Showing posts with label info makanan. Show all posts
Showing posts with label info makanan. Show all posts

03 September 2012

MAKAN DIMANA? MAKAN DI RAMLY


Perut lapar & berkeroncong menandakan ia perlu diisi...lebih-lebih lagi bila dalam perut sudah pun berisi...makanan perlu segera dicari walaupun makanan segera

Dari jauh dah nampak lambang 'M' berwarna kuning melambai-lambai...memang niat asal nak pekena bubur ayam or burger kat sana...tiba-tiba terpandang pulak ada lambang 'R' kat sebelah kiri tingkap kereta...nafsu dah mula berbelah bagi...apa salahnya kalau try tukar taste sekali-sekala...asyik makan huruf 'M' jek apa kata try yang 'R' pulak

Enterance kiosk makanan Encik Ramly sudah melambai-lambai perut yang sedang dalam kelaparan...bezanya takde mascot yang sambut kedatangan kita macam restoran-restoran makanan segera yang dah famous tu...takpelah, yang penting ada makanan kat dalam ni...best or tak best kita try dulu

Sebelah kiosk makanan segera ni ada kedai jual semua barangan keluaran Ramly...contohnya; meat ball, daging burger, frankfurter, fish & chip, kentang goreng & macam-macam lagi...kalau rajin nak masak sendiri or nak berniaga boleh beli kat sini...harga diskaun untuk membership

Ramly punya packaging food & beverages...ok lah not bad masih mengekalkan warna trademarknya coklat & kuning disamping tagline 'Pastikan Ramly Baru Beli'...kalau dulu selalu gak layan burger Ramly kat stall burger tepi-tepi jalan & pasar malam...asal nampak payung Ramly sure teringat kat burger 'Pastikan Payung Burger Ramly Baru Beli'...kali ni layan kat restoran berhawa dingin pulak yang takde payung

Ice Lemon Tea dengan Teh Tarik...cup yang kecik tu berisi teh tarik manakala cup yang tinggi tu ada ice lemon tea (less ice) kat dalam tu...boleh order macam-macam menu minuman yang ada 

Kelihatan Frankfurter ayam ataupun sosej yang begitu menyelerakan sebelum dinikmati

Antara menu Ala-Carte yang ada kat Kiosk Ramly...Kalau tak minat nak ambik set bolehlah order yang Ala-Carte...tapi, biasalah kiosk baru nak established pilihan makanan tak banyak lagi...tunggu sikit masa lagi kalau dapat sambutan maybe ada banyak lagi benda yang kita boleh makan kat sini

French Fries@Fun Fries atau dalam bahasa mudahnya kentang goreng yang mampu menyaingi kesedapan kentang-kentang goreng lain yang dah pun lama bertapak dipasaran makanan segera

Set frankfurter ayam (french fries & ice lemon tea)  + Set beef burger (french fries & teh tarik) total semua sekali cuma RM 11.70 sahaja! Bayar dengan duit RM12 siap dapat baki 30sen lagi...hoho...memang jimat & berbaloi...kalau makan kat tempat lain sure dah kena keluar 2keping note warna merah...harga kat sini murah maybe semua bahan yang digunakan hasil keluaran sendiri


Overall puas hati jugak makan kat Ramly ni...yang paling best harganya memang murah & berbaloi lagi halal...dari segi rasa memang boleh bersaing dengan McD & yang seangkatan dengannya

Cuma mutu servis & presentation makanan perlu dipertingkatkan lagi...keceriaan kiosk pun kalau boleh kasi upgrade biar tertarik orang nak datang makan kat situ...kalau perlu bubuhlah mascot biar kanak-kanak excited nak ajak parents diaorang makan kat situ...menu pun perlu dipelbagaikan lagi tambah aiskrim or desert ke...kios perlu diperluaskan lagi ke serata Malaysia...kalau boleh letak kat RNR Highway

Siapa yang belum cuba makan kat Ramly ni bolehlah try pergi...kalau sedap boleh datang lagi & bagitau kawan-kawan suruh pergi...kalau tak sedap boleh bagitau Encik Ramly boleh dia kasi upgrade lagi...ingat, 'Pastikan Ramly Baru Beli'



*nota kaki berbau :
Belum cuba mana nak tau...Dah cuba baru tau...Benda yang tak boleh nak cuba jangan cuba-cuba nak ambik tau

