Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

03 July 2012

SHOWDOWN 2012 | FINAL SHOWDOWN




3 Crew yang akan berentap time Final Showdown nanti...Crew mana yang paling korang suka & akan jadi champion? 


PROJECT ELEMENTZ



DEM LEPAK BOYZ

SOUL GANG

Malaysia, this is your Showdown2012 Top 3! 
Presenting to you Project Elementz, DemLepakBoyz & SoulGang!
Make sure you catch the FINALE 4th July | 9:30pm | only on 8TV ;) 
Jom kita layan beramai-ramai tengok krew mana yang paling best berjoget...



THANK YOU NUFFNANG KERANA TERUS BUAT BE SHOWDOWN & BERJOGET-JOGET KAT SINI...SHOWDOWNLAH HARI-HARI TAK PAYAH ADA FINAL SHOWDOWN


NUFFNANG ANALYTICS GRAF YANG BARU...YANG DULU LAGI CUN KOT


*nota kaki berbau :
Zaman dulu panggil joget lambak, zaman sekarang panggil street dance

21 May 2012

TERIMA KASIH SEKALI LAGI





Bulan ni memang OdahOne kena banyakkan ucapan terima kasih...sebab ucapan terima kasihlah yang paling mudah untuk balas budi orang yang berjasa pada kita...on the spot kita boleh terus balas...kalau nak balas dari segi yang lain-lain tu memang ambil masa, tenaga & wang ringgit...tapi, nak ucap terima kasih free jek


Kalau rasa lidah tak boleh nak ungkapkan ucapan terima kasih, ucapkanlah dalam bahasa isyarat macam image kat atas tu...senang sangat hanya letakkan tapak tangan pada bibir kemudian gerakkan kehadapan dengan mimik muka yang penuh keikhlasan...alah, lebih kurang macam kita buat flying kiss tu...cuma flying kiss biasanya orang buat sambil tunjuk muka gatal tapi yang ni kena buat muka ikhlas


OdahOne nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang dah pun mengunjungi booth kami semasa Sambutan Hari Ibu & Jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 19.05.2012...memang enjoy sebab dapat meraikan Hari Ibu & Hari Jururawat bersama-sama golongan ibu & para jururawat...2 ikon yang memang banyak berjasa pada kita


Insyallah, lepas ni jumpa kami di Seremban 2 pulak di Karnival Jom Amal 1 Malaysia...orang-orang Seremban jomlah datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis

ANTARA ACARA-ACARA YANG BAKAL DIADAKAN PADA KARNIVAL TERSEBUT IALAH :

-Pertandingan Bayi Comel
-Motosikal Klasik
-Mountain Bike
-Pertandingan Permainan Alat Kawalan Jauh
-Pertandingan Andaman
-Pertandingan Karaoke
-Pertandingan Ratu Tradisional
-Pertandingan Gusti Lengan
-Marathon
-Pertandingan Gubahan Bunga

-Street Soccer



Tak lupa jugak nak ucap terima kasih sekali lagi kat Nuffnang sebab bagi BE lagi...Alhamdulillah, dalam bulan May ni Encik Nuff dah bagi 6 BE walaupun satu dah berubah bentuk jadi ME...tapi, lagi 5 still running berjoget-joget & hope teruslah dia melekat kat sini sampai bulan depan...

Kalau ada masa kenalah selalu update entry sebab malu pulak dengan Encik Nuffnang...BE ni just pembakar semangat untuk terus berblogging sebab mood nak berblog ni kadang-kadang macam yoyo...bila ada suntikkan semangat barulah ada mood

Kalau nak tambah BE or nak dpatkan BE bolehlah ikut tips yang OdahOne bagi untuk entry sebelum ni or boleh baca entry yang ni ;




*nota kaki berbau :
Ucapan Terima Kasih adalah ayat yang paling mudah untuk kita ucapkan bagi membalas jasa seseorang kerana ia tidak memerlukan modal yang besar, hanya sedikit pergerakkan bibir & lidah seterusnya ia keluar melalui peti suara yang membolehkan orang yang mendengarnya rasa dihargai

