Showing posts with label info islamic. Show all posts
Showing posts with label info islamic. Show all posts

10 July 2012

BILA IA DAH MULA BERKUMANDANG




Bila iklan kat atas ni dah berkumandang kat radio & tv, maknanya bulan puasa bakal menjelmalah tu...bila dengar iklan YUTA orang akan ingat tak lama lagi nak puasa & mesti kena beli kurma...yang paling best iklan ni masih mengekalkan suara perempuan yang seakan-akan berbisik sebut perkataan 'Yusof Taiyoob'...tak payah tengok just dengar jek pun kita dah tau ini ialah iklan kurma bukan iklan serbuk cuci mahupun iklan peluntur pakaian

Maybe trademark ni yang buat orang tertarik & sedar akan kehadiran kurma YUTA dipasaran walaupun ada banyak lagi jenama kurma kat Malaysia



Kalau kita nak pergi Penang ikut PLUS Highway memang akan nampak kilang@gudang saudagar kurma Datuk Yusof Taiyoob ni kat tepi highway...bangunan berwarna coklat cair dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar kat situ...Sure ada banyak stok kurma kat dalam tu kan...cukup untuk celebrate 3kali Hari Raya kot

Tapi, kalau iklan kurma keluar sebelum masuk bulan puasa kita boleh consider lagi sebab puasa & buah kurma memang tak boleh nak dipisahkan macam jugak irama & lagu...yang tak boleh blah bila keluar iklan perabot bertemakan promosi hari raya & macam-macam lagi...apa kena mengena bulan puasa dengan perabot? 

Ibadat puasa pun belum start lagi...ini memang dah lari tajuk...kalau buat karangan SPM memang pemeriksa dah tulis besar-besar kat situ 'TERPESONG'...memang kena repeat Julai Paper gamaknya

Time bulan puasa ni memang time semua orang buat duit...sebab tu lah sale kat sana sini even belum start puasa...juallah apa-apa pun sure laku & ramai yang beli...jual kuih, kain baju, perabot, cermin mata, minyak wangi & macam-macam lagi...even kalau jual penyapu yang ada tulis perkataan 'Selamat Hari Raya' pun still ada orang yang nak beli

Begitulah semangatnya orang kita nak beraya...anyway, marilah kita sama-sama buat persiapan mental, fizikal & rohani untuk mendapatkan keberkatan di bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi...cari rezeki sambil buat amal ibadat Insyallah hidup pun lebih berkat

*nota kaki :
Bulan Ramadhan bulan mulia bulan mencuci segala dosa...alangkah ruginya kalau tak dapat mencuci dosa dalam bulan Ramadhan ni, bulan pengampunan dosa

28 February 2012

PERKAHWINAN JARAK JAUH BAKAL BERAKHIR?




Alhamdulillah...tak lama lagi akan tamat pengajian PJJ yang membosankan selama ini...akhirnya aku grad jugak dengan flying colours


Nasib baik tak extend lama-lama, semua paper clear takde yang sangkut sampai kena repeat...Siapa yang suka PJJ? Semua pasangan benci PJJ tapi apa nak buat kalau dah terpaksa...kalau sambung belajar PJJ kita jarang dapat tengok muka lecturer macam tu jugaklah kalau kahwin PJJ...laki jarang tengok muka isteri & isteri jarang dapat tengok muka suami...kalau ada anak samalah macam tu gak

Ini antara rintihan, pandangan & nasihat daripada mereka yang telah menempuhi dugaan PJJ...pengalaman dari kawan-kawan OdahOne untuk kita kongsikan bersama...Ikutilah rentetan kesah benar dari mereka-mereka ini;


"Ingatlah bahawa ada orang lain yang lebih berat ujianya..Allah tahu sejauh mana kemampuan hambanya, tu sebab dia datangkan ujian pada kita..so, kita mesti kuat..!"

"Terseksa jiwa raga duk jauh-jauh wei. Aku stress gila sekarang, sob sob!!"

"Aku dah cuba...Tapi sekarang mood dah kelaut...Asyik nangis je kejenya...Sejak kawen lagi dah duk asing-asing, bila ada anak pon duk asing lagi...Sian anak aku, kurang kasih sayang seorang bapa...Kalau hubby aku cuti sama macam aku takpe, tapi time aku cuti, dia keje, time dia cuti aku pulak keje...Sob sob!!" 

"Sayang tu memanglah sayang dengan kerja ni...tapi entahlah...Encik suami pon dah bersuara suh duk dengan dia, aku as isteri ni takkan nak ingkar...aku dalam dilema, aku dah isi borang, mintak tukar tempat kerja dekat dengan suami, result maybe bulan 3 ni...kalau dapat tukar, Alhamdulillah, tapi kalau tak dapat taktau lah..."

"Emm kena buat Solat Istikarah ni...Doakan yang terbaek untuk aku ye kawan-kawan!!"

"Aku penat! Tiap hari Jumaat kena drive sorang-sorang balik kampung...Drive 3jam dengan anak aku yang nangis beria-ria taknak duk dalam carseat...pastu Ahad nak kena drive balik semula...Semua benda aku kena handle sndiri...Aku tau aku leh buat, aku kuat, tapi kadang-kadang bila penat sangat balik keje, dengan perangai anak aku yang asyik nak berdukung jek, terus aku stress...pastu aku biarkan jek anak aku meraung sorang-sorang...Rasa macam dah nak gila...hukhuk!! Sungguh aku tertekan sekarang, waaaaaaaaaaaaaa!!!!" 