10 July 2012

BILA IA DAH MULA BERKUMANDANG




Bila iklan kat atas ni dah berkumandang kat radio & tv, maknanya bulan puasa bakal menjelmalah tu...bila dengar iklan YUTA orang akan ingat tak lama lagi nak puasa & mesti kena beli kurma...yang paling best iklan ni masih mengekalkan suara perempuan yang seakan-akan berbisik sebut perkataan 'Yusof Taiyoob'...tak payah tengok just dengar jek pun kita dah tau ini ialah iklan kurma bukan iklan serbuk cuci mahupun iklan peluntur pakaian

Maybe trademark ni yang buat orang tertarik & sedar akan kehadiran kurma YUTA dipasaran walaupun ada banyak lagi jenama kurma kat Malaysia



Kalau kita nak pergi Penang ikut PLUS Highway memang akan nampak kilang@gudang saudagar kurma Datuk Yusof Taiyoob ni kat tepi highway...bangunan berwarna coklat cair dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar kat situ...Sure ada banyak stok kurma kat dalam tu kan...cukup untuk celebrate 3kali Hari Raya kot

Tapi, kalau iklan kurma keluar sebelum masuk bulan puasa kita boleh consider lagi sebab puasa & buah kurma memang tak boleh nak dipisahkan macam jugak irama & lagu...yang tak boleh blah bila keluar iklan perabot bertemakan promosi hari raya & macam-macam lagi...apa kena mengena bulan puasa dengan perabot? 

Ibadat puasa pun belum start lagi...ini memang dah lari tajuk...kalau buat karangan SPM memang pemeriksa dah tulis besar-besar kat situ 'TERPESONG'...memang kena repeat Julai Paper gamaknya

Time bulan puasa ni memang time semua orang buat duit...sebab tu lah sale kat sana sini even belum start puasa...juallah apa-apa pun sure laku & ramai yang beli...jual kuih, kain baju, perabot, cermin mata, minyak wangi & macam-macam lagi...even kalau jual penyapu yang ada tulis perkataan 'Selamat Hari Raya' pun still ada orang yang nak beli

Begitulah semangatnya orang kita nak beraya...anyway, marilah kita sama-sama buat persiapan mental, fizikal & rohani untuk mendapatkan keberkatan di bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi...cari rezeki sambil buat amal ibadat Insyallah hidup pun lebih berkat

*nota kaki :
Bulan Ramadhan bulan mulia bulan mencuci segala dosa...alangkah ruginya kalau tak dapat mencuci dosa dalam bulan Ramadhan ni, bulan pengampunan dosa

26 April 2012

MARI BELAJAR BUAT KEK KUKUS COKLAT MOIST



Segala bahan-bahan dah disediakan dah tiba masanya untuk mencurahkah segala skill & ilmu untuk membuat Kek Kukus Coklat Moist yang dipelajari dari internet


Kos untuk bahan-bahan lebih kurang RM 25.00...memang berbaloi kalau dapat hasilkan kek yang sempurna lagi sedap bagi kat suami makan...One memang suka makan kek coklat, bolehlah dia makan puas-puas kalau bini dia pandai buat sendiri...tapi, still ada risiko memandangkan ini adalah percubaan buat pertama kalinya...kalau tak sedap sure rugi & akan menjejaskan reputasi


Akhirnya...kek yang dihasilkan memang tak menepati citarasa sesiapa sahaja baik yang tua maupun yang muda...tak sanggup nak upload gambar kek yang dah siap...takde rupa kek coklat langsung sampai tak tau nak bubuh nama apa sebab ia tak menyerupai mana-mana objek yang ada kat muka bumi ini...malangnya nasib kek & si pembuat kek & si yang nak makan kek coklat

Terpaksa kek dicampakkan ke dalam tong sampah sebab aku sendiri pun tak sanggup nak makan inikan pula nak bagi si suami makan...dah lah buruk rupanya rasa pulak pahit semacam takde rasa coklat langsung...moist lagilah takde 

Maybe ada bahan yang aku terlebih letak or resepi yang cuba nak menipu or peralatan kuno yang aku gunakan untuk membuat kek

Lepas ni, post mortem akan dijalankan & proses transformasi akan dilakukan untuk projek membuat kek coklat pada masa-masa akan datang...kebetulan aku dah dapat cikgu yang memang expert sangat dalam kerjaya membuat kek kukus...tunggukan hasilnya selepas ini

Moral of the story : Nak belajar sesuatu ilmu tu mesti berguru kalau berguru dengan internet ada benda yang kita tak faham tak boleh nak tanya secara direct...macam tu jugak kalau kita menuntut ilmu agama sorang-sorang...takut pulak nanti kita berguru dengan syaitan...lepas tu startlah mengarut mengaku yang diri dia tu nabi

*nota kaki berbau :
Sekali gagal boleh cuba lagi...sekali lagi gagal boleh cuba buat sekali lagi...kalau tak cuba langsung memang gagal buat selama-lamanya

16 April 2012

RESEPI RAHSIA BUAT MI BANDUNG YANG SEDAP




Apakah rahsia untuk masak mi bandung yang sedap? 

