Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

21 May 2012

TERIMA KASIH SEKALI LAGI





Bulan ni memang OdahOne kena banyakkan ucapan terima kasih...sebab ucapan terima kasihlah yang paling mudah untuk balas budi orang yang berjasa pada kita...on the spot kita boleh terus balas...kalau nak balas dari segi yang lain-lain tu memang ambil masa, tenaga & wang ringgit...tapi, nak ucap terima kasih free jek


Kalau rasa lidah tak boleh nak ungkapkan ucapan terima kasih, ucapkanlah dalam bahasa isyarat macam image kat atas tu...senang sangat hanya letakkan tapak tangan pada bibir kemudian gerakkan kehadapan dengan mimik muka yang penuh keikhlasan...alah, lebih kurang macam kita buat flying kiss tu...cuma flying kiss biasanya orang buat sambil tunjuk muka gatal tapi yang ni kena buat muka ikhlas


OdahOne nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang dah pun mengunjungi booth kami semasa Sambutan Hari Ibu & Jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 19.05.2012...memang enjoy sebab dapat meraikan Hari Ibu & Hari Jururawat bersama-sama golongan ibu & para jururawat...2 ikon yang memang banyak berjasa pada kita


Insyallah, lepas ni jumpa kami di Seremban 2 pulak di Karnival Jom Amal 1 Malaysia...orang-orang Seremban jomlah datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis

ANTARA ACARA-ACARA YANG BAKAL DIADAKAN PADA KARNIVAL TERSEBUT IALAH :

-Pertandingan Bayi Comel
-Motosikal Klasik
-Mountain Bike
-Pertandingan Permainan Alat Kawalan Jauh
-Pertandingan Andaman
-Pertandingan Karaoke
-Pertandingan Ratu Tradisional
-Pertandingan Gusti Lengan
-Marathon
-Pertandingan Gubahan Bunga

-Street Soccer



Tak lupa jugak nak ucap terima kasih sekali lagi kat Nuffnang sebab bagi BE lagi...Alhamdulillah, dalam bulan May ni Encik Nuff dah bagi 6 BE walaupun satu dah berubah bentuk jadi ME...tapi, lagi 5 still running berjoget-joget & hope teruslah dia melekat kat sini sampai bulan depan...

Kalau ada masa kenalah selalu update entry sebab malu pulak dengan Encik Nuffnang...BE ni just pembakar semangat untuk terus berblogging sebab mood nak berblog ni kadang-kadang macam yoyo...bila ada suntikkan semangat barulah ada mood

Kalau nak tambah BE or nak dpatkan BE bolehlah ikut tips yang OdahOne bagi untuk entry sebelum ni or boleh baca entry yang ni ;




*nota kaki berbau :
Ucapan Terima Kasih adalah ayat yang paling mudah untuk kita ucapkan bagi membalas jasa seseorang kerana ia tidak memerlukan modal yang besar, hanya sedikit pergerakkan bibir & lidah seterusnya ia keluar melalui peti suara yang membolehkan orang yang mendengarnya rasa dihargai

13 February 2012

AKHIRNYA DIA DATANG MENYINGGAH LAGI



Dah dekat 4 bulan dia tak datang menyinggah...Kenapa? merajuk ker?...Apa salah aku kat dia? Aku tak pernah sakitkan hati dia & jauh sekali menduakannya...

Dari awal tahun sampai sekarang batang hidung dia pun aku tak nampak...jangan katakan singgah menjengah pun tidak...sombong benar lagaknya...orang dah tak mau singgah aku pun malaslah nak tegur...lantaklah dia kat situ

Tapi, bila fikir-fikir balik memang salah aku pun...sebab aku malas nak update blog sebab tulah dia malas nak singgah sini selalu...hoho

Earnings pun dah lama tak check...aku pun merajuk sama kot...tapi, bila check tadi rupa-rupanya ada 2 BE yang sedang berjoget-joget kat blog ni...surpriselah jugak...jarang update pun Encik Nuff still ingat kat OdahOne

Anyway, semangat untuk berblogging kembali lagi walaupun agak busy dengan urusan Duniawi...Hope, ada banyak masa untuk mengarut lagi


*nota kaki berbau :
Rezeki ada kat mana-mana kalau rajin cari...Maut pun ada kat mana-mana tapi kalau boleh jangan dicari...dah tau laut tu ombaknya ganas tak payahlah cuba nak mandi

12 January 2012

MASAK SENDIRI ATAU MAKAN LUAR?