17 May 2012

TERIMA KASIH | THANK YOU


Sepanjang bulan Mei ni ada beberapa individu yang kita patut ucapkan Terima Kasih...antaranya ialah;



Terima kasih kepada semua Jururawat sempena Hari Jururawat (12 Mei)...terima kasih banyak-banyak sebab sudi layan kami waktu berurusan dengan pihak hospital...terima kasih jugak sebab sudi jaga kami masa masuk wad...terima kasih sebab inject kami dengan ubat untuk lekas sembuh walaupun rasa sakit macam kena gigit semut api (sebenarnya lagi sakit daripada tu, ini ayat familiar jururawat waktu nak beri injection kat budak-budak)



Terima kasih pada ibu kami serta semua kaum ibu sempena Hari Ibu (13 Mei)... Sebenarnya lagi elok kalau hari-hari kita ucapkan terima pada ibu kita tak payah nak tunggu sambutan hari ibu...lagipun jasa ibu tak terbalas sekadar ucapan terima kasih jek...tapi, kalau tak ucap langsung lagilah tak patut...memang sesuai jadi tanggang moden, anak yang tak kenang budi nak ucap terima kasih pun susah...at least ucaplah thank you kalu tak reti nak cakap bahasa melayu




Terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kami selama ini sempena Hari Guru (16 Mei)...tanpa guru maybe entry ni takkan ke udara di blog OdahOne sebab kami tak reti nak mengeja...oleh itu kenanglah jasa guru-guru yang telah ajar kita mengeja termasuklah guru tadika yang ajar kita kenal huruf dari A sampailah Z sehinggalah kita mampu membuat blog & publish entry-entry hebat selama ini (hebat ker?)

dan akhir sekali...last but not least...





Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi bagi BE (Buffered Earning) lagi...antara tips nak dapatkan BE walaupun tak rajin nak publish entry hari-hari ialah sentiasa ucapkan terima kasih kat Nuffnang setiap kali dia bagi BE & setiap kali cheque Nuffnang sampai kat rumah...bukan susah sangat pun just hantar ticket kat Nuffnang untuk wish thank you or terima kasih...orang berbudi kita berbahasa barulah orang bagi kita merasa BE lagi


*nota kaki berbau :
Orang yang susah nak ucapkan terima kasih ialah orang yang paling susah nak diterima kasihnya...oleh itu ucaplah terima kasih selalu agar anda dikasihi selalu

23 April 2012

NUFFNANG NEW AD CODES | MARI TUKAR KOD IKLAN NUFFNANG YANG BARU


Dear Nuffnanger,

We at Nuffnang are always looking to make your blogging experience smooth, flawless and of course much much better. ;)

With the constant need to be better, we are launching brand new Ad Codes! These new Ad Codes are optimized to load without affecting the rest of your blog’s content to load. You can find these new codes at the Add Ad page in the blogger area at http://www.nuffnang.com.my/blogger/add-ads/.

The existing Ad Codes will be functioning as per usual but we do advise all bloggers to change to these new codes.

If you ever need any help from any of us, please feel free to use our Nuffnang Help Desk and we will be responding to your issues quicker and more effectively than ever.

Thank you so much for your cooperation! :)

Cheers,
Community Relations,
Nuffnang Sdn. Bhd.
Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community


Done! OdahOne baru jek tukar Nuffnang ad codes yang baru...maybe ramai yang dah tukar sebab dapat announcement ni minggu lepas 19.04.2012 tapi baru hari ni ada masa nak tukar...kepada sesiapa yang belum bertukar marilah kita melakukan satu transformasi

Kalau tak tukar tak boleh ke?

Sukati...kalau tak tukar pun takpe sebab kod iklan yang lama still boleh guna lagi...cuma Encik Nuffnang nasihatkan bloggers supaya bertukar kepada kod yang baru

Macam jugak kad pengenalan...kita tak perlu tukar IC lama dengan yang baru sebab yang lama masih boleh guna lagi...tapi kalau tukar IC baru sure ada banyak kelebihannya berbanding dengan yang lama

Apa kelebihannya bila dah bertukar ke kod iklan Nuffnang yang baru?