Tak perlu resipi tradisi turun temurun dari nenek moyang...tak perlu copy paste resipi kat internet...tak perlu keluarkan modal banyak-banyak untuk buat rempah yang rasanya belum tentu sedap...yang perlu hanyalah...

Perencah Mi Bandung Segera Mak Pon Muar

Ini dia rahsia OdahOne buat mi bandung yang sedap lagi menjilat jari...kalau tak percaya boleh try...tapi, rempah ni tak taulah ada jual ke tak kat market...ni pun beli time balik Muar hari tu...memang TERBAEK! rasa sebijik macam makan kat gerai mi bandung area Muar

Cara nak buat pun senang jek ikut langkah-langkah ni;

  1. Rebus daging & campurkan dengan tulang sikit sampai empuk@lembut dagingnya tapi jangan sampai tulang jadi lembut sudah (kalau rebus daging jek tanpa tulang rasanya memang akan lari sikit, pati dari tulang bercampur daging ni lah yang menyedapkan kuah mi bandung)
  2. Lepas tu campakkan atau masukkan (dalam bahasa halusnya) perencah mi bandung segera & gaulkan sampai rata
  3. Boleh masukkan udang, fishcake atau fishball, sayur sawi & telur untuk menambahkan lagi kesedapannya ikut taste masing-masing
  4. Siap sedia untuk dihidang bersama mi kuning



Ada banyak brand perencah mi bandung muar tapi brand Mak Pon ni yang paling best rasanya...sebab dah test jenama yang lain tapi rasa kesedapan perencahnya tak kick sangat...rempah ni memang pekat satu peket cukup untuk 5-10 orang makan bergantung kepada saiz orang yang makan...lazimnya sorang akan makan sekurang-kurangnya 2 pinggan




OdahOne pergi beli sendiri kat tempat owner pembuat perencah mi bandung ni sebab nak dapatkan harga yang murah sikit...lagipun member-member kat ofis ramai yang order...hari tu buat demo saja jemput kawan-kawan datang rumah...ramai yang puji & cakap tak pernah makan mi bandung sesedap ini...bila tunjuk rahsianya ramai pulak yang nak order...nasib baik perencah ni kena simpan dalam peti sejuk kalau tak, boleh jual online...hoho...bisnes minded

Kami siap jumpa & berborak dengan Mak Pon iaitu orang yang bertanggungjawab mencipta resepi perencah mi bandung segera ni...dia memang friendly & suka berborak...tapi, bila tanya tentang resepi memang dia tak boleh nak borak itu rahsia perniagaan katanya...dia cuma boleh ajar yang basic-basic jek...siapa yang singgah muar boleh try cari perencah ni & D.I.Y kat rumah


MI BANDUNG MUO | CERITA DISEBALIKNYA


*nota kaki berbau :
Mi Bandung, Sirap Bandung mahupun Rumah Berbandung bukan berasal dari Bandung Indonesia

01 April 2012

STEVIA ALTERNATIF KEPADA PEMANIS GULA




Apa Itu STEVIA ?

Stevia adalah sejenis tumbuhan herba yang dikenali juga sebagai “POKOK GULA”. Nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA, bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat daunnya yang dihasilkan boleh menggantikan gula.

Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Berasal dari Paraguay, ia telah mula digunakan sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis minuman dan makanan.

Stevia juga digunakan sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing, menguatkan otot organ hati, anti bakteria, anti penyakit kulat, anti virus dan merawat luka terbakar.

Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid, boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetes.

Kelebihan Stevia :

1. Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.
2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
3. Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.
4. Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan.
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes dan Hypoglycemia).
6. Membantu menurunkan tekanan darah.
7. Membantu sistem penghadaman badan.
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).
10. Melawaskan pembuangan air kecil.


