28 June 2011

DARI BUMI NAIK KE LANGIT



Seperti yang kita semua tahu, tanggal 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah menuju ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sehingga sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Apa yang paling penting melalui peristiwa ini, kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat . MuhammadKewajipan solat diwahyukan terus tidak seperti kewajipan ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Ini menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi diketika itu.

Ini adalah serba sedikit mengenai peristiwa Israk & Mikraj yang kita sedia maklum...tapi, yang nak ditekankan kat sini ialah tempat dimana peristiwa itu berlaku...sekarang ni  Masjidil Aqsa, masjid ketiga yang paling suci bagi umat Islam dah pun dijajah...Cuba lihat gambar kat bawah ni...


Kini bumi Palestin telahpun ditakluk oleh bangsa Yahudi yang tak berhati perut...habis tanah rakyat Palestin yang diaorang rampas & buat penempatan haram Yahudi kat situ...yang paling dashyat, dah lah rampas tanah orang boleh pulak buat tembok & kepung orang kat dalam tu...apa punya zalim daa...camne orang kat dalam tu nak hidup kalau kau dah kepung keliling...itu belum kira lagi dah berapa ramai rakyat Palestin yang kena bunuh & diperkosa

Jangan pandang remeh pada isu Palestin & Masjidil Aqsa sebab solat yang kita tunaikan selama ni difardhukan Allah Taala melalui peristiwa yang berlaku di Masjidil Aqsa....sebab aku pernah dengar ada orang yang cakap; "Hamas dengan Fatah pun bergaduh dia sama dia & tak boleh ngam, buat apa kita nak tolong Palestin?"

Sama-samalah kita menyokong segala usaha yang dilakukan untuk membebaskan rakyat Palestin & Masjidil Aqsa dari Israel...


Isu Palestin ni bukan sahaja melibatkan isu kemanusiaan tapi juga isu agama...kita wajib pertahankan Palestin sebab kat situ terletaknya Masjidil Aqsa tempat Nabi Muhammad SAW menerima perintah untuk kita mengerjakan solat iaitu rukun Islam Yang ke-2 & perkara yang pertama sekali yang akan di hisab di akhirat kelak ialah solat...

Bagi sesiapa yang rasa terpanggil untuk membuat sesuatu bagi membantu rakyat Palestin bolehlah KLIK banner kat bawah ni & lihatlah apa-apa yang kita boleh bantu kat sana either wang ringgit or tenaga...paling kurang pun berdoa


*nota kaki berbau :
Apakan daya aku hanya mampu menaip & membuat entry...Aku hanya mampu menadah tangan untuk berdoa...Aku hanya mampu menghulurkan derma yang tak seberapa...Aku sekadar mampu memboikot barang yang perlu...Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin

5 KOMEN:

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

eh.hari ni ke 27 rejab ye?

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

today is 27 rejab...

org muo said...[Mari Balas Komen Ini]

seperti soalan imam ghazali kpd muridnya.. 1 dpd 6 perkara...apakah yang paling ringan di dunia..jwpn ialah meninggalkan solat...mudah beno kita meninggalkan solat sedangkan solat itu tiang agama & iman seseorg manusia islam...muhasabah :)

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

gambar masjid berkubah kuning tu bkn Masjidil aqsa.itu masjid al sahra.yahudi bina masjid tu sbb nk robohkan masjidil aqsa yng sebenar

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Anonymous..oic..thanx for the info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...