Showing posts with label mari bercerita. Show all posts
Showing posts with label mari bercerita. Show all posts

28 February 2012

PERKAHWINAN JARAK JAUH BAKAL BERAKHIR?




Alhamdulillah...tak lama lagi akan tamat pengajian PJJ yang membosankan selama ini...akhirnya aku grad jugak dengan flying colours


Nasib baik tak extend lama-lama, semua paper clear takde yang sangkut sampai kena repeat...Siapa yang suka PJJ? Semua pasangan benci PJJ tapi apa nak buat kalau dah terpaksa...kalau sambung belajar PJJ kita jarang dapat tengok muka lecturer macam tu jugaklah kalau kahwin PJJ...laki jarang tengok muka isteri & isteri jarang dapat tengok muka suami...kalau ada anak samalah macam tu gak

Ini antara rintihan, pandangan & nasihat daripada mereka yang telah menempuhi dugaan PJJ...pengalaman dari kawan-kawan OdahOne untuk kita kongsikan bersama...Ikutilah rentetan kesah benar dari mereka-mereka ini;


"Ingatlah bahawa ada orang lain yang lebih berat ujianya..Allah tahu sejauh mana kemampuan hambanya, tu sebab dia datangkan ujian pada kita..so, kita mesti kuat..!"

"Terseksa jiwa raga duk jauh-jauh wei. Aku stress gila sekarang, sob sob!!"

"Aku dah cuba...Tapi sekarang mood dah kelaut...Asyik nangis je kejenya...Sejak kawen lagi dah duk asing-asing, bila ada anak pon duk asing lagi...Sian anak aku, kurang kasih sayang seorang bapa...Kalau hubby aku cuti sama macam aku takpe, tapi time aku cuti, dia keje, time dia cuti aku pulak keje...Sob sob!!" 

"Sayang tu memanglah sayang dengan kerja ni...tapi entahlah...Encik suami pon dah bersuara suh duk dengan dia, aku as isteri ni takkan nak ingkar...aku dalam dilema, aku dah isi borang, mintak tukar tempat kerja dekat dengan suami, result maybe bulan 3 ni...kalau dapat tukar, Alhamdulillah, tapi kalau tak dapat taktau lah..."

"Emm kena buat Solat Istikarah ni...Doakan yang terbaek untuk aku ye kawan-kawan!!"

"Aku penat! Tiap hari Jumaat kena drive sorang-sorang balik kampung...Drive 3jam dengan anak aku yang nangis beria-ria taknak duk dalam carseat...pastu Ahad nak kena drive balik semula...Semua benda aku kena handle sndiri...Aku tau aku leh buat, aku kuat, tapi kadang-kadang bila penat sangat balik keje, dengan perangai anak aku yang asyik nak berdukung jek, terus aku stress...pastu aku biarkan jek anak aku meraung sorang-sorang...Rasa macam dah nak gila...hukhuk!! Sungguh aku tertekan sekarang, waaaaaaaaaaaaaa!!!!" 

"Sabar...tiap apa yang dirancang oleh Allah pasti ada hikmahnya... jangan berhenti berdoa padaNya diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Anak adalah amanah dan rezeki dariNya. Jangan disebabkan tekanan kerja anak sendiri jadi mangsa. Sabar ye..."

"Encik suami hari sabtu keje, cuti jumaat jek...kadang-kadang hari jumaat pun keje...Encik suami aku bukan cuti macam orang lain...cuti umum pon dia keje, aku yang stress...tak boleh bajet masa nak jumpa suami sendiri"

"Kesian kat anak aku, dahla dia dah start kenal orang...kesian kejap jek dia boleh main dengan papa dia...pernah sekali sampai 4minggu tak jumpa, bila jumpa anak aku menangis takmau kat papa dia sebab dia macam tak kenal kat papa sendiri...terpaksa kena mulakan sesi suai kenal semula...sedih hubby aku bila anak sendiri takmau kat dia...aku yang tengok pun naik sebak..."

"Anak aku selalu jadi mangsa sebab aku suh dia diet sekarang...badan dia semangat gemuk sangat, penat aku nak dukung especially time pergi shopping beli barang...lenguh tangan aku dibuatnya...kan best kalau ada suami kat sisi boleh tolong dukung"

"Time weekend semua orang balik kampung...tinggallah aku berdua-duaan dengan anak aku yang duk kat kuarters ni...aku tengok anak aku & anak aku pulak tengok aku...entah bila nak tengok muka suami aku pun tak tau"

"Aku dah naik gila nak resign sekarang jugak...hehe...kalau ikutkan keistimewaan keje gomen ni, rasa macam sayang jek...tapi aku kena pikir soal kekeluargaan gak, sorang  kat utara & sorang lagi kat selatan...smpai bila kan?...lagipun nak pohon pindah tempat kerja bukan senang...aku dah test mohon tapi diaorang macam endah tak endah jek sebab aku ni baru kerja tak sampai setahun pun...ada banyak lagi permohonan yang diaorang nak layan...kompem aku kena reject awal-awal...kalau permohonan aku tak berjaya takkan aku nak stay hidup camni selama-lamanya?...oh! tidak...buntunya!"

"Aku selalu nangis bila baca statement, 'Tempat seorang isteri ialah disisi suami' sebab aku takleh disisi suamiku...Aku rasa berbaloi kalau aku quit kerja ni sebab hati tak tenang bila keje...Hati tak seronok, tak tenang, tak syok sebab kerja tak berapa menyeronokkan. ..Aku dah ada 'jalan lain', Insyallah akan aku usahakan"


"Aku rasa sekarang ni jalan yang terbaik ialah kena sabar, sabar & terus bersabar...akak aku lagi dahsyat...dia duk Sabah dengan anak dia...suami dia pulak duk Melaka...time cuti sekolah jek boleh balik semenanjung...lepas bersalin & habis pantang terus bawak anak dia umur 2 bulan nek flight...pastu tinggallah mereka berdua bersama-sama...sampai anak dia umur 3tahun baru dapat tukar ke semenanjung...susah senang kena bersama-sama dengan anak tanpa suami...jangan terburu-buru nak resign nanti menyesal!...fikirkan masa depan sebab akan datang mungkin susah nak dapat kerja"

"Just nak sharing...kakak aku pun mengajar kat sabah selama 4 tahun & ada anak sorang... tahun ke-5 dapat pindah balik pahang... tapi, still duk jauh-jauh selama setahun sebab abang ipar aku kerja & tinggal kat KL...maybe bulan depan abang ipar aku resign & balik pahang...6 tahun tak dapat hidup bersama & jumpa pun sekali-sekala sampai anak dah 2...pernah sekali tu jadi kes polis (mengancam nyawa) masa tahun ke-3 dia tinggal kat Sabah...tapi, pihak berwajib masih buat bodoh!!!...still tak luluskan permohonan dia untuk transfer...so, nasihat aku...wat Solat Istikharah suami & isteri...pastu ikutlah apa ketentuanNya...Amin..."