Bahan-bahan untuk memasak Nasi Goreng Pemalas

Kalau hidup berdua ni mana lagi senang & jimat, masak sendiri ataupun makan kat luar? 

Rasanya kalau time kerja or weekdays setakat sekali makan kat rumah tu eloklah makan kat luar...tak pun tapau makanan makan sama-sama kat rumah...tugas isteri just buat air untuk suami...memang senang tak payah balik kerja penat-penat nak memasak...kalau weekend tu wajiblah memasak untuk suami...lagi jimat sebab nak makan 3 kali sehari (breakfast, lunch & dinner)


Masalah utama sekarang ialah Aku Tak Pandai Memasak (ATPM)...So, Odah pun joinlah GTPM (Group Tak Pandai Masak) kat Facebook setelah di syorkan oleh One...siapa yang rasa diri dia tak pandai memasak & dah nak kahwin tak lama lagi eloklah JOIN group ni...boleh bertukar-tukar idea & resepi...nak belajar petua memasak pun boleh...kalau nak belajar memasak kenalah try & error...kalau ada error boleh mintak pandangan kawan-kawan kat group ni...ramai yang sudi membantu

Standardlah anak dara sekarang baru kahwin mana pandai masak...

Tak macam mak-mak kita dulu-dulu kalau tak pandai masak tak boleh kahwin...kenalah  belajar sikit-sikit kasi pandai...mana ada manusia yang lahir terus pandai memasak..mana ada manusia yang lahir terus berkasut mesti berkaki ayam dulu...mana ada manusia yang lahir boleh terus berjalan kecuali anak kuda lahir terus boleh berlari

Adik Odah dulu masa baru kahwin bukan pandai sangat memasak pun...tapi, sekarang bila datang rumah dia mesti nak makan nasik...mesti nak rasa masakkan dia sampai bertambah-tambah sedap punya pasal...no wonderlah dia & suami dua-dua membesar dengan sihat...hope Odah & One tak membesar camtu...memang fobia dengan gemuk & lemak tepu

Pelik jugak...bila masa adik aku join kelas memasak?...mana dia belajar ilmu masak memasak ni...maybe sebab dia suka tengok si Tukang Masak Telanjang (Naked Chef) kat TV kot...Jamie Oliver yang masak tak pernah basuh tu...tak boleh jadi ni, aku pun mesti terer macam dia jugak...mungkin dah terpaksa automatik kita akan jadi pandai masak agaknya...takkanlah nak biarkan suami kita kebulur tak makan...takkanlah nak makan luar tiap-tiap hari...mau bankrupt cukup 3 tahun kahwin

Tak semestinya perempuan yang pandai memasak tu hebat sangat!

Ini ayat orang perempuan yang kecewa sebab tak pandai masak...aku memang jeles bila tengok anak-anak omputeh kecik-kecik lagi dah pandai masak dalam rancangan 'Masterchef Junior Australia'...nak compare dengan 'Masterchef Malaysia' memang jauh punggung dari api...bak kata Chef Wan; 

"Setelah menonton sendiri program itu, saya berpendapat 90 peratus daripada peserta memang tidak berbakat. Kalau orang yang pandai masak, mereka tidak perlu lagi diajar perkara-perkara asas dalam memasak. Ini saya tengok, ramai yang terkial-kial. Hendak guna pisau yang betul untuk memotong bahan-bahan dapur pun masih ada yang tidak tahu"

Kalau Chef Wan yang cakap camtu memang tak boleh cakap apalah sebab dia memang betul-betul terer masak...dia nak cakap apa or kutuk orang pun takpe sebab dia memang hebat...bukan setakat pandai masak tapi ada ilmu tentang bahan-bahan yang dia masak...tapi, aku pun tak pernah rasa masakkan dia...nampak macam sedap rasanya tak tau lagi

Nasi goreng yang dimasak dengan penuh kasih sayang

Orang tua-tua cakap kalau nak bagi suami sayang kat kita kenalah jaga perut suami...

