12 January 2012

MASAK SENDIRI ATAU MAKAN LUAR?


Bahan-bahan untuk memasak Nasi Goreng Pemalas

Kalau hidup berdua ni mana lagi senang & jimat, masak sendiri ataupun makan kat luar? 

Rasanya kalau time kerja or weekdays setakat sekali makan kat rumah tu eloklah makan kat luar...tak pun tapau makanan makan sama-sama kat rumah...tugas isteri just buat air untuk suami...memang senang tak payah balik kerja penat-penat nak memasak...kalau weekend tu wajiblah memasak untuk suami...lagi jimat sebab nak makan 3 kali sehari (breakfast, lunch & dinner)


Masalah utama sekarang ialah Aku Tak Pandai Memasak (ATPM)...So, Odah pun joinlah GTPM (Group Tak Pandai Masak) kat Facebook setelah di syorkan oleh One...siapa yang rasa diri dia tak pandai memasak & dah nak kahwin tak lama lagi eloklah JOIN group ni...boleh bertukar-tukar idea & resepi...nak belajar petua memasak pun boleh...kalau nak belajar memasak kenalah try & error...kalau ada error boleh mintak pandangan kawan-kawan kat group ni...ramai yang sudi membantu

Standardlah anak dara sekarang baru kahwin mana pandai masak...

Tak macam mak-mak kita dulu-dulu kalau tak pandai masak tak boleh kahwin...kenalah  belajar sikit-sikit kasi pandai...mana ada manusia yang lahir terus pandai memasak..mana ada manusia yang lahir terus berkasut mesti berkaki ayam dulu...mana ada manusia yang lahir boleh terus berjalan kecuali anak kuda lahir terus boleh berlari

Adik Odah dulu masa baru kahwin bukan pandai sangat memasak pun...tapi, sekarang bila datang rumah dia mesti nak makan nasik...mesti nak rasa masakkan dia sampai bertambah-tambah sedap punya pasal...no wonderlah dia & suami dua-dua membesar dengan sihat...hope Odah & One tak membesar camtu...memang fobia dengan gemuk & lemak tepu

Pelik jugak...bila masa adik aku join kelas memasak?...mana dia belajar ilmu masak memasak ni...maybe sebab dia suka tengok si Tukang Masak Telanjang (Naked Chef) kat TV kot...Jamie Oliver yang masak tak pernah basuh tu...tak boleh jadi ni, aku pun mesti terer macam dia jugak...mungkin dah terpaksa automatik kita akan jadi pandai masak agaknya...takkanlah nak biarkan suami kita kebulur tak makan...takkanlah nak makan luar tiap-tiap hari...mau bankrupt cukup 3 tahun kahwin

Tak semestinya perempuan yang pandai memasak tu hebat sangat!

Ini ayat orang perempuan yang kecewa sebab tak pandai masak...aku memang jeles bila tengok anak-anak omputeh kecik-kecik lagi dah pandai masak dalam rancangan 'Masterchef Junior Australia'...nak compare dengan 'Masterchef Malaysia' memang jauh punggung dari api...bak kata Chef Wan; 

"Setelah menonton sendiri program itu, saya berpendapat 90 peratus daripada peserta memang tidak berbakat. Kalau orang yang pandai masak, mereka tidak perlu lagi diajar perkara-perkara asas dalam memasak. Ini saya tengok, ramai yang terkial-kial. Hendak guna pisau yang betul untuk memotong bahan-bahan dapur pun masih ada yang tidak tahu"

Kalau Chef Wan yang cakap camtu memang tak boleh cakap apalah sebab dia memang betul-betul terer masak...dia nak cakap apa or kutuk orang pun takpe sebab dia memang hebat...bukan setakat pandai masak tapi ada ilmu tentang bahan-bahan yang dia masak...tapi, aku pun tak pernah rasa masakkan dia...nampak macam sedap rasanya tak tau lagi

Nasi goreng yang dimasak dengan penuh kasih sayang

Orang tua-tua cakap kalau nak bagi suami sayang kat kita kenalah jaga perut suami...

Logik & masuk akal tu...air tangan isteri boleh menambat hati suami...kena tambat hati suami elok-elok kalau tak terlepas kat orang lain baru padan muka...kalau kat rumah asyik maid jek yang masak mana suami nak sayang kat kita...lama-lama maid boleh bertukar jadi housemate@housewife...tapi, tak payahlah nak tambat suami sampai guna ilmu 'Nasi Kangkang'...tak cium bau syurgalah gamaknya kena masak dek api neraka...baru masak isi perut

Masakkan ibu sendiri memang yang terbaek tak boleh beli kat mana-mana kedai!

Yang paling penting kalau ada anak kita nak dengar ayat yang macam ni; "Saya suka & rindulah masakkan mak saya" bukannya "Saya suka & rindulah masakkan maid saya" atau lebih dahsyat lagi "Abang suka masakkan kat Restoran Janda 3 Beradik tu lah"...memang terguris hati kalau dengar ayat camtu...tulah siapa suruh malas memasak

Kalau tak pandai memasak itu bukan perempuanlah! (agak kasar ayat ini bukan?)...atau lebih kasar lagi; "Orang perempuan belajar tinggi-tinggi pun last sekali ke dapur jugak"

Orang perempuan memang tak boleh ambil remeh hal masak memasak ni...jangan rasa wanita zaman moden tak perlu ke dapur memasak even kahwin dengan tukang masak sekalipun...kena buang perasaan ego tak mau memasak jauh kebawah walaupun pangkat tinggi menjulang

Masakkan paling ringkas abad ini

Bak kata my mum bila aku bangun lambat tak buat breakfast untuk suami; "Dah kahwin tanggungjawab isteri bangun pagi & sediakan makanan untuk suami, kalau tak, mana pergi tanggungjawab seorang isteri?"...pesanan ni memang akan aku ingat sampai bila-bila

Setakat ni aku paling terer masak laksa...memang orang lain tak boleh nak challenge...Encik One pun suka & puji...orang lain nak keji tak kesahlah yang penting suami sendiri suka makan sambil memuji-muji...kalau ada button like sure dia like kat sini...lagi satu aku pandai buat karamel & roti jala...cuma tiga benda ni jek yang aku pandai buat...cukup ker nak memikat hati suami dengan 3 masakkan ni?

