15 June 2011

BUNUH KAWAN MAKAN ISTERI



Ini adalah tajuk utama akhbar Metro...First time baca tajuk berita ni aku ingatkan orang tu bunuh kawan dia sebab kawan dia makan isteri dia???...tapi rupanya....

KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek ‘menanam’ sesuatu di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.

Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

SUMBER : myMetro

Begitulah kesahnya; Bunuh Kawan 'Makan' Kawan...Ngeri betul pagi-pagi dah baca cerita macam ni...yang kawannya tu pun satu hal...apa kena kau pergi merogol isteri kawan sendiri...siapa yang tak hangin kalau tengok kawan makan isteri kawan...tercabar kejantanan kawan...biasanya kita selalu dengar kawan makan kawan tapi kes ni ada lain sikit...endingnya kawan bunuh kawan sebab kawan nak makan isteri kawan...apa ni ayat berbelit-belit

Sorang kawan mati & sorang lagi berhadapan dengan hukuman mati or penjara...begitulah berakhirnya tragedi kisah antara kawan...orang kata makan biar berkawan bukan kawan makan kawan

Harapkan pagar tapi pagar yang pergi bukak pintu pagar...lebih kurang camtulah perumpamaannya...sepatutnya kawan tolong kawan bukan nak menjahanamkan kawan...tapi, aku dah jumpa ramai kawan yang macam ni especially kat tempat kerja....masing-masing sibuk kipas bontot bos sebab nakkan pangkat & jawatan & disayangi bos...

So, boleh buat kerja relax-relax & kerja yang susah-susah boleh serahkan kat orang lain@kawan sendiri...dalam masa yang sama jugak memburuk-burukkan kawan sendiri walaupun muka kawan tu tak seburuk macam muka sendiri

Apa punya kawanlah!...baik takde kawan kalau macam ni...nak cari kawan tu memang senang berlambak-lambak tapi nak cari sahabat or teman sejati tu yang ada payah sikit...kawan sesama blogger even tak pernah jumpa pun ada yang busuk hati & nak kenakan kawan

So, berhati-hatilah bila pilih kawan jangan dapat kawan yang makan kawan or makan isteri kawan macam kes kat atas tu...TRUST NO ONE...zaman sekarang ni kadang-kadang ada baiknya kita amalkan prinsip ni...tapi, susah jugak kan kalau dah tak boleh nak percaya kat sesiapa even kawan baik sendiri???


*nota kaki berbau :
Kawan itu membantu kawan, kawan itu teman untuk kita berkawan, kawan itu mementingkan semangat setiakawan, kawan itu selalu berkawan-kawan, kawan itu bukan untuk kita makan, kawan itu buat kita gembira sakan, kawan itu kadang-kala mengecewakan...namun, sahabat itu hadir di saat kita memerlukan

13 KOMEN:

All Thing Viral said...[Mari Balas Komen Ini]

fuhh ngeri. sepatutnya tak perlu membunuh. tp siapa lah yang faham perasaan si suami. boleh juga dikatakan 'padan muka'

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

pergh..xtau nak kesian kat sape penyudahnye.kesian kat si isteri sbb nyaris kne rogol.kesian kat suami sbb tpkse buat sesuatu sbb nak slamatkan isteri.kesian kat yg kne bunuh sbb perbuatan die,die gak yg dpt maut.huhuh

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Tanakwagu...yela siapa suh cari pasal nk rogol istri kawan...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@aleen aiden...sian kat mereka ber3...moral of the story jgn rogol istri kawan or sesape sbb sronoknya xbrape minit tapi azabnya kena tgg seumur idup...ishk ishk!

rafina mimi abdullah said...[Mari Balas Komen Ini]

setuju ngan tanak wagu

Nurfaizah M Nor said...[Mari Balas Komen Ini]

kena cari puncanya juga....nape si kwn rogol isteri kwn... adakah kwn ada simpan hati kat isteri kwn, adakah isteri kwn main2 mata kat kwn kwn, adakah kwn sakitkan hati kwn, adakah kwn dah jadi lawan? apakah?

qellissa said...[Mari Balas Komen Ini]

tulah bila dah dikuasai nafsu, bini kawan pun nak sebat..Yang kawannya pulak, bila dikuasai Amarah sampai sanggup membunuh...haishh dunia2....

(lately ni bz sikit, tu yg x blogwalking kat umah u ni..hihihi)

nairaariaa said...[Mari Balas Komen Ini]

ngeri nyerr,...kwn mkn kwn hais2an smpai tgl tulang je la nie...

cik azeya said...[Mari Balas Komen Ini]

ngeri betul manusia zaman sekarang ni. :(

Alif Haris said...[Mari Balas Komen Ini]

tu la .. sarang tebuan jgn dijolok .. tp jgn la smpai bunuh2 cmtu huu

HAFIZAL said...[Mari Balas Komen Ini]

memg mencari ajal lah ... bini kawan sendiri pun jadik

Bro Framestone said...[Mari Balas Komen Ini]

tengah search isu "makan isteri orang" terus terjumpa blog ini..

baru tahu kes nie

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

read more replica bags online view dolabuy dior you can try here https://www.dolabuy.ru/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...