Negara-negara yang sudah mula menggunakan STEVIA :

  • Malaysia
  • Colombia
  • Peru
  • Paraguay
  • Uruguay
  • Israel
  • China
  • Jepun
  • Thailand
  • Taiwan
  • Brazil
  • Amerika Syarikat (United State -As food additives and dietry supplement)
  • Perancis (France-As food additives and dietry supplement)
  • Canada (As dietry supplement)
  • Australia (As food additives )
  • New Zealand (As food additives)

Banyak rupanya kelebihan stevia & dah banyak negara yang dah mula gunakan stevia ni untuk gantikkan gula tebu...sebut pasal manis sure kita akan ingat tentang sakit kencing manis 

Penyakit kencing manis sekarang ni memang dah jadi trend popular & bukan lagi faktor genetik sebab rakyat Malaysia memang suka makan or minum benda yang manis...tapi, kalau dalam family ada history penyakit kencing manis lagilah tinggi risikonya

Sarapan pagi minum teh tarik, lunch minum sirap limau, petang pulak pekena goreng pisang sambil cicah gula sambil makan pengat pisang & malam layan minum kopi gelas besar sambil tengok bola...ini memang pakej lengkap untuk menghilangkan sebelah kaki dikala usia mencecah 40 tahun

Kerajaan Malaysia pun jadi buntu bila tiap-tiap tahun makin ramai rakyat yang menghidap kencing manis...sampai keluar idea yang agak tak relevan iaitu hapuskan subsidi gula & naikkan harga gula biar rakyat kurangkan sikit makan benda bergula & manis-manis

Macam jugak rokok harga naik tiap-tiap kali belanjawan...tapi, still ramai yang hisap rokok malah makin bertambah walaupun harga rokok sekotak mengalahkan harga tol dari Seremban ke KL


Sekarang ni dah ada alternatif bagi sesiapa yang still inginkan kemanisan dalam makanan & minuman...manisan stevia ni lebih manis & lebih selamat malah menyihatkan...memang sesuai untuk penghidap kencing manis ataupun darah tinggi...orang yang sihat pun kalau gunakan stevia ni sebagai pengganti kepada gula tebu akan jadi bertambah sihat

Siapa yang rasa nak diet & kurangkan berat badan pun elok jugak gantikan gula tebu yang kita gunakan selama ni dengan produk pemanis stevia...sebab pemanis semulajadi ni takde kalori or karbohidrat yang boleh menggemukkan...semua orang perempuan takut gemuk, tapi kadang-kadang kita tak jaga apa yang keluar masuk dalam perut kita



Buat apa nak bahayakan diri dengan layan gula secara berlebihan sedangkan tubuh badan kita tak perlu pun gula yang melebih-lebih...sistem badan kita secara semulajadi akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain selain daripada gula kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga...bukannya bergantung kepada gula semata-mata...gula berlebihan boleh menghilangkan kemanisan dalam hidup

Kalau badan sihat barulah mampu tersenyum manis...taklah tersenyum tawar macam orang sakit...kurangkanlah manis dalam makanan or minuman & tambahkan manis dalam senyuman...kalau nak tambahkan manis dalam makanan or minuman jugak bertukarlah kepada pemanis pengganti gula stevia




*nota kaki berbau :
Matinya semut kerana gula, manusia mati juga kerana gula...Dimana ada semut disitu adanya gula, dimana ada gula disitu adanya penyakit

12 January 2012

MASAK SENDIRI ATAU MAKAN LUAR?


Bahan-bahan untuk memasak Nasi Goreng Pemalas

Kalau hidup berdua ni mana lagi senang & jimat, masak sendiri ataupun makan kat luar? 

Rasanya kalau time kerja or weekdays setakat sekali makan kat rumah tu eloklah makan kat luar...tak pun tapau makanan makan sama-sama kat rumah...tugas isteri just buat air untuk suami...memang senang tak payah balik kerja penat-penat nak memasak...kalau weekend tu wajiblah memasak untuk suami...lagi jimat sebab nak makan 3 kali sehari (breakfast, lunch & dinner)


Masalah utama sekarang ialah Aku Tak Pandai Memasak (ATPM)...So, Odah pun joinlah GTPM (Group Tak Pandai Masak) kat Facebook setelah di syorkan oleh One...siapa yang rasa diri dia tak pandai memasak & dah nak kahwin tak lama lagi eloklah JOIN group ni...boleh bertukar-tukar idea & resepi...nak belajar petua memasak pun boleh...kalau nak belajar memasak kenalah try & error...kalau ada error boleh mintak pandangan kawan-kawan kat group ni...ramai yang sudi membantu

Standardlah anak dara sekarang baru kahwin mana pandai masak...

