Showing posts with label lokasi menarik. Show all posts
Showing posts with label lokasi menarik. Show all posts

20 October 2011

RISIK MEMPELAI


KLIK image kalau nak singgah...

Minggu lepas OdahOne banyak habiskan masa untuk menyelesaikan misi yang bernama 'Ops Kawen'...misi kali ni agak mencabar sebab kena berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain semata-mata nak cari butik pengantin yang vogue...Parit Buntar adalah destinasi pilihan sebab dekat dengan lokasi majlis

Area Parit Buntar ni memang banyak sangat butik pengantin...banyak sangat pilihan kalau 1 hari nak ushar semua tempat memang tak habis...lagi banyak kita ushar lagi banyak baju cantik-cantik yang kita jumpa & lagi menarik pakej yang akan kita dapat & lagi banyak bajet yang kita dapat save...itulah kelebihannya kalau kita rajin buat survey...tapi, kekurangannya pun ada gak...kepala jadi pening & badan jadi letih secara automatik

Lebih dari 8 butik pengantin yang kami sempat terjah...mata pun dah naik berpinar-pinar tengok manik-manik pada baju pengantin...terpaksa ambik macam-macam pamplet dari setiap butik & buat perbandingan...bukannya cerewet tapi just nak cari pakej perkahwinan paling bajet...kalau duit banyak takpe gak, cari jeklah butik yang grand-grand & ambik pakej yang paling mahal sure cantik & glamer

Final decision perlu dibuat kalau ikut nafsu memang semuanya cantik...last sekali ushar punya ushar OdahOne pilih yang ini 'Butik Pengantin Risik Mempelai' sebab pakejnya yang menarik, worth it sesuai dengan bajet, baju & solekkannya cantik, layanan yang friendly yang paling penting ownernya jenis yang lebih kurang & tak kesah...lokasinya pun terletak kat tepi jalan utama senang nak nampak

Mula-mula OdahOne pelik jugak dengan nama kedai ni kenapa Risik Mempelai...orang dah jadi mempelai buat apa nak dirisik lagi carilah yang bukan mempelai kan still ramai lagi kat luar tu

So, ownernya pun jawab dengan panjang lebar; kalau nak jadi mempelai orang lelaki kenalah merisik dulu barulah boleh mempelaikan diri...yang orang perempuan pulak lepas dirisik barulah boleh jadi mempelai...bukan boleh main belasah jek sebab kita kan orang Melayu ada adat lagipun nak kahwin dengan anak orang bukannya dengan anak kucing

Terdiam kejap OdahOne...tulah mulut gatal sangat nak tanya...tapi, ownernya ni memang suka bergurau...OdahOne tak kesah memang betul apa yang dia cakap tu 

Owner butik ni nama Syahrul...orangnya sempoi jenis soft guy tapi bukan jenis yang mengada-ngada tu...muda-muda lagi dah ada butik & pandai cari duit sendiri...dia ni jenis yang kalau kita melayan lagilah dia makin menjadi...kenalah regu dengan OdahOne...rancaklah kami berborak...One pulak takes time untuk faham bahasa orang utara...kalau kita cakap slow-slow dia fahamlah tapi kalau laju sangat makin lambatlah pick up dia nak faham...


Baju kat sini memang cantik-cantik...memang Syahrul design sendiri manik pun dia jahit sendiri...kami tengok macam-macam jenis manik berlambak kat atas meja dia...hasil kerjanya pun kemas & memang up to date...bila tengok banyak sangat baju yang cantik startlah Odah nak tukar theme kaler lain...nasib baik One ada, dia yang nasihatkan kita stick dengan theme asal sebab banyak barang kahwin yang dah beli kaler tu...biasalah orang pompuan pantang tengok baju cantik
 
Yang paling penting sekali makeup mesti cantik...takmaulah kecantikkan pelamin menenggelamkan kecantikkan si pengantin...cantik ker si pengantin?

