10 June 2011

TIPS PINDAH RUMAH




Sebut jek pasal pindah rumah dah terbayang kat dalam kepala barang-barang yang berserabut yang nak kena kemaskan either nak masuk dalam kotak or nak kena susun cantik-cantik biar senang nak angkut...pindah rumah ni memang satu pekerjaan yang leceh & memenatkan...janganlah pilih pekerjaan ni sebagai profession...carilah kerja lain

Tapi, sure ramai yang dah pernah merasa bak kata pepatah "Berat mata memandang berat lagi bahu kita yang nak mengemas & nak mengangkat barang-barang untuk pindah rumah baru"...panjangnya peribahasa...maunya tak berat kalau tinggal kat situ dah bertahun-tahun macam-macam harta benda yang dah jadi collection...jenuhlah nak mengemas & mengangkat...mau patah pinggang

Memandangkan aku baru saja nak berpindah rumah, so nak kongsilah sikit tips-tips yang mungkin berguna bagi yang dah bercadang nak pindah rumah...alah benda yang simple-simple jek tapi maybe berguna dimasa hadapan...ada beberapa teknik yang aku amalkan disini;

Teknik Untuk Mengemas Barang (Kena ada teknik bukan boleh bantai sebarang jek)

1. Asingkan Barang-barang
Cara yang paling bagus ialah dengan asingkan setiap barang ikut kategori masing-masing...ewah dah macam lagu pulak siap ada kategori...contohnya; buku, baju, alatan pinggan mangkuk & alatan elektrik boleh letak asing-asing...baju letak dalam kotak baju & buku letak dalam kotak buku begitulah sebaliknya...nampaklah tersusun sikit tak semak & berserabut...bukan apa nanti kita jugak yang konfius & susah nak mencari barang kalau semua barang dicampur aduk macam rojak petis

2. Letak Label or Tag
Letaklah label pada setiap kotak tu...especially barang-barang kecil & dokumen penting...kalau barang yang mudah pecah tulislah kat atas kotak tu takut nanti orang yang tolong angkat tu main campak-campak jek barang yang ada dalam kotak...tapi, dari pengalaman aku standardlah kalau pindah rumah sure ada jek barang yang akan rosak, pecah or hilang...sebab tu aku pernah dengar orang cakap, "Orang yang hidupnya selalu berpindah-randah macam orang normad tu lama-lama akan jatuh miskin"???...yelah setiap kali pindah habis barang rosak, hilang & pecah lama-lama habislah barang & tak mampu nak beli lagi...hoho...ada logik gak kat orang ni

3. Barang Kaca @ Mudah Pecah
Bungkuslah barangan kaca dengan kertas surat khabar lama...tebal-tebal pun takpe...kalau tak bungkus elok-elok habislah pecah segala jenis arcopal, arcoroc, luminarc, pyrex, & jenama-jenama pinggan mangkuk hayun yang lain...nak bagus bawak jek sendiri guna kereta lagi selamat...nak beli bukan senang tapi nak kasi pecah memang senang...lainlah kalau kat rumah tu guna pinggan RM2 tak payah bungkus pun takpe...hoho...

4. Rancang Masa
Nak bagus kemas rumah awal-awal & sedikit demi sedikit...taklah kalut sangat kalau buat kerja last minit ni...tau jeklah buat kerja dalam keadaan kalut sure ada yang tak sempurna & akan memenatkan lagi badan anda...barang yang disusun pun jadi kelam kabut & huru hara dibuatnya...

5. Buang, Beri Atau Sedekahlah Barang-barang Yang Tak Digunakan
Buang atau beri kepada yang memerlukan barangan yang tidak anda perlukan...just bawak barangan yang dirasakan perlu untuk kediaman baru....yelah rumah baru sure nak hias dengan barang-barang baru untuk bagi mood yang baru...itupun kalau mampu tapi kalau tak mampu guna jek apa yang ada & jangan nak mengada-ngada...tikar getah, peti sejuk or barang-barang yang dah rasa tak guna & masih elok lagi tu better sedekah jek kat jiran-jiran...tapi kalau barang tu dah tak elok rupanya buang ajeklah dalam tong sampah tak payah sayang-sayang...yang mana boleh recycled tu boleh jual...paper lama, botol plastik, tin aluminium & besi...dapat jugak income buat tambah-tambah bayar duit sewa lori

6. Kecilkan Saiz Barangan Anda
Bukan nak suruh kecilkan barang guna lampu pengecil Doraemon, tapi just ceraikan mana-mana barang yang saiznya beso gedabak & bahagiannya boleh diceraikan...so, senang sikit nak angkat masuk dalam lif or dalam lori...contohnya; macam perabot, katil, kerusi, meja & sebagainya...takkan nak angkat katil saiz queen tu masuk dalam lori pulak kan


Itulah sahaja tips untuk hari ini...dah penat berpindah nanti sambung pulak episod nak mengemas barang-barang yang dah dibawak time pindah...orang kata penat berpindah rumah ni mau sampai seminggu pun tak hilang lagi...tapi kadang-kadang seronok jugak sebab dapat stay kat rumah baru & make sure lagi selesa dari rumah yang dulu kalau tak memang penat yang tak berbaloi-baloi



*nota kaki berbau :
Tahukah kamu? Manusia yang berpindah-randah dikenali sebagai manusia Zaman Paleolitik atau manusia Zaman Batu Awal???

6 KOMEN:

cik azeya said...[Mari Balas Komen Ini]

nak tolong angkat barang boleh? haha. tak penah lagi pindah pindah rumah. nmpk mcm leceh gile. sume bende kene angkut. -.-

Iznie said...[Mari Balas Komen Ini]

owh...pindah rumah dulu, masa iznie sekolah rendah je...
skang dah besar...stay kat kolej kediaman jer...huhu

nnti klu pindah bley rujuk note ni...best2

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

kalo nk tlg apa slhnya...jomlah tlg angkt peti sejuk & almari dapur tu...hoho...

fana.akim said...[Mari Balas Komen Ini]

penat pindah rumah nie..tapi seronok!! coz dapat environment baru!!

HAZWANmohd said...[Mari Balas Komen Ini]

seb bek duk umah family~ xdek pindah2., hehe.. dulu mase study adela, tp xde byk brg pun tensen nk mengemas! haha

qellissa said...[Mari Balas Komen Ini]

dulu masa pindah rumah tak ikut pun tips2 diatas..last2 byk barang yg hilang entah kemana..adesss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...