Tak macam mak-mak kita dulu-dulu kalau tak pandai masak tak boleh kahwin...kenalah  belajar sikit-sikit kasi pandai...mana ada manusia yang lahir terus pandai memasak..mana ada manusia yang lahir terus berkasut mesti berkaki ayam dulu...mana ada manusia yang lahir boleh terus berjalan kecuali anak kuda lahir terus boleh berlari

Adik Odah dulu masa baru kahwin bukan pandai sangat memasak pun...tapi, sekarang bila datang rumah dia mesti nak makan nasik...mesti nak rasa masakkan dia sampai bertambah-tambah sedap punya pasal...no wonderlah dia & suami dua-dua membesar dengan sihat...hope Odah & One tak membesar camtu...memang fobia dengan gemuk & lemak tepu

Pelik jugak...bila masa adik aku join kelas memasak?...mana dia belajar ilmu masak memasak ni...maybe sebab dia suka tengok si Tukang Masak Telanjang (Naked Chef) kat TV kot...Jamie Oliver yang masak tak pernah basuh tu...tak boleh jadi ni, aku pun mesti terer macam dia jugak...mungkin dah terpaksa automatik kita akan jadi pandai masak agaknya...takkanlah nak biarkan suami kita kebulur tak makan...takkanlah nak makan luar tiap-tiap hari...mau bankrupt cukup 3 tahun kahwin

Tak semestinya perempuan yang pandai memasak tu hebat sangat!

Ini ayat orang perempuan yang kecewa sebab tak pandai masak...aku memang jeles bila tengok anak-anak omputeh kecik-kecik lagi dah pandai masak dalam rancangan 'Masterchef Junior Australia'...nak compare dengan 'Masterchef Malaysia' memang jauh punggung dari api...bak kata Chef Wan; 

"Setelah menonton sendiri program itu, saya berpendapat 90 peratus daripada peserta memang tidak berbakat. Kalau orang yang pandai masak, mereka tidak perlu lagi diajar perkara-perkara asas dalam memasak. Ini saya tengok, ramai yang terkial-kial. Hendak guna pisau yang betul untuk memotong bahan-bahan dapur pun masih ada yang tidak tahu"

Kalau Chef Wan yang cakap camtu memang tak boleh cakap apalah sebab dia memang betul-betul terer masak...dia nak cakap apa or kutuk orang pun takpe sebab dia memang hebat...bukan setakat pandai masak tapi ada ilmu tentang bahan-bahan yang dia masak...tapi, aku pun tak pernah rasa masakkan dia...nampak macam sedap rasanya tak tau lagi

Nasi goreng yang dimasak dengan penuh kasih sayang

Orang tua-tua cakap kalau nak bagi suami sayang kat kita kenalah jaga perut suami...

Logik & masuk akal tu...air tangan isteri boleh menambat hati suami...kena tambat hati suami elok-elok kalau tak terlepas kat orang lain baru padan muka...kalau kat rumah asyik maid jek yang masak mana suami nak sayang kat kita...lama-lama maid boleh bertukar jadi housemate@housewife...tapi, tak payahlah nak tambat suami sampai guna ilmu 'Nasi Kangkang'...tak cium bau syurgalah gamaknya kena masak dek api neraka...baru masak isi perut

Masakkan ibu sendiri memang yang terbaek tak boleh beli kat mana-mana kedai!

Yang paling penting kalau ada anak kita nak dengar ayat yang macam ni; "Saya suka & rindulah masakkan mak saya" bukannya "Saya suka & rindulah masakkan maid saya" atau lebih dahsyat lagi "Abang suka masakkan kat Restoran Janda 3 Beradik tu lah"...memang terguris hati kalau dengar ayat camtu...tulah siapa suruh malas memasak

Kalau tak pandai memasak itu bukan perempuanlah! (agak kasar ayat ini bukan?)...atau lebih kasar lagi; "Orang perempuan belajar tinggi-tinggi pun last sekali ke dapur jugak"

Orang perempuan memang tak boleh ambil remeh hal masak memasak ni...jangan rasa wanita zaman moden tak perlu ke dapur memasak even kahwin dengan tukang masak sekalipun...kena buang perasaan ego tak mau memasak jauh kebawah walaupun pangkat tinggi menjulang

Masakkan paling ringkas abad ini

Bak kata my mum bila aku bangun lambat tak buat breakfast untuk suami; "Dah kahwin tanggungjawab isteri bangun pagi & sediakan makanan untuk suami, kalau tak, mana pergi tanggungjawab seorang isteri?"...pesanan ni memang akan aku ingat sampai bila-bila

Setakat ni aku paling terer masak laksa...memang orang lain tak boleh nak challenge...Encik One pun suka & puji...orang lain nak keji tak kesahlah yang penting suami sendiri suka makan sambil memuji-muji...kalau ada button like sure dia like kat sini...lagi satu aku pandai buat karamel & roti jala...cuma tiga benda ni jek yang aku pandai buat...cukup ker nak memikat hati suami dengan 3 masakkan ni?

*nota kaki berbau :
Masak, Memasak atau Dimasak yang mana satu anda pilih...Masaklah kalau salah pilih...