Kami ambik pekej lengkap semua sekali senang tak payah fikir banyak-banyak...set terdiri daripada pelamin, bilik tidur, meja makan pengantin, kek 3 tingkat, baju 2 set siap dengan aksesori, 2 kali solekkan, tilam nikah, photographer siap dengan album gambar...yang paling best semua hiasan pada pelamin, bilik tidur & meja makan pengantin termasuk bunga tangan diaorang guna fresh flower@bunga hidup bukan bunga mati@plastik...ala-ala garden gaklah...

Kira berbaloi dengan harga...dapat pun baju baru, baju belum habis jahit manik lagi tapi dah nampak lawa...tanpa membuang masa kami pun terus sambar baju tu


Dah siap fitting baju & pilih design pelamin semua OdahOne terus deal & bayar deposit...senang nak bincang dengan orang yang friendly & lebih kurang ni...butik-butik sebelum ni memang ada yang lagi murah tapi cara layanannya tak berapa best & bila nak tambah benda yang kecik-kecik pun nak charge duit...dengan budak Syahrul setakat benda yang kecik-kecik dia tak berkira sangat pun kira cincailah orang Cina cakap...tapi hasil kerja tak cincai tu yang mustahak

Misi kami pun berakhir disitu dengan penuh kepuasan...hope, semuanya berjalan macam yang dirancang...misi yang seterusnya ialah memastikan berat & bentuk badan kekal seperti sekarang supaya baju kahwin yang dah siap di fitting muat sekali masuk jek tanpa perlu di alter banyak-banyak kali

*nota kaki berbau :
Sorang utara (Tepeng) & sorang lagi selatan (Muo) berjumpa pulak kat tengah-tengah (Kolumpo)...Indah sungguh bumi tuhan

27 May 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA PUTRAJAYA MEI 2011



Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
Tarikh: 28/5/2011 (4.30ptg)
Pentas Utama, Simpang Empat Jalan Kemerdekaan, Persiaran Perdana, Presint 3

Mampukah sasaran untuk menghimpunkan sejuta orang belia tercapai? Hari Belia Negara tahun lepas 2010 dah pun berjaya menghimpunkan seramai lebih daripada 200 ribu orang belia dari seluruh Malaysia...kalau tengok dari segi aktiviti-aktiviti yang ada kat bawah ni memang tak mustahil matlamat ni dapat dicapai...best-best tu aktiviti dia...kalau belia tak join memang rugi...

Belia tu siapa? Populasi belia kat Malaysia ni ada seramai lebih kurang 15.1 juta orang...belia tu mereka yang berumur dari 16 hinggalah 40 tahun...adakah anda masih muda belia?...kiranya golongan belia ni mewakili separuh daripada populasi rakyat Malaysia...belia ni memang aset terbesar pembangunan negara...kalau belia hancur negara kita pun jadi hancur...so, wake up para belia jom join aktiviti yang sihat kat bawah ni...ada antara aktiviti yang selama ni orang pandang macam tak sihat tapi telah disihatkan...tak percaya tengoklah kat bawah ni...


Sasuke Malaysia
Pertama kali diadakan di Malaysia. Acara sukan yang datang dari negara Jepun dan diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 iaitu Sasuke Malaysia. Acara ini akan disiar secara langsung di Tokyo Broadcasting dan Tv NHK untuk mencari juara bagi mewakili Malaysia. Kepada yang berminat ingin menyertai sukan ini, sila layari http://www.sasukemalaysia.com/ atau http://www.facebook.com/sasukemalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aku pun tak pernah tengok lagi benda ni camne...kalau nak tau jomlah kita terjah




Karnival Skills Malaysia 
(Klik images untuk  maklumat lanjut)
Sesuai untuk para belia yang banyak skills...inilah peluang untuk tunjukkan skill & bakat masing-masing yang selama ini terperap



Peraduan Fotografi & Video Sempena HBN 2011
Sempena HBN 2011 kali ni, Segmen World Youth Fantasy & Gadget World akan mengadakan Peraduan Fotografi & Video. Kepada yang berminat untuk sertai peraduan ini boleh dapatkan borang penyertaan disini..Siapa yang rajin tangkap gambar sana-sini bolehlah join


