Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

03 March 2012

BAYAR BIL TNB SECARA ONLINE

Sekarang kalau boleh semua benda nak buat online...shopping, beli tiket bas or kapalterbang, bayar bil api, bil air, bil astro & macam-macam lagi...

Zaman bayar bil api air beratur panjang-panjang kat pejabat pos nampaknya semakin berakhir...kalau tak beratur pun duduk tunggu nombor kena panggil pun bosan jugak...kena pulak giliran nombor sampai beratus-ratus...sampai naik menyampah dengar suara perempuan yang panggil nombor tu, walaupun tak nampak mukanya cuma dengar suara jek...

Sebelum ni, member yang tolong uruskan urusan bayar bil air & letrik ni...sekarang, baru 1st time nak uruskan sendiri...bayar bil secara konvensional kat pejabat pos memang OdahOne dah pangkah besar-besar...zaman tu dah berlalu...pilihan yang paling bagus untuk zaman ni ialah bayar secara online...lebih cepat, jimat, mudah & selamat

Biasanya orang bayar bil TNB online guna internet banking...Maybank2u or CiMB Clicks yang paling popular...memang mudah tapi tak syok sangat sebab kita just bayar camtu jek tak dapat tengok bil elektrik secara details...kalau bayar guna laman web TNB memang ada banyak sangat kelebihan...jom kita tengok apa kelebihan yang ada secara bergambar...

Mula-mula klik link ni dulu...https://e-services.tnb.com.my

Macam biasa KLIK 'register now' untuk register...sebelum tu pastikan bil semasa TNB dah ada kat sebelah anda sebab nanti  nak daftar akan guna maklumat yang ada kat dalam bil tu...senang sikit nak buat rujukkan tak payah tercari-cari bil

Rujuk pada bil TNB anda untuk isi maklumat Account Number & Contract Number bila mendaftar online nanti...boleh tengok details pada image kat atas ni...kalau tak nampak boleh KLIK untuk tumbesaran

Isikan semua ruangan yang wajib diisi...Untuk Account Number & Contract Number boleh rujuk pada bil masing-masing...cara nak tengok ada ditunjukkan pada image kat atas tu...bila dah siap daftar macam biasa TNB akan hantar Email untuk verify registration...nanti TNB akan bagi PASSWORD sementara untuk LOGIN lepas tu bolehlah tukar password sendiri

Dah siap daftar terus LOGIN guna LOGIN ID & PASSWORD masing-masing...bila dah LOGIN nanti akan keluarlah paparan macam gambar kat atas tu...amount bil semasa yang perlu dibayar dah standby tunggu masa jek untuk kita bayar termasuklah bil-bil yang dah lama tertunggak (kalau ada)...just KLIK 'Pay Now' atau 'Bayar Sekarang' dalam Bahasa Melayunya

Bila KLIK 'Pay Now' terus akan keluar paparan camni menandakan anda berada dalam alam  'Security Site'...secara automatik anda akan dibawa ke laman web Maybank2u...kalau nak guna CiMB Clicks tak taulah camne caranya sebab bila klik dia terus ke web Maybank2u....

So, kena ada A/C Maybank2u dulu sebelum bayar bil & yang paling penting sekali makesure duit kat dalam bank tu cukup untuk buat bayaran...kalau tak bayar lain kali jek...bila dah masuk web Maybank2u macam biasalah prosedurnya...dia akan mintak Username, pastu akan keluar Security Site To User Image (ada gambar bunga, kuda, burung & macam-macam), mintak password & TAC  number sebelum proceed dengan bayaran...

