09 August 2011

JUALAN MURAH




Pagi tadi OdahOne baru jek pungut katalog Jualan Hari Raya yang diaorang baling kat atas lantai rumah...banyak betul katalog yang ada...takpelah kertas-kertas ni semua boleh jual jadi recycled paper...boleh tambah income sambil-sambil tu boleh jaga alam sekitar...time bulan puasa ni boleh kata tiap-tiap hari asyik kerja memungut kertas kat atas lantai...kadang-kadang annoying jugak buat bersepah rumah orang...orang tengah sibuk-sibuk nak raya ni...tapi, katalog yang paling best sekali bunyinya macam ni; "Beli 1 percuma 3"...

Logik ke benda ni? Ada ke company or orang yang bermurah hati di bulan Ramadhan nak buat jualan macam ni? Or ini just bisnes strategi diaorang untuk mengaburkan mata customer (orang Melayu yang excited nak beraya) untuk beli barang-barang diaorang...or sebenarnya diaorang nak jual 3 barang & just bagi percuma 1 barang jek...saja nak terbalikkan fakta sebenar just nak tarik 1st impression orang yang tengok slogan; "Beli 1 Percuma 3" or "Beli 1 Dapat 3" 

Kalau slogan; "Beli 1 Dapat 3" OdahOne memang setuju sangat-sangat...yelah "Dapat 3" yang pertama dapat barang yang dibeli, yang kedua dapat tambah beban hutang & yang ketiga dapatlah penuhkan rumah dengan barang-barang sampai tak muat nak lalu...baru puas hati kan...setiap inci ruang rumah dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya agar tidak berlaku pembaziran ruang

"Beli 1 percuma 3" mungkin jugak dia dah markup harga...maksudnya harga untuk 1 barang dah boleh cover untuk kos harga yang 3 lagi barang dia bagi percuma tu...logik juga...ni semua bisnes minded kaki-kaki marketing dalam bisnes...kita sebagai pengguna mestilah bijak jangan cepat sangat nak terpedaya...siap ada yang ambil barang tak payah bayar apa-apa tahun depan baru start bayar...Amboi!...bestnya kalau camtu??? Kenapa tak buat camni...ambil barang tak payah bayar apa-apa sampai mati...hoho...barulah terlangkup bisnes & mati on the spot

Ada tempat yang beli satu cuma dapat percuma beg untuk bungkus barang jek...yelah hari Sabtu mana boleh guna beg plastik...kira oklah sebab dia jujur tak menipu bila jual barang..."Beli 1 percuma 1"

"Beli 1 Dapat 1", "Beli 1 Percuma 1", "Beli 1 Dapat 3", "Beli 1 Percuma 3"...Anda pilihlah yang mana satu best & berbaloi-baloi???

*nota kaki berbau :
Malaysia terletak di iklim khatulistiwa yang cuacanya panas & lembap sepanjang tahun tapi pemikiran rakyatnya tidak seperti iklim tersebut


6 KOMEN:

HARITH ISKANDAR said...[Mari Balas Komen Ini]

hehe taktik je tu.harge naik tu.saje konon je bg percuma :)

gnesop.com said...[Mari Balas Komen Ini]

setuju dengan semua apa yg diperkatakan :)

shida'R said...[Mari Balas Komen Ini]

bgus gak odah bt entri nih..mmg betul..huhu..taktik mnarik mata rambg sipembeli huhu..nasib shida bkn kaki shoping..

- abdul hadi abdul muti - said...[Mari Balas Komen Ini]

kedai mana yang bagi katalog tu? mesti tipu. haha

Odah + One = OdahOne said...[Mari Balas Komen Ini]

harith : yup, taktik nk menipu

gnesop : setuju!

shida'R : kaki shop mmg suka bnda2 cmni...tapi kaki kikis lglah suka...hoho

abdul hadi : namanya dirahsiakn...tapi kedai ni mmg popular

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

haishh...belum berpeluang nak g shopping raya nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...