03 October 2011

BERSYUKUR KERANA KITA MASIH KURUS & SIHAT



Bersyukur

Kedua-dua belah tangan "5" jari terbuka tapak ke atas menyentuh tepi pipi, lalu dinaikkan sedikit ke atas. 
Contoh ayat : Kita mesti bersyukur kepada tuhan

Klik SINI untuk melihat video isyarat (Sumber : MFD)


Kadang-kadang tanpa kita sedar kita kurang bersyukur.....

Sanggup habiskan duit beratus malah beribu RM semata-mata nak kuruskan badan...entah macam-macam benda di cuba...minum teh diet lah, sedut lemak kat pusat rawatan kecantikkan, beli produk 'lu slimlah beb' & produk kuruskan badan yang harganya kadang-kadang tak berbaloi dengan hasil...badan still boyak walaupun berkotak-kotak ubat yang dah ditelan...lemak tepu & spare tyre masih lagi kelihatan dari kejauhan

Dalam pada tu, ada pulak yang ambik kesempatan jual produk menguruskan badan dengan harga yang tak masuk akal sedangkan ingredients kat dalam tu entah apa-apa entah...kadang-kadang rasanya kalau tak makan ubat tu pun boleh kurus jugak...kalau ikut arahan lepas makan ubat dia tak kasi makan nasi, makan malam & banyak-banyak buat exercise...semua orang boleh kurus camtu even tak telan ubat yang dia jual...apolah!


Gemuk 

Kedua-dua belah tangan "S" tapak ke atas paras pinggang, lalu kembangkan kepak siku kanan dan kiri.

Orang yang nak kurus@diet ni sanggup buat apa jek & tak kesah spend duit banyak-banyak...bajet untuk kurus & nampak cantik dah suku or separuh daripada gaji...kami buat semua ni sebab nakkan title KURUS...kalau kurus macam-macam fesyen baju yang kami boleh pakai...masalahnya dulu time kurus & cantik tak mau jaga...bila badan dah mula memboyak & orang dah mula mengata barulah kelam kabut cari formula nak kurus...( -nasi + exercise + ubat = kurus)


Bila tengok gambar sendiri yang terkini member upload kat facebook pun tak percaya sebab ada double chin...mungkinkah itu orang lain?...nak pilih gambo nak letak kat kad kahwin & bunting pun susah sebab takde gambar terbaru yang cun & slim...kalau dua-dua pasangan slim ok lah macam merpati sejoli...yang tak ok kalau sorang slim & sorang gumuk...bertapa hebatnya masalah yang melanda & menghantui


Kurus

Kedua-dua belah tangan "I", hujung jari dikenakan antara satu sama lain, kemudian direnggangkan ke atas dan bawah.


Nak gemuk memang senang tapi nak slim memang susah beb...baju kat almari@robok banyak yang dah mengecut either baju yang mengecut or saiz badan yang semakin berkembang...kami pun tak tau...mungkin washing machine yang rosak sekali cuci habis semua baju jadi kecut & tak muat nak pakai...mungkinkah ini ayat untuk cover line?...haruskah mesin basuh baju yang dipersalahkan?

"Dulu saya gemuk sekarang saya dah tak gemuk...lihat pinggangku...jadi rampingkan???"

Syarikat & produk nak kuruskan badan pun berlambak-lambak kat pasaran macam cendawan taik anjing yang tumbuh selepas hujan...kebanyakkan semua nak kaut untung di atas kegemukkan orang lain...maka, diaorang letaklah model & testimoni yang mengarut nak bagi orang gemuk terpengaruh...kalau niat ikhlas nak membantu orang jadi kurus takpe apa salahnya...maka, juallah produk dengan harga yang munasabah jangan dengan harga yang mencekik darah

Dalam proses diet kita sanggup pulak menolak makanan yang dah sedia terhidang kat depan mata...padahal cuma tinggal suap jek masuk dalam mulut, dengan alasan takut inci kat pinggang naik pulak...walaupun masa tu tengah lapar & makanan favorite yang dipersembahkan...sedangkan bila lihat kat luar sana ramai manusia yang kebuluran tak cukup makan & mati tak makan...seandainya duit yang di habiskan untuk jadi kurus & cantik tu kita dapat alihkan buat beli makanan untuk diaorang alangkah bagusnya...


***Ayat-ayat di atas adalah coretan si penulis yang gagal dalam program dietnya...yang mana baik jadikan tauladan & yang buruk jadikan sempadan...yang mana fakta jadikan nota...yang mana auta jadikan sketsa...Sekian...

