23 June 2011

HANTARAN PERKAHWINAN



Apa agaknya barang hantaran kahwin yang orang biasa bagi ek? Apa barang yang sesuai dibuat hantaran perkahwinan gamaknya? 

Hantaran ni cuma adat Orang Melayu...dalam Islam tak wajib pun yang wajib cuma mas kahwin...hantaran ni lebih kurang macam nak memeriahkan lagi majlis perkahwinan walaupun kadang-kala membebankan orang yang nak kahwin bila bajet tak berapa nak cukup...bila ada barang hantaran taklah kita bertandang rumah orang dengan tangan kosong

Hantaran Wajib :

1. Sireh Junjung - yang ni memang benda wajib either pihak laki or perempuan mesti bawak benda ni & sireh junjung ni akan jalan paling depan sekali sambil diiringi hantaran-hantaran yang lain...tapi aku tengok sekarang ni lebih baik panggil bunga junjung sebab sirehnya tak sampai 10 helai bunganya yang banyak & tinggi menjunjung...dah lari dari konsep asal dah namanya pun sireh junjung kalau bunga or hiasan lain yang lebih dari sireh nampaknya sireh junjung hanya tinggal nama jek lah...ada jugak yang bagi siap dengan tepak sireh...modal banyak sikitlah sebab tepak sireh yang ori mahal

2. Mas Kahwin - yang ini cuma diberi oleh pihak lelaki jek...yang ni memang wajib dari segi syarak tak boleh tak bagi sebab mas kahwin hak orang perempuan...tapi mas kahwin biasanya tak membebankan...Islam kan simple cuma adat yang kadang-kadang bikin orang susah...ada yang siap hias mas kahwin sampai susah nak keluarkan duit tu & kadang-kadang sampai terkoyak & rosak...lainlah kalau duit mas kahwin tu memang tak mau usik & nak simpan sebagai kenangan...ada yang cuma masukkan dalam album gambar or album duit...cara yang ni yang paling simple & popular

3. Cincin or barang kemas (rantai, gelang tangan, gelang kaki) - yang ni pun disediakan oleh pihak lelaki...kalau perempuan nak bagi cincin pun boleh jugak terpulang tapi jangan bagi cincin emas kat lelaki....biasanya benda ni nak guna time upacara membatalkan air sembahyang selepas akad nikah...biasalah adat Melayu

*Ini barang-barang yang wajib dalam hantaran perkahwinan...wajib pada adat orang Melayulah...kalau ikut definisi wajib dari kacamata Islam wajib maknanya bila buat kita dapat pahala tapi kalau tinggalkan kita dapat dosa...tapi, yang ni wajib ikut adat Melayu kalau tak buat pun takpe cuma nanti jadi buah mulut orang...kalau hantaran over-over sangat or grand-grand pun orang akan kata jugak...so, buatlah yang sederhana untuk tutup mulut-mulut longkang

Yang ini pulak barang-barang hantaran untuk orang biasa-biasa & yang biasa orang buat...kadang-kadang bertunang pun diaorang bagi barang-barang yang lebih kurang macam ni jugak

Hantaran Untuk Sebelah Perempuan :

1. Kain ela or kain pasang (untuk buat baju, nak bagi baju kurung  or baju kebaya yang dah siap pun boleh jugak)
2. Purse or handbag
3. Set make up 
4. Telekung

Hantaran Untuk Sebelah Lelaki :

1. Kain sampin beserta dengan baju melayu
2. Songkok & butang baju melayu
3. Wallet & tali pinggang (biasanya jual 1 set)
4. Cermin mata (Rayband or apa-apa jenama pun boleh)
5. Baju kemeja or T-shirt & seluar slack (nak tambah neck tie pun boleh)
6. Kain pelekat (ni trend zaman dulu)

Hantaran Universal (boleh bagi kat kedua-dua belah pihak laki-laki or perempuan) :

Barang bukan makanan :

