19 August 2011

SYUKUR KERANA ADA RANCANGAN JALAN-JALAN CARI MAKAN DI MALAYSIA




At lease kita berpuasa tau jugak waktu bila kita boleh makan & minum...makanan & minuman pun dah ready tinggal tunggu masa nak suap masuk dalam mulut jek...boleh buat & masak sendiri or just tunjuk kat bazar ramadan pun boleh & dah dapat juadah untuk berbuka...kita ada pilihan nak makan apa & nak makan kat mana asalkan ada duit

Tapi, bagi sebahagian masyarakat Somalia & Afrika ni puasa diaorang tak tau bila penghujungnya...bila agak-agaknya diaorang boleh makan & minum???...soalan yang takde siapa tau nak jawab...nak beli makanan pun tak tau kat mana...duit & harta benda pun takde...ada duit pun makanan susah nak dapat

Miskin-miskin kita kat Malaysia ni ada jugak ubi kayu, buah-buah or pucuk-pucuk daun yang boleh kita makan...kalau selongkar tong-tong sampah kat belakang kedai makan or rumah-rumah pun still ada benda lagi yang kita boleh makan...at lease tak mati kelaparan...ramai rakyat kita yang mati sebab banyak makan & dapat penyakit sebab tak jaga makan...tak ramai or takde yang mati sebab kebuluran tak dapat makan

Kita kat sini sibuk asyik tengok waktu berbuka puasa & pilih tempat-tempat best untuk berbuka...kalau diaorang kat Somalia tau waktu berbuka pun tak guna sebab takde apa yang nak dibukanya...nak cari secawan air bersih pun susah inikan pula juadah buat berbuka...sampaikan tanah pun diaorang jadikan makanan...lagi satu kita kat sini asyik sangat update status kat FB juadah apa yang kita makan untuk berbuka hari ni & kita berbuka kat mana hari ni...siap dengan gambar-gambar makanan...tapi, kita kadang-kadang lupa untuk update minda kita tentang orang yang tak senasib dengan kita

Inilah salah satu tujuan diwajibkan kita berpuasa...supaya dapat merasa kelaparan & kehausan macam saudara mara semanusia kita kat negara-negara lain yang kekurangan bekalan makanan...yang kesian tengok kanak-kanak badan just tinggal rangka & nampak tulang...orang lain yang sibuk berperang tapi orang lain yang jadi mangsa...

Alangkah bersyukurnya kita kat Malaysia sebab masih dapat berpuasa & dapat berbuka puasa tepat pada waktunya sambil menjamah juadah berbuka puasa dengan tenang & aman...Kita jagalah bersama-sama

*nota kaki berbau :
Mungkinkah akan ada rancangan "Jalan-Jalan Cari Makan" di bumi Somalia?...Siapakah hosnya?

10 KOMEN:

s.y.a.r.q said...[Mari Balas Komen Ini]

tu lah.... orang malaysia kalau dpt makanan yg kurang rase senang2 je depan2 makanan cakap makanan tu tak sedaplah. Kalau org somalia dpt mknn even tak sedap pon mesti dyeorang dah syukur....

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

setuju..rakyat sini terlalu demand :)

Emma Nyiu said...[Mari Balas Komen Ini]

Betul tu....

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

Tu la..terlampau mewah dgn makanan smpi lupa pd mereka yg sengsara di sana..
urmm~~

Ummu Athirah said...[Mari Balas Komen Ini]

rakyat malaysia semakin manja :)

Adam Idris said...[Mari Balas Komen Ini]

syukur alhamdulillah dengan nikmat Allah beri sepanjang Ramadhan :)
Dekat Somalia agaknya puasa sepanjang tahun...

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

bagud odah buat entri nih..tharu kot..ritu ade tgk vdeo dorg sedih giler huhu..xtawlah cmne kdaan dorg..smpai mati dorg mnggu mknan..yg xmgkin dorg dpt..allahu akbar..huhu..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

syarq : yela, kalau rasa xsedap terus buang padahal still bleh mkn lg

harith : sbb kita mewah dgn mknn mmg xnafikn lg

emmany : thanx...apa yg betul?...hoho

azura mendezz : betul tu cik mendezz

into the new world : manja sbb senang sgt nk cr mkn kt sini...time nilah mknn paling byk jual

adam idris : syukurlh byk2...kt somalia maybe the never ending puasa...endingnya mati & kena mkn ulat

shida'R : sedih kn shida tgk budak2 yg xckup mkn ni...kena tiup angin pun bleh tumbang

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

bersyukur dengan apa yang ada kan... kekadang kita terlupa

qellissa said...[Mari Balas Komen Ini]

Sedih tgk keadaan org kat somalia tu kan beb. Kesian sgt depa nak makan pun susah. kita kt cni pulak terlebih-lebih makanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...