"Pengorbanan seorang Ibu & Isteri tiada tolok bandingnya...Insyaallah Allah mendengar doa orang yang sabar...ada hikmah di sebaliknya....Insyallah..." 

"Masa mengandung dulu aku dok sorang, dah bersalin pun kena dok sorang lagi...huhu...Alhamdulillah anak aku tak meragam sangat tapi memang stress bile fikir hidup berjauhan dengan suami...sekarang ni tengah tunggu jawapan pertukaran suami...takmau dok sorang-sorang lagi dah...aku hari-hari doa tunggu masa jek untuk ALLAH perkenankan...sedihnya...marilah kita berpelukkan bersama-sama WAHAI mama PJJ"

"Perjalanan dari utara ke Kuala Lumpur dah macam berulang-alik ke tempat kerja...Tiap-tiap minggu aku kena drive balik KL semata-mata nak jumpa isteri...kena pulak sekarang dia dah pregnant...tiap hari Jumaat habis jek kerja cepat-cepat aku drive balik KL"

nota kaki berbau :
Berat jari menaip entry berat lagi orang yang membacanya...Berat mulut membaca berat lagi jiwa yang menanggungnya...

26 January 2012

JANGAN SUKA KETAWAKAN ORANG LAIN



Kadang-kadang kita tak sengaja ketawa bila tengok orang jatuh...padahal orang yang jatuh tu terpaksa menanggung azab sakit & malu sebab jatuh kat khalayak ramai...lebih-lebih lagi bila terjatuh dari kerusi empuk waktu tengah makan McD time peak hours pulak tu...insiden yang memang semua orang takmau berlaku pada diri sendiri tapi berlaku kat aku

Perrgh! time tu rasa sakit dah tak terasa sebab dah di cover oleh perasaan malu yang teramat sangat...walaupun punggung terasa sengal-sengal tapi bila diketawakan oleh orang yang sememangnya sengal rasa sakit tu dah berubah ke hati...sakitnya hati mengatasi sakit kat punggung...takde sape yang sudi tolong hanya diri sendiri yang menanggung...yang sudi gelakkan memang ramai

Nasib baik One dengan machonya mengangkat aku seakan-akan Prince Charming yang datang menyelamatkan Princessnya yang berada dalam kesusahan...dengan serius dia angkat aku tanpa pedulikan orang sekeliling yang sedang bergelak ketawa tanpa batasan seraya berkata; "Are you ok?"

Lega sikit bila suami sendiri tak join diaorang ketawa bersama-sama...padahal aku tak kenal pun orang kat sekeliling tu...cara diaorang gelakkan aku macam member-member dah 10 tahun kenal...


Agaknya memang lumrah manusia memang suka ketawa bila tengok orang jatuh...lebih-lebih lagi bila tengok bangsa sendiri jatuh...yang gelakkan time aku jatuh pun orang-orang kita jugak...bangsa lain cuma buat-buat tak tahu or buat-buat tak nampak...maybe sebab nak cover air muka orang yang jatuh...rasanya lagi baik buat-buat tak tahu daripada bantai gelak secara berjamaah ramai-ramai...bila suruh solat berjamaah takmau pulak...gelakkan orang laju jek

Mungkin jugak cara aku jatuh tu agak tragik & melucukan & buatkan orang tak boleh control urat ketawa...bukan setakat orang jek yang ketawa...aku sempat menjeling kat patung Ronald Mc Donald yang tengah dok berdiri kat pintu tu pun tersenyum sama, gelakkan aku gamaknya

Anyway, suka hati koranglah...hari ni kita diatas kerusi hempuk McD mana tau satu hari nanti kita pulak berada di bawah kerusi...lebih malang lagi, mana tau lain kali kalau kita gelakkan orang yang jatuh dari kerusi kita pulak yang kena hempuk sebab terover gelak

*nota kaki berbau :
Sekali kita jatuh tak bermakna kita tak boleh bangun lagi...sekali kita bangun tak bermakna kita tak boleh jatuh lagi...sekali kita jatuh cinta? Cukuplah hanya sekali...

10 January 2012

BERSIAP SEDIA UNTUK BERPINDAH



Rumah yang dicari sudah dapat...so far semua ok walaupun rumah tu takde sofa...tapi, ada kabinet dapur, meja makan, rak TV, peti sejuk & mesin basuh...sebenarnya, tuan rumah malas nak angkut barang-barang dia & bagilah OdahOne guna semua benda tu...kira macam fully furnished jugaklah berbaloi dengan harga duit sewa...sayangnya sofa yang lawa tu tuan rumah nak angkut sekali
 
Dah rezeki tak payah nak beli barang rumah banyak-banyak bak kata tuan rumah; "Adik masuk rumah akak cuma cuci kaki jek, semua benda dah ada"...terima kasih banyak-banyaklah kak, kaki kami dah bersih tak payah cuci lagi boleh terus masuk ...akhirnya proses 'mengushar' rumah sewa yang terbaek berjaya; "KISAH MISI MENCARI RUMAH SEWA DITERUSKAN LAGI"

Bayaran sewa 1 bulan = RM 450 ("ni harga kawan-kawan punya pasal, kalau bukan kawan memang tak dapat harga ni dik oi!"...kata akak tuan punya rumah sewa)
Deposit api & air = RM 200
Deposit rumah 2 + 1 = (RM 450 + RM 450 + RM 450 = RM 1350)
TOTAL (2+1 campur deposit api & air) = RM 1550

Banyak jugak tu...kopaklah duit gaji bulan ni...area Klang Valley ni semua tuan rumah mintak deposit sewa rumah 2+1...susah nak jumpa yang 1+1 kecuali area ceruk-ceruk rantau...maybe sebab ramai penyewa yang cabut lari kot...lepas tak mampu bayar sewa 3 bulan apa lagi cabutlah tengah-tengah malam...duit ni lah agaknya tuan rumah sewa guna buat backup

Tapi, selalu jugak tengok orang yang pindah tengah-tengah malam ni...mungkin nak elakkan kesesakkan especially rumah apartment@condo...takmau berebut-rebut guna lif...macam peristiwa yang ini, "LIF BOMBA UNTUK ORANG PINDAH RUMAH?"

