02 August 2011

TERSEPIT DI AWAL RAMADHAN


Hari pertama puasa, hari yang penuh dengan semangat berkobar-kobar untuk memulakan ibadah berpuasa...tapi, tak sangka di awal Ramadhan lagi hidupku telah tersepit...beginilah kesahnya....

Setelah bersolek & touch up muka lebih kurang, aku pun bersiap-sedia untuk keluar rumah bershopping sambil membeli juadah berbuka puasa...kebetulan hari ni aku sorang jek yang cuti & housemate yang lain kerja...area KL tak ambik pulak cuti awal Ramadhan kalau tak boleh balik kampung berbuka bersama keluarga tercinta

Dah siap aku pun keluar rumah & dengan confidentnya menekan button kunci tombol pintu dari sebelah dalam & lantas menutup pintu...aku pun meraba kesemua poket seluar & handbag...Tiba! Tiba! OMG! aku tertinggal kunci kat dalam rumah rupanya...aku cuba mengontrol diri agar tidak panik...memang sah & confirmlah yang aku tertinggal kunci kat dalam rumah & dalam masa yang sama pintu grill still berkunci...alamak!...

Image menggambarkan situasi tersepit di  antara pintu dalam & pintu grill,  tapi bukan gambaran imej sebenar 

Baru ku sedar yang diriku kini sudah tersepit...tersepit di antara pintu dalam & pintu grill...aku blur sekejap sebab tak tau nak buat apa...nak menjerit mintak tolong rasa malu pulak...aku try call housemate untuk mintak bantuan SOS...kebetulan housemate yang tempat kerjanya paling dekat balik kampung sambut Ramadhan kat Kedah...housemate yang lagi sorang pulak tengah busy...paling cepat pun boleh sampai dalam masa 2 jam tapi dia cuba usahakan balik secepat yang mungkin

Masaklah aku kat sini nak tunggu housemate aku balik...takkan nak call Bomba pulak sure diaorang datang & gelakkan aku ramai-ramai silap-silap masuk dalam paper lagilah malu...nak tergelak pun ada sebab dah macam monyet yang kat dalam zoo...macam mana aku boleh terkurung kat dalam ni?...hoho...pada muka aku...

Setiap kali ada orang yang lalu lalang kat situ aku pun berpura-pura berlakon macam takde apa yang berlaku...konon-konon tengah nak bukak pintu masuk rumahlah, cover line baek punyer!...setengah jam lepas tu ada orang yang sama jugak yang lalu & aku masih disitu & kali ni aku dah tak larat lagi dah nak berlakon...letih dah berdiri tercegat kat situ dah habis power...dia pun daring aku macam tengok binatang dalam zoo...nasib baik dia tak baling pisang...aku pun malas nak mintak bantuan dengan mamat tu

Setelah hampir 1 jam tersepit pasukan rescue pun sampai & akhirnya aku dilepaskan...nasib baik housemate dapat balik awal & melepaskan aku daripada penjara ciptaan aku sendiri...barulah aku sedar betapa besarnya nikmat kebebasan dalam hidup ini & betapa beruntungnya orang yang tinggal kat luar penjara...lepas tu aku pun jadi bahan gelak rakan-rakan & mungkin disepanjang Ramadhan diaorang akan gelakkan kot  

Dalam tempoh menunggu tadi sempat jugaklah aku buat video call dengan One...dia pun gelakkan aku sambil nyanyikan lagu Ramlah Ram; "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu"...Cis! apo punya boyfriend...lain kali aku akan lebih berhati-hati supaya insiden yang memalukan macam ni takkan berlaku lagi


Inilah dia imej sebenar...Sempat tersenyum & berposing lagi tu walaupun dalam keadaan tersepit...gambar terpaksa di blurkan sebab nak cover line...nasib baiklah ada space sikit ngam-ngam untuk berdiri & duduk mengcangkung...kalau tak memang mati tersepitlah  kat situ

*nota kaki berbau :
Jangan biarkan diri anda tersepit di antara celah-celah pintu kerana ia akan membuatkan hidup anda rasa tersepit di celah-celah kehidupan

10 KOMEN:

qellissa said...[Mari Balas Komen Ini]

beb, i penah kena situasi mcm u..tersepit di celah2 kehidupan..eh silap diantara pintu grill dan pintu rumah..yang ada cuma kunci kereta je..nasib baik masa tu dlm kereta ada kunci rumah..terpaksalah suruh jiran turun amikkan kunci kat kereta..hahaha..sengal kan...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

oic...pernah gak ek alami situasi bodoh camtu qelissa...hoho...mmg sengal...lagi sebgal kalo tperangkat kt situ bjam2...taubat xmau wt lg dah

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

Been there, Odah..mmg geram!
Xpasal2 tpaksa pecah tombol pintu..
thanx God la ada nombor management..
kalo x mmg meraung sorg2 kt foyer..
hehe! =P

fiqkbe said...[Mari Balas Komen Ini]

nasib baik pasukan penyelamat sampai =P

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

azura mendezz : oic rupanya rmi yg dh pernah alami situasi cmtu ek...mmg malang sngguh...hoho

fiqbe : yup nseb baik rescue 911 tiba dgn pntas...

Miecyber said...[Mari Balas Komen Ini]

Nasib baik berjaya di selamatkan...:D

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

lorhh..mcmana boleh tersepit nih..next time pastikn kunci berada ditgn taw huhu ^_^

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

hi3,alin pnah terkunci pintu blah dlm jugak,patu kunci xambek.mujur yg terkunci tu pintu bilik.hee

syiela said...[Mari Balas Komen Ini]

hehehhe.. sabar jelah odah... camne la blh jadi gini :)

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

haha..lawak2..ni mesti kak odah ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...