18 August 2011

CHECKLIST HARI RAYA




Baju Raya

Mesti ada paling tidak pun sehelai baju raya dah cukup...lagipun Nabi suruh kita pakai pakaian yang terbaik time 1st day Hari Raya Aidilfitri sebagai meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu time bulan Ramadan...tapi, cukup ke selai?...ada yang dah bersusun baju raya start dari raya pertama sampai raya kelima...yelah dapat cuti sampai raya kelima hari-harilah mau pakai baju baru...ingat, jangan fikir beli untuk diri sendiri jek...kalau ada mak ayah & adik-beradik yang still tak kerja lagi tolonglah belikan diaorang punya baju sama...diaorang pun nak bergaya jugak di pagi raya takkan nak tengok kita jek bergaya kan???

Persiapan Rumah

Tak salah kalau nak tukar langsir yang dah macam roti jala koyak rabak sana sini...nak cat rumah yang dah kusam pun tak salah gak...yang salah kalau membazir tiap-tiap tahun nak raya asyik tukar perabot baru...mentang-mentanglah ada macam-macam sales perabot dekat nak raya ni...siap ada yang angkat hari ni tapi bayar tahun depan...amboi...ala kadar jeklah buat persiapan mencantikkan rumah...lagipun nanti lepas raya nak guna duit jugak...kalau banyak duit hari-hari kita boleh beraya

Kuih Raya

Terpulanglah nak beli or buat sendiri...kalau rajin menguli tepung buatlah sendiri...kalau ada bajet lebih & tak larat nak buat beli pun lagi senang...tunjuk jek kat kedai kuih mana yang berkenan...kalau yang kerja kilang or ofis sure ramai rakan sekerja yang ambik kesempatan jual kuih raya time-time camni...belilah seketul dua, sian support member-member nak cari duit tambang balik kampung & beli baju anak-anak

Duit Raya | Green packet

Yang ni bukan cara kita tapi dah jadi macam satu trend kanak-kanak yang datang beraya kat rumah kita bagi duit raya...kalau dulu bagi duit syiling dah cukup tapi zaman sekarang kalau bagi 20sen or 50sen budak-budak dah tak pandang walaupun kita bagi dengan niat yang ikhlas...bila dengar budak-budak merungut bagi duit raya setakat sen-sen nanti kita dah jadi tak ikhlas... jangan lupa bajet untuk bagi anak-anak buah sekali...biasanya diaorang ni demand sikit...paling koman pun duit merah kalau tak memang diaorang tak layan...takpe niat jek nak bersedekah di hari raya...Insyallah lepas raya nanti rezeki makin bertambah-tambah...kita takkan jatuh muflis kalau setakat bagi duit raya kat budak-budak

Bayar Zakat Fitrah

Yang ni memang orang selalu lupa sampai dah last minit baru nak jumpa Amil untuk bayar zakat fitrah...sekarang ni dah senang nak bayar zakat fitrah tak macam zaman tok kadok dulu...kat mana-mana pun ada open table untuk bayar zakat...kalau ada duit better cepat-cepat bayar...Alhamdulilah OdahOne dah setel bayar zakat fitrah kat Tesco minggu lepas...lega rasanya

Servis Kenderaan

Penting benda ni...sebab kalau kereta rosak or buat hal kat tengah jalan time on the way nak balik kampung memang boleh spoilt & rosakkan mood nak beraya...pergilah hantar servis kat bengkel check or tukar apa yang patut...minyak hitam, minyak brake, wiper, brake shoe, mentol lampu, air bateri, tayar & lain-lain lagi...yang paling malang kalau berlaku kemalangan dengan sebab kita tak selenggara kenderaan dengan betul...habis melayang nyawa & harta benda...tapi, kalau kereta dah servis tip top jangan ingat boleh pecut laju-laju...agak-agaklah, ingat keluarga yang tersayang

Bajet Perjalanan

Especially bagi mereka yang drive kenderaan sendiri untuk balik kampung yang berbatu-batu jauhnya...setakat RM200 tak cukup rasanya...at least kena standby jugak duit cash dalam poket mana tau kereta buat hal kat tengah jalan ke...duit minyak & tol jek dah berapa ratus...pening jugak, kalau tak mampu better naik keretapi or bas lagi jimat & selamat...cuma tak puaslah nak beraya rumah sedara mara naik kereta sendiri...lagi satu bersedialah untuk menempuhi jammed yang berbatu-batu...biasalah hari raya...dah bertambah lagi bajet minyak kereta...aduyai!

Apply Cuti

Dah namanya hari raya takkan kita nak beraya kat ofis or tempat kerja sorang-sorang kan...kecuali kalau dah terpaksa...contohnya; kalau kita kerja polis, bomba, tentera & sebagainya yang memang tak boleh nak cuti time musim perayaan or apa-apa musim pun...mintaklah cuti awal-awal kat bos...kalau kampung tu jauh applylah cuti lama sikit sebab cuti yang ada tu maybe tak cukup...perjalanan ulang-alik jek dah makan masa 1 hari...hope, cuti tahun ni bos luluskan boleh beraya sakan!


"Kalau ada checklist yang tertinggal sorilah ni setakat basic-basic jek...OdahOne pun banyak lagi senarai checklist yang belum dicompletekan...korang camne?"

*nota kaki berbau :
Sediakan baju hujan sebelum turun hujan...sediakan duit sebelum raya... 

6 KOMEN:

Taufan Bin Ribut said...[Mari Balas Komen Ini]

untunglah..kite tak siap pape pon..


Entri Terkini :Tips untuk bangun sahur versi #haramjadah

Entri terdahulu :Kad raya vs Postman

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

Semua tak prepare apa2 pun

BAJU RAYA- tahun nih pakai tahun lepas je kot

PERSIAPAN RUMAH - xde nak siap apa2. rumah dah cantik. hahaha...

KUIH RAYA - haishh... yang ni tak masuk dalam list untuk peninngkan kepala

DUIT RAYA- memang kena stanby RM 2 untuk bebudak datang. Dah prepare cuma nak cari sampul raya dari bank jer

BAYAR ZAKAT- bayar via SMS

APPLY CUTI - tak guna leave. sebab dapat cuti 1 minggu sebelum raya dan 1 minggu lepas raya.

Baju Kurung Budak said...[Mari Balas Komen Ini]

Salam.
Masalahnya saya tak perlu apply cuti, cuma husband yang tak dapat cuti. Jadi persediaan yang lain-lain tu kira tak dapatlah buat terus. beraya kat KL je lar....

Zezebel

s.y.a.r.q said...[Mari Balas Komen Ini]

tengah excited nak tunggu hari sabtu ni buat kuih raye :)

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

taufan : xpela wt plhn2

MOMOY : takkan pakai bju thn lepas kot MOMOY? sedih dgrnya...ishk2

Baju kurung budak ; xpela raya kt kl pun best gak...jln lengang bleh jln puas2 xde jam...

syarq : buat kuih mmg sronok kn baru rs feel nk raya kalo beli xfeel sgt...

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

odah yg penting aply cuti lpas..hehe..kalo xyg le xmnjd kih3 tol x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...