23 August 2011

BENDA YANG BUAT HARI RAYA ITU BEST


Mr. Google Image


Dapat Bermaaf-Maafan

Kadang-kadang kita dah buat silap dengan orang tapi terasa malu pulak nak mintak maaf...biasalah semua orang ada ego masing-masing...so, inilah peluang kita nak bermaaf-maafan...jangan lepaskan peluang ni sebab setahun hanya sekali...tapi, lagi bagus kalau kita dah buat salah cepat-cepat mintak maaf tak payah susah-susah nak tunggu raya...mana tau belum raya lagi kita dah menyahut seruan illahi, dah tak sempat nak mintak maaf

Kuih Raya

Biasanya kalau kita beraya kat rumah orang kita akan attack kuih-kuih yang kita jarang jumpa kat rumah orang lain & rasanya memang sedap...macam jugak air minuman, kalau beraya sepuluh buah rumah semua hidangkan air sirap, sure kita tak teruja nak minum air tu...lainlah kalau air Ribena; "Kelas kau Jah!"...

Ada kuih yang kita just jumpa setahun sekali, cuma time raya jek dia muncul...ada kuih raya yang dah jadi trademark bagi sesebuah rumah tu...kadang-kadang cuma rumah tu jek yang ada kuih raya jenis tu...apalagi, memang habis sebalang kuih dikerjakan...sampaikan tuan rumah tak larat nak top up kuih lagi...takpelah raya kan setahun sekali bila lagi kita nak jamu tetamu makan kuih raya yang sedap-sedap

Baju Baru

Walaupun kalau ada banyak duit hari-hari kita boleh pakai baju baru  & hari-hari kita boleh beraya tapi, feelnya tetap tak sama kalau nak dibandingkan bila dapat pakai baju baru time pagi Hari Raya...semangatnya tu memang lain macam...pagi raya memang tak sah kalau tak pakai baju baru sebab nak dapatkan mood Hari Raya...itupun kalau kita mampu, sehelai pun jadilah kalau tak mapu sangat...sebab tu ramai yang menangis dipagi raya bila baju tempahan untuk pakai hari raya tak siap...ada jugak yang order baju raya secara online tapi baju tu sampai lepas hari raya & tak dapat sampai on time...lagilah mengamuk & rasa macam nak cancel jek order tu

Jumpa Saudara-mara

Yang ni memang best...time nilah peluang nak jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa & yang selalu kita jumpa...ada yang kita langsung tak kenal & tak pernah jumpa tiba-tiba datang rumah...nak bukak pintu bagi masuk pun serba salah sebab takut orang jahat yang datang berpura-pura macam nak raya...tapi, bila dia kenalkan diri barulah perasan yang datang tu rupanya saudara-mara...apalah saudara sendiri pun tak kenal...kalau tak ada hari raya rasanya memang langsung tak kenal...silap-silap tertackle anak saudara sendiri...kes naya ni

Jumpa Member-member Lama

Ada yang datang beraya kat rumah dah beranak-pinak, ada yang datang tapi masih solo lagi & ada yang datang dengan perut yang dah membesar...bab ni memang seronok...macam nak pecah rumah bila member-member lama especially member sekolah yang datang...habis semua cerita waktu zaman sekolah yang keluar...walaupun kadang-kadang tiap-tiap tahun raya akan cerita benda yang sama tapi gelak tetap berdekah-dekah

Duit Raya

Untuk budak-budak benda ni memang buat diaorang tertunggu-tunggu tiap kali raya...bagi yang dah besar panjang macam kita ni, kadang-kadang membebankan jugak nak sediakan duit raya...tapi kalau tak bagi langsung tak boleh gak nanti kena cop bapak or mak sedara yang kedekut...yang ni tak berapa best tapi OdahOne saja selitkan jugak

Main Mercun

Sekarang dah jadi tak best sebab tiap-tiap tahun ada jek yang putus jari...baik-baik jari kalau dicampurkan dua-dua belah tangan ada sepuluh tiba-tiba jadi 9, 8, 7...tapi takpelah OdahOne selitkan jugak benda ni sebab memang ada orang yang gian main mercun time nak raya...perangai tu akan terbawak-bawak sampai dah besar...yang peliknya time Tahun Baru Cina jarang dengar kes putus jari tapi time raya puasa banyak pulak kes???

*nota kaki berbau :
Jangan main mercun kerana malang itu kadang-kadang tak berbau...tapi, kaki itu memang selalu berbau kalau kita tak rajin cuci selalu

8 KOMEN:

- abdul hadi abdul muti - said...[Mari Balas Komen Ini]

aku rasa takbir raya paling best. huhu

safurara said...[Mari Balas Komen Ini]

time bermaaf2 tu yg kena ada tisu banyak tu.

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

Yes..setuju dgn hadi..
rs syahdu jek bila dh takbir raya..
Odah wehhh~~ Cik Mendezz kidnap banner awak yeh!
hihi! =P

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

abdul hadi : yup stuju! takbir raya tu mmg paling best & paling syahdu...tapi sbnrnya dulu zmn nabi diaorg bertakbir time nak g perang nk bg diaorg smgt nak bperang...tapi skrg kita dah ubah takbir raya jadi syahdu pulak bila dgr air mata rasa nk mleleh bukannya jd tmbh smgt...hoho...

pink mafia : kena stndby tisu ek...takut meraung org tak maafkn

Cik mendezz : kidnaplah tak report polis pun...hoho

gnesop.com said...[Mari Balas Komen Ini]

masa bujang dulu, suka gi rumah awkes2.. hahaha

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

arghh...odah raya nk mai dah...errrr....

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

Adoi... tahun nih tak sempat nak grab sampul raya bank plak. haishhh

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

sy suke part takbir raya je.yg lain2 tu serinya belum muncul lagi kt sy..tak tau bile..hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...