Logik & masuk akal tu...air tangan isteri boleh menambat hati suami...kena tambat hati suami elok-elok kalau tak terlepas kat orang lain baru padan muka...kalau kat rumah asyik maid jek yang masak mana suami nak sayang kat kita...lama-lama maid boleh bertukar jadi housemate@housewife...tapi, tak payahlah nak tambat suami sampai guna ilmu 'Nasi Kangkang'...tak cium bau syurgalah gamaknya kena masak dek api neraka...baru masak isi perut

Masakkan ibu sendiri memang yang terbaek tak boleh beli kat mana-mana kedai!

Yang paling penting kalau ada anak kita nak dengar ayat yang macam ni; "Saya suka & rindulah masakkan mak saya" bukannya "Saya suka & rindulah masakkan maid saya" atau lebih dahsyat lagi "Abang suka masakkan kat Restoran Janda 3 Beradik tu lah"...memang terguris hati kalau dengar ayat camtu...tulah siapa suruh malas memasak

Kalau tak pandai memasak itu bukan perempuanlah! (agak kasar ayat ini bukan?)...atau lebih kasar lagi; "Orang perempuan belajar tinggi-tinggi pun last sekali ke dapur jugak"

Orang perempuan memang tak boleh ambil remeh hal masak memasak ni...jangan rasa wanita zaman moden tak perlu ke dapur memasak even kahwin dengan tukang masak sekalipun...kena buang perasaan ego tak mau memasak jauh kebawah walaupun pangkat tinggi menjulang

Masakkan paling ringkas abad ini

Bak kata my mum bila aku bangun lambat tak buat breakfast untuk suami; "Dah kahwin tanggungjawab isteri bangun pagi & sediakan makanan untuk suami, kalau tak, mana pergi tanggungjawab seorang isteri?"...pesanan ni memang akan aku ingat sampai bila-bila

Setakat ni aku paling terer masak laksa...memang orang lain tak boleh nak challenge...Encik One pun suka & puji...orang lain nak keji tak kesahlah yang penting suami sendiri suka makan sambil memuji-muji...kalau ada button like sure dia like kat sini...lagi satu aku pandai buat karamel & roti jala...cuma tiga benda ni jek yang aku pandai buat...cukup ker nak memikat hati suami dengan 3 masakkan ni?

*nota kaki berbau :
Masak, Memasak atau Dimasak yang mana satu anda pilih...Masaklah kalau salah pilih...

06 January 2012

GOODBYE SHOUTMIX | WELCOME FIBOX, FREE SOUTBOX, SHOUT BUSUK???


Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini...bayar jangan tak bayar...RM5.00 jek sebulan kot tak mahal
Shoutmix akhirnya melabuhkan tirai freenya di permulaan 2012...banyak jugak jasanya pada blog OdahOne ni...ramai visitor yang datang & tinggalkan kesan@jejak pada ruangan ni yang diberi nama "Mari Bertenet-Tenet" termasuklah si spammers

Ada yang bertanya khabar, ada yang follow, ada yang komen & bagi idea, ada yang nak belajar, ada yang letak iklan & ada jugak yang guna cara kotor letak ads sekali klik duit masyuk kat A/C dia...tak kesahlah yang penting semua orang bahagia

OdahOne pun banyak balas kunjungan visitor dari shoutmix ni termasuklah buat BlogWalking ...bila benda free tiba-tiba jadi tak free so ramai yang dah beralih arah nak cari benda yang masih free@foc...biasalah siapa yang tak suka benda free...sekarang ni pulak ada macam-macam pilihan untuk letak kotak jeritan kat dalam blog...lebih-lebih lagi lepas Shoutmix merajuk
Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini
Cbox...benda ni memang dah lama orang guna & menjadi pengganti bagi Shoutmix kat blog OdahOne...tapi, tak berapa suka & tak syok sangat guna Cbox ni...tak user friendly sangatlah...asyik dok nak menaip nama & email/url jek...takde auto refill tu yang leceh...dunia sekarang mengejar kelajuan & kemajuan bukannya kelembapan walaupun iklim negara kita ni sentiasa panas & lembap sepanjang tahun...tapi, otak kita tak boleh jadi lembap sepanjang tahun...kena sentiasa pick up & panas

Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini
Fibox...Free Real Time Chat...benda ni yang OdahOne tengok di antara yang paling popular digunakan oleh bloggers...mungkin ada perkataan Free kat situ sebab tu orang suka...OdahOne dah ushar memang banyak blog yang gunakan Fibox menggantikan Shoutmix...tapi, benda ni baru lagi masih tak banyak features sangat bak kata orang puteh; "We are still in beta phase. Not many features at this time, but this is just the beginning. When new features are introduced, you are the first to be able to try it. :)"