Setakat ni perbezaan yang OdahOne tengok iklan Nuffnang ni akan berdesup keluar tak macam selalu kadang-kadang agak lembap nak keluar & ada masa takmau keluar langsung, jenuh nak menunggu...maksudnya cara loading ads ni dapat di optimumkan tanpa menggangu content yang sedia ada dalam blog

Dalam bahasa mudahnya ads ni tak kacaulah content yang lain dia pandai buat hal dia sendiri ataupun pandai berdikari...sebab tu dia boleh keluar dengan lebih pantas

Sebelum ni kalau kita tengok ads Panduan 701 yang loading paling pantas berbanding ads Nuffnang...tapi setelah di upgrade ads mereka dah boleh bersaing dari segi kepantasan...nanti kita tentukan siapa pemenangnya

Bila ads loading laju barulah visitor ada semangat nak klik-klik iklan Nuff tu...kebetulan pulak OdahOne baru dapat benda ni...


Kalau ads lambat sangat keluar rugi banyak woo...Nuffnang sekali lagi menimbulkan misteri & tanda tanya kepada OdahOne...kenapa agaknya dia still bagi BE sedangkan kami cuma publish entry seminggu hanya 2 or 3 kali jek disebabkan kesibukkan yang memanjang-manjang...orang dah bagi banyak pulak tanya...anyway, thanks to Nuffnang & VW Polo Sedan Launch (Phase 2) sebab sudi meletakkan ads anda diblog kami...biarlah dia berjoget kat sini sampai penat

Kereta ni memang pantas bersesuaian dengan nuffnang new ad codes yang lebih pantas bila loading...agaknya visitor blog ni pun akan pantas jari mereka untuk mengelik ads yang sedang berjoget ini

Dapatkan NUFFNANG NEW AD CODES disini sementara stok masih ada!

*nota kaki berbau :
Rezeki yang tak disangka-sangka akan datang tanpa kita menjangka tapi jangan selalu menjangka rezeki yang kita sangka kita punya & jangan pula merampas rezeki orang lain macam bom jangka

23 March 2012

MARI MAKAN AISKRIM MAGNUM




Dari zaman hingus meleleh sampailah sekarang aiskrim memang tak pernah lepas daripada membasahi anak tekak...

Aku sanggup berbaris panjang waktu lunch time (tapi just duduk dalam kereta jek) Drive Thru semata-mata nak dapatkan  seketul aiskrim Sundae Cone Mc D...aiskrim yang penuh dengan kelazatan...yang terbaru sekarang aku sudah mula menggilai Aiskrim Magnum yang disaluti coklat walaupun harganya agak mahal berbanding Sundae Cone

Kesedapan aiskrim di atas boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya...tak dapat bayangkan kalau aiskrim magnum ni mencair ke dalam mulut masing-masing...sila kesat air liur anda

Magnum yang ni jangan dimakan haram hukumnya...kalau takut cair kena bakaran api neraka better tinggalkan magnum ni jauh-jauh biarkan dia terus mencair...tengok jek nombor siapa yang naik agaknya?


Time hati tengah panas pun elok kalau disejukkan dengan cairan aiskrim...memang akan lega seketika panas yang membara kat dalam hati sampai tak perasan habis sekotak aiskrim 1litre aku telan sorang-sorang...time sakit tekak pun aku akan telan aiskrim sebab dulu pernah ada sorang ada doktor yang suruh aku makan aiskrim untuk legakan sakit tekak...so, aku pun amalkan sampai sekarang & memang melegakan

Yang mana satu pilihan Qalbu?...Semestinya Magnum Almond


Kebetulan Encik Nuffnang pun baik hati bagi BE yang bertemakan aiskrim Magnum...terima kasih banyaklah sebab still sudi bagi BE walaupun OdahOne jarang update blog disebabkan masa yang sentiasa mencemburui kami...seketul-seketul BE yang Encik Nuff bagi setiap 2 minggu bermula dari awal bulan hari tu...takpelah yang penting kita enjoy!