Lagi satu mungkin sebab nak lari@cabut sebab tak bayar duit sewa berbulan-bulan...ada yang lagi dashyat, dah lah sewa rumah tak mau bayar segala barang milik tuan rumah tu pun dia angkut sama...kepala paip, lampu & segala apa benda berharga yang boleh dikebas semua kena angkut masuk lori


Kalau ikut hukum ilmu matematik (2 + 1 = 3) tapi yang ni tak (2 + 1 = RM 1350)...tak kesahlah yang penting dapat rumah yang selesa & dekat dengan tempat kerja & paling best dapat duduk bersama-sama tak macam cerita ni; "DILEMA PERKAHWINAN JARAK JAUH | CAMNE NAK HANDLE NI?"

Sebut perkataan pindah terus badan jadi lemah...letih mengalahkan 3 kali kahwin...kahwin tu penat siapa yang cakap tak penat?...sebab start dari pagi kena prepare macam-macam, kena bersanding berjam-jam, kena layan tetamu & sedara mara datang, kena bergambar dengan pelbagai posing (atas pelamin, dalam bilik, & meja makan), tak cukup bergambar kat dalam rumah kena pergi luar rumah@outdoor pulak...tapi, apa pun memang tak boleh lawan dengan penat pindah rumah

Kena pulak pindah rumah tingkat 2 & takde lif...mau patah tulang belakang...tapi takpe untuk memudahkan kerja terpaksalah ikut; "TIPS PINDAH RUMAH"
 

Berat hati jugak nak tinggalkan rumah lama...geng-geng serumah semuanya dah ngam...banyak sentimental value yang ada kat rumah lama ni...banyak kenangan pahit & manis...contohnya macam pengalaman ni; "TERSEPIT DI AWAL RAMADHAN" & juga pengalaman yang ini; "SUSAHNYA HIDUP DENGAN ORANG YANG BERMENTALITI RENDAH"

Ini semua pengalaman yang dapat kat rumah lama...pengalaman yang baru kat rumah baru nanti OdahOne story lain kali pulak...yang penting kita enjoy!
*nota kaki berbau :
BERPINDAH...Baju or barang yang mana nak kena bawak? Mana yang nak kena tinggal bagi kat kawan-kawan? Mana yang nak kena buang?...
Apa kenangan yang nak kita bawak? Apa yang nak kena tinggal untuk manfaat orang lain? Apa yang nak kena tinggal & buang jauh-jauh?

19 September 2011

CHECK IN DALAM KERETA TEPI RNR TAPI ADA HATI NAK MARAH ORANG?




Weekend yang lepas OdahOne banyak habiskan masa kat dalam kereta travel dari selatan sampai ke utara...so, RNR kat tepi highway adalah tempat persinggahan yang wajib untuk di lawati...samada nak isi minyak, isi perut, buang isi perut, buang penat & berehat, tidur, solat, shopping or buat apa-apa yang patut...semua aktiviti kita buat kat situ

Jam dah pun pukul 12 tengah malam & badan pun dah tak larat nak drive...bijik mata dah macam ada gam tak larat nak bukak...RNR adalah tempat yang paling sesuai untuk situasi yang macam ni...OdahOne pun cari port parking yang selamat sambil turunkan sikit tingkap kereta & terus check in dalam kereta untuk tidur

Sambil tu dah plan nak gerak sambung semula ke destinasi pukul 6.30 pagi esok...so, kena charge power dulu lah...enjin kereta pun dah penat kena relax jugak takkan kita jek nak relax kan...seat kereta yang ditumbangkan hampir 45 darjah menjadi tilam yang paling empuk pada masa tu...tak sampai berapa minit mata pun terpejam

Tengah syok layan tidur datang pulak sebuah van yang sarat dengan penumpang...nampak gaya macam rombongan baru balik dari hantar pengantin...biasalah minggu lepas kan cuti Hari Malaysia ramai orang yang kawen...kebetulan van tu parking pulak kat sebelah kereta OdahOne

Amboi!...bukan main bising lagi diaorang borak sampai tak boleh nak tidur...pakcik & makcik asyik dok bercerita & mengumpat pasal kenduri kahwin siang tadi...macam-macam cerita yang keluar...nak tak nak terpaksa dengar gak walaupun mata dah mengantuk gila...nasi hangitlah, pelamin macam pelamin zaman 60an lah, pengantin perempuan tak cantik muka macam Mona Fendey lah...macam-macam yang diaorang mengumpat

Lebih kurang 1 jam barulah diaorang semua blah@beredar...dapatlah sambung tidur balik...ku sangkakan panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di tengah hari...kali ni datang pulak sebijik kereta Myvi convert jadi kereta Toyota Passo...sekali pandang aku dah tau tu kereta Myvi tak payah nak berlagak bawak Toyota Passo

Boleh pulak dia nak test speaker kereta punya amp time berhenti kat RNR ni...Peh! tahap kesabaran semakin memuncak...memanglah power gila bunyinya tapi lagi power kalau diaorang senyap time waktu ni sebab ada orang yang mengantuk nak tidur untuk recharge power...dah puas buat bising diaorang pun blah akhirnya

Mata dah start terkebil-kebil cari feel nak sambung tidur lepas 2 kali terjaga...belum pun sempat pejam mata datang pulak convoy group motor Yamaha RXS...parking kat area yang sama jugak...memang dari siang tadi aku tengok bersepah motor Yamaha RXS kat sepanjang highway...maybe ada jamboree kot...minat tengok motor diaorang yang nampak klasik...teringat pulak kat cerita ni; "RX-S ENERGY INDUCTION"

Kenapalah port ni ramai sangat yang suka lepak aku pun tak tau...tapi nasib baik brother ni semua berhemah sikit...bila dapat tau ada orang tidur kat dalam kereta diaorang cepat-cepat matikan enjin motor...kira ada jugak kesedaran siviklah sebab ada sifat respect...siapa kata Mat Motor tu takde sivik?