Fibox ni orang kata lagi user friendly & fun daripada Shoutmix & Cbox...tak pernah test lagi tak dapatlah nak ulas lebih lanjut lagi...masih lagi di peringkat percubaan & established 10 Disember 2011 yang lepas...rasanya benda ni local, orang Malaysia yang buat (Melayu Bumiputera)...so, support lah barangan buatan Malaysia

Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini
Yang kat atas ni pun boleh tahan popular gak...tajuk dia Free Shoutbox...macam biasa dia popular sebab ada perkataan free kat situ sama macam Fibox lah lebih kurang...nanti kalau dah popular & dah maju mulalah demand nak mintak bayaran...biasalah tu kat dunia ni mana ada benda yang free buat selama-lamanya kecuali oksigen untuk kita bernafas...tak kena charge pun...tapi bila dah masuk dalam tong@tangki oksigen dah kena bayar jugak

Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini
Shout Busuk...Dalam banyak-banyak benda alah kotak jeritan ni, OdahOne paling suka yang ini...mungkin nama dia Busuk & takde perkataan Free kat situ so, orang takut nak guna & tak sepopular kotak jeritan yang lain...Shout Busuk...tak taulah apa sebab namanya busuk...kalau siapa yang biasa ping entry kat PING BUSUK tau kot kenapa namanya Busuk

Takpelah biarkan namanya Busuk asalkan hati orang yang buat benda ni wangi & orang-orang yang datang tinggalkan komen pun tak berhati busuk...

Apa itu Shoutbox?
Mengikut definition daripada wikipedia, Shoutbox, atau juga dikenali sebagai saybox, tagboard, atau chatterbox adalah merupakan salah satu ciri yang seakan-akan seperti chat room untuk sesebuah laman web bagi membolehkan orang ramai meninggalkan mesej tanpa perlu mendaftar apa-apa dengan laman web tersebut.

Apakah ciri-ciri yang ada pada shoutbox busuk?
Antara ciri-ciri yang kami sediakan pada shoutbox kami ialah :
  1. Real-time chat - Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru
  2. Custom smilies - Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.
  3. Customizable - Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda
  4. Word filter - Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.
  5. Ban system - Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda
  6. Online user counter - Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda
  7. FREE! - Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!


Moral of the story; pilihlah kotak jeritan mana yang kita paling suka nak guna & visitor suka nak drop by, senang nak menjerit...ada orang cakap tak perlu letak kotak jeritan kat blog & ada yang cakap perlu...so, pandai-pandailah kita nak manage blog sendiri

*nota kaki berbau :
Yang patah tumbuh yang hilang berganti...Adakah sama benda yang tumbuh dengan yang patah? Adakah sama benda yang hilang dengan gantinya?

22 September 2011

BUFFERED EARNINGS DURING MERDEKARAYA SEASON


Klik Kalau Nak Tengok...

Amboi! tajuknya bukan main gempak lagi...speaking omputeh tapi isinya biasa jek...bukan apa just nak buat entry penghargaan buat Mr. Nuffnang & advertiser yang sudi bagi BE kat blog yang penuh dengan kemerah-merahan ni...

OdahOne nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Nuffnang & 7 Advertiser yang kat atas ni...Hope, semakin banyak advertiser yang berminat nak buat kempen iklan diaorang kat sini...kecil tapak tangan, ketupat & lemang OdahOne tadahkan

Bila OdahOne hantar ticket kat Nuffnang untuk say thank you macam biasa inilah jawapan yang Nuffnang bagi;

"Glad to know you've been assigned a CPM campaign! You actually have the Advertisers to thank for, not us, because they are the ones that chose your blog for their CPM campaigns"

Jawapan ikhlas daripada Nuffnang yang agak merendah diri...tapi, nak say thank you kat advertiser tak tau pulak camne caranya...just buat entry ni pun bolehlah ek...ada ke yang nak baca?

Musim perayaan ni Alhamdulillah rezeki murah sebab sepanjang musim MerdekaRaya blog OdahOne buat pertama kalinya dapat 7 BE yang datang secara bergilir-gilir tanpa henti setakat ni...tapi, yang tengah running sekarang ni cuma 2 jek yang lain dah bertukar rupa menjadi Metered Earnings...