Amount bayaran akan di deduct secara automatik daripada A/C anda...amountnya macam yang tertera kat 'Pay Now' tadi...dah setel bayar, maka rumah anda tidak akan bergelap

Ini yang membezakan antara bayar direct guna 'Internet Banking' (maybank2u, CiMB Clicks dll) dengan bayar secara online di laman web TNB...antara kelebihan yang kita dapat ialah boleh semak 'Bill History'...semua bil termasuk 6 bulan yang lepas boleh kita semak...kat sini kita boleh buat bajet...kalau terguna karen lebih dari yang sepatutnya & nak kawal bolehlah buat kajian berdasarkan bil-bil yang lepas

'Reading History'...yang ni OdahOne tak tau sangat nak baca...serahkan pada orang TNB yang lebih arif...kena guna ilmu matematik sikit kalau berhajat nak kira

'Payment History'...siap tunjuk tarikh, amount & kat mana lokasi kita bayar bil tu...kan bagus semua info ada kat sini...kalau bil sangkut tak bayar berapa bulan pun kita boleh tau

Ini antara kelebihan bayar bil elektrik secara online dengan TNB...'Average Bill Amount'...berapa anggaran penggunaan bil letrik kita setiap bulan...kalau tengok kat atas ni penggunaan letrik sebulan lebih kurang RM 51.39...ok lagi, still mampu bayar nampaknya...tapi kalau boleh nak jimat lagi...boleh guna duit tu untuk beli benda lain...

Sebab rugi bayar bil letrik banyak-banyak ni...kita bayar untuk benda yang kita tak nampak...yelah elektrik mana boleh nampak...kecualilah kalau dah melekat kat badan kita barulah nampak kita berjoget-joget...kalau beli sofa baru boleh gak nampak & boleh duduk lepak-lepak

Yang ni memang stylo...kita boleh baca meter letrik kita sendiri...tak payah tunggu orang Meter Reader datang rumah tiap-tiap bulan, siap nak berteropong lagi untuk baca meter...kita sendiri kat rumah pun boleh baca...terer tak?...takut pasni Meter Reader dah tak boleh nak cari makan...terpaksa cari kerja lain...hoho...

Sebenarnya, fungsi utama 'Self Meter Reading' ni ialah; kadang-kadang Meter Reader tak boleh buat bacaan meter letrik kat rumah kita...bila nak baca kita takde kat rumah untuk bukak pintu or dia teropong meter pun tak nampak or dia cari meter letrik pun tak jumpa or ada anjing garang dah standby kat pintu pagar & dia tak berani masuk..so, pihak TNB akan ikut bacaan macam meter bulan lepas & akan add or deduct semula bayaran pada bil yang akan datang

Kalau bacaan meter bulan tu sepatutnya lagi kurang daripada bulan lepas & kita tak mampu nak bayar or takmau bayar lebih daripada penggunaan untuk bulan tersebut, kita boleh request kat TNB untuk just bayar jumlah yang kita guna berpandukan pada 'Self Meter Reading' ni...mudah bukan?...macam-macam maklumat & info yang kita boleh dapat melalui cara ni...Simple & Stunning!

Oleh itu, marilah kita bersama-sama membayar bil elektrik secara online dengan TNB kalau takut hidup dalam kegelapan

*nota kaki berbau :
Tak bayar kena potong, nampak kereta lembap kat depan cepat-cepat potong, budak lelaki cukup umur wajib kena potong, makan gula lebih pun kena potong...elakkan dari di potong

06 January 2012

GOODBYE SHOUTMIX | WELCOME FIBOX, FREE SOUTBOX, SHOUT BUSUK???

Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini...bayar jangan tak bayar...RM5.00 jek sebulan kot tak mahal
Shoutmix akhirnya melabuhkan tirai freenya di permulaan 2012...banyak jugak jasanya pada blog OdahOne ni...ramai visitor yang datang & tinggalkan kesan@jejak pada ruangan ni yang diberi nama "Mari Bertenet-Tenet" termasuklah si spammers

Ada yang bertanya khabar, ada yang follow, ada yang komen & bagi idea, ada yang nak belajar, ada yang letak iklan & ada jugak yang guna cara kotor letak ads sekali klik duit masyuk kat A/C dia...tak kesahlah yang penting semua orang bahagia