Yang tak bestnya, asap rokok pulak berkepul-kepul masuk ikut cermin kereta...takkan nak sedut asap rokok sambil tidur...mau tidur buat selama-lamanya...hati dah mula rasa panas & tak sabar rasa macam nak keluar kereta & sound...tiba-tiba dalam hati berkata;

"Check in dalam kereta kat tepi RNR, tapi ada hati nak marah orang"...terus tak jadi nak marah sebab RNR tu tempat awam bukannya tempat kita sorang...kalau nak tidur dengan selesa check in lah kat hotel, keluarlah modal sikit kalau tak jangan nak mengada-ngada sound orang...mau makan penampor siam

Moral of the story; RNR tu bukan tempat untuk tidur jek, tapi ada orang yang gunakan sebagai tempat untuk berhenti berborak sambil mengumpat, tempat untuk test speaker amp kereta, tempat untuk berasap hisap rokok & aktiviti yang seumpama dengannya

Matahari pun dah nak keluar sebab shiftnya dah sampai...bulan pulak dah penat baru habis shift kerja malam tadi...perjalanan OdahOne pun mesti diteruskan...start kereta terus sambung perjalanan walaupun mata mengantuk tak cukup tidur...Alhamdulillah selamat sampai & dapat taip entry pagi ni

*nota kaki berbau :
Sabar itu menunggu bukannya tertunggu-tunggu...Marah itu menanti bukannya ternanti-nanti...lebih baik menunggu dengan penuh sabar daripada menanti penuh dengan marah

02 August 2011

TERSEPIT DI AWAL RAMADHAN


Hari pertama puasa, hari yang penuh dengan semangat berkobar-kobar untuk memulakan ibadah berpuasa...tapi, tak sangka di awal Ramadhan lagi hidupku telah tersepit...beginilah kesahnya....

Setelah bersolek & touch up muka lebih kurang, aku pun bersiap-sedia untuk keluar rumah bershopping sambil membeli juadah berbuka puasa...kebetulan hari ni aku sorang jek yang cuti & housemate yang lain kerja...area KL tak ambik pulak cuti awal Ramadhan kalau tak boleh balik kampung berbuka bersama keluarga tercinta

Dah siap aku pun keluar rumah & dengan confidentnya menekan button kunci tombol pintu dari sebelah dalam & lantas menutup pintu...aku pun meraba kesemua poket seluar & handbag...Tiba! Tiba! OMG! aku tertinggal kunci kat dalam rumah rupanya...aku cuba mengontrol diri agar tidak panik...memang sah & confirmlah yang aku tertinggal kunci kat dalam rumah & dalam masa yang sama pintu grill still berkunci...alamak!...

Image menggambarkan situasi tersepit di  antara pintu dalam & pintu grill,  tapi bukan gambaran imej sebenar 

Baru ku sedar yang diriku kini sudah tersepit...tersepit di antara pintu dalam & pintu grill...aku blur sekejap sebab tak tau nak buat apa...nak menjerit mintak tolong rasa malu pulak...aku try call housemate untuk mintak bantuan SOS...kebetulan housemate yang tempat kerjanya paling dekat balik kampung sambut Ramadhan kat Kedah...housemate yang lagi sorang pulak tengah busy...paling cepat pun boleh sampai dalam masa 2 jam tapi dia cuba usahakan balik secepat yang mungkin

Masaklah aku kat sini nak tunggu housemate aku balik...takkan nak call Bomba pulak sure diaorang datang & gelakkan aku ramai-ramai silap-silap masuk dalam paper lagilah malu...nak tergelak pun ada sebab dah macam monyet yang kat dalam zoo...macam mana aku boleh terkurung kat dalam ni?...hoho...pada muka aku...

Setiap kali ada orang yang lalu lalang kat situ aku pun berpura-pura berlakon macam takde apa yang berlaku...konon-konon tengah nak bukak pintu masuk rumahlah, cover line baek punyer!...setengah jam lepas tu ada orang yang sama jugak yang lalu & aku masih disitu & kali ni aku dah tak larat lagi dah nak berlakon...letih dah berdiri tercegat kat situ dah habis power...dia pun daring aku macam tengok binatang dalam zoo...nasib baik dia tak baling pisang...aku pun malas nak mintak bantuan dengan mamat tu

Setelah hampir 1 jam tersepit pasukan rescue pun sampai & akhirnya aku dilepaskan...nasib baik housemate dapat balik awal & melepaskan aku daripada penjara ciptaan aku sendiri...barulah aku sedar betapa besarnya nikmat kebebasan dalam hidup ini & betapa beruntungnya orang yang tinggal kat luar penjara...lepas tu aku pun jadi bahan gelak rakan-rakan & mungkin disepanjang Ramadhan diaorang akan gelakkan kot  

Dalam tempoh menunggu tadi sempat jugaklah aku buat video call dengan One...dia pun gelakkan aku sambil nyanyikan lagu Ramlah Ram; "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu"...Cis! apo punya boyfriend...lain kali aku akan lebih berhati-hati supaya insiden yang memalukan macam ni takkan berlaku lagi


Inilah dia imej sebenar...Sempat tersenyum & berposing lagi tu walaupun dalam keadaan tersepit...gambar terpaksa di blurkan sebab nak cover line...nasib baiklah ada space sikit ngam-ngam untuk berdiri & duduk mengcangkung...kalau tak memang mati tersepitlah  kat situ

*nota kaki berbau :
Jangan biarkan diri anda tersepit di antara celah-celah pintu kerana ia akan membuatkan hidup anda rasa tersepit di celah-celah kehidupan

21 July 2011

KESAH KERETA KENA BLOCK




Pagi-pagi lagi sudah bikin panas...kereta ku telah di block...aku punyalah ushar port parking baek punya...tempat yang memang ngam-ngam untuk sebijik kereta & memang tak boleh nak double park...tapi, ada jugak yang nak menyelit kat situ...yang paling sadis dia boleh tarik handbrake pulak...aduyai, betul-betul menyeksa jiwa & sanubari aku yang tengah bersemangat nak pergi kerja

Dulu, aku dah pernah alami kes macam ni...tapi, orang yang block kereta tu ada kesedaran sivik & tak tarik dia punya handbrake just sendal dengan batu bata jek...kat depan tu ada lah lagi kereta yang sedang bersusun-susun buat double parking yang sama...maklumlah rumah pangsa parking lot mana pernah cukup...selagi ada space kat situlah diaorang parking...even kat atas kaki lima...kalau muat masuk dalam lift maybe kat depan rumah pun ada yang parking

Oleh kerana aku nak cepat, aku pun menolaklah kereta yang block kereta aku tu perlahan-lahan dengan tenaga & kudrat yang ada...inilah pengalaman pertama aku tolak kereta orang...kereta sendiri pun aku tak pernah tolak...kena tarik adalah...ops! lawak jek tu....mintak-mintak janganlah sampai kereta kena tarik malu beb...bayar hutang kat bank bulan-bulan tak pernah miss...kena pulak Mael Lambung yang tarik habislah melambung kereta aku

Lepas aku tolak kereta yang 1st tu, tiba-tiba boleh pulak kereta tu meluncur dengan lajunya & langgar kereta yang kat depan...kes perlanggaran ni tak berhenti kat situ jek, kebetulan semua kereta parking rapat-rapat & tak tarik handbrake...ada lah dalam 9 bijik kereta yang bercium antara satu sama lain...inilah namanya Teori Domino bila satu dah jatuh dia akan bertimpa-timpa antara satu sama lain