*nota kaki berbau :
www.akutakmaugemuklah.com...www.ohperutkusparetyre.com...www.kurusker.com...www.camnenakdietni.com...www.tolonglahlemakpergijauhjauh.com...www.kurusituindah.com

02 July 2011

SEDAP HINGGA MENJILAT KAKI


Baru jap tadi lunch kat Kepsi (KFC) & baru jap tadi surf internet guna wifi Kepsi...jumpa pulak video budak kerja Kepsi yang buat perangai macam gampang...Sure ramai yang dah tengok & rasa jijik melihatnya...pada yang belum tengok boleh tengok kat SINI...ni baru sorang yang kita dapat reveal, agaknya berapa ramai lagi yang suka buat perangai pengotoq camni???

Kalau Encik Colonel Sanders (ala pakcik yang rambut & janggut putih tu) masih hidup & tengok video ni sure dia naik hangin...buat malu company sebab dapat staff yang sakit macam ni...siapa agaknya mangsa yang makan ayam goreng bersalut tapak kasut tu???


Slogan "It's Finger Lickin' Good" dah jadi "It's Kaki Linkin' Good"

So...GGG double O D Good! (So Good)...S...ST double O PID...Stoopid! (So Stoopid)

Kerja tu dah bagus bro kerja yang halal tukang sapu tepung KFC pada ayam Kepsi...tapi, janganlah biadap sangat sampai sapu kat kaki@kasut...You pay for that!... kali ni kau buat kat orang, lain kali kalau kau makan kat mana-mana & orang  buat benda yang sama or lagi teruk daripada tu janganlah pelik...ini namanya hukum karma...lagipun barang makanan yang masuk kat dalam perut tak eloklah kalau engkau buat perangai jijik camtu bro...Wasssup Bro!

*nota kaki berbau :
Berkaki Ayam ialah orang yang berjalan tanpa menggunakan kasut...Letak Ayam Di Tapak Kaki pula ialah perlakuan yang dilakukan oleh orang yang kurang siuman serta berperangai setan

08 June 2011

RESEPI JOM MEMASAK


Nak masak apa hari ni? (ini ayat surirumah tangga sepenuh masa)...Nak makan apa hari ni? (ini ayat kakitangan awam time rehat)...Kita nak makan kat mana hari ni? (ini ayat orang kaya)...Siapa kita nak makan lepas ni? (ini ayat ahli-ahli politik)

Ada orang yang suka masak...Ada orang just suka makan & ada orang yang suka masak best-best lepas tu makan sendiri...tapi ada jugak yang suka masak & bagi jiran makan sama-sama...

Sekarang, ramai anak-anak dara yang malas nak masak & tak tau masak...kalau rajin pun just masak makanan yang simple-simple tak sampai setengah jam dah siap...semua guna barang-barang instant...kalau kahwin pun just ambil pembantu rumah...nak senang kerja punya pasal tak payah susah-susah ke dapur nak memasak...tu yang bahaya bila husband tiap-tiap hari makan hasil air tangan maid bukan isteri sendiri...mana tak suami suka makan luar...makan luar ni ada dua maksud either dia suka makan kat luar misalnya kat restoran or curang dengan perempuan lain or dengan maid sendiri

Moral of the story, kepada anak-anak gadis yang nak kahwin tu better start dari sekarang belajarlah memasak...tak susah pun macam-macam resepi yang kita boleh dapat kat internet sekarang ni...just online & klik jek resepi apa yang kita teringin nak masak & bakal pasangan kita suka makan...cara paling mudah nak pikat hati suami senang jek, just masak best-best & bagi suami makan...confirm dia tak makan luar

Nak lebih mudah kat sini ada tempat yang paling best untuk mencuba or berkongsi resepi baru! Rugilah kalau masak & makan resepi sendiri. Apa kata kita tukar-tukar?



Klik SINI Kalau Anda Nak Mencuba Or Berkongsi Resepi 

Ada macam-macam resepi mengikut kategori. Contohnya macam kat bawah ni;

Ayam | Cookies | Daging | Dessert | Ikan | Kek | Kuih-muih | Laksa | Mee | Minuman | Nasi | Pencicah | Roti | Sayur | Seafood | Snack | Sup | Tart | Telur | Western Food & macam-macam lagi

Beribu-ribu resepi yang ada kat sini...pilih jeklah yang mana berkenan & senang nak masak & lagi menyelerakan...boleh share macam-macam idea tentang masakkan kat sini...Lastly, enjoylah MEMASAK!