Tak kesahlah yang penting income pun bertambah sikit & barulah boleh Merdeka & Raya sesuai dengan tajuknya MerdekaRaya iaitu kita merdeka dulu barulah kita boleh beraya...ada duit banyak hari-hari boleh raya daa...


Click-Rating pun dah semakin naik nampaknya...baguslah cuma ads untuk leaderboard jek yg tak bergerak-gerak bintangnya still bintang 3...yang OdahOne tau bintang 3 ni pengganas komunis...cis! bedebah punya komunis orang dah merdeka engkau masih nak buat pasal, tambahlah lagi satu wahai bintang agar kau tak jadi komunis..."Ku petik bintang-bintang"...yang dah fullbar tu janganlah kena petik pulak

Apa sebenarnya maksud bintang-bintang ni semua?

Kalau sekali tengok macam line bar kat handset...full bar makudnya baguslah tu macam tu jugak dengan bintang-bintang ni kalau dapat 5 bintang maksudnya bagus & terbaek

Ikon bintang ni sebenarnya mewakili Pemarkahan Klik blog tersebut. Ia diukur berdasarkan CTR ( click through ratio ) kempen berbayar (bukan iklan global) yang sebelumnya. Ia bertujuan untuk memberikan maklum balas kepada anda mengenai prestasi iklan berbayar anda berkaitan klik yang diterima

Senang cerita lagi banyak orang yang klik ads kita semakin bertambahlah bintang tu...biasakan kita letak 3 iklan nuffnang kat dalam blog...kat atas sekali, bawah entry & pada sidebar...so, setiap bahagian ada gred permarkahan yang dibuat mengikut bintang berdasarkan kempen iklan setiap minggu...contoh, untuk blog OdahOne ni iklan yang OdahOne letak pada Leaderboard agak kurang orang klik jadi bintangnya pun tak bertambahlah

Apa kelebihannya bintang-bintang ni? Bintang darjah kebesaran ke?

Semakin banyak bintang semakin tinggi minat advertiser nak letak iklan kat blog kita...yelah, kalau kita nak iklankan produk sure cari tempat yang ramai orang datang nak beli...kalau takde orang kita jual & beli sendirilah gamaknya

Click-Rating ni akan di update setiap minggu berdasarkan kempen iklan yang berjalan pada minggu sebelumnya...so, kalau minggu lepas takde kempen iklan yang running maka takdelah perubahan pada Click-Rating & bintang-bintang pun tak bertambahlah kerdipannya

Nak info lebih lanjut & lebih tepat boleh baca kat SINI...Encik Nuffnang ada penjelasannya yang lebih terperinci...maybe OdahOne punya penjelasan tak berapa tepat & betul...tak pandai sangat nak explain 

Tapi kalau dah tau semua ni janganlah dengan sengaja klik iklan sendiri banyak-banyak...nanti Nuffnang akan bagi surat cinta or warning letters kat kita...

Dear Nuffnanger,
It has come to our attention that your account has been involved in click fraud.
After a thorough check from our system, we are able to find sufficient evidence that you've been clicking on your own CPC ads on the blogs registered under your own account. This is against our Terms & Conditions which you have agreed upon signing up with us.
We strongly advise for you not to repeat this or your blogs and account will be blacklisted and banned from our network.

Hoho...padan muka...Pesanan daripada Nuffnang untuk semua...

"Blogging should never be about making money. Nuffnang exist to bring bloggers closer and to help bloggers earn a little by ads if they happen to have a lot of visitors. Thus, it is important for bloggers to not start blogging just for money. Instead, they should blog for their passion and in due time, they will be rewarded"


*nota kaki berbau :
Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Beri BE Kita Merasa...Kalau Tak Dapat Jangan Mengata, Usaha lagi Kalau Nak rasa...Buat Blog Untuk Suka-Suka, Dapat BE lagilah Suka

23 June 2011

HANTARAN PERKAHWINAN



Apa agaknya barang hantaran kahwin yang orang biasa bagi ek? Apa barang yang sesuai dibuat hantaran perkahwinan gamaknya? 