OdahOne pun banyak balas kunjungan visitor dari shoutmix ni termasuklah buat BlogWalking ...bila benda free tiba-tiba jadi tak free so ramai yang dah beralih arah nak cari benda yang masih free@foc...biasalah siapa yang tak suka benda free...sekarang ni pulak ada macam-macam pilihan untuk letak kotak jeritan kat dalam blog...lebih-lebih lagi lepas Shoutmix merajuk
Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini
Cbox...benda ni memang dah lama orang guna & menjadi pengganti bagi Shoutmix kat blog OdahOne...tapi, tak berapa suka & tak syok sangat guna Cbox ni...tak user friendly sangatlah...asyik dok nak menaip nama & email/url jek...takde auto refill tu yang leceh...dunia sekarang mengejar kelajuan & kemajuan bukannya kelembapan walaupun iklim negara kita ni sentiasa panas & lembap sepanjang tahun...tapi, otak kita tak boleh jadi lembap sepanjang tahun...kena sentiasa pick up & panas

Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini
Fibox...Free Real Time Chat...benda ni yang OdahOne tengok di antara yang paling popular digunakan oleh bloggers...mungkin ada perkataan Free kat situ sebab tu orang suka...OdahOne dah ushar memang banyak blog yang gunakan Fibox menggantikan Shoutmix...tapi, benda ni baru lagi masih tak banyak features sangat bak kata orang puteh; "We are still in beta phase. Not many features at this time, but this is just the beginning. When new features are introduced, you are the first to be able to try it. :)"

Fibox ni orang kata lagi user friendly & fun daripada Shoutmix & Cbox...tak pernah test lagi tak dapatlah nak ulas lebih lanjut lagi...masih lagi di peringkat percubaan & established 10 Disember 2011 yang lepas...rasanya benda ni local, orang Malaysia yang buat (Melayu Bumiputera)...so, support lah barangan buatan Malaysia

Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini
Yang kat atas ni pun boleh tahan popular gak...tajuk dia Free Shoutbox...macam biasa dia popular sebab ada perkataan free kat situ sama macam Fibox lah lebih kurang...nanti kalau dah popular & dah maju mulalah demand nak mintak bayaran...biasalah tu kat dunia ni mana ada benda yang free buat selama-lamanya kecuali oksigen untuk kita bernafas...tak kena charge pun...tapi bila dah masuk dalam tong@tangki oksigen dah kena bayar jugak

Klik SINI kalau mau test kotak jeritan yang ini
Shout Busuk...Dalam banyak-banyak benda alah kotak jeritan ni, OdahOne paling suka yang ini...mungkin nama dia Busuk & takde perkataan Free kat situ so, orang takut nak guna & tak sepopular kotak jeritan yang lain...Shout Busuk...tak taulah apa sebab namanya busuk...kalau siapa yang biasa ping entry kat PING BUSUK tau kot kenapa namanya Busuk

Takpelah biarkan namanya Busuk asalkan hati orang yang buat benda ni wangi & orang-orang yang datang tinggalkan komen pun tak berhati busuk...

Apa itu Shoutbox?
Mengikut definition daripada wikipedia, Shoutbox, atau juga dikenali sebagai saybox, tagboard, atau chatterbox adalah merupakan salah satu ciri yang seakan-akan seperti chat room untuk sesebuah laman web bagi membolehkan orang ramai meninggalkan mesej tanpa perlu mendaftar apa-apa dengan laman web tersebut.

Apakah ciri-ciri yang ada pada shoutbox busuk?
Antara ciri-ciri yang kami sediakan pada shoutbox kami ialah :
1. Real-time chat - Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru
2. Custom smilies - Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.
3. Customizable - Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda
4. Word filter - Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.
5. Ban system - Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda
6. Online user counter - Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda
7. FREE! - Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!

Moral of the story; pilihlah kotak jeritan mana yang kita paling suka nak guna & visitor suka nak drop by, senang nak menjerit...ada orang cakap tak perlu letak kotak jeritan kat blog & ada yang cakap perlu...so, pandai-pandailah kita nak manage blog sendiri

*nota kaki berbau :
Yang patah tumbuh yang hilang berganti...Adakah sama benda yang tumbuh dengan yang patah? Adakah sama benda yang hilang dengan gantinya?