Sudi-sudilah klik ads ini kalau nak makan aiskrim free

TUTORIAL : BUFFERED EARNINGS (BE) USEFUL TIPS

*nota kaki berbau :
Aiskrim akan cair kalau tidak dibekukan...begitu juga hati wanita akan cair apabila dipujuk rayu oleh lelaki...jangan mudah cair sentiasa bekukan hati anda wahai kaum hawa

13 February 2012

AKHIRNYA DIA DATANG MENYINGGAH LAGI



Dah dekat 4 bulan dia tak datang menyinggah...Kenapa? merajuk ker?...Apa salah aku kat dia? Aku tak pernah sakitkan hati dia & jauh sekali menduakannya...

Dari awal tahun sampai sekarang batang hidung dia pun aku tak nampak...jangan katakan singgah menjengah pun tidak...sombong benar lagaknya...orang dah tak mau singgah aku pun malaslah nak tegur...lantaklah dia kat situ

Tapi, bila fikir-fikir balik memang salah aku pun...sebab aku malas nak update blog sebab tulah dia malas nak singgah sini selalu...hoho

Earnings pun dah lama tak check...aku pun merajuk sama kot...tapi, bila check tadi rupa-rupanya ada 2 BE yang sedang berjoget-joget kat blog ni...surpriselah jugak...jarang update pun Encik Nuff still ingat kat OdahOne

Anyway, semangat untuk berblogging kembali lagi walaupun agak busy dengan urusan Duniawi...Hope, ada banyak masa untuk mengarut lagi


*nota kaki berbau :
Rezeki ada kat mana-mana kalau rajin cari...Maut pun ada kat mana-mana tapi kalau boleh jangan dicari...dah tau laut tu ombaknya ganas tak payahlah cuba nak mandi

02 December 2011

BERAKHIRLAH SUDAH MUSIM MENUAI BUFFERED EARNINGS



Buruk bebenor rupa ME ni...tak cun langsung
Start dari bulan Julai sampailah bulan November tiap-tiap hari ada jek iklan BE yang berjoget-joget kat blog OdahOne...boleh dikatakan 1 or 2 minggu sekali akan dapat BE yang baru...tapi, minggu ni bila check earnings semuanya dah bertukar rupa menjadi ME (Metered Earnings)...sure ramai blogger yang menyampah tengok rupa ME ni...kenapalah cepat sangat dia bertukar rupa? kan dah elok rupa BE tu...kalau tengok rupa BE sejuk sikit mata memandang

Musim menuai dah habis ke? Hari tu waktu outing ambik gambar kat bendang tengok sawah padi belum lagi nak menguning takkan dah habis musim menuai kot?...dah takde lagi ads yang sudi nak berjoget lambak kat blog OdahOne lagi ke?...maybe sebab bulan November yang lepas ni kami amat busy & jumlah visitor pun makin menurun...tak sempat nak update blog hari-hari...sebab tu agaknya dia merajuk takde orang yang nak layan dia berjoget...mana syok kan berjoget sorang-sorang

Anyway, puas jugaklah makan hasil dari BE...dapatlah tambah-tambah modal nak mendirikan masjid walaupun sekadar dapat beli batu bata jek...boleh jugak guna buat bayar duit upah mak andam...bagilah peluang kat orang lain merasa menuai hasil BE pulak...terima kasih untuk Encik Nuffnang & mereka yang sudi singgah & menyumbang untuk blog ni...ada rezeki kita tunggu pulak musim menuai untuk tahun depan...kali ni kita menuai pakai traktor pulak baru banyak sikit hasil


Mungkinkah ini BE yang terakhir buat tahun 2011?...Sayonara



BUFFERED EARNINGS | USEFUL TIPS



*nota kaki berbau :
Lambang BE yang gagah dipandang mulia dan indah...OdahOne terus mara untuk rakyat Malaysia!

04 November 2011

IKLAN BRA & PANTIES DI BLOG ODAHONE



Please be informed that the La Senza Concept Store Launch ad will run on your blog "OdahOne" from 3 Nov onwards. If you wish to be excluded from this campaign, kindly leave a message at our helpdesk (http://www.nuffnang.com.my/help/) and we will proceed to deactivate your blog from this campaign. Thank you!