Hantaran ni cuma adat Orang Melayu...dalam Islam tak wajib pun yang wajib cuma mas kahwin...hantaran ni lebih kurang macam nak memeriahkan lagi majlis perkahwinan walaupun kadang-kala membebankan orang yang nak kahwin bila bajet tak berapa nak cukup...bila ada barang hantaran taklah kita bertandang rumah orang dengan tangan kosong

Hantaran Wajib :

1. Sireh Junjung - yang ni memang benda wajib either pihak laki or perempuan mesti bawak benda ni & sireh junjung ni akan jalan paling depan sekali sambil diiringi hantaran-hantaran yang lain...tapi aku tengok sekarang ni lebih baik panggil bunga junjung sebab sirehnya tak sampai 10 helai bunganya yang banyak & tinggi menjunjung...dah lari dari konsep asal dah namanya pun sireh junjung kalau bunga or hiasan lain yang lebih dari sireh nampaknya sireh junjung hanya tinggal nama jek lah...ada jugak yang bagi siap dengan tepak sireh...modal banyak sikitlah sebab tepak sireh yang ori mahal

2. Mas Kahwin - yang ini cuma diberi oleh pihak lelaki jek...yang ni memang wajib dari segi syarak tak boleh tak bagi sebab mas kahwin hak orang perempuan...tapi mas kahwin biasanya tak membebankan...Islam kan simple cuma adat yang kadang-kadang bikin orang susah...ada yang siap hias mas kahwin sampai susah nak keluarkan duit tu & kadang-kadang sampai terkoyak & rosak...lainlah kalau duit mas kahwin tu memang tak mau usik & nak simpan sebagai kenangan...ada yang cuma masukkan dalam album gambar or album duit...cara yang ni yang paling simple & popular

3. Cincin or barang kemas (rantai, gelang tangan, gelang kaki) - yang ni pun disediakan oleh pihak lelaki...kalau perempuan nak bagi cincin pun boleh jugak terpulang tapi jangan bagi cincin emas kat lelaki....biasanya benda ni nak guna time upacara membatalkan air sembahyang selepas akad nikah...biasalah adat Melayu

*Ini barang-barang yang wajib dalam hantaran perkahwinan...wajib pada adat orang Melayulah...kalau ikut definisi wajib dari kacamata Islam wajib maknanya bila buat kita dapat pahala tapi kalau tinggalkan kita dapat dosa...tapi, yang ni wajib ikut adat Melayu kalau tak buat pun takpe cuma nanti jadi buah mulut orang...kalau hantaran over-over sangat or grand-grand pun orang akan kata jugak...so, buatlah yang sederhana untuk tutup mulut-mulut longkang

Yang ini pulak barang-barang hantaran untuk orang biasa-biasa & yang biasa orang buat...kadang-kadang bertunang pun diaorang bagi barang-barang yang lebih kurang macam ni jugak

Hantaran Untuk Sebelah Perempuan :

1. Kain ela or kain pasang (untuk buat baju, nak bagi baju kurung  or baju kebaya yang dah siap pun boleh jugak)
2. Purse or handbag
3. Set make up 
4. Telekung

Hantaran Untuk Sebelah Lelaki :

1. Kain sampin beserta dengan baju melayu
2. Songkok & butang baju melayu
3. Wallet & tali pinggang (biasanya jual 1 set)
4. Cermin mata (Rayband or apa-apa jenama pun boleh)
5. Baju kemeja or T-shirt & seluar slack (nak tambah neck tie pun boleh)
6. Kain pelekat (ni trend zaman dulu)

Hantaran Universal (boleh bagi kat kedua-dua belah pihak laki-laki or perempuan) :

Barang bukan makanan :

1. Al-Quran & rehal 
2. Sejadah
3. Jam tangan
4. Kasut or sandal
5. Perfume 
6. Set toiletries (pencuci muka, shampoo, conditioner, shaver foam, after shave...)
7. Towel (boleh gubahmacam-macam bentuk)
8. Buku (kalau pasangan tu ulat buku eloklah bagi hantaran buku tapi kalau ulat bulu bagilah ubat gatal)
9. Potpouri or bunga rampai (buat cukupkan bilangan hantaran cukupkan korum...yelah kalau hantaran sampai 15 dulang pening gak nak fikir nak letak barang apa lagi...duit pun tak berapa nak memandang)

Barang makanan :

1. Kek (sekarang popular dengan cup cakes)
2. Muffin
3. Buah-buahan (letaklah dalam bakul, nak bagi strawberry celup dalam coklat pun boleh)
4. Coklat (Ferrero Rocher yang paling popular)
5. Gula-gula (nak bagi budak-budak makan)
6. Pulut kuning
7. Telur (telur itik, telur pindang)

*Barang-barang makanan tu penting mesti ada dalam hantaran sebab kesian kat saudara-mara yang tolong mengangkat dulang hantaran nak jugak menjamah hasil hantaran...takkan nak makan sireh jek...kalau yang belum kahwin tu takpelah nanti boleh cepat kahwin bila makan sireh junjung (kata orang tua-tua)...tapi, kalau yang dah berkahwin???