*nota kaki berbau :
Masukkan sedikit minyak & tumis bawang sehingga berbau harum kemudian masukkan garam secukup rasa, jangan lebih takut kena darah tinggi & kemudian makanan siap untuk dihidangkan...Resepi bawang tumis bersama garam

23 May 2011

SATE | SUNDEL BOLONG | SATAY STATION


Sate-sate
Ayam, perut, lembu, kambing
Minta sate
Aku nak makan di sini
Makan sampai tinggal lidi
Baumu aku mimpi
Dan tempatmu ku cari
Bawang pasangannya timun
Kuah pasangannya kacang
Telan pasangannya kenyang
Jangan tinggalkan nasi himpit
Makan sate
Hingga menjilat jari
Sate-sate
Makanan tradisi

Ini antara bait-bait lagu Cinta Sate kumpulan Senario...Siapa yang tak pernah makan sate? Siapa yang tak suka makan sate? sate ni memang makanan favorite...makanan tradisi...zaman dulu orang jual sate pakai kandar...sate mobile yang dibawa ke sana ke mari secara kandar (angkat letak kat bahu)...orang nampak penjual sate lalu just panggil, order & dia bakar on the sport kat situ jugak

Kalau balik Muar pagi-pagi lagi aku dah breakfast makan sate...kat tempat lain tak jumpa kedai yang open pagi-pagi jual sate...sate kat depan bus stand Muo tu memang terbaek! kena datang awal kalau tak tinggal lidi jek...lidi tak boleh makan tapi boleh buat penunjuk time mengaji...tapi cikgu mengaji aku dulu marah kalau guna lidi sate buat penunjuk

Cerita pasal sate teringat aku kat cerita hantu Sundel Bolong...kalau dulu hantu ni yang paling scary...memang takut giler tak macam Hantu Kak Limah...hantu Sundel Bolong ni badan dia berlubang kat belakang, orang Indonesia panggil Bolong itulah asal usul namanya...tang nama Sundel tu aku tak tau maybe sundal kot...dia boleh makan 100 cucuk sate tak sampai berapa saat...mula-mula aku ingatkan dia nak Take Away (tapau) sate 100 cucuk tu tapi dia Dine In makan sorang-sorang...lepas tu boleh pulak hirup sup panas menggelegak sampai 1 periuk...apa lagi cabutlah tokey jual sate tu

Kelihatan Hantu Sundel Bolong sedang order sate 100 cucuk
Ok, berbalik pada cerita tentang sate...dulu, kalau kat area Lembah Klang ni aku selalu makan kat tempat sate yang popular tu (selalu orang sebut-sebut)...tapi, sekarang sate kat tempat tu dah tak sesedap dulu...hanya tinggal nama jek...pekerjanya pun ramai foreigner...rasanya dah tak fresh maybe sebab dah lama sangat duduk kat dalam peti sejuk...nasib baik bulan lepas dah jumpa port baru yang lagi best & marveles

Sate kat tempat ni rasanya memang superb cukup dengan rempah ratus & yang paling penting fresh...kemanisan daging bersama-sama rempah tu memang membuatkan sesiapa sahaja nak makan bercucuk-cucuk...tapi makan 10 cucuk pun dah cukup kenyang kot sebab saiznya XXL...tambah pulak kuahnya memang ngam sebagai kuah sate...harganya agak mahal sikit tapi memang berbaloi-baloi...nak makan jangan kedekut nak keluar duit...dah 2 kali aku makan kat situ memang worth it lah

Inilah port sate terbaru yang agak best
Kelemahan tempat ni cuma satenya tak variety...cuma ada sate ayam, daging lembu & yang terbaru hati...sate ikan, perut, arnab, kambing, rusa or yang lain-lain belum ada lagi...maybe akan datang ada kot...menu makanannya pun tak banyak...lagipun namanya pun Satay Station orang datang pun just nak makan sate kalau nak makan benda lain kenalah berhenti kat station lain, macam naik Keretapi Tanah Melayu

Dah macam jalan-jalan cari makan...bukan nak promote just nak suggest jek...lagipun selera orang ni lain-lain... kadang-kadang aku rasa benda tu best tapi orang lain rasa macam kertas pasir...just pergi, makan & judge sendiri either sedap or tak sedap...


Sate hati yang besar...makan 1 cucuk dah kenyang...memang betul-betul makan hati


*nota kaki berbau :
Sate atau kadangkala ditulis satay atau satai adalah makanan tradisi yang  dihasilkan dari potongan daging (ayam, lembu, kambing, ikan, perut, arnab & seumpamanya) yang dipotong kecil-kecil, dan dicucuk dengan lidi yang biasanya dibuat daripada lidi daun kelapa atau buluh, kemudian dibakar menggunakan bara arang kayu serta dihidangkan bersama-sama kuah kacang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...