"Sabar...tiap apa yang dirancang oleh Allah pasti ada hikmahnya... jangan berhenti berdoa padaNya diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Anak adalah amanah dan rezeki dariNya. Jangan disebabkan tekanan kerja anak sendiri jadi mangsa. Sabar ye..."

"Encik suami hari sabtu keje, cuti jumaat jek...kadang-kadang hari jumaat pun keje...Encik suami aku bukan cuti macam orang lain...cuti umum pon dia keje, aku yang stress...tak boleh bajet masa nak jumpa suami sendiri"

"Kesian kat anak aku, dahla dia dah start kenal orang...kesian kejap jek dia boleh main dengan papa dia...pernah sekali sampai 4minggu tak jumpa, bila jumpa anak aku menangis takmau kat papa dia sebab dia macam tak kenal kat papa sendiri...terpaksa kena mulakan sesi suai kenal semula...sedih hubby aku bila anak sendiri takmau kat dia...aku yang tengok pun naik sebak..."

"Anak aku selalu jadi mangsa sebab aku suh dia diet sekarang...badan dia semangat gemuk sangat, penat aku nak dukung especially time pergi shopping beli barang...lenguh tangan aku dibuatnya...kan best kalau ada suami kat sisi boleh tolong dukung"

"Time weekend semua orang balik kampung...tinggallah aku berdua-duaan dengan anak aku yang duk kat kuarters ni...aku tengok anak aku & anak aku pulak tengok aku...entah bila nak tengok muka suami aku pun tak tau"

"Aku dah naik gila nak resign sekarang jugak...hehe...kalau ikutkan keistimewaan keje gomen ni, rasa macam sayang jek...tapi aku kena pikir soal kekeluargaan gak, sorang  kat utara & sorang lagi kat selatan...smpai bila kan?...lagipun nak pohon pindah tempat kerja bukan senang...aku dah test mohon tapi diaorang macam endah tak endah jek sebab aku ni baru kerja tak sampai setahun pun...ada banyak lagi permohonan yang diaorang nak layan...kompem aku kena reject awal-awal...kalau permohonan aku tak berjaya takkan aku nak stay hidup camni selama-lamanya?...oh! tidak...buntunya!"

"Aku selalu nangis bila baca statement, 'Tempat seorang isteri ialah disisi suami' sebab aku takleh disisi suamiku...Aku rasa berbaloi kalau aku quit kerja ni sebab hati tak tenang bila keje...Hati tak seronok, tak tenang, tak syok sebab kerja tak berapa menyeronokkan. ..Aku dah ada 'jalan lain', Insyallah akan aku usahakan"


"Aku rasa sekarang ni jalan yang terbaik ialah kena sabar, sabar & terus bersabar...akak aku lagi dahsyat...dia duk Sabah dengan anak dia...suami dia pulak duk Melaka...time cuti sekolah jek boleh balik semenanjung...lepas bersalin & habis pantang terus bawak anak dia umur 2 bulan nek flight...pastu tinggallah mereka berdua bersama-sama...sampai anak dia umur 3tahun baru dapat tukar ke semenanjung...susah senang kena bersama-sama dengan anak tanpa suami...jangan terburu-buru nak resign nanti menyesal!...fikirkan masa depan sebab akan datang mungkin susah nak dapat kerja"

"Just nak sharing...kakak aku pun mengajar kat sabah selama 4 tahun & ada anak sorang... tahun ke-5 dapat pindah balik pahang... tapi, still duk jauh-jauh selama setahun sebab abang ipar aku kerja & tinggal kat KL...maybe bulan depan abang ipar aku resign & balik pahang...6 tahun tak dapat hidup bersama & jumpa pun sekali-sekala sampai anak dah 2...pernah sekali tu jadi kes polis (mengancam nyawa) masa tahun ke-3 dia tinggal kat Sabah...tapi, pihak berwajib masih buat bodoh!!!...still tak luluskan permohonan dia untuk transfer...so, nasihat aku...wat Solat Istikharah suami & isteri...pastu ikutlah apa ketentuanNya...Amin..."

"Pengorbanan seorang Ibu & Isteri tiada tolok bandingnya...Insyaallah Allah mendengar doa orang yang sabar...ada hikmah di sebaliknya....Insyallah..." 

"Masa mengandung dulu aku dok sorang, dah bersalin pun kena dok sorang lagi...huhu...Alhamdulillah anak aku tak meragam sangat tapi memang stress bile fikir hidup berjauhan dengan suami...sekarang ni tengah tunggu jawapan pertukaran suami...takmau dok sorang-sorang lagi dah...aku hari-hari doa tunggu masa jek untuk ALLAH perkenankan...sedihnya...marilah kita berpelukkan bersama-sama WAHAI mama PJJ"

"Perjalanan dari utara ke Kuala Lumpur dah macam berulang-alik ke tempat kerja...Tiap-tiap minggu aku kena drive balik KL semata-mata nak jumpa isteri...kena pulak sekarang dia dah pregnant...tiap hari Jumaat habis jek kerja cepat-cepat aku drive balik KL"

nota kaki berbau :
Berat jari menaip entry berat lagi orang yang membacanya...Berat mulut membaca berat lagi jiwa yang menanggungnya...

15 February 2012

OPS VALENTINE RAMAINYA YANG KENA CEKUP | TANPA SEURAT BENANG?