*nota kaki berbau :
Masak, Memasak atau Dimasak yang mana satu anda pilih...Masaklah kalau salah pilih...

18 KOMEN:

CintaZulaikha said...[Mari Balas Komen Ini]

saya nih dah 4 tahun kawen, mask pon terkial2 agi..tapi boleylahhh...kehkeh

cik ika said...[Mari Balas Komen Ini]

nk join gruplah nt.ehehe..tgu nk kawen bru blajar memasak..ika ni biapun pnah duu jd tukang masak kt kedai makan pkcik, tp still takut lg minyak..ni da blajar, tgn jd kaku da pegangsenduk..hehehhe

Lya Colours said...[Mari Balas Komen Ini]

masaklah apa saja asalkan hati ikhlas, mesti jadi sedap. memasak kene niat yg baik. contohnya niat nak bg suami makan ke, nak jamu adik beradik2 ke, mesti sedap punya. saya pon selalu gak masak untuk adik2. sebab suami blom ado lagi.hahahah

Cik Azizah said...[Mari Balas Komen Ini]

peh kak suka entry ni! memang kena la dengan sy yg baru kawen n tak pandai masak..setakat ni..tak sempat lagi nak masak untuk asben kak..huhuhu

ZYASH said...[Mari Balas Komen Ini]

Yang penting masak dengan kasih sayang kan...heheheh

Noraim said...[Mari Balas Komen Ini]

kalau dok rumah sewa better masak sendiri. dapat jimat duit lg. sy dgn housemates akan masak selagi larat. kalau kelas full mkn luar jgk. hehe.

OdahOne OdahOneBizz said...[Mari Balas Komen Ini]

CintaZulaikha : xpe yg pnting kita nak blajo lama2 pndailah smpi suami terkial2 kalo xdpt mkn masakkan kita...hoho

cik ika : marilh join da group...rmi yg tkut nk msk sbb tkut kena percikkn myk panas...stndardlh kn sume tkg masak pnh kena myk panas even yg profesional pun

Lya Colours : yg pnting ikhlas kan...oklh dh pndai msk nnti kawen sng sket

Cik Azizah : xpela ada pluang nnti msk sdp2 utk encik husband biar dia tau isterinya sbnrnya pndi mmsak tgl xmau tnjuk jek...hoho

ZYASH : setuju...mcm nasi grg tu wlupun xbape nak sedap tp dmasak dgn pnuh ksih syg

Noraim : yela kalo sewa rmi2 mmg jimat kalo msk sndiri...bleh tontong duit ramai2

Azhafizah[フィザ] said...[Mari Balas Komen Ini]

masak sendiri lagi jimat dan puas hati.tak pandai masak takpe,boleh belajar je kan

p/s:nasi goreng yang penuh kasih sayang tu nampak sedap.

gnesop.com said...[Mari Balas Komen Ini]

mmg bagus masak sendiri.. bukan sahaja jimat tetapi lebih sihat :)

~~zAnAfAhMi~~ said...[Mari Balas Komen Ini]

Semua pompuan sebelum kahwin biasanya x pandai msk tp dlm hidup kita kena la ada peningkatan. Takkan nk mcm dulu je.....kang laki tinggal plak.

Akk setuju, masak dari hati, insyaallah semua org suka.

aleen aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

wah,tak tau pulak ade group pandai masak dengan tak pandai masak kat facebook.hu3

OdahOne OdahOneBizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Azhafizah[フィザ] : msk sndiri mkn sndiri...hoho...terbaek

gnesop.com : jimat & sihat...bagus tagline tu

~~zAnAfAhMi~~ : setuju! start dr zero lama2 terer lh tu

aleen aiden : mcm2 group ada kt FB tu...group jejaka kacak & awek cun pun ada...mau join x?...hoho

TeacherNurul said...[Mari Balas Komen Ini]

nasi goreng tu nampak menarik. ehhe. masak sendiri lagi puas hati kot ;D

shida'R said...[Mari Balas Komen Ini]

wehhh odah ..shida pun bknnye pndai msak sgt tp nk kawen heheee :P

yad'z said...[Mari Balas Komen Ini]

saye tak pandai sangat masak.. sikit2 boley lah... tap lom kawen.. ehehhe..

nairaariaa said...[Mari Balas Komen Ini]

haha..masak je ape2 odah janji suami makan...air tangan isteri tu penting..huu~

Azura Mendezz said...[Mari Balas Komen Ini]

Alhamdulillah sebab Cik Mendezz boleh memasak..
tapi nk kata terer sgt tu xde la..
ala Odah..xyah risau la..skrg ni dh maju...apa je resipi nak masak google jek..
kene cuba selalu ok..kalo x sedap cuba lg..
baru la mahir..
Cik Mendezz dulu pun pandai masak air jek..
skrg ni..mcm2 boleh..
tapi kuih muih xde masa lg nk cuba..terer wat donut & samosa jek buat masa sekarang ni..hihihi!

org muo said...[Mari Balas Komen Ini]

setuju.. isteri kene jaga prut suami...suami pula jgn banyak songel, tak usah cerewet sangat..makan je apa yg isteri masak...mesti bahgia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...