20 November 2011

TUTORIAL CARA BUAT SPHERE LABEL | LABEL ANIMASI BLOGUMULUS

Macam mana cara nak buat Labels ada awan-awan terbang macam blog OdahOne ni? Boleh ajar tak?

Ok, caranya senang jek...Ikut langkah-langkah kat bawah ni step by step sure berjaya buat labels awan nano yang berterbangan kat blog anda...OdahOne suka buat tutorial secara bergambar untuk senang faham...So, jangan pening kepala kalau tengok banyak sangat gambar...KLIK pada gambar untuk lihat image yang lebih besar & jelas...Boleh try & error buatlah sampai anda berjaya...Kita mulakan dari A to Z...

1. Firstly, SIGN IN dulu ke account blogger anda. Then, KLIK pada 'Design'

2. KLIK 'Template'  & seterusnya klik 'EDIT HTML'

3. KLIK 'Proceed' untuk ke langkah seterusnya

4. KLIK  untuk tick pada 'Expand Widget Templates' & kemudian jangan lupa KLIK 'Save Template' untuk buat backup template yang asal supaya kalau berlaku error time kita edit template boleh recover semula dengan script template yang asal

5. Tekan 'F3' atau 'Ctrl F' supaya keluar menu macam di atas. Kemudian copy code ini;  <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'> & paste diruangan tersebut & press 'ENTER'

6. CARI code seperti berikut atau yang seakan-akan sama;

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

7. Bila dah jumpa, COPY pulak code yang kat bawah ni & PASTE di BAWAH code di atas (boleh rujuk ***Contoh Bergambar)

<b:widget id='Label99' locked='false' title='Labels' type='Label'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:title'>

<data:title/>

</b:if>

<b:include name='quickedit'/>

</b:includable>
</b:widget>

***Contoh Bergambar code yang telah Di PASTE. ***CODE <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'> mungkin  berbeza mengikut template masing-masing, cari code yang seakan-akan sama dengan code tersebut

8. LASTLY, klik 'Save Template' untuk simpan & lihatlah hasilnya pada blog anda

Belum habis lagi...ada lagi ni...

Untuk EDIT Label Animasi Awan Nano (Blogumulus) ini mengikut kesesuaian blog anda ikuti pula langkah-langkah yang berikut;

1. ADJUST / MODIFIED LEBAR, TINGGI & WARNA BACKGROUD

Variable untuk lebar dan tinggi ada pada baris script berikut, cari & edit pada script tersebut mengikut kesesuaian blog anda

var so = new SWFObject("http://halotemplates.s3.amazonaws.com/wp-cumulus-example/tagcloud.swf", "tagcloud", "240", "300", "7", "#ffffff");

240 menunjukkan lebar widget (saiz standard)
300 menunjukkan tinggi widget (saiz standard)
#ffffff menunjukkan warna background (warna default ialah White boleh ubah guna code warna sendiri)
*Klik SINI untuk pilih code warna anda
Contoh : Kalau nak gunakan background warna merah gantikan code #ffffff berikut dengan yang ini #ff0000

2. TUKAR WARNA TEXT

so.addVariable("tcolor", "0x333333");

"tcolor" adalah flash variable, jadi pastikan anda hanya menggantikan angkanya sahaja. 333333 ialah warna default iaitu Dark Grey. Gantikan angka tersebut dengan code warna pilihan anda.
*Klik SINI untuk pilih code warna anda

3. TUKAR KELAJUAN PUTARAN

so.addVariable("tspeed", "100");

100 menunjukkan kelajuan standard putaran label (labels yang bergerak seakan-akan awan, lagi tinggi lagi laju dia berputar)
*Cuba gerakkan cursor pada labels yang telah siap untuk melihat kelajuannya berputar

4. TUKAR UKURAN FONT

so.addVariable("tagcloud", "<tags><b:loop values='data:labels' var='label'><data:label.name/></b:loop></tags>");

12 menunjukkan ukuran font standard yang digunakan
*Kurangkan angka 12 untuk kecilkan font & tambah kalau nak besarkan lagi font

5. TUKAR BACKGROUD JADI TRANSPARENT

//so.addParam("wmode", "transparent");

Kalau nak buat background jadi transparent just delete tanda // dari script di atas

SEKIAN...TERIMA KASIH

Selamat Mencuba! Kalau ada sebarang pertanyaan jangan malu untuk bertanya...OdahOne akan cuba, try & test untuk menjawabnya...