Ini sudah jadi masalah negara...aku pernah terbaca orang tampal sticker kat cermin belakang kereta bunyinya camni; "U Kiss U Pay"...alamak! takkan aku nak pay pulak bukan kereta aku yang kiss kereta korang...diaorang yang gatal kiss sesama sendiri...tapi, bila aku check kereta tu satu persatu taklah rosak teruk sangat tak nampak pun kecacatannya...fuh! lega selamat duit aku...kalau tak 9 bijik kereta aku nak kena bayar pampasan...mau habis gaji aku untuk 9 bulan

Untuk kes yang berlaku hari ni, aku menunggu dengan penuh sabar...lagipun dah inform kat Encik bos awal-awal yang kereta aku kena block...tu pun susah nak explain bagi dia faham, maklumlah bos stay kat rumah banglo kereta tak pernah kena block...kalau aku tak sabar memang dah lama kena pecah cermin kereta ni...kereta Suzuki Swiss tu...entah berapa agaknya harga cermin kereta ni kalau aku pecahkan

Setelah menunggu lebih kurang setengah jam, akhirnya tuan punya kereta pun masuk dalam kereta & alihkan kereta tu dengan muka selamba macam tak buat salah apa-apa...aku punyalah daring semacam langsung dia tak peduli...mungkin muka aku time marah & suka sama jek kot...mujurlah jugak aku ni jenis yang tak kesah, kalau jenis yang hangin satu badan mau ada calaran duit 20 sen kat kereta tu...lagipun kereta ni memang familiar parking kat sini...memang kerja dia block kereta orang lain

Mood aku nak pergi kerja pagi ni memang dah hilang...so, better aku amik time off jek lah...lagipun kalau gerak pergi kerja time-time camni memang alamat tersangkutlah aku kat jammed berjam-jam...Moral of the story; sayangilah kereta anda, parkinglah di tempat yang sesuai & sila lepaskan handbrake kalau nak buat double park


The Unsung Heroes & Heroines of Malaysia, Respect!

*nota kaki berbau :
Orang yang menunggu sambil makan snack double decker lebih baik daripada orang yang suka double park or double cross orang lain

07 June 2011

108 WIRA LIANGSHAN | ALL MEN ARE BROTHERS




Kisah All Men Are Brothers ataupun nama asalnya Hikayat Pinggir Air (Water Margins), juga dikenali sebagai Hikayat Penjahat-penjahat dari Paya ialah salah satu daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan Cina. Dikatakan ditulis oleh Shi Naian, dengan sesetengah orang mempercayai ia ditulis oleh Luo Guanzhong, novel ini memerihalkan dugaan dan kesengsaraan 108 orang penjahat@penyamun pada zaman pertengahan Dinasti Song.

Sebahagian kecil Hikayat Pinggir Air berdasarkan penjahat sejarah, Song Jiang, berserta 36 orang rakannya. Gerombolan ini aktif di kawasan Sungai Huai, tetapi akhirnya menyerahkan diri kepada askar-askar kerajaan pada tahun 1119. Mereka dicatatkan dalam sejarah rasmi Dinasti Song, dengan nama Song Jiang muncul dalam bab mengenai Maharaja Huizhong, dan kegiatan gerombolannya dalam bab mengenai Zhang Shuye.

Ini serba sedikit info yang aku ceduk dari wikipedia...Kalau siapa yang tengok episod semalam drama "All Men Are Brothers" kat 8TV kesemua nama 108 wira Liangshan dah pun di reveal...cuba tengok senarai nama kat bawah ni yang disusun ikut hierarki atau kedudukan...ada 36 Bintang Langit & 72 Bintang Bumi...yang berbintang Langit tu lebih tinggi kedudukannya dari yang berbintang Bumi...of courselah dah nama pun langit mestilah tinggi

Sebelum ni aku pernah buat entry yang bertajuk "All Men Are Brothers"...So, yang ni lebih kurang macam sambungannyalah...kalau nak tau siapa hero yang aku paling suka & sebab apa aku suka hero tu bolehlah baca entry yang sebelum ni...

Watak dalam siri All Men Are Brothers

Pengasas Ahli Kumpulan Liangshan :
Chao Gai

36 Bintang Langit
Song Jiang | Lu Junyi | Wu Yong | Gongsun Sheng | Guan Sheng | Lin Chong | Qin Ming | Huyuan Zhuo | Hua Rong | Chai Jin | Li Ying | Zhu Tong | Lu Zhishen | Wu Song | Dong Ping | Zhang Qing | Yang Zhi | Xu Ning | Suo Chao | Dai Zhong | Liu Tang | Li Kui | Shi Jin | Mu Hong | Lei Heng | Li Jun | Ruan Xiaoer | Zhang Heng | Ruan Xiaowu | Zhang Shun | Ruan Xiaoqi | Yang Xiong | Shi Xiu | Xie Zhen | Xie Bao | Yan Qing

72 Bintang Bumi
Zhu Wu | Huang Xin | Sun Li | Xuan Zan | Hao Si-wen | Han Tao | Peng Qi | Shan Ting-gui | Wei Ding-guo | Xiao Rang | Pei Xuan | Ou Peng | Deng Fei | Yan Shun | Yang Lin | Ling Zhen | Jiang Jing | Lu Fang | Guo Sheng | An Dao-quan | Huangfu Duan | Wang Ying | Hu San Niang | Bao Xu | Pan Rui | Kong Ming | Kong Liang | Xiang Chong | Li Gun | Jin Da-jian | Ma Lin | Tong Wei | Tong Meng | Meng Kang | Hou Jian | Chen Da | Yang Chun | Zheng Tian-shou | Tao Zong-wang | Song Qing | Yue He | Gong Wang | Ding De-sun | Mu Chun | Cao Zheng | Song Wan | Du Qian | Xue Yong | Shi En | Li Zhong | Zhou Tong | Tang Long | Du Xing | Zou Yuan | Zou Run | Zhu Gui | Zhu Fu | Cai Fu | Cai Qing | Li Li | Li Yun | Jiao Ting | Shi Yong | Sun Xin | Gu Dasao | Zhang Qing | Sun Er Niang | Wang Ding-liu | Yu Bao-si | Bai Sheng | Shi Qian | Duan Jing-zhu





