BE ke-12 dari Encik Nuff (Thank You)

Pelik jugak...biasanya En Nuff kalau nak bagi BE kat OdahOne dia takkan inform kat email...dia akan buat surprise...bila kita check earnings tiba-tiba tengok dah ada tercongok kat situ 2 or 3 BE...hati pun jadi riang & gumbira bila tengok ads tu berjoget-joget kat dalam blog...lagi lama dia berjoget lagi banyaklah duit yang masyuk...nak berjoget sampai tahun depan pun takpe...hoho

Kelihatan bra yang sedang bergantung-gantungan

Apa benda tu 'La Senza Concept Store'?...kedai alat tulis  ker or kedai basikal? Siasat punya siasat rupanya Nuffnang nak letak iklan Bra, Panties, Sleepwear, Loungewear & benda-benda dalaman yang lain kat dalam blog OdahOne...baru makcik tau...dia just inform awal-awal coz takut owner blog terperanjat tiba-tiba ada iklan girl yang hanya memakai coli keluar menari-nari dalam blog

Bra untuk hari Jumaat

OdahOne rasa tak kesah kot kalau letak kat blog iklan macam ni...lagipun pengunjung blog pun ramai yang dah matang-matang...takkan nak terangsang tengok iklan yang macam ni?...tapi, kalau iklan alkohol@arak & makanan yang dah comfirm tak halal tu memang OdahOne reject awal-awal...tak dapat BE pun takpe daripada letak iklan camtu

Rasanya iklan ni taklah melampau-lampau tahap kelucahannya...cuba try tengok iklan kat bawah entry ni (kalau bernasib baik dia keluar)...

Adakah anda terangsang wahai kaum wanita / lelaki (khasnya)? kalau rasa terangsang sila alihkan pandangan anda...apolah tengok gambar camtu pun nak terangsang...

Still consider lagilah bukannya letak gambar wanita separuh bogel yang tutup part-part penting...kalau nak tengok gambar-gambar yang macam tu tak payah datang sini ada banyak lagi blog or webpage yang menyajikan hidangan sedemikian rupa


Founded 1990 About The official page of La Senza Malaysia. Get great tips, up to date news, latest promos and more! http://www.lasenza.com.my/ Company Overview STORE LOCATIONS • Suria KLCC • One Utama • Mid Valley • The Gardens ...See More Products Bras, panties, sleepwear, loungewear, accessories, and sportswear. Website http://www.lasenza.com.my Founded 1990 About The official page of La Senza Malaysia. Get great tips, up to date news, latest promos and more! http://www.lasenza.com.my/ Company Overview STORE LOCATIONS • Suria KLCC • One Utama • Mid Valley • The Gardens • Pavilion KL • Sunway Pyramid • Empire Shopping Gallery • Queensbay Mall • Parkson Pavilion • Parkson Subang Parade • Parkson Sungei Wang Products Bras, panties, sleepwear, loungewear, accessories, and sportswear. Website http://www.lasenza.com.my
*nota kaki berbau :
Legging itu bukan sejenis seluar...Ia adalah sejenis spender yang labuh paras buku lali???

22 September 2011

BUFFERED EARNINGS DURING MERDEKARAYA SEASON


Klik Kalau Nak Tengok...

Amboi! tajuknya bukan main gempak lagi...speaking omputeh tapi isinya biasa jek...bukan apa just nak buat entry penghargaan buat Mr. Nuffnang & advertiser yang sudi bagi BE kat blog yang penuh dengan kemerah-merahan ni...

OdahOne nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Nuffnang & 7 Advertiser yang kat atas ni...Hope, semakin banyak advertiser yang berminat nak buat kempen iklan diaorang kat sini...kecil tapak tangan, ketupat & lemang OdahOne tadahkan

Bila OdahOne hantar ticket kat Nuffnang untuk say thank you macam biasa inilah jawapan yang Nuffnang bagi;

"Glad to know you've been assigned a CPM campaign! You actually have the Advertisers to thank for, not us, because they are the ones that chose your blog for their CPM campaigns"

Jawapan ikhlas daripada Nuffnang yang agak merendah diri...tapi, nak say thank you kat advertiser tak tau pulak camne caranya...just buat entry ni pun bolehlah ek...ada ke yang nak baca?