Pertandingan Rekacipta Motosikal Sejuta Belia




KBS-MUSC Drag Challenge Official Pit Bike
Ini yang paling best & yang paling aku berminat nak tengok...belia yang muda remaja memang tunggu benda yang legal macam ni...biasa tengok benda yang illegal jek takut-takut kantoi dengan polis...nak tengok motor yang togel-togel race kat sinilah tempatnya...nak tengok kereta macam kat dalam filem Fast & Furious pun boleh


Youth Job Fair 2011, Perhimpunan Sejuta Belia
Bertemakan Himpunan Sejuta Belia, “Youth Job Fair 2011” menyediakan carian kerja yang bersesuaian seiring dengan keperluan dan kehendak pasaran.
Tempoh Pameran
27 – 29 Mei 2011
Waktu operasi: 09.00 pagi – 06.00 petang
Lokasi: 
Commercial Building
Lot 4C11, Presint 4
Putrajaya.
(Beside Ministry of Youth & Sports building)
Penganjur
Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Belia Malaysia
Kepada belia yang still tanam buah anggur kat luar sana marilah kita cari lubang-lubang kirja kat sini...mana tau ada rejeki


Rentap Futsal 2 Putrajaya
Cabaran Rentap Futsal 2 Putrajaya kembali lagi……untuk keterangan lanjut sila layarihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/special.asp?pr=futsalkosmo2011...kaki-kaki futsal jomlah try...sepak-sepak boleh dapat duit


Standard Chartered 5KM Funrun 
28 May, 6.30am-2.00pm...berlarilah untuk sihatkan badan


Battlefield Putrajaya
Untuk dapatkan borang penyertaan klik disini...boleh main perang-perang ala-ala combat


6th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2011
Ni pun sesuai untuk belia yang berminat untuk menyihatkan badan dengan berlari...nak berjalan pun tak kesah yang penting join


Memancing Sejuta Belia
Tawaran istimewa kepada pemancing – pemancing di seluruh negara sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya bagi menghimpunkan Sejuta Belia pada 27 – 29 Mei 2011.
Sila klik disini untuk mendapatkan borang pendaftaran / penyertaan...kaki pancing apa tunggu lagi...siapkan joran & pancinglah hadiah yang menarik


Karnival Jom Makan 1 Malaysia
Yang ini pulak sesuai untuk kaki-kaki makan...jalan-jalan cari makan...makan-makan sampai tak boleh makan...patutlah rakyat Malaysia ramai yang Obesiti...siapa yang rasa dah over limit tu tak payahlah join aktiviti yang ni...hoho...


Karnival Sukan Air
Karnival Sukan Air Hari Belia 2011 ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kanu Malaysia dan Perbadanan Putrajaya
sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 bagi tujuan menghimpunkan satu juta
belia dalam 200 aktiviti yang disediakan. Bagi aktiviti berpusat di air, Karnival ini dianjurkan untuk menggalakkan aktiviti rekreasi dan sukan air di Presint 6, Kompleks Sukan Air, Tasik Putrajaya selari dengan hasrat Perbadanan Putrajaya untuk menjadikannya sebagai pusat sukan air terunggul di Malaysia dan antarabangsa...Siapa yang suka main-main air kat sinilah tempatnya


‘GIG Dance Rakan Muda 2011’ 
Merupakan satu pertandingan tarian ekstrem penuh bertenaga melalui gabungan pelbagai elemen tarian moden seperti Shuffle, Breakdance, Hip-hop dan sebagainya bagi meraikan Himpunan Sejuta Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara tahun ini. Tarian ini sangat popular dan mendapat sambutan yang menggalakkan serta menjadi ikutan generasi muda hari ini. Tarian menarik ini juga, dilakukan dengan pergerakan badan yang sungguh kreatif dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri. Kreativiti dan bakat luar biasa yang ditonjolkan oleh belia remaja ini amat dikagumi. Tarian Ekstrem ini merangkumi elemen Gaya Hidup Rakan Muda Kecergasan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara...We ready for the showdown!