Yang ini pulak susunan nama ikut abjad, nama asli dalam aksara Cina & ejaan Pinyin, bintang yang diwakili & nama gelaran...semuanya lelaki kecuali ada 3 orang wira perempuan yang aku highlight kaler merah...tapi ada nama gelaran yang tak sama dengan cerita All Men Are Brothers kat 8TV tu sebab guna bahasa Indonesia...tapi ada nama yang aku dah alter ikut siri dalam 8TV

安道全 An Daoquan
地霊星 Di Ling Xing (Bintang Roh)
神医 Shen Yi (Tabib Dewa)

白勝 Bai Sheng
地耗星 Di Hao Xing (Bintang Tikus)
白日鼠 Bai Ri Shu (Tikus Putih Siang Hari)

鮑旭 Bao Xu
地暴星 Di Bao Xing (Bintang Mengamuk)
喪門神 Sang Men Shen (Dewa Gerbang Maut)

蔡福 Cai Fu
地平星 Di Ping Xing (Bintang Datar)
鉄臂膊 Tie Bi Bo (Lengan Besi)

蔡慶 Cai Qing
地損星 Di Sun Xing (Bintang Perosak)
一枝花 Yi Zhi Hua (Satu Tangkai Bunga)

曹正 Cao Zheng
地稽星 Di Ji Xing (Bintang Pertimbangan)
操刀鬼 Cao Dao Gui (Setan Memegang Golok)

柴進 Chai Jin
天貴星 Tian Gui Xing (Bintang Mulia)
小旋風 Xiao Xuan Feng (Puting Beliung Kecil)

陳達 Chen Da
地周星 Di Zhou Xing (Bintang Keliling)
跳澗虎Tiao Jian Hu (Harimau Melompat Gaung)

戴宗Dai Zong
天速星Tian Su Xing (Bintang Laju)
神行太保Shen Xing Tai Bao (Pengembara Terhebat)

登飛 Deng Fei
地闘星 Di Dou Xing (Bintang Perang)
火眼俊猊 Huo Jun Yan Ni (Singa Gagah Bermata Api)

丁得孫 Ding Desun
地速星 Di Su Xing (Bintang Laju)
中箭虎 Zhong Jian Hu (Harimau Kena Panah)

董平 Dong Ping
天立星 Tian Li Xing (Bintang Berdiri)
風流双槍将 Feng Liu Shuang Qiang Jiang (Dua Tombak Aliran Angin)

杜遷 Du Qian
地妖星 Di Yao Xing (Bintang Bencana)
摸着天 Mo Zhao Tian (Meraba Langit)

杜興 Du Xing
地全星 Di Quan Xing (Bintang Segala)
鬼臉児 Gui Lian Er (Lelaki Bermuka Setan)

段景住 Duan Jingzhu
地狗星 Di Gou Xing (Bintang Anjing)
金毛犬 Jin Mao Quan (Anjing Berambut Emas)

樊瑞 Fan Rui
地然星 Di Ran Xing (Bintang Benar)
混世魔王 Hun Shi Mo Wang (Raja Setan Pengacau Dunia)

共旺 Gong Wang
地捷星 Di Jie Xing (Bintang Kemenangan)
花項虎 Hua Xiang Hu (Harimau Tengkuk Berbunga)

公孫勝 Gongsun Sheng
天間星 Tian Jian Xing (Bintang Antara)
入雲龍 Ru Yun Long (Naga Masuk Awan)

顧大嫂 Gu Dasao (Kakak Ipar Gu) 
地陰星 Di Yin Xing (Bintang Yin) – Yin dalam Yin/Yang
母大虫 Mu Da Chong (Perempuan Garang)

関勝 Guan Sheng
天勇星 Tian Yong Xing (Bintang Pendekar)
大刀 Da Dao (Pisau Besar)

郭盛 Guo Sheng
地祐星 Di You Xing (Bintang Penolong)
賽仁貴 Sai Ren Gui (Tandingan Ren Gui) Ren Gui = Xue Rengui/Sie Jin Kwie, pahlawan Dinasti Tang

韓滔 Han Tao
地威星 Di Wei Xing (Bintang Kekuasaan)
百勝将 Bai Sheng Jiang (Jeneral Seratus Kemenangan)

赫思文 Hao Siwen
地雄星 Di Xiong Xing (Bintang Jantan)
井木干 Jing Mu Gan (Sumur Kayu Kering)?

侯健 Hou Jian
地遂星 Di Sui Xing (Bintang Langsung)
通臂猿 Tong Bi Yuan (Kera Bertangan Pantas)

扈三娘Hu Sanniang (Lady ke-3 Hu)
地急星 Di Ji Xing (Bintang Tergesa-gesa)
一丈青Yi Zhang Qing (Besi Sepuluh Kaki)

呼延灼Hu Yanzhuo
天威星Tian Wei Xing (Bintang Kekuasaan)
双鞭 Shuang Bian (Dua Cambuk)

花栄 Hua Rong
天英星 Tian Ying Xing (Bintang Berani)
小李広 Xiao Li Guang (Li Guang Kecil)

黄信 Huang Xin
地刹星 Di Cha Xing (Bintang Kelenteng)
鎮三山 Zhen San Shan (Penakluk Tiga Gunung)

皇甫端 Huangfu Duan
地獣星 Di ??? Xing (Bintang Haiwan)
紫髯伯 Zi Ran Bo (Bapa Berjanggut Ungu)

蒋敬 Jiang Jing
地会星 Di Hui Xing (Bintang Pertemuan)
神算子 Shen Suan Zi (Dewa Hitung)

焦挺 Jiao Ting
地悪星 Di E Xing (Bintang Kejahatan)
没面目Mei Mian Mu (Muka Tersembunyi)

金大堅 Jin Dajian
地巧星 Di Qiao Xing (Bintang Mahir)
玉臂匠 Yu Bi Jiang (Tukang Bertangan Sakti)

孔亮 Kong Liang
地狂星 Di Kuang Xing (Bintang Congkak)
独火星 Du Huo Xing (Bintang Api Tunggal)

孔明 Kong Ming
地好星 Di Hao Xing (Bintang Kesenangan)
毛頭星 Mao Tou Xing (Bintang Kepala Berambut) [Komet?]