Google Images

"6 Pasangan Kekasih Ditahan Khalwat"

PETALING JAYA – Menjelang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Days malam tadi, seramai enam pasangan muda ditahan di bilik-bilik hotel bajet di sekitar daerah ini dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Operasi bermula pukul 1 pagi itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan polis.

Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan bagi melakukan pemeriksaan ialah sekitar Kota Damansara dan Seri Damansara.

“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita telah menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan di dalam bilik.

“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan kerjasama yang baik walaupun terdapat segelintir yang hanya membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat JAIS untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Katanya, pasangan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu tindakan selanjutnya. – mynewshub.my


"Ops Valentine: 35 dicekup penguatkuasa JAIP kerana khalwat dan judi"

KUANTAN: Seramai 35 dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaip) Pahang malam kelmarin melalui Ops Valentine kerana disyaki berkhalwat dan berjudi.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, operasi membabitkan 40 Penguat kuasa itu diadakan di beberapa hotel murah dan kawasan peranginan di sekitar Kuantan.

Menurutnya, semua Penguatkuasa menjalankan pemantauan pada petang Ahad dan tamat awal pagi kelmarin.

“Operasi bermula di pantai pada Ahad sebelum malam Valentine manakala serbuan di hotel murah berakhir jam 6 pagi semalam,” katanya ketika selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Amad Shah, di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi sama, seramai 12 dicekup kerana dipercayai berjudi.

Katanya, kerjasama di antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pa-hang berjaya menahan lelaki berusia 30-an hingga 50-an terbabit.

“Semua yang ditahan diberi kaunseling sebelum didakwa di mahkamah dan operasi akan diterus untuk banteras kegiatan itu," katanya. -SH (warkahdaily)



"8 pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat"

KUALA LUMPUR: Wajah seorang gadis yang juga penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Serdang, Selangor pucat selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tanpa seurat benang dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih awal pagi semalam.

Dia yang cuba bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotelnya di Selayang, sebaik bilik penginapannya diserbu.

Pelajar itu antara lapan pasangan kekasih ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 1 dan berakhir dua jam kemudian di sekitar Selayang dan ibu kota.

Ketika serbuan dilakukan, sekumpulan pegawai Jawi terpaksa mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki.

Jurucakap Jawi berkata, ketika serbuan, gadis berkenaan tidak berpakaian dan duduk bersembunyi di belakang pintu tandas biliknya sementara pasangan lelakinya berada di atas katil dan lengkap berpakaian.

“Ketika ditanya teman lelaki gadis berkenaan mengaku mereka baru saja masuk ke bilik hotel berkenaan dan sudah bertunang.

“Sebaliknya gadis berkenaan mengaku mereka hanya berkawan dan tidak pernah bertunang,” katanya.
Menurutnya, pasangan berusia awal 20-an itu ditahan dan dibawa balik ke ibu pejabat Jawi untuk tindakan lanjut.
Selain pasangan berkenaan, seorang pemandu teksi yang sudah beristeri juga antara yang ditahan selepas didapati tidur bersama wanita warga asing di bilik hotel di kawasan sama.

Katanya, semua mereka ditahan mengaku tidak berkahwin dan pernah beberapa kali tidur bersama sebelum ini.

Menurutnya, operasi cegah maksiat dilakukan pihaknya itu bersempena sambutan Hari Kekasih semalam dan mengingatkan bahawa operasi seumpama itu sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa. (myMetro)


"Ratusan dicekup ops cegah maksiat Hari Kekasih"

KUALA LUMPUR: Ratusan pasangan dan remaja ditahan dalam operasi cegah maksiat bersepadu besar-besaran oleh pihak berkuasa agama dan pihak berkuasa tempatan sempena Hari Kekasih di seluruh negara, malam kelmarin dan semalam.

Selain operasi cegah maksiat, Dewan Pemuda PAS turut mengadakan Ekspedisi Dakwah di seluruh negara bagi mendekati remaja dan pasangan melalui nasihat dan peringatan sambil mengedarkan risalah.

Di SHAH ALAM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 201 orang dalam Ops Valentine bermula jam 8 malam kelmarin sehingga jam 5 pagi semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman, berkata daripada jumlah itu, 80 kes dibawa ke mahkamah, kaunseling (61 kes) dan amaran atau arahan beredar (60 kes).

Di IPOH:, empat pasangan termasuk seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditahan dalam operasi membabitkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri.

Dalam operasi lapan jam bermula 12 tengah malam itu turut ditahan tiga penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menjadikan Hari Kekasih tarikh bermadu kasih di sebuah hotel.

Di ALOR SETAR, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan dua pasangan satu daripadanya penjawat awam di hotel bajet dan rumah tumpangan sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Di GEORGETOWN, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menahan sembilan pasang kekasih yang disyaki berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dalam Ops Hari Kekasih di beberapa lokasi di sini dan Butterworth.

Di MELAKA, empat pasangan dan sekumpulan empat lelaki serta seorang wanita ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di beberapa hotel bajet di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mengedar 3,000 risalah dan peringatan sempena Ekspedisi Dakwah yang dilakukan serentak di seluruh negara pada malam sambutan Hari Kekasih bermula jam 9.30 malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata semua negeri kecuali Johor yang mewartakan larangan menyambut Hari Kekasih di kalangan umat Islam.

Berikutan itu, beliau meminta semua negeri berbuat demikian selaras ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 pada 24 November 2005 yang memutuskan Hari Kekasih bertentangan dengan ajaran Islam.


