Weekend yang lepas OdahOne banyak habiskan masa kat dalam kereta travel dari selatan sampai ke utara...so, RNR kat tepi highway adalah tempat persinggahan yang wajib untuk di lawati...samada nak isi minyak, isi perut, buang isi perut, buang penat & berehat, tidur, solat, shopping or buat apa-apa yang patut...semua aktiviti kita buat kat situ
Jam dah pun pukul 12 tengah malam & badan pun dah tak larat nak drive...bijik mata dah macam ada gam tak larat nak bukak...RNR adalah tempat yang paling sesuai untuk situasi yang macam ni...OdahOne pun cari port parking yang selamat sambil turunkan sikit tingkap kereta & terus check in dalam kereta untuk tidur
Sambil tu dah plan nak gerak sambung semula ke destinasi pukul 6.30 pagi esok...so, kena charge power dulu lah...enjin kereta pun dah penat kena relax jugak takkan kita jek nak relax kan...seat kereta yang ditumbangkan hampir 45 darjah menjadi tilam yang paling empuk pada masa tu...tak sampai berapa minit mata pun terpejam
Tengah syok layan tidur datang pulak sebuah van yang sarat dengan penumpang...nampak gaya macam rombongan baru balik dari hantar pengantin...biasalah minggu lepas kan cuti Hari Malaysia ramai orang yang kawen...kebetulan van tu parking pulak kat sebelah kereta OdahOne
Amboi!...bukan main bising lagi diaorang borak sampai tak boleh nak tidur...pakcik & makcik asyik dok bercerita & mengumpat pasal kenduri kahwin siang tadi...macam-macam cerita yang keluar...nak tak nak terpaksa dengar gak walaupun mata dah mengantuk gila...nasi hangitlah, pelamin macam pelamin zaman 60an lah, pengantin perempuan tak cantik muka macam Mona Fendey lah...macam-macam yang diaorang mengumpat
Lebih kurang 1 jam barulah diaorang semua blah@beredar...dapatlah sambung tidur balik...ku sangkakan panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di tengah hari...kali ni datang pulak sebijik kereta Myvi convert jadi kereta Toyota Passo...sekali pandang aku dah tau tu kereta Myvi tak payah nak berlagak bawak Toyota Passo
Boleh pulak dia nak test speaker kereta punya amp time berhenti kat RNR ni...Peh! tahap kesabaran semakin memuncak...memanglah power gila bunyinya tapi lagi power kalau diaorang senyap time waktu ni sebab ada orang yang mengantuk nak tidur untuk recharge power...dah puas buat bising diaorang pun blah akhirnya
Mata dah start terkebil-kebil cari feel nak sambung tidur lepas 2 kali terjaga...belum pun sempat pejam mata datang pulak convoy group motor Yamaha RXS...parking kat area yang sama jugak...memang dari siang tadi aku tengok bersepah motor Yamaha RXS kat sepanjang highway...maybe ada jamboree kot...minat tengok motor diaorang yang nampak klasik...teringat pulak kat cerita ni; "RX-S ENERGY INDUCTION"
Kenapalah port ni ramai sangat yang suka lepak aku pun tak tau...tapi nasib baik brother ni semua berhemah sikit...bila dapat tau ada orang tidur kat dalam kereta diaorang cepat-cepat matikan enjin motor...kira ada jugak kesedaran siviklah sebab ada sifat respect...siapa kata Mat Motor tu takde sivik?
Yang tak bestnya, asap rokok pulak berkepul-kepul masuk ikut cermin kereta...takkan nak sedut asap rokok sambil tidur...mau tidur buat selama-lamanya...hati dah mula rasa panas & tak sabar rasa macam nak keluar kereta & sound...tiba-tiba dalam hati berkata;
"Check in dalam kereta kat tepi RNR, tapi ada hati nak marah orang"...terus tak jadi nak marah sebab RNR tu tempat awam bukannya tempat kita sorang...kalau nak tidur dengan selesa check in lah kat hotel, keluarlah modal sikit kalau tak jangan nak mengada-ngada sound orang...mau makan penampor siam
Moral of the story; RNR tu bukan tempat untuk tidur jek, tapi ada orang yang gunakan sebagai tempat untuk berhenti berborak sambil mengumpat, tempat untuk test speaker amp kereta, tempat untuk berasap hisap rokok & aktiviti yang seumpama dengannya
Matahari pun dah nak keluar sebab shiftnya dah sampai...bulan pulak dah penat baru habis shift kerja malam tadi...perjalanan OdahOne pun mesti diteruskan...start kereta terus sambung perjalanan walaupun mata mengantuk tak cukup tidur...Alhamdulillah selamat sampai & dapat taip entry pagi ni
*nota kaki berbau :
Sabar itu menunggu bukannya tertunggu-tunggu...Marah itu menanti bukannya ternanti-nanti...lebih baik menunggu dengan penuh sabar daripada menanti penuh dengan marah
11 KOMEN:
alhamdulillah selamat sampai.. :)
R & R...rehat & rawat segalanya..
macam2 ada ek..hihi..
haha... kesimpulan tu yang momoy tak boleh nak tahan
tapi kalau penat sangat , janagn ambik risiko teruskan perjalanan
rehat saja sampai betul2 tak ngantuk
sebab ramai kawan-kawan yang letih sangat
mata celik tapi otak tido lalu babas
MENARIK LAH NOTA KAKI KAT BAWAH TUU..KOOL....
miss senget : nseb baik smpi kalo x xdpt tulis entry ni...hoho
aien not alien : yup, rawatlh apa yg patut
MOMOY : yela MOMOY kalo dh penat sgt better relaxlh dulu kalo dah tbabas nnti relax wt slamanya...
gaung : thanx...mmg kool tp dlm mksudnya tu...
Hahaha. Check in tepi higway la :)
Yg ptg rehat cukup cukup
perghh odah tabah gile kau huhu..kalo aku mmg da tegur dlu kot ^_^
hehhe biasalah tempat kongsi ramai2 kan camtulah, hehe
woahhh bejalan sakan btul die.dr utara smpai slatan.nk ikot!hee
dulu ada satu member cerita masa tertidur dekat rnr buka cermina tingkap mcm odah la, then bila sedar tengok hp sudah hilang..huhu naya jer
heheheeee.sbor jerk lah
Post a Comment