雷横 Lei Heng
天退星 Tian Tui Xing (Bintang Mundur)
挿翅虎 Cha Chi Hu (Harimau Bersayap)

李袞 Li Gun
地走星 Di Zou Xing (Bintang Berlari)
飛天大聖 Fei Tian Da Sheng (Terbang Ke Langit)

李俊 Li Jun
天寿星 Tian Shou Xing (Bintang Umur Panjang)
混江竜 Hun Jiang Long (Naga Mengaduk Sungai)

李逵 Li Kui
天殺星 Tian Sha Xing (Bintang Pembunuh)
黒旋風 Hei Xuan Feng (Puting Beliung Hitam)

李立 Li Li
地奴星 Di Nu Xing (Bintang Budak)
催命判官 Cui Ming Pan Guan (Hakim Pemutus Nasib)

李応 Li Ying
天富星 Tian Fu Xing (Bintang Kaya)
撲天鳥 Pu Tian Niao (Burung Menyerbu Langit)

李雲 Li Yun
地察星 Di Cha Xing (Bintang Pemeriksa)
青眼虎 Qing Yan Hu (Harimau Bermata Biru)

李忠 Li Zhong
地僻星 Di Pi Xing (Bintang Rendah)
打虎将Da Hu Jiang (Pemukul Harimau)

林沖 Lin Chong
天雄星Tian Xiong Xing (Bintang Jantan)
豹子頭 Bao Zi Tou (Kepala Harimau Kumbang)

凌振 Ling Zhen
地軸星 Di Zhou Xing (Bintang Poros)
轟天雷 Hong Tian Lei (Guntur Bergemuruh di Langit)

劉唐 Liu Tang
天異星 Tian Yi Xing (Bintang Aneh)
赤髪鬼 Chi Fa Gui (Setan Berambut Merah)

呂方 Lu Fang
地佐星 Di Zuo Xing (Bintang Bantuan)
小温侯 Xiao Wen Hou (Bangsawan Wen Kecil)—Bangsawan Wen = Lu Bu, panglima zaman Sam Kok

盧俊義 Lu Junyi
天罡星 Tian Gang Xing (Bintang Dewa)
玉麒麟 Yu Qilin (Qilin Giok) –Qilin = Barongsai

魯智深 Lu Zhishen
天孤星Tian Gu Xing (Bintang Sendirian)
花和尚 Hua Heshang (Biksu Bunga)

馬麟 Ma Lin
地明星 Di Ming Xing (Bintang Terang)
鉄笛仙 Tie Di Xian (Pertapa Suling Besi)

孟康 Meng Kang
地満星 Di Man Xing (Bintang Kesempurnaan)
玉幡竿 Yu Fan Ban (Tiang Bendera Giok)

穆春 Mu Chun
地鎮星 Di Zhen Xing (Bintang Penakluk)
小遮闌 Xiao Zhe Lan (Tabir Penutup Kecil)

穆弘 Mu Hong
天究星 Tian Jiu Xing (Bintang Penyelidik)
没遮闌 Mei Zhe Lan (Tabir Penutup Tenggelam)

欧鵬 Ou Peng
地闊星 Di Kuo Xing (Bintang Lebar)
摩雲金翅 Mo Yun Jin Chi (Sayap Emas Menggosok Awan)

秦明 Qin Ming
天猛星 Tian Meng Xing (Bintang Ganas)
霹靂火 Pi Li Huo (Api Guntur)

裴宣 Pei Xuan
地正星 Di Zheng Xing (Bintang Adil)
鉄面孔目 Tie Mian Kong Mu (Lubang Mata dan Muka Besi)

彭己 Peng Ji
地英星 Di Ying Xing (Bintang Berani)
天目将 Tian Mu Jiang (Mata Langit)

単廷珪 Shan Tinggui
地奇星 Di Ji Xing (Bintang Aneh)
聖水将軍 Sheng Sui Jiangjun (Air Suci)

施恩 Shi En
地伏星 Di Fu Xing (Bintang Sembunyi)
金眼彪 Jin Yan Biao (Kucing Bermata Emas)

史進Shi Jin
天微星Tian Wei Xing (Bintang Kecil)
九紋竜Jiu Wen Long (Sembilan Tatu Naga)

時遷 Shi Qian
地賊星 Di Zei Xing (Bintang Pencuri)
鼓上蚤 Gu Shang Zao (Kutu di atas Gendang)

石秀 Shi Xiu
天慧星 Tian Hui Xing (Bintang Cerdas)
弃命三郎 Qi Ming San Lang (Lelaki Tiga Kali Buang Nyawa)

石勇 Shi Yong
地醜星 Di Chou Xing (Bintang Jelek)
石将軍 Shi Jiangjun (Jendral Batu)

宋江 Song Jiang (Big Boss@Ketua Besar Puak Liangshan)
天魁星 Tian Kui Xing (Bintang Pemimpin)
及時雨 Ji Shi Yu (Hujan Tepat Pada Waktunya)

宋清 Song Qing
地俊星 Di Jun Xing (Bintang Ulung)
鉄扇子 Tie Shan Zi (Lelaki Kipas Besi)

宋万 Song Wan
地魔星 Di Mo Xing (Bintang Setan)
雲裏金剛 Yun Li Jin Gang (Berlian Dalam Awan)

索超 Suo Chao
天空星 Tian Kong Xing (Bintang Udara)
急先鋒 Ji Xian Feng (Pelopor Terburu-buru)

孫二娘 Sun Erniang (Lady ke-2 Sun)
地壮星 Di Zhuang Xing (Bintang Tegap)
母夜叉 Mu Ye Cha (Harimau Betina)

孫立 Sun Li
地勇星 Di Yong Xing (Bintang Pendekar)
病尉遅 Bing Wei Chi (Wei Chi Sakit)

孫新 Sun Xin
地数星 Di Shu Xing (Bintang Angka)
小尉遅 Xiao Wei Chi (Wei Chi Kecil)

湯隆 Tang Long
地孤星 Di Gu Xing (Bintang Sendirian)
金銭彪子 Jin Qian Biao Zi (Anak Harimau Diliputi Emas)

陶宗旺 Tao Zongwang
地理星 Di Li Xing (Bintang Nalar)
九尾亀 Jiu Wei Gui (Kura-kura Berekor Sembilan)

童猛 Tong Meng
地退星 Di Tui Xing (Bintang Mundur)
翻江蜃 Fan Jiang Shen (Kerang Membalik Sungai)

童威 Tong Wei
地進星 Di Jin Xing (Bintang Maju)
出洞蛟 Chu Dong Jiao (Naga Bersisik Keluar Gua)

王定六 Wang Dingliu
地劣星 Di Lie Xing (Bintang Bawahan)
活閃婆 Huo Shan Po (Nenek Kilat Hidup)[?]