*nota kaki berbau :
14 Februari 2012 nantikan hasilnya hujung tahun nanti samada di tepi longkang, dalam tong sampah, tandas, mahupun surau berdekatan tempat anda

13 December 2011

DILEMA PERKAHWINAN JARAK JAUH | CAMNE NAK HANDLE NI?



Perkahwinan jarak jauh? tak sanggup lah saya!
Kalau camtu carilah calon suami/isteri yang boleh tinggal sebumbung lepas kahwin...jangan cari yang kerja jauh-jauh or selalu outstation sampi 2 or 3 bulan, memanglah selalu kena tinggal jadi lone ranger kat rumah

"Jadi Branch Manager memang cita-cita saya pun...tapi, yang jadi big problem terpaksa pulak pindah tempat kerja & berjauhan dengan suami tercinta...rasa macam berat hati nak tinggalkan suami sorang-sorang kat rumah...dia pun tak sanggup nak lepaskan saya kerja jauh-jauh...siapa yang nak jaga pakai minum dia?...takkan janda rumah sebelah nak tolong jaga dia?...Oh!  tidak! ku didalam dilema...Ahhrgh! lupakanlah cita-cita tu, my husband is no. 1...baik stay dengan suami boleh darling hari-hari...hehe!" -Puan Maimon- (Asst. Manager Pizza Hut)

"Syabas! Puan Maimon...Puan dah pilih jalan yang terbaik untuk stay bersama suami...Insyallah suami puan akan hargai segala pengorbanan tersebut...kalau kerja gaji besar tapi tak dapat redha suami pun tak guna jugak kan?...mana tau Puan tolak rezeki kali ni Allah akan bagi rezeki yang lebih baik pulak...yelah perancangan Allah kan lagi sempurna...mana tau pasni dapat offer jadi Branch Manager KFC kat depan rumah tu ke, senang sikit nak pergi kerja & tak payah berjauhan dengan cik abang" -Hamba Allah-

 
"Lu kalau mau kahwin mesti duduk satu rumah maa, jangan duduk jauh-jauh nanti lu susah maa!" -Encik Apek Driver Taxi Sapu-

Apa yang penting? Bekerjasama...dah tak duk serumah camne nak bekerjasama? Apolah...kena kerja asing-asinglah...yang penting  sekali mesti ada give and take or omputeh kata bertolak ansur & juga persefahaman serta saling percaya...kalau takde kepercayaan kat pasangan pun tak boleh jugak...U trust me I trust U bukannya 'trust no one'...masing-masing kena jujur dengan pasangan masing-masing

"Isteri walaupun tinggal berjauhan dengan husband, still kena jaga jugak adab-adab serta batasan sebagai seorang wife...bila dah kahwin, dosa isteri perlu ditanggung oleh suami jangan lupa benda tu...kesianlah sikit kat suami kita takkan nak biarkan dia masuk neraka sebab perangai jahiliah kita?...jadilah isteri yang baik even suami takde kat sebelah..." -Isteri Mithali-

"Dah hampir 3 tahun saya jadi 'Weekend Wife'...seminggu sekali baru dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri...Alhamdulillah setakat ni still survive" -Isteri Mingguan-

"Untunglah awak Weekend Wife, saya ni tak taulah fall under kategori apa either weekend or monthly husband?...isteri saya balik jumpa saya ikut bajet, kadang-kadang 2 minggu sekali & kadang-kadang 1 bulan sekali...maklumlah saya ni OKU tak larat nak kerja...just kerja mengadap komputer & cari duit online berapa sen sangat yang dapat" -OKU Husband-

"Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan" pepatah yang dah tak relevan pada masa kini -Mat Pujangga-

 
"Teknologi dah canggih sekarang...walaupun tinggal jauh-jauh tapi 'Effective Communication' tu penting...kena hari-hari call tanya khabar suami/isteri untuk mengekalkan keintiman...paling koman pun say; Good morning bila bangun tidur & Good Night bila nak tidur...gunalah plan prabayar or pascabayar yang paling jimat kalau tak mampu, janganlah kedekut sangat...sekarang macam-macam plan ada...buat video call kalau rasa nak tengok muka or hantar MMS selalu...nak chat kat facebook, GTalk, YM or video chat & streaming pun boleh...kalau dah nak jimat sangat sms pun takpe...tapi, nak bagitau kalau guna fix line kat rumah lagi jimat boleh call free jek...nak langgan boleh PM saya k...-Encik Syamsul-(pekerja kontrak TM)

 
"Masalah ‘Touch n Go’ juga akan terjadi dalam kes PJJ ni...dah banyak kes yang saya handle" -Dr. Ismail Embi-(Perunding Keluarga)

"PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) memang memudahkan para pelajar...tapi, kadang-kadang cara pembelajarannya tak seeffective macam belajar kat dalam kelas boleh jumpa & tengok muka lecturer hari-hari...macam tu jugak dengan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)" -Pelajar PJJ Jurusan Perniagaan-

Perkahwinan Jarak Jauh Apa Pro & Contranya? Kesan Buruk? Kesan Baik? Ada ker kesan baik?