Untuk Maklumat Lanjut & Lebih Detail Bolehlah Layari Laman Web Berikut :

*nota kaki berbau :
In youth we learn, in age we understand...You're never too old to become younger bro!

23 May 2011

SATE | SUNDEL BOLONG | SATAY STATION


Sate-sate
Ayam, perut, lembu, kambing
Minta sate
Aku nak makan di sini
Makan sampai tinggal lidi
Baumu aku mimpi
Dan tempatmu ku cari
Bawang pasangannya timun
Kuah pasangannya kacang
Telan pasangannya kenyang
Jangan tinggalkan nasi himpit
Makan sate
Hingga menjilat jari
Sate-sate
Makanan tradisi

Ini antara bait-bait lagu Cinta Sate kumpulan Senario...Siapa yang tak pernah makan sate? Siapa yang tak suka makan sate? sate ni memang makanan favorite...makanan tradisi...zaman dulu orang jual sate pakai kandar...sate mobile yang dibawa ke sana ke mari secara kandar (angkat letak kat bahu)...orang nampak penjual sate lalu just panggil, order & dia bakar on the sport kat situ jugak

Kalau balik Muar pagi-pagi lagi aku dah breakfast makan sate...kat tempat lain tak jumpa kedai yang open pagi-pagi jual sate...sate kat depan bus stand Muo tu memang terbaek! kena datang awal kalau tak tinggal lidi jek...lidi tak boleh makan tapi boleh buat penunjuk time mengaji...tapi cikgu mengaji aku dulu marah kalau guna lidi sate buat penunjuk

Cerita pasal sate teringat aku kat cerita hantu Sundel Bolong...kalau dulu hantu ni yang paling scary...memang takut giler tak macam Hantu Kak Limah...hantu Sundel Bolong ni badan dia berlubang kat belakang, orang Indonesia panggil Bolong itulah asal usul namanya...tang nama Sundel tu aku tak tau maybe sundal kot...dia boleh makan 100 cucuk sate tak sampai berapa saat...mula-mula aku ingatkan dia nak Take Away (tapau) sate 100 cucuk tu tapi dia Dine In makan sorang-sorang...lepas tu boleh pulak hirup sup panas menggelegak sampai 1 periuk...apa lagi cabutlah tokey jual sate tu

Kelihatan Hantu Sundel Bolong sedang order sate 100 cucuk
Ok, berbalik pada cerita tentang sate...dulu, kalau kat area Lembah Klang ni aku selalu makan kat tempat sate yang popular tu (selalu orang sebut-sebut)...tapi, sekarang sate kat tempat tu dah tak sesedap dulu...hanya tinggal nama jek...pekerjanya pun ramai foreigner...rasanya dah tak fresh maybe sebab dah lama sangat duduk kat dalam peti sejuk...nasib baik bulan lepas dah jumpa port baru yang lagi best & marveles

Sate kat tempat ni rasanya memang superb cukup dengan rempah ratus & yang paling penting fresh...kemanisan daging bersama-sama rempah tu memang membuatkan sesiapa sahaja nak makan bercucuk-cucuk...tapi makan 10 cucuk pun dah cukup kenyang kot sebab saiznya XXL...tambah pulak kuahnya memang ngam sebagai kuah sate...harganya agak mahal sikit tapi memang berbaloi-baloi...nak makan jangan kedekut nak keluar duit...dah 2 kali aku makan kat situ memang worth it lah

Inilah port sate terbaru yang agak best
Kelemahan tempat ni cuma satenya tak variety...cuma ada sate ayam, daging lembu & yang terbaru hati...sate ikan, perut, arnab, kambing, rusa or yang lain-lain belum ada lagi...maybe akan datang ada kot...menu makanannya pun tak banyak...lagipun namanya pun Satay Station orang datang pun just nak makan sate kalau nak makan benda lain kenalah berhenti kat station lain, macam naik Keretapi Tanah Melayu

Dah macam jalan-jalan cari makan...bukan nak promote just nak suggest jek...lagipun selera orang ni lain-lain... kadang-kadang aku rasa benda tu best tapi orang lain rasa macam kertas pasir...just pergi, makan & judge sendiri either sedap or tak sedap...