Hantaran High-Budget (up to date) :

Gajet-gajet :

1. Al-Quran Digital (yang ni stylo sikit kalau takde air sembahyang pun boleh pegang)
2. Kamera digital (nak lagi stylo bagilah DSLR)
3. Handaycam (boleh rakam video anak-anak nanti)
4. Handset (smartphone or android...iPhone, Blackberry, Samsung Galaxy, HTC...)
5. iPod (Mp3 player or Mp4)
6. Notebook, netbook, PDA or iPad

Bukan gajet :

1. Kereta or sebijik rumah - kalau duit dah banyak yang lebih tak kesahlah...cuma dalam hantaran tu kita just nampak anak kunci jek taklah bawak rumah or kereta sebijik siap hias2 macam barang hantaran...siapa pulak yang nak mengangkatnya atas dulang... lainlah kalau ada bela jin macam Aladdin...hoho
2. Tiket kapalterbang or pakej melancong@honeymoon (pergilah kat tempat-tempat romantik London, Paris, New York or Cameroon Highland & Langkawi pun boleh)

*Nak bagi hantaran high bajet ni sebenarnya tak kesah pun asalkan mampu & barang tu boleh guna lepas kahwin & tak membazir...OdahOne pun lagi suka buat lain dari yang lain...nak bagi kapal terbang boeing 777 pun boleh...boleh balik rumah mak mertua naik kapal terbang...jangan lupa sediakan tempat nak landing sekali


Apa-apa pun nak buat kena ikut bajet & jangan sampai terover bajet...yang paling penting nak set up kehidupan selepas kahwin...

Kalau ada barang hantaran yang terlebih or terkurang dalam senarai sorilah ek...yang paling penting barang hantaran jangan ada unsur-unsur haiwan contohnya bagi anak patung teddy bear ke siap hias cantik-cantik dengan bunga-bunga...nanti dah lain pulak maknanya...bila buat entry pasal hantaran perkahwinan ni terus datang mood nak kahwin...marilah kahwin!

*nota kaki berbau :
Kaf Haa Wau Ya Nun...Kongsi Hidup Waktu Yang Nikmat...Kahwin


RM50,000 Cash Prize? Just need to call?

18 June 2011

TIPS MEMBELI BELAH SECARA ONLINE


Sekarang ni dah banyak kedai online...setiap orang mampu ada kedai sendiri tak payah bayar sewa tiap-tiap bulan, tak payah bayar bil api & air serta cukai tanah & cukai pintu & sebagainya...& tak payah jugak susah-susah nak upah pengawal keselamatan or pekerja untuk tolong sapu & mop lantai kedai...just bayar sewa broadband or bil internet tiap-tiap bulan & anda sudah mampu memiliki sebiji atau berbiji-biji kedai...kedai online lah...kedai yang hanya boleh dilihat tapi tak dapat nak disentuh...perniagaan yang boleh dilakukan kat dalam rumah sambil anda menonton drama di depan tv & pekena secawan kopi

Just taip kat search engine apa barang yang anda nak maka keluarlah senarai kedai-kedai online or blogshop yang menjual pelbagai jenis barangan...antaranya; aksesori wanita, handbag, handmade craft, pakaian, perkhidmatan, makanan & macam-macam lagi...kalau dulu orang tak percaya boleh jual semua barang tu secara maya@online tapi sekarang benda ni dah pun jadi kenyataan...dulu orang ingat setiap barang yang nak dibeli mesti dibelek & disentuh serta dilihat dengan mata kepala sendiri tapi sekarang semua tu dah berubah...kat laman sosial pun dah banyak yang berbisnes bukan setakat kat webpages

OdahOne pun kadang-kadang lebih suka membeli-belah secara online sebab boleh save duit, masa & tenaga...tak payah beratur panjang-panjang & susah-susah bayar parking...ni dah dekat nak raya ni kalau pandai ushar beli jek baju raya secara online tak payahlah nak bersesak-sesak berebut dengan orang lain untuk beli baju raya...nak beli baju anak-anak pun senang...tapi, bukan semua orang suka membeli-belah dengan cara ni sebab ada kebaikan & keburukan...ada orang yang nak pegang & tengok barang kat depan mata baru beli...terpulanglah kat diri masing-masing cuma yang OdahOne nak kongsi kat sini ialah....