Pros :
1. Baik untuk Family Planning (bagi pasangan yang baru berkahwin & belum bersedia untuk ada anak or ekonomi still tak stabil)
2. Perasaan rindu & sayang yang sentiasa membuak-buak (yelah kalau jumpa hari-hari kurang sikit rindunya bila dah berpisah jauh barulah datang feel rindu tu)
3. Ada 2 rumah persinggahan (satu di utara & satu lagi di selatan)
4. Berlanjutan status bujang walaupun dah kahwin (especially si suami, bebas nak join kawan-kawan lepak kedai mamak tengok bola sampai pagi)
Cons :
1. Kurang kasih sayang (terutama sekali si isteri, kurang dapat belaian dari suami & tak boleh manja-manja dengan suami)
2. Timbul perasaan syak wasangka (si isteri takut laki main kayu dua, tiga mahupun empat, si suami pulak takut bini curang pasang spare tyre)
3. Tak dapat tambah pahala (solat berjamaah suami isteri besar pahalanya tu, cium tangan & tengok muka husband hari-hari pun dapat pahala jugak)
4. Berubah hati (bila tengok ada girls/guys yang lagi ayu/ensem kat tempat kerja & berikan perhatian lebih daripada pasangan masing-masing maka mulalah nak curang)
5. Kesian kat anak-anak (kurang kasih sayang & perhatian ibu@bapa)
6. Kos sara hidup meningkat (tak dapat share tempat tinggal, makan & minum sama-sama, bajet kena asing-asing) 
7. Tekanan perasaan (tak sanggup dengar soalan tanya bila engkau nak tinggal serumah, jeles tengok jiran sebelah yang hari-hari berkepit dengan laki dia, bosan hidup tak berteman tidur walaupun dah kahwin, suami tak larat nak pujuk isteri yang jadi sensitif bila kena tinggal & hari-hari nak merajuk)

Oh! rupanya banyak contra dari pro...kalau ada pilihan better pilih PJD (Perkahwinan Jarak Dekat) jek lagi senang...lagi baik duduk sebumbung daripada berbumbung-bumbung


Moral Of The Story : Bersabarlah bagi mereka yangg terlibat dengan PJJ (Perkahwinan Jarak jauh) @ HJJ (Hubungan Jarak jauh) ni...sentiasa cari jalan agar kita dapat tinggal sebumbung...banyak-banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita InsyaAllah...


Suatu malam, Umar mendengar seorang wanita menyanyikan sebuah syair yang menimbulkan rasa takut yang luar biasa kepada Amir al-Mu’minin:

Malam ini terasa panjang,
Aku dibalut kegelapannya,
Mataku enggan lena,
Tiada teman untuk bersenda,
Demi Allah, jika tidak kerana takutku kepada-Nya,
Bergoncanglah katil ini dari sisi ke sisi!

Umar memanggil wanita itu dan bertanyakan perihal dirinya. Beliau menceritakan keadaan dirinya yang ditinggalkan suami atas misi ketenteraan untuk satu tempoh yang panjang. Mendengar akan hal itu, Umar bertanya kepada anak beliau, Hafsah radhiyallahu ‘anha, yang ketika itu adalah balu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Soal beliau “berapakah tempoh seorang wanita mampu berpisah dengan suaminya?
Hafsah menjawab, “empat bulan!”
Lalu Umar menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan. Sumber: Tarikh Khulafa' karangan Imam As-Suyuthi
 
Jangan Biarkan Cinta Anda Cair Seperti Kek

*nota kaki berbau :
Perkahwinan Jarak Jauh, Perhubungan Jarak Jauh, Percintaan Jarak jauh, Perindu Jarak Jauh, Pelari jarak Jauh...semuanya jauh & memenatkan

29 September 2011

KURSUS PRA PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN



Siapa yang nak kahwin? Setiap manusia normal sure ada naluri nak kahwin...kepada pasangan yang nak mendirikan rumantangga tak lama lagi, dah pergi ke belum kursus kahwin? Kalau belum Jom kita ke kursus kahwin... 

Tujuan utama di buat kursus kahwin ni ialah untuk untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga & diharap kursus ni dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga...maklumlah kes penceraian sekarang ni dah makin mencanak-canak meternya

Silibusnya pun menarik & bermanfaat...antara tajuknya ialah;

Perkahwinan & Prosedur, Talak Fasakh & Prosedur Penceraian, Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Sumber Keluarga & Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Stress, Ibadah, Akhlak islamiah, Aqidah islamiah, Hubungan Dalam Keluarga, Konflik & Penyelesaian & lain-lain lagi

Menarik semua tajuk-tajuknya kan & memang ada banyak info kat situ...semua sekali ada 13 jam kredit & setiap slot kena tandatangan kehadiran...so, tak boleh nak memontengkan diri...memang berasap telinga kalau nak dengar ceramah sampai 13 jam yang di buat dalam tempoh masa 2 hari ni

Itu semua terpulang pada si penceramah...tempat yang OdahOne pergi ni kira ok lah...semua sekali ada 6 orang ustad yang memang expert bab kahwin-kahwin ni...diaorang semua bagi ceramah untuk setiap slot yang berbeza...so, taklah bosan sangat nak mengadap muka penceramah yang sama...semuanya dibuat dalam suasana santai...penceramah yang bagus akan buatkan masa berlalu begitu pantas sekali sampai rasa nak dengar ceramah lagi, punyalah syok...kalau tengok rekod ramai artis-artis popular yang ambik kursus kat sini...glamer jugaklah tempat ni

Kebanyakkan pak ustad ni kerja dengan pihak JAKIM & JAWI...memang banyaklah pengalaman diaorang...boleh dikatakan takde satu slot pun yang bosan & mengantuk...memang takde masa nak tidur sebab ustad-ustad ni pandai buat lawak...tapi lawak yang logik & masuk akal bukan lawak-lawak bodoh...lawak diaorang semuanya ada ilmiah...