Musim perayaan ni Alhamdulillah rezeki murah sebab sepanjang musim MerdekaRaya blog OdahOne buat pertama kalinya dapat 7 BE yang datang secara bergilir-gilir tanpa henti setakat ni...tapi, yang tengah running sekarang ni cuma 2 jek yang lain dah bertukar rupa menjadi Metered Earnings...

Tak kesahlah yang penting income pun bertambah sikit & barulah boleh Merdeka & Raya sesuai dengan tajuknya MerdekaRaya iaitu kita merdeka dulu barulah kita boleh beraya...ada duit banyak hari-hari boleh raya daa...


Click-Rating pun dah semakin naik nampaknya...baguslah cuma ads untuk leaderboard jek yg tak bergerak-gerak bintangnya still bintang 3...yang OdahOne tau bintang 3 ni pengganas komunis...cis! bedebah punya komunis orang dah merdeka engkau masih nak buat pasal, tambahlah lagi satu wahai bintang agar kau tak jadi komunis..."Ku petik bintang-bintang"...yang dah fullbar tu janganlah kena petik pulak

Apa sebenarnya maksud bintang-bintang ni semua?

Kalau sekali tengok macam line bar kat handset...full bar makudnya baguslah tu macam tu jugak dengan bintang-bintang ni kalau dapat 5 bintang maksudnya bagus & terbaek

Ikon bintang ni sebenarnya mewakili Pemarkahan Klik blog tersebut. Ia diukur berdasarkan CTR ( click through ratio ) kempen berbayar (bukan iklan global) yang sebelumnya. Ia bertujuan untuk memberikan maklum balas kepada anda mengenai prestasi iklan berbayar anda berkaitan klik yang diterima

Senang cerita lagi banyak orang yang klik ads kita semakin bertambahlah bintang tu...biasakan kita letak 3 iklan nuffnang kat dalam blog...kat atas sekali, bawah entry & pada sidebar...so, setiap bahagian ada gred permarkahan yang dibuat mengikut bintang berdasarkan kempen iklan setiap minggu...contoh, untuk blog OdahOne ni iklan yang OdahOne letak pada Leaderboard agak kurang orang klik jadi bintangnya pun tak bertambahlah

Apa kelebihannya bintang-bintang ni? Bintang darjah kebesaran ke?

Semakin banyak bintang semakin tinggi minat advertiser nak letak iklan kat blog kita...yelah, kalau kita nak iklankan produk sure cari tempat yang ramai orang datang nak beli...kalau takde orang kita jual & beli sendirilah gamaknya

Click-Rating ni akan di update setiap minggu berdasarkan kempen iklan yang berjalan pada minggu sebelumnya...so, kalau minggu lepas takde kempen iklan yang running maka takdelah perubahan pada Click-Rating & bintang-bintang pun tak bertambahlah kerdipannya

Nak info lebih lanjut & lebih tepat boleh baca kat SINI...Encik Nuffnang ada penjelasannya yang lebih terperinci...maybe OdahOne punya penjelasan tak berapa tepat & betul...tak pandai sangat nak explain 

Tapi kalau dah tau semua ni janganlah dengan sengaja klik iklan sendiri banyak-banyak...nanti Nuffnang akan bagi surat cinta or warning letters kat kita...

Dear Nuffnanger,
It has come to our attention that your account has been involved in click fraud.
After a thorough check from our system, we are able to find sufficient evidence that you've been clicking on your own CPC ads on the blogs registered under your own account. This is against our Terms & Conditions which you have agreed upon signing up with us.
We strongly advise for you not to repeat this or your blogs and account will be blacklisted and banned from our network.

Hoho...padan muka...Pesanan daripada Nuffnang untuk semua...

"Blogging should never be about making money. Nuffnang exist to bring bloggers closer and to help bloggers earn a little by ads if they happen to have a lot of visitors. Thus, it is important for bloggers to not start blogging just for money. Instead, they should blog for their passion and in due time, they will be rewarded"


*nota kaki berbau :
Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Beri BE Kita Merasa...Kalau Tak Dapat Jangan Mengata, Usaha lagi Kalau Nak rasa...Buat Blog Untuk Suka-Suka, Dapat BE lagilah Suka

12 August 2011

BUFFERED EARNINGS (CPUV) | USEFUL TIPS


Musim BE menyinggah ke Blog OdahOne dah sampai agaknya...kali ni BE yang ke 2, 3 & 4 datang bertandang pulak...alah yang berjoget-joget tu...kalau nampak ads macam yang kat bawah ni maknanya???