王英 Wang Ying
地微星 Di Wei Xing (Bintang Kecil)
矮脚虎 Ai Jiao Hu (Harimau Berkaki Pendek)

魏定国 Wei Dingguo
地猛星 Di Meng Xing (Bintang Ganas)
神火将軍 Shen Huo Jiangjun (Jendral Dewa Api)

武松Wu Song
天傷星Tian Shang Xing (Bintang Cedera)
行者 Xing Zhe (Pengelana)

呉用Wu Yong
天機星 Tian Ji Xing (Bintang Kesempatan)
智多星 Zhi Duo Xing (Bintang Maha Bijak)

項充 Xiang Chong
地飛星 Di Fei Xing (Bintang Terbang)
八臂那咤 Ba Bi Na Zha (Nazha Delapan Lengan)

蕭譲 Xiao Rang
地文星 Di Wen Xing (Bintang Sastra)
聖手書生 Sheng Shou Shu Sheng (Sastrawan Tangan Suci)

解宝 Xie Bao
天哭星 Tian Ku Xing (Bintang Menangis)
双尾蝎 Shuang Wei Xie (Kalajengking Berekor Dua)

解珍 Xie Zhen
天暴星 Tian Bao Xing (Bintang Mengamuk)
両頭蛇 Liang Tou She (Ular Kepala Dua)

徐寧 Xu Ning
天祐星 Tian You Xing (Bintang Penolong)
金鎗手 Jin Qiang Shou (Menggenggam Tombak Emas)

宣贊 Xuan Zan
地傑星 Di Jie Xing (Bintang Pahlawan)
醜郡馬 Chou Jun Ma (Kuda Kampung Jelek)

薛永 Xue Yong
地幽星 Di You Xing (Bintang Ketenangan)
病大虫 Bing Da Chong (Cacing Besar Penyakit)

燕青 Yan Qing
天巧星 Tian Qiao Xing (Bintang Tepat Waktu)
浪子 Lang Zi (Anak Hilang)

燕順 Yan Shun
地強星 Di Qiang Xing (Bintang Tenaga)
錦毛虎 Jin Mao Hu (Harimau Berambut Warna-warni)

楊春Yang Chun
地隱星 Di Yin Xing (Bintang Sembunyi)
白花蛇 Bai Hua She (Ular Bunga Putih)

楊林 Yang Lin
地暗星 Di An Xing (Bintang Gelap)
錦豹子 Jin Bao Zi (Macan Tutul Elok)

楊雄 Yang Xiong
天牢星 Tian Lao Xing (Bintang Tetap)
病関索 Bing Guan Suo (Guan Suo Sakit) –Guan Suo, putra ke-3 Guan Yu, jendral zaman Sam Kok

楊志Yang Zhi
天暗星Tian An Xing (Bintang Gelap)
青面獣 Qing Mian ??? (Binatang Berwajah Biru)

郁保四 Yu Baosi
地健星 Di Jian Xing (Bintang Sehat)
険道神 Xian Dao Shen (Dewa Jalan Sempit)

阮小二 Yuan/Ruan Xiaoer (Yuan ke-2)
天剣星 Tian Jian Xing (Bintang Pedang)
立地太歳 Li Di Tai Sui (Perwira Langit (Tai Sui) Berdiri Di Bumi)

阮小七 Yuan/Ruan Xiaoqi (Yuan ke-7)
天敗星 Tian Bai Xing (Bintang Kekalahan)
活閻羅 Huo Yan Luo (Raja Neraka/Yama Hidup)

阮小五 Yuan/Ruan Xiaowu (Yuan ke-5)
天罪星 Tian Zui Xing (Bintang Kesalahan)
短命二郎 Duan Ming Erlang (Erlang Pendek Umur)

楽和 Yue/Le He
地楽星 Di Le Xing (Bintang Gembira)
鉄叫子 Tie Jiao Zi (Bocah Menjerit Keras)

張横 Zhang Heng
天平星 Tian Ping Xing (Bintang Datar)
船火児 Chuan Huo Er (Bocah Membakar Kapal)

張清 Zhang Qing
天捷星 Tian Jie Xing (Bintang Kemenangan)
没羽箭 Mei Yu Jian (Anak Panah Tanpa Bulu)

張青 Zhang Qing
地刑星 Di Xing Xing (Bintang Hukuman)
菜園子 Cai Yuan Zi (Tukang Kebun Sayur)

張順 Zhang Shun
天損星 Tian Sun Xing (Bintang Perusak)
浪裏白跳 Lang Li Bai Tiao (Putih Melompat Ke Dalam Gelombang)

鄭天寿 Zheng Tianshou
地異星 Di Yi Xing (Bintang Aneh)
白面郎君 Bai Mian Lang Jun (Tuan Muda Berwajah Putih)

周通 Zhou Tong
地空星 Di Kong Xing (Bintang Udara)
小覇王 Xiao Ba Wang (Raja Jawara Kecil)

朱富 Zhu Fu
地蔵星 Di Zang Xing (Bintang Menyimpan)
笑面虎 Xiao Mian Hu (Harimau Tertawa)

朱貴 Zhu Gui
地囚星 Di Qiu Xing (Bintang Tawanan)
旱地忽律 Han Di Hu Lu (Tanah Mendadak Kering)?

朱仝 Zhu Tong
天満星 Tian Man Xing (Bintang Kesempurnaan)
美髯公 Mei Ran Gong (Tuan Berjanggut Indah) –Gelar Guan Yu

朱武 Zhu Wu
地魁星 Di Kui Xing (Bintang Pemimpin)
神機軍師 Shen Ji Jun Shi (Ahli Strategi Dewa)

鄒淵 Zou Yuan
地短星 Di Duan Xing (Bintang Kekurangan)
出林竜 Chu Lin Long (Naga Keluar Hutan)

鄒潤 Zou Run
地角星 Di Jiao Xing (Bintang Tanduk)
独角竜 Du Jiao Long (Naga Bertanduk Satu)

Aku saja jek buat entry ni excited punya pasal...maybe ada orang yang tak suka cerita-cerita yang mengarut macam ni...tapi bagi yang layan sure excited macam aku gak...aku bukan tak support cerita Melayu tapi slot cerita yang best diaorang letak time pukul 7.00-8.00 PM...bagi orang Islam faham-faham jeklah tu waktu untuk apa...memang tak sesuai...


Apolah cerita Cina yang best pun on air waktu primetime 8.30-9.30PM...tapi cerita Melayu letak time marghrib...tak alert langsung, entah apa motif aku pun tak tahu...kalau orang tak support drama Melayu marah pulak...memanglah penonoton boleh buat pilihan either nak tengok or tak tapi kalau boleh adjustlah sikit time tu...nasib baik sekarang ada tonton.com boleh jugak tengok semula cerita yang dah lepas

Bagi yang fanatik dengan cerita ni bagitaulah siapa hero yang korang paling suka sekali???

*nota kaki berbau :
"Tegakkan Keadilan Untuk Semua"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...