Ada seorang peserta tu dah excited sangat & join nak buat lawak jugak tapi buat lawak bodoh...ada ker buat lawak nak hadiahkan isteri rantai basikal sebagai hadiah hantaran...itu lawak zaman bapak-bapak kita dulu bolehlah...zaman sekarang orang dah upgrade tak buat lawak camtu lagi...last sekali ustad sound sebab terlalu banyak sangat lawak bodoh yang dia buat...barulah senyap sikit...peserta lain & OdahOne dengar pun dah naik muak & annoying...kitaorang nak dengar ceramah ustad bukannya nak dengar lawak bodoh dia
Tapi, ada jugak yang pergi kursus kahwin sebab just nak dapatkan sijil jek...time ceramah boleh layan tidur pulak...


So, jangan gatal-gatal tangan nak laminate sijil kursus konon-kononya nak simpan bagi elok, tapi sebenarnya nanti akan menyusahkan diri sendiri & orang kat pejabat agama...yelah nanti orang kat pejabat agama nak cop kat mana kalau dah laminate takkan nak cop kat dahi pulak?...ada jugak certain pusat kursus kahwin yang siap bagi sarung plastik free pada peserta kursus untuk cover Sijil Kursus Kahwin masing-masing

Yang paling penting sijil kursus kahwin tu di iktiraf oleh JAKIM & sah serta laku kat seluruh Malaysia...buatlah survey dulu & make sure tempat kursus tu ada pengiktirafan & bukan tempat underground scene

Soalan yang selalu orang tanya; "Berapa lamakah tempoh sah laku Sijil Kursus Pra Perkahwinan?"

Jawapan : Sijil Kursus Pra Perkahwinan ni SAH laku pada bila-bila masa...maksudnya sekali ambik dah cukup & boleh guna sampai bila-bila memang takde tempoh expired walaupun kita dah tua & dah expired...kalau ada suami yang ada hati nak bukak cawangan baru tak payahlah nak pergi kursus lagi...kalau kahwin sampai 4 kali takkanlah nak gi kursus sampai 4 kali jugak...last sekali diri sendiri dah boleh bagi ceramah & take over tugas penceramah kursus kahwin sebab dah master sangat dengan silibus kursus pra perkahwinan

Kalau ada yang dah pergi & nak pergi lagi pun digalakkan jugak...mana tau dah ambik kursus 10 tahun dulu & banyak benda yang dah lupa boleh refresh balik bila dah dekat nak kahwin...ilmu yang berguna tu tak rugi kalau dengar banyak-banyak kali


Tempoh masa kursus ialah 2 hari tanpa perlu bermalam...

Tapi, dengar cerita pasni nak buat kursus kahwin siap dengan qiamullail sekali...tak taulah betul or just sekadar gossip...kalau betul makin susahlah prosedur nak kahwin kat Malaysia ni

Biasanya kursus kahwin ni di buat time weekend or time orang tak kerja...so, tak mengganggu waktu kerja & tak perlu sampai nak mintak cuti dari bos sebab nak pergi kursus

Bayaran kursus standard rasanya sama kat mana-mana tempat pun cuma RM 80.00 pakej lengkap bersama-sama fail, nota, buku "Gerbang Perkahwinan" & termasuk makan & minum... 

Ini bayaran untuk tempat persendirian (private)...kalau kursus kahwin anjuran Jabatan Agama Islam Daerah maybe bayarannya lagi murah dalam RM 50.00...bezanya kursus kat private ni mudah sikit tak perlu skema sangat datang dengan baju melayu & bersongkok & berbaju kurung...asalkan kemas, sopan & menutup aurat pun dah cukup...kalau lelaki just pakai t-shirt & jeans pun boleh baju tak payah tuck in pun takpe...just santai-santai sambil nak dengar ceramah bukan nak buat apa pun

Nak join kursus kahwin ni senang jek just pilih tarikh yang sesuai, isi borang, bagi salinan IC & bayar duit dah setel...tak payah bagi gambar or apa-apa dokumen yang lain 

Kalau ambik kursus kahwin time belajar kat universiti bayarannya pun murah...RM 50.00 jugak...so, kalau pihak universiti ada anjurkan kursus joinlah beramai-ramai...Dulu pun ingat nak ambik time belajar tapi member-member cakap camni pulak...

"Engkau dah gatal sangat nak kahwin ke? Calon pun takde lagi...nanti takkan nak biarkan tunang kau pergi kursus kahwin sorang-sorang kalau engkau awal-awal lagi dah pergi kursus..habislah tunang engkau kena tackle dengan orang lain"

Ya tak ya jugak...terus tak jadi nak join...sebenarnya, tak kesah ada peluang pergi jek awal-awal tak payah nak tunggu-tunggu...lagi senang nanti kalau dah kerja & ada komitmen dah susah nak cari time free untuk pergi kursus...kalau dah ambik kursus awal-awal kita dah selangkah ke alam perkahwinan & cita-cita nak kahwin pun dah dapat pahala walaupun kahwin lama lagi & setan dah mula gabra tengok kita dah pergi kursus sebab nak kahwin

Sekian sajalah untuk kali ini, next-next entry maybe OdahOne akan cerita prosedur untuk setelkan borang nikah pulak bagi pasangan-pasangan yang berasal dari negeri Perak & Johor...maklumlah nak nikah ni setiap negeri ada prosedur lain-lain...kadang-kadang pening jugak nak setelkan borang asik kena reject jek kalau buat tak ikut prosedur...So, selamat berkursus kahwin bagi yang akan mula berkursus...dengarlah pesan ustad tu elok-elok supaya rumah tangga kekal bahagia sampai mati

*nota kaki berbau :
Kahwin itu hanya sekali, ada juga yang berkali-kali, ada yang tak cukup hanya sekali...

