03 September 2011

JURUKAMERA BERNAMA TV TERBUNUH TERKENA TEMBAKKAN DI SOMALIA | AL-FATIHAH




Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

Sumber : Utusan Online


Baru-baru ni OdahOne ada buat entry tentang misi bantuan kemanusiaan ke Somalia; "SYUKUR KERANA ADA RANCANGAN JALAN-JALAN CARI MAKAN DI MALAYSIA"...tak sangka pulak bila kita hantar misi kemanusiaan nak selamatkan nyawa ribuan rakyat Somalia yang bakal mati kebuluran, nyawa rakyat kita pulak yang melayang

Memang terkejut sangat bila dapat tau berita ni...yelah semua orang tengah mood nak beraya tapi tiba-tiba kita dapat berita sedih yang macam ni...niat murni rakyat Malaysia datang sana nak membantu, walaupun dah tau risiko yang bakal dihadapi...penembak curi, pemberontak & pengganas memang bersepah kat Somalia...negara dah miskin & kemarau tambah pulak perang yang tak habis-habis makin menderitalah rakyat diaorang

Tapi, tak sangka sebilangan rakyat Malaysia sanggup korbankan sambutan Hari Raya semata-mata nak membantu saudara mereka yang lebih memerlukan dibumi Somalia...yelah kita sedia maklum Malaysian Heroes memang akan berada kat mana-mana jek untuk membantu...Proud To Be Malaysian!

OdahOne ucapkan takziah kepada keluarga mangsa terutama sekali kepada ibu beliau...respect sangat & terharu dengan ibu arwah sebab dengan tenang menjawab soalan wartawan & redha dengan pemergian satu-satunya anak lelaki dalam keluarga & anggap anaknya mati syahid...insyallah...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di atas usaha murni yang dia lakukan

Apa-apa pun OdahOne anggap matinya beliau sebagai seorang pejuang...pejuang media!...beliau bukan berjuang mengangkat senjata api tapi mengangkat kamera video semata-mata untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh dunia tentang apa sebenarnya yang berlaku di negara Somalia supaya kita sedar & ambil peduli tentang krisis kemanusiaan yang berlaku kat sana...setidak-tidaknya usaha beliau dapat membantu menyelamatkan ribuan nyawa di bumi yang penuh dengan pergolakkan itu...teruskan berjuang rakyat Malaysia!


*nota kaki :
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...