Credit untuk Encik Roy Tanck kerana mencipta Labels Awan Nano ni...Boleh Klik SINI untuk tutorial asal

"CARA UNTUK LETAK IKLAN CHURP CHURP BERGAMBAR DALAM BLOG | TUTORIAL"

02 September 2011

CARA UNTUK LETAK IKLAN CHURP CHURP BERGAMBAR DALAM BLOG | TUTORIAL

Assalamulaikum & Selamat Sejahtera...

1st time OdahOne nak buat tutorial kat blog...tutorial yang bertajuk "Cara Untuk Letak Iklan Churp Churp Bergambar Dalam Blog"..boleh tengok contohnya pada sidebar blog OdahOne ni...or boleh tengok contoh macam kat bawah ni...

Rasanya ramai yang dah tau kot...tapi, bagi yang belum tahu bolehlah belajar sikit-sikit...OdahOne buat tutorial ni pun berdasarkan atas permintaan...cuba tengok kat bawah ni...kesian dah lama orang tanya tapi baru sekarang ada kesempatan nak buat tutorial...tak kesahlah yang penting jangan lokek ilmu & jangan sampai orang cakap kita kedekut ilmu

So, OdahOne akan buat tutorial berdasarkan cara OdahOne sendiri berdasarkan ilmu yang ada...sebenarnya ada banyak cara tapi ini cara yang paling simple & tak memerlukan kepandaian IT yang tinggi...siap dengan gambar illustrasi sekali untuk memudahkan semua orang faham...kalau ada salah & silap haraplah dimaafkan...ok, sediakan pen & kertas ya puan-puan....amboi, dah macam rancangan nak memasak lah pulak...

A. Step Untuk Dapatkan PERSONAL LINK & URL LINK BERGAMBAR Bagi Iklan Churp Churp

1. Firstly, bagi yang dah ada akaun Churp Churp boleh terus login kat SINI...bagi yang belum daftar bolehlah daftar dengan klik JOM CHURP CHURP...senang jek tak sampai 10 minit pun

2. Kemudian, Klik Dashboard masing-masing untuk tengok campaign apa yang churp-churp bagi untuk kita promote

3. Klik Share This untuk iklan yang kita nak promote

4. Kemudian, klik Share This untuk 'Start sharing this campaign' & untuk dapatkan PERSONAL LINK anda untuk iklan tersebut

5. Klik pada CLICK TO COPY untuk copy PERSONAL LINK yang akan korang gunakan untuk kempen iklan Churp Churp

6. Lastly, cara nak dapatkan URL LINK BERGAMBAR. Just Right click pada image untuk dapatkan url image bagi iklan tersebut. (Rujuk gambar kat bawah)

Copy Image Location kalau gunakan browser Mozilla Firefox

Copy Image URL kalau gunakan browser Google Chrome

B. Step Untuk Letakkan Iklan Bergambar Churp Churp Pada Blog

1. Click Layout > Add a Gadget > Add HTML/JavaScript

2. Copy & paste script berikut :

*ubah saiz height & width ikut kesesuaian blog masing-masing (saiz yang OdahOne gunakan ialah; height="90" width=90")

Contoh script yang dah lengkap :

3. Ulangi langkah yang sama untuk kempen-kempen iklan yang lain. Contoh;

4. Akhir sekali click SAVE.

5. Drag Gadget ke bahagian yang anda suka nak letak. Ok, Siap!

*Ini script kalau nak letak gambar burung Churp Churp macam yang OdahOne letak tu :

(height & width boleh adjust ikut kesesuaian blog masing-masing)

Selamat Mencuba! Kalau ada sebarang pertanyaan jangan malu untuk bertanya...OdahOne akan cuba, try & test untuk menjawabnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...