03 September 2011

JURUKAMERA BERNAMA TV TERBUNUH TERKENA TEMBAKKAN DI SOMALIA | AL-FATIHAH




Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

Sumber : Utusan Online


Baru-baru ni OdahOne ada buat entry tentang misi bantuan kemanusiaan ke Somalia; "SYUKUR KERANA ADA RANCANGAN JALAN-JALAN CARI MAKAN DI MALAYSIA"...tak sangka pulak bila kita hantar misi kemanusiaan nak selamatkan nyawa ribuan rakyat Somalia yang bakal mati kebuluran, nyawa rakyat kita pulak yang melayang

Memang terkejut sangat bila dapat tau berita ni...yelah semua orang tengah mood nak beraya tapi tiba-tiba kita dapat berita sedih yang macam ni...niat murni rakyat Malaysia datang sana nak membantu, walaupun dah tau risiko yang bakal dihadapi...penembak curi, pemberontak & pengganas memang bersepah kat Somalia...negara dah miskin & kemarau tambah pulak perang yang tak habis-habis makin menderitalah rakyat diaorang

Tapi, tak sangka sebilangan rakyat Malaysia sanggup korbankan sambutan Hari Raya semata-mata nak membantu saudara mereka yang lebih memerlukan dibumi Somalia...yelah kita sedia maklum Malaysian Heroes memang akan berada kat mana-mana jek untuk membantu...Proud To Be Malaysian!

OdahOne ucapkan takziah kepada keluarga mangsa terutama sekali kepada ibu beliau...respect sangat & terharu dengan ibu arwah sebab dengan tenang menjawab soalan wartawan & redha dengan pemergian satu-satunya anak lelaki dalam keluarga & anggap anaknya mati syahid...insyallah...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di atas usaha murni yang dia lakukan

Apa-apa pun OdahOne anggap matinya beliau sebagai seorang pejuang...pejuang media!...beliau bukan berjuang mengangkat senjata api tapi mengangkat kamera video semata-mata untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh dunia tentang apa sebenarnya yang berlaku di negara Somalia supaya kita sedar & ambil peduli tentang krisis kemanusiaan yang berlaku kat sana...setidak-tidaknya usaha beliau dapat membantu menyelamatkan ribuan nyawa di bumi yang penuh dengan pergolakkan itu...teruskan berjuang rakyat Malaysia!


*nota kaki :
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)

19 August 2011

SYUKUR KERANA ADA RANCANGAN JALAN-JALAN CARI MAKAN DI MALAYSIA




At lease kita berpuasa tau jugak waktu bila kita boleh makan & minum...makanan & minuman pun dah ready tinggal tunggu masa nak suap masuk dalam mulut jek...boleh buat & masak sendiri or just tunjuk kat bazar ramadan pun boleh & dah dapat juadah untuk berbuka...kita ada pilihan nak makan apa & nak makan kat mana asalkan ada duit

Tapi, bagi sebahagian masyarakat Somalia & Afrika ni puasa diaorang tak tau bila penghujungnya...bila agak-agaknya diaorang boleh makan & minum???...soalan yang takde siapa tau nak jawab...nak beli makanan pun tak tau kat mana...duit & harta benda pun takde...ada duit pun makanan susah nak dapat

Miskin-miskin kita kat Malaysia ni ada jugak ubi kayu, buah-buah or pucuk-pucuk daun yang boleh kita makan...kalau selongkar tong-tong sampah kat belakang kedai makan or rumah-rumah pun still ada benda lagi yang kita boleh makan...at lease tak mati kelaparan...ramai rakyat kita yang mati sebab banyak makan & dapat penyakit sebab tak jaga makan...tak ramai or takde yang mati sebab kebuluran tak dapat makan

Kita kat sini sibuk asyik tengok waktu berbuka puasa & pilih tempat-tempat best untuk berbuka...kalau diaorang kat Somalia tau waktu berbuka pun tak guna sebab takde apa yang nak dibukanya...nak cari secawan air bersih pun susah inikan pula juadah buat berbuka...sampaikan tanah pun diaorang jadikan makanan...lagi satu kita kat sini asyik sangat update status kat FB juadah apa yang kita makan untuk berbuka hari ni & kita berbuka kat mana hari ni...siap dengan gambar-gambar makanan...tapi, kita kadang-kadang lupa untuk update minda kita tentang orang yang tak senasib dengan kita

Inilah salah satu tujuan diwajibkan kita berpuasa...supaya dapat merasa kelaparan & kehausan macam saudara mara semanusia kita kat negara-negara lain yang kekurangan bekalan makanan...yang kesian tengok kanak-kanak badan just tinggal rangka & nampak tulang...orang lain yang sibuk berperang tapi orang lain yang jadi mangsa...

Alangkah bersyukurnya kita kat Malaysia sebab masih dapat berpuasa & dapat berbuka puasa tepat pada waktunya sambil menjamah juadah berbuka puasa dengan tenang & aman...Kita jagalah bersama-sama

*nota kaki berbau :
Mungkinkah akan ada rancangan "Jalan-Jalan Cari Makan" di bumi Somalia?...Siapakah hosnya?