Sate hati yang besar...makan 1 cucuk dah kenyang...memang betul-betul makan hati


*nota kaki berbau :
Sate atau kadangkala ditulis satay atau satai adalah makanan tradisi yang  dihasilkan dari potongan daging (ayam, lembu, kambing, ikan, perut, arnab & seumpamanya) yang dipotong kecil-kecil, dan dicucuk dengan lidi yang biasanya dibuat daripada lidi daun kelapa atau buluh, kemudian dibakar menggunakan bara arang kayu serta dihidangkan bersama-sama kuah kacang

24 March 2011

MI BANDUNG MUO | CERITA DISEBALIKNYA

Mr. Google Image
Malam ni Odah & One nak keluar makan mi bandung sambil berdating...tapi maybe mak & ayah pun ikut join sekali kot bimbang terjadi aksi yang terlarang...hoho!...bila sebut pasal mi bandung of courselah Mi Bandung Muo yang jadi pujaan hati...dah test makan kat tempat lain memang tak best langsung rasa macam makan mi kari

Selama ni cuma tau makan jek tapi sekarang nak cuba singkap sikit sejarah mi bandung ni & Kenapa Mi Bandung Muar ni terkenal sangat??? Apa rahsia disebalik tu???

Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia...tempat lain pun ada kot tapi tak terkenal & sesedap macam yang ada kat Muo ni. 

Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut, yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain...misalnya, seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D)

Pening jugak nak fahamkan maksudnya ni...apa kaitannya dengan Mee Bandung??? Cer Cer Cer Ceritain...

Sebenarnya, Mee Bandung adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada  suatu ketika dahulu maka ia digelar sebagai Mi Bandung...Mi + Telur = Mi Bandung (gandingan antara mee & jugak telur simple equation but with a big answer)...sama jugak macam Odah + One = OdahOne...hoho!...gandingan yang ideal Insyallah Boleh! dan yang terbaru sekali Odah + One + Bizz = OdahOneBizz...sori, dah lari dari topik mi bandung ni

So, OdahOne nak ambil kesempatan untuk perbetulkan kekeliruan kat sini...Mi Bandung dengan Bandung (nama suatu tempat kat Indonesia) takde apa-apa kaitan langsung...hope, orang tak salah anggap & keliru, langsung takde kaitan samada dengan yang hidup mahupun yang telah mati...takut nanti orang dari Bandung tumpang glamer pulak disebalik keglameran nama Mi Bandung Muar & orang Muo pun terasa hati bila orang Bandung cakap orang Muo tumpang publisiti murahan disebalik nama Bandung

Di samping tu, dalam mi bandung jugak ada ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering...sekarang ni ia dah  ditambah pula dengan bahan tambahan seperti udang, daging, fish cake/ball dan jugak sayuran...nak kasi rasa bertambah umph! & menarik lah tu

Ada jugak yang letak biskut marie nak kasi kuahnya bertambah pekat...tapi sekarang dah ada rempah mi bandung instant senang jek nak buat tak payah bersusah payah... just tambah air rebusan daging & bahan-bahan lain yang kita suka dah siap...rasa pun boleh tahan best tapi kenalah beli rempah Mi Bandung Ori dari Muo bukan kat tempat lain

Daripada mana dapat nama Mi Bandung Muar tu? Tempat lain kat merata Malaysia pun ada jugak jual Mi Bandung???

Sebab, Mee Bandung Muar telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia...ramai yang dah cuba & diakui serta diketahui Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah...standardlah bila sesuatu makanan tu rasa sedap & ramai yang suka makan kat situ, maka ia akan digelar dengan panggilan yang sama...Contoh; laksa penang, sate kajang, nasi beriani batu pahat & macam-macam lagilah

Ok, setakat ini saja cerita tentang Mi Bandung...air liur pun dah banyak yang meleleh masa taip entry ni...tak sabar nak terjah gerai mi bandung malam ni...so, siapa yang datang Muo & nak tahu kat mana port nak makan mi bandung yang paling sedap kat Muo jangan segan-segan contact OdahOne...siapa yang belum test rasa mi bandung muo bolehlah cuba rasa sekarang...tapi nak yang pure taste jemputlah datang ke muo