1. Al-Quran & rehal 
2. Sejadah
3. Jam tangan
4. Kasut or sandal
5. Perfume 
6. Set toiletries (pencuci muka, shampoo, conditioner, shaver foam, after shave...)
7. Towel (boleh gubahmacam-macam bentuk)
8. Buku (kalau pasangan tu ulat buku eloklah bagi hantaran buku tapi kalau ulat bulu bagilah ubat gatal)
9. Potpouri or bunga rampai (buat cukupkan bilangan hantaran cukupkan korum...yelah kalau hantaran sampai 15 dulang pening gak nak fikir nak letak barang apa lagi...duit pun tak berapa nak memandang)

Barang makanan :

1. Kek (sekarang popular dengan cup cakes)
2. Muffin
3. Buah-buahan (letaklah dalam bakul, nak bagi strawberry celup dalam coklat pun boleh)
4. Coklat (Ferrero Rocher yang paling popular)
5. Gula-gula (nak bagi budak-budak makan)
6. Pulut kuning
7. Telur (telur itik, telur pindang)

*Barang-barang makanan tu penting mesti ada dalam hantaran sebab kesian kat saudara-mara yang tolong mengangkat dulang hantaran nak jugak menjamah hasil hantaran...takkan nak makan sireh jek...kalau yang belum kahwin tu takpelah nanti boleh cepat kahwin bila makan sireh junjung (kata orang tua-tua)...tapi, kalau yang dah berkahwin???

Hantaran High-Budget (up to date) :

Gajet-gajet :

1. Al-Quran Digital (yang ni stylo sikit kalau takde air sembahyang pun boleh pegang)
2. Kamera digital (nak lagi stylo bagilah DSLR)
3. Handaycam (boleh rakam video anak-anak nanti)
4. Handset (smartphone or android...iPhone, Blackberry, Samsung Galaxy, HTC...)
5. iPod (Mp3 player or Mp4)
6. Notebook, netbook, PDA or iPad

Bukan gajet :

1. Kereta or sebijik rumah - kalau duit dah banyak yang lebih tak kesahlah...cuma dalam hantaran tu kita just nampak anak kunci jek taklah bawak rumah or kereta sebijik siap hias2 macam barang hantaran...siapa pulak yang nak mengangkatnya atas dulang... lainlah kalau ada bela jin macam Aladdin...hoho
2. Tiket kapalterbang or pakej melancong@honeymoon (pergilah kat tempat-tempat romantik London, Paris, New York or Cameroon Highland & Langkawi pun boleh)

*Nak bagi hantaran high bajet ni sebenarnya tak kesah pun asalkan mampu & barang tu boleh guna lepas kahwin & tak membazir...OdahOne pun lagi suka buat lain dari yang lain...nak bagi kapal terbang boeing 777 pun boleh...boleh balik rumah mak mertua naik kapal terbang...jangan lupa sediakan tempat nak landing sekali


Apa-apa pun nak buat kena ikut bajet & jangan sampai terover bajet...yang paling penting nak set up kehidupan selepas kahwin...

Kalau ada barang hantaran yang terlebih or terkurang dalam senarai sorilah ek...yang paling penting barang hantaran jangan ada unsur-unsur haiwan contohnya bagi anak patung teddy bear ke siap hias cantik-cantik dengan bunga-bunga...nanti dah lain pulak maknanya...bila buat entry pasal hantaran perkahwinan ni terus datang mood nak kahwin...marilah kahwin!

*nota kaki berbau :
Kaf Haa Wau Ya Nun...Kongsi Hidup Waktu Yang Nikmat...Kahwin


RM50,000 Cash Prize? Just need to call?

4 KOMEN:

qamarguyz said...[Mari Balas Komen Ini]

salam ziarah..
l0rr..
ingatkan tuan tanah yang nak kahwin td..hehE ;)

nairaariaa said...[Mari Balas Komen Ini]

aishh...ni tak sabar nak kawin nie..huu~

Odah + One = OdahOne said...[Mari Balas Komen Ini]

sabar geng xlari gunung dkejar....mmglh gunung xlari ek...

ruziahdaud@yahoo.com said...[Mari Balas Komen Ini]

'tepak sireh' tu bukan diberi kpd pengantin perempuan tp sekadar mengiringi perbincangan..,'sireh junjung' barulah diserahkan terus,kedua2nya berlainan,sbb tu lah tepak sireh xtermasuk jumlah hantaran tp sireh junjung dikira dan malah jadi'kepala'hantaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...