10 July 2012

BILA IA DAH MULA BERKUMANDANG




Bila iklan kat atas ni dah berkumandang kat radio & tv, maknanya bulan puasa bakal menjelmalah tu...bila dengar iklan YUTA orang akan ingat tak lama lagi nak puasa & mesti kena beli kurma...yang paling best iklan ni masih mengekalkan suara perempuan yang seakan-akan berbisik sebut perkataan 'Yusof Taiyoob'...tak payah tengok just dengar jek pun kita dah tau ini ialah iklan kurma bukan iklan serbuk cuci mahupun iklan peluntur pakaian

Maybe trademark ni yang buat orang tertarik & sedar akan kehadiran kurma YUTA dipasaran walaupun ada banyak lagi jenama kurma kat Malaysia



Kalau kita nak pergi Penang ikut PLUS Highway memang akan nampak kilang@gudang saudagar kurma Datuk Yusof Taiyoob ni kat tepi highway...bangunan berwarna coklat cair dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar kat situ...Sure ada banyak stok kurma kat dalam tu kan...cukup untuk celebrate 3kali Hari Raya kot

Tapi, kalau iklan kurma keluar sebelum masuk bulan puasa kita boleh consider lagi sebab puasa & buah kurma memang tak boleh nak dipisahkan macam jugak irama & lagu...yang tak boleh blah bila keluar iklan perabot bertemakan promosi hari raya & macam-macam lagi...apa kena mengena bulan puasa dengan perabot? 

Ibadat puasa pun belum start lagi...ini memang dah lari tajuk...kalau buat karangan SPM memang pemeriksa dah tulis besar-besar kat situ 'TERPESONG'...memang kena repeat Julai Paper gamaknya

Time bulan puasa ni memang time semua orang buat duit...sebab tu lah sale kat sana sini even belum start puasa...juallah apa-apa pun sure laku & ramai yang beli...jual kuih, kain baju, perabot, cermin mata, minyak wangi & macam-macam lagi...even kalau jual penyapu yang ada tulis perkataan 'Selamat Hari Raya' pun still ada orang yang nak beli

Begitulah semangatnya orang kita nak beraya...anyway, marilah kita sama-sama buat persiapan mental, fizikal & rohani untuk mendapatkan keberkatan di bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi...cari rezeki sambil buat amal ibadat Insyallah hidup pun lebih berkat

*nota kaki :
Bulan Ramadhan bulan mulia bulan mencuci segala dosa...alangkah ruginya kalau tak dapat mencuci dosa dalam bulan Ramadhan ni, bulan pengampunan dosa

7 KOMEN:

Sop said...[Mari Balas Komen Ini]

org teruja nak sambut Ramadhan dan buat amal ibadat tp peniaga sibuk hendak cari untung raya.. iks iks iks

syiela said...[Mari Balas Komen Ini]

rata2 sale raya.. dah tu ramai pulak yg menerjah.. persediaan awal katanya...

yg penting kurma & puasa tak dapat di pisahkan

Azhafizah Md Nor said...[Mari Balas Komen Ini]

sedap kurma ni kan..bulan puasa mesti ada..bulan puasa tingkatkan amalan.bab bisness tu perkara ke dua.^_^

Azhafizah Md Nor said...[Mari Balas Komen Ini]

sedap kurma ni kan..bulan puasa mesti ada..bulan puasa tingkatkan amalan.bab bisness tu perkara ke dua.^_^

shida'R said...[Mari Balas Komen Ini]

hehee..kdg2 kn bulan pose je org bt baik..dah lpas pose bt prgai lama huhu..yusuff taayubbb fav famly hehee ^_^

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

seawal promosi kurma YUTA ni
seawal juga la entri puasa odahone ni =)
betul la dear
kalau dgr iklan bisik suara halus yusoff taiyub mmg tahu dah iklan apa
heheh

OdahOne OdahOneBizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Sop : hoho...xtau nak kata apa

syiela : kita terjah beli kurma jeklah..hoho

Azhafizah Md Nor : mmg sedap & terbaek!..yup setuju!

shida'R : tu yg xbest kalo boleh terus wt baik smbung kat bulan2 seterusnya kan best...my fav too

.::: Princess MOMOY :::. bisikkan menggoda tu MOMOY baru ramai yg minat nk beli kurma YUTA..hoho..awal sgt ke? alamak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...