Tips-tips Untuk Bershopping Secara Online :

1. Security / Keselamatan

PC, laptop, netbook or ipad mesti awal-awal lagi dah dilindungi oleh software antivirus yang up to date & sentiasa di update...bukan apa just untuk keselamatan kita sewaktu melakukan transaksi belian secara online...untuk melindungi daripada perisian pengintip (spyware), malware, virus dan lain-lain ancaman dalam dunia internet yang tak mampu OdahOne nak senaraikan secara detail

2. Survey

Dalam Bahasa Melayunya buat tinjauan atau selidik terlebih dahulu sebelum nak beli apa-apa barang...nak beli barang kenalah survey dulu especially barang yang harganya mahal-mahal...kalau orang kaya takpelah tengok benda yang berkenan terus beli tapi kita ni orang biasa-biasa jek...buatlah tinjauan dulu tak susah pun...try bandingkan harga barang tu dulu dengan blogshop yang lain compare & decide mana yang lebih murah & worth it...ala macam beli barang kat supermarket or pasar malam jugak or beli barang-barang komputer kat PC Fair

Tengok jugak pakej yang diaorang tawarkan...contohnya; ada yang bagi free postage even beli satu barang, ada yang kalau beli lebih daripada beberapa item baru dapat free postage & ada yang jual dengan harga murah tapi tak termasuk postage...buatlah penilaian sendiri & jadilah pengguna yang bijak bukan yang selalu kena pijak 

3. Safety First 

Bukan safety untuk diri tapi untuk your money...ushar dulu tengok webpage tu either pemiliknya betul-betul nak buat bisnes or just nak menipu orang...sebab konsep perniagaan online ni atas dasar saling percaya mempercayai...lu caya gua, gua caya sama lu...lu langsi lu mati...konsepnya bayar dulu barulah dapat barang...dapat pun bukan on the spot macam kita shopping biasa tu...maybe makan masa 2 or lebih dari tu

Selalunya kita dengar penjual online yang menipu pembeli online...jarang dengar penjual yang kena kencing...so, berhati-hatilah sebelum buat payment...bacalah dulu terms & condition & fahamkan...kalau beli kat tempat yang kawan-kawan kita suggest lagi bagus sebab diaorang dah ada pengalaman shopping kat situ...selamat sikit duit kita

4. Print / Copy / Snapshot

Jangan lupa copy & cetak resit atau pengesahan pembelian...copy snapshot sekali sebagai bukti pembayaran (jika transaction online)...kalau ada gambar barangan tu beserta detailnya save sekali sebagai bukti...sentiasa simpan kesemua maklumat sehinggalah barangan yang dibeli tu sampai ke tangan anda...mana tau diaorang salah hantar barang or detail tentang barang yang di iklankan tu tak sama dengan barang yang dihantar...so, kita boleh ambil tindakkan susulan sebab ada bukti...kalau bawak pergi tribunal pengguna pun kita boleh menang

Contoh Snapshot

5. Kaedah Pengeposan Barangan

Pastikan anda memilih kaedah pengeposan barangan yang paling cepat & selamat...selalunya pihak penjual barang online ni tak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan barangan semasa proses penghantaran berlaku...sedihlah kalau barang yang kita beli rosak masa dalam perjalanan...setakat ni yang paling popular Poslaju sebab mesra pengguna & senang...boleh track & trace barang tu secara online & boleh request untuk penghantaran semula kalau masa diaorang hantar tu kita takde kat rumah...tapi ada jugak syarikat penghantaran lain yang bagus-bagus...terpulanglah pada diri masing-masing

Itulah sahaja tips yang OdahOne boleh kongsi setakat ni berdasarkan pengalaman yang ada...Selamat Bershopping Secara Dalam Talian!...



*nota kaki berbau :
Cara terbaek untuk mengenali seseorang perempuan ialah cuba keluar bershoppping dengannya???...Baru tau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...