Bila dah dapat BE saja lah hantar ticket kat Encik Nuffnang just to say thank you...yelah orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita sama-sama merasa...ini jawapan daripada Nuffnang;

"Glad to know you've been assigned a CPM campaign! You actually have the Advertisers to thank for, not us, because they are the ones that chose your blog for their CPM campaigns"

Begitu kesahnya...Amboi merendah diri pulak Encik Nuffnang...Oklah, OdahOne  ambil kesempatan ni untuk ucapkan ribuan terima kasih pada iklan-iklan yang kat atas sebab sudi letak iklan diaorang kat blog yang kemerah-merahan ni...letaklah lama-lama sikit tak kesah pun...kalau ada ads lain yang nak JOIN sama amatlah dialu-alukan...hoho...ada ke advertiser yang nak baca ucapan ni?

Tips nak dapat BE?

Entahlah OdahOne pun tak tau...rasanya ramai blogger yang dah cerita kot...lagipun diaorang semua dah puas makan BE layaklah bercerita...OdahOne tak layak lagi bukannya tak mau kongsi cerita...cuma yang penting blog kita mesti ada identiti tersendiri & ada pelbagai cerita menarik yang advertiser rasa berbaloi kalau letak iklan diaorang kat situ...Berbaloi ker letak iklan kat sini???...Entah?

Lagi satu tips yang biasa kita dengar...berbaik-baiklah dengan Encik Nuffnang...kenalah friendly & mesra alam...jangan takut diaorang tak makan orang...hantar jek ticket nanti cepat jek diaorang balas...memang friendlylah takde sombong punya...tanyalah tentang apa-apa pun sure ada yang reply..."Tak kenal maka tak cinta"...tapi jangan hantar surat cinta pulak memang takde siapa yang nak layan

Kalau kita dah buat cashout & cek dah sampai rumah bagitaulah kat nuffnang & say thank you...simple jek nak tulis omputeh boleh melayu pun boleh...tak payah buat karangan sampai 350 patah perkataan...common senselah bila orang bagi barang or duit kat kita mestilah ucapkan terima kasih..."Budi Bahasa Budaya Kita"

Kalau dah dapat BE even satu BE pun ucap jugak arigato...nanti maybe dia bagi lagi berBE BE yang datang sebab kita tau menghargai & appreciate orang lain...lebih kurang macam tulah

Lastly, kalau rajin updatelah blog selalu...tapi, kadang-kadang jarang update pun Nuffnang bagi BE jugak...nasiblah, tips yang ni tak dapat dipastikan sejauh mana keberkesanannya...lepas tu kena rajin update blogger profile & survey kat nuffnang...yang ni memang kena buat selalu 

"Blogging should never be about making money. Nuffnang exist to bring bloggers closer and to help bloggers earn a little by ads if they happen to have a lot of visitors. Thus, it is important for bloggers to not start blogging just for money. Instead, they should blog for their passion and in due time, they will be rewarded"

Ini antara pesanan berguna Nuffnang bila OdahOne tanya; "Macam mana ek nak dapat earnings banyak-banyak macam orang lain tu???"

Barulah insaf sikit bila dapat jawapan yang macam ni...padan muka aku...memang betul pun mula-mula niat berblogging memang just for fun & just nak luahkan apa-apa yang best & nak share dengan orang lain...tapi, bila tengok ada blogger yang dapat income banyak hasil dari berblogging dah startlah setan menghasut...niat asal pun dah berubah...nasib baik dah tersedar sekarang & kembali ke jalan yang lurus

Anyway, hope ramai yang dapat manfaat dari entry ni...bukannya Odahone nak berlagak tapi just nak share...kalau ada silap & salah harap dimaafi...hari raya pun dah dekat ni...chow!

*nota kaki berbau :
BErsabar, BErtenang, BErusaha, BErdoa, BErtawakkal...Jangan lupa BErpuasa...Lepas tu barulah BEraya...BEstnyer!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...