak mementingkan deco dalaman yang cantik tapi kualiti & harga yang berpatutan sesuai untuk orang kampung & golongan sederhana macam OdahOne ni...mula-mula cari tak jumpa kedai ni & telefon pun ownernya tak angkat...so, terpaksa tanya makcik yang jual goreng pisang kat area bus stand Kamunting tu...dah terlanjur tanya kenalah beli goreng pisang RM2.00...dia pun tolong tunjukkan kedai yang ada gambar gigi besar terpampang kat pintu cermin kedai

Masuk jek kedai tengok doktor gigi ni tengah solat patutlah tak jawab panggilan rupanya ada panggilan yang lebih penting dari tu...mula-mula dia sukat & buat acuan untuk bentuk gusi & gigi palsu dulu & dia suruh datang lagi esok untuk fitting gigi pulak...nak buat gigi pun kena fitting jugak macam nak test baju pengantin...bukan sekali buat terus ok...kena try & error jugak barulah dapat gigi palsu yang ngam dengan mulut & rupa & bila tersenyum orang tak perasan yang kita pakai gigi palsu

Doktor gigi ni pun baik & jenis yang tak berkira...yang peliknya bila nak bayar lumpsum dia tak mau sebab katanya barang belum siap lagi tak boleh bayar habis...ada jugak orang yang berniaga tapi takmau ambik duit customer

So, siapa yang stay area Taiping, Parit Buntar or kawasan yang berdekatan bolehlah buat gigi palsu kat sini...harganya memang murah & berpatutan...kat KL harga buat gigi palsu atas & bawah mau sampai RM800-RM1K...kalau tengok mak or abah tersenyum nampak gusi macam pagar dah tumbang tu eloklah buatkan gigi palsu untuk diaorang...takkanlah kita sanggup tengok diaorang terkial-kial nak habiskan sepinggan nasi bersama lauk ayam goreng...dulu dia bela kita dari takde gigi sampailah tumbuh gigi tak mintak sebarang bayaran pun


Kepada yang still ada gigi jagalah gigi masing-masing sebab 1st sekali makanan yang masuk dalam mulut akan jumpa gigi dulu...lepas gigi kunyah barulah tekak dapat menikmati keenakkan makanan & seterusnya ditelan masuk ke dalam perut...kalau gigi pun dah takde nak makan pun jadi tak syok...takkan nak makan kanji@bubur sepanjang hidup...tengok orang makan KFC kita pun nak merasa jugak kan

*nota kaki berbau :
Bangun pagi gosok gigi cuci muka makan roti minum kopi buat entri pasal gigi

13 KOMEN:

Tina Othman said...[Mari Balas Komen Ini]

kat belah mana ye klinik ni, doktor lelaki ke perempuan tu

Saia Budax Lanun said...[Mari Balas Komen Ini]

Assalam, kak odah... lama tak komen kat sini... huhuhu... itulah anak yng soleh... huhu.. bagus2, teruskan usaha...

Odah + One = OdahOne said...[Mari Balas Komen Ini]

tina : kat area sebelah bus stand kamunting, kalo xjumpa boleh ty makcik yg jual grg pisang

saia : semua ank ptt wt cmtu bkn ank soleh jek...hoho

Odah + One = OdahOne said...[Mari Balas Komen Ini]

tina : lupa nak bgtau doc lelaki bsama dgn isteri & anknya

awie958 said...[Mari Balas Komen Ini]

terima kasih macam tau2 je sy nak tanya pasal kedai wat gigi palsu ni, baru ja semalam mak tanya kat mana kawan dekat blog tu wat gg palsu mak dia, mana la tau kut2 gg mak rosak ke apa ker blh antar ke situ, doktor gg yang kat batu kurau ni dah going to heaven da nak g atas bukit klinik ni tak tahan lama

sop said...[Mari Balas Komen Ini]

harap lebih mudah untuk makan makan selepas ini

tyra uyura said...[Mari Balas Komen Ini]

new here . :)

tyra dah lahir, ma memang dah pakai gigi palsu . hehehe.

shida'R said...[Mari Balas Komen Ini]

xpelah janji mak ade gg tuk mkn..hehe syg mak ^_^

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

terima kasih atas pujian anda terhadap kdai gigi ini..tetapi harus diingat kan bahawa yang mngendalikan kdai ini adalah bukan doktor.tetapi hanyalah juruteknik pergigian sahaja,dan ini bukan klinik.(daripada kedai gigi palsu kamunting).

OdahOne OdahOneBizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Anonymous...terima ksih kerana baca entry ini...ok noted, sorry kalau ada info yg tersilap...xsangka owner kedai gigi palsu kamunting akan baca entry ni...tq

nur said...[Mari Balas Komen Ini]

Salam..boleh tak share anggaran kos utk 1 set penuh,.. skrg kdai ni ada lg x rase? Tq

OdahOne OdahOneBizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@nur...hi...kedai ni still ada lagi boleh try ushar harga...kedai tu dekat dgn bus stand kemunting...boleh tanya orang dekat2 situ sure tau kt mana..tq

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Asslmkm..boleh saya dapatkan tel no kedai gigi palsu tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...