Seperti yang telah dijanjikan penggodam yang bernama anonymous & yang seumpama dengannya akhirnya mengotakan janji untuk menggodam web Kerajaan Malaysia...Kalau ikut modus operandi, diaorang akan start godam secara besar-besaran pada pukul 3.30 pagi tadi
Antara laman web yang awal-awal dah pun kena sampuk adalah web Sabah Tourism, Uitm Penang (siap dengar lagu hepi besday lagi) & beberapa lagi laman web yang bakal menyusul...tadi test bukak webpage government ada yang tak boleh bukak & ada yang loading time lama gila sampai tak larat nak tunggu...ingat nak ping entry kat gengblogger tapi benda ni yang kuar;
OIC...ingatkan cuma webpage government jek yang kena tapi bloggers pun ada yang kena gak...itu yang bahaya...ada beberapa blog yang dah pun kena godam...salah satu sebab blog kena godam ialah sebab password untuk email, blogger & facebook semua guna password yang sama...kuat jugak kuasa hackers ni untuk menggegarkan dunia...Amerika yang terkenal dengan security tahap gaban pun pernah kena serang hackers gak...tak peliklah kalau Malaysia pun kena serang
Siapa tu Penggodam? Robot Gundam Ker?
Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan.
Kalau kita baca paper The Star semalam, Ini pesanan diaorang kepada Kerajaan Malaysia :
"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor."
Motif diaorang sebab SKMM nak sekat 10 laman web yang kebanyakannya web file sharing & file hosting... apa lagi kecewalah kaki-kaki download online...kira tindakkan menggodam web Kerajaan Malaysia ni macam Revenge or bagi Warning lah ni...tujuan utama SKMM buat macam ni sebab nak bendung piracy & lindungi copyright (hakcipta)
1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com
Ramai yang sure familiar dengan beberapa webpage kat atas coz kat situ lah hari-hari kita download mp3, download movie & macam-macam lagi dari subuh sampai malam...ada benda free watpe kita susah-susah nak beli ya tak???...hoho...
Apa Yang Patut Kita Buat?
OdahOne ni dah lah buta IT...kalau blog ni kena hack sure gelabah puyuh kalut tak tau nak buat apa...So, ini jeklah yang OdahOne tau buat & memang sebelum ni dah pun praktikkan cara ni...walaupun nampak macam bodoh at lease selamat
1. Kalau sayangkan template yang cantik tu setelah penat modified siap bubuh blink-blink lagi bolehlah backup template tu simpan dalam harddisk or pendrive or kat mana-mana pun...rasanya semua orang dah tau cara ni :
dashboard --> design ---> edit html ---> download full template
2. Kalau sayangkan semua entry download lah full backup untuk entry...siapa yang tak sayang bini oi!...ops! silap siapa yang tak sayang entry oi!...template boleh download & cari tapi entry kalau hilang memang menangis habis segala penat lelah...macam orang hilang bini...simpanlah backup entry kat dalam hardisk untuk kegunaan masa hadapan :
dashboard ---> setting ---> basic ---> export blog
3. Kalau sayangkan widget korang copylah semua html code widget kesayangan korang & paste dlm notepad & rename lah nanti senang kalau nak letak semula...mana tau tiba-tiba kena hack
copy html code widget ---> paste kat notepad ---> rename setiap widget
copy html code widget ---> paste kat notepad ---> rename setiap widget
Tak payah tunggu hackers datang untuk hack just beware buat jek backup awal-awal...bak kata pepatah; "Sediakan payung sebelum hujan turun dengan lebatnya...Pakai baju hujan siap-siap sebelum naik motor kalau tengok langit tu dah gelap tak payah tunggu hujan turun baru terkial-kial nak berenti kat tepi sarung baju hujan"...amboi panjangnya kata pepatah
Mintak-mintak penggodam taklah godam blog cabuk OdahOne ni...Kami tak kacau orang kami buat hal sendiri-sendiri...
*nota kaki berbau :
Ada 3 jenis "Penggodam" dalam dunia ini iaitu; penggodam Topi Hitam iaitu penggodam yang berniat jahat atau jenayah...Penggodam Topi Putih iaitu penggodam yang beretika...Penggodam Topi Kelabu iaitu penggodam yang samar-samar kedudukannya either hitam or putih
17 KOMEN:
takutnyaaa :(
hi! im here...no fear...
huhu..risau gak ni..thanx untuk info tu..
jemput join segmen paling simple saya..
SEGMEN PALING SIMPLE: BAGI SAYA SATU AYAT...
huhu tkut2 :P
takut apa ek???
oowhh..betul ke?tq sbb info..nak bt cepat2 nie..syg oo entry bersengkang mata nie..hee~
terima kasih odah
Cara dan Tips Elak Blog Dari di Godam | Bertindak Sekarang!"
lor,ingatkan nak hack website kerajaan je.ah sudah.hu3
thanx semua coz bagi komen....
jelas & mudah...terbaikkk
tgh musim jenayah hacking skrg ni .. huhu .. minta dijauhkan la ..
Tulah Odah, takut gak kan kalau blog kita digodam..bukannya ada apa pun dlm ni..jgn lah sampai di godam anonymous tu..cukuplah dgn anonymous yg ada kat komen..kitorg taknak anonymous yg menggodam..huhuhu
@orang muo...time kasih org muo...terbaek bak kata boboboi
@alif haris...yela semua tgh tnjukkn kepandaian & skill masing2 either yg nak hack & yg nak nak mmpertahankn diri dari di hack...org baik selalunya menang...
@qellissa...betul tu!...kalo teror sgt gi godam website USA ker...dieorg kn bangga dgn sistem security dieorg yg kononya kebal giler...hoho...
bermacam macam topi penggodam ni ade. haih
assalam kak odah, nielah pasal dunia skang terlalu canggih bah, segalanya tentang teknologi.... aishhhh, pening saya dah lah tak tau sangat pasal teknologi nie.... pasal hack nie lagi lah aq tak tau.... fuhhh klu syalah jdi cam dorang kan hebat gak... hehehe... ehhhh, dunia it pun aq tak expet nak jdi penggodam... hahaha
Post a Comment