18 August 2011

CHECKLIST HARI RAYA




Baju Raya

Mesti ada paling tidak pun sehelai baju raya dah cukup...lagipun Nabi suruh kita pakai pakaian yang terbaik time 1st day Hari Raya Aidilfitri sebagai meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu time bulan Ramadan...tapi, cukup ke selai?...ada yang dah bersusun baju raya start dari raya pertama sampai raya kelima...yelah dapat cuti sampai raya kelima hari-harilah mau pakai baju baru...ingat, jangan fikir beli untuk diri sendiri jek...kalau ada mak ayah & adik-beradik yang still tak kerja lagi tolonglah belikan diaorang punya baju sama...diaorang pun nak bergaya jugak di pagi raya takkan nak tengok kita jek bergaya kan???

Persiapan Rumah

Tak salah kalau nak tukar langsir yang dah macam roti jala koyak rabak sana sini...nak cat rumah yang dah kusam pun tak salah gak...yang salah kalau membazir tiap-tiap tahun nak raya asyik tukar perabot baru...mentang-mentanglah ada macam-macam sales perabot dekat nak raya ni...siap ada yang angkat hari ni tapi bayar tahun depan...amboi...ala kadar jeklah buat persiapan mencantikkan rumah...lagipun nanti lepas raya nak guna duit jugak...kalau banyak duit hari-hari kita boleh beraya

Kuih Raya

Terpulanglah nak beli or buat sendiri...kalau rajin menguli tepung buatlah sendiri...kalau ada bajet lebih & tak larat nak buat beli pun lagi senang...tunjuk jek kat kedai kuih mana yang berkenan...kalau yang kerja kilang or ofis sure ramai rakan sekerja yang ambik kesempatan jual kuih raya time-time camni...belilah seketul dua, sian support member-member nak cari duit tambang balik kampung & beli baju anak-anak

Duit Raya | Green packet

Yang ni bukan cara kita tapi dah jadi macam satu trend kanak-kanak yang datang beraya kat rumah kita bagi duit raya...kalau dulu bagi duit syiling dah cukup tapi zaman sekarang kalau bagi 20sen or 50sen budak-budak dah tak pandang walaupun kita bagi dengan niat yang ikhlas...bila dengar budak-budak merungut bagi duit raya setakat sen-sen nanti kita dah jadi tak ikhlas... jangan lupa bajet untuk bagi anak-anak buah sekali...biasanya diaorang ni demand sikit...paling koman pun duit merah kalau tak memang diaorang tak layan...takpe niat jek nak bersedekah di hari raya...Insyallah lepas raya nanti rezeki makin bertambah-tambah...kita takkan jatuh muflis kalau setakat bagi duit raya kat budak-budak

Bayar Zakat Fitrah

Yang ni memang orang selalu lupa sampai dah last minit baru nak jumpa Amil untuk bayar zakat fitrah...sekarang ni dah senang nak bayar zakat fitrah tak macam zaman tok kadok dulu...kat mana-mana pun ada open table untuk bayar zakat...kalau ada duit better cepat-cepat bayar...Alhamdulilah OdahOne dah setel bayar zakat fitrah kat Tesco minggu lepas...lega rasanya

Servis Kenderaan

Penting benda ni...sebab kalau kereta rosak or buat hal kat tengah jalan time on the way nak balik kampung memang boleh spoilt & rosakkan mood nak beraya...pergilah hantar servis kat bengkel check or tukar apa yang patut...minyak hitam, minyak brake, wiper, brake shoe, mentol lampu, air bateri, tayar & lain-lain lagi...yang paling malang kalau berlaku kemalangan dengan sebab kita tak selenggara kenderaan dengan betul...habis melayang nyawa & harta benda...tapi, kalau kereta dah servis tip top jangan ingat boleh pecut laju-laju...agak-agaklah, ingat keluarga yang tersayang

Bajet Perjalanan

Especially bagi mereka yang drive kenderaan sendiri untuk balik kampung yang berbatu-batu jauhnya...setakat RM200 tak cukup rasanya...at least kena standby jugak duit cash dalam poket mana tau kereta buat hal kat tengah jalan ke...duit minyak & tol jek dah berapa ratus...pening jugak, kalau tak mampu better naik keretapi or bas lagi jimat & selamat...cuma tak puaslah nak beraya rumah sedara mara naik kereta sendiri...lagi satu bersedialah untuk menempuhi jammed yang berbatu-batu...biasalah hari raya...dah bertambah lagi bajet minyak kereta...aduyai!

Apply Cuti

Dah namanya hari raya takkan kita nak beraya kat ofis or tempat kerja sorang-sorang kan...kecuali kalau dah terpaksa...contohnya; kalau kita kerja polis, bomba, tentera & sebagainya yang memang tak boleh nak cuti time musim perayaan or apa-apa musim pun...mintaklah cuti awal-awal kat bos...kalau kampung tu jauh applylah cuti lama sikit sebab cuti yang ada tu maybe tak cukup...perjalanan ulang-alik jek dah makan masa 1 hari...hope, cuti tahun ni bos luluskan boleh beraya sakan!


"Kalau ada checklist yang tertinggal sorilah ni setakat basic-basic jek...OdahOne pun banyak lagi senarai checklist yang belum dicompletekan...korang camne?"

*nota kaki berbau :
Sediakan baju hujan sebelum turun hujan...sediakan duit sebelum raya... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...