Kalau nak tahu apa lagi makanan yang best-best kat Muo or tempat-tempat menarik yang ada kat MUO boleh try baca entry yang panjang lebar tentang Muar...segala-gala tentang Muo ada kat sini...MUO BANDAR MAHARANI...bye...from Muo to Taypeng with lot of love


*Mi Bandung Asli tidak mengandungi apa-apa yang berasa masam, jadi janganlah masukkan tomato puri, tomato sos, cili sos mahupun asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modified Mi Bandung Muar dengan letak sour ingredients sebab tulah spoilt rasanya. Take note

*nota kaki berbau :
Bila mi bandung di makan bersama air sirap bandung maka perut juga akan membesar seakan  perempuan yang sedang mengandung anak sulung, begitulah ungkapan terulung tentang mi bandung

03 November 2010

MUO BANDAR MAHARANI


"Awak Orang Mana?"

"Saya orang Muo"...inilah jawapan standard yang akan di jawab oleh mereka yang berasal dari Muar, Johor apabila di tanya di mana asal tempat tinggal mereka

"Kenapa tak jawab saya orang Johor?"

Sebab biasanya kalau jawab orang Johor nanti orang akan ingat Johor Bahru...kebanyakan orang kat Malaysia ni keliru & anggap Johor itu adalah Johor Bahru betul tak?

Dah banyak kali aku terkena, bila bagi jawapan saya orang Johor terus orang yang tanya tu ingat Johor Bahru...so, jawapan yang paling ringkas padat dan sendat ialah, "saya orang muo" supaya kita sebagai orang muo tak perlulah nak jawab & explain berulang kali

Lagipun aku rasa kebanyakan orang di Malaysia ni kenal & tau muo tu kat mana kot...kalau tak tahu tengok dalam google maps


Aku nak ambil kesempatan ni untuk perbetulkan persepsi antara Johor dan Johor Bahru...Johor itu ialah salah sebuah negeri yang terdapat kat dalam Malaysia, manakala Johor Bahru itu pula ialah sebuah daerah di dalam negeri Johor yang merangkap sebagai ibu negeri Johor...amboi dah macam  cikgu Geografi lah pulak

Harap-harap bila di London@oversea orang muo tak jawab, "I'm Muarian" bila di tanya oleh mat & minah saleh kat sana "where are you coming from?"...of course omputeh tak tahu kat mana tu? Just jawab, "I'm Malaysian"...Honk if you are Malaysian


Kadang-kadang orang ingat orang Muo ni sombong & berlagak sebab takmau cakap dia orang Johor...tapi, inilah hakikatnya "We are proud to be Muarian"..."Kami orang Muo!"

Lagi satu, kebanyakkan Orang Muo ni lebih familiar dengan Bandar Melaka berbanding Bandaraya Johor Bahru...kalau nak pergi shopping complex yang grand-grand sikit pun kita orang akan pergi Melaka sebab tak sampai 1 jam dah sampai kalau bertolak dari bandar Muar


Daerah Muar ni terletak kat bahagian utara Johor & Melaka adalah jiran terdekat...nak pergi Johor Bahru tu jauh sangat...dekat 2 jam setengah baru sampai

"Kenapa Muo bukan Muar"

Sebab ini gaya bahasa or loghat orang Muo...semua ayat yang akhirnya huruf A & R akan ditukar menjadi huruf O & R

Contoh; muar-muo, pasar-pasor, ular-ulor, bandar-bandor, tukar-tukor, cabar-cabor, besar-besor, kasar-kasor, lebar-lebor, tayar-tayor, pagar-pagor, gambar-gambo...gebor, lapor, kejor, segor, askor, tawor, selipor, engko, calor, cador, sangkor, sambor, tampor, gegor, lawo, seluor, bior, antor, belajor, tikor & esbok@ice box@peti sejuk 


Orang Muo juga menyebut almari sebagai gobok@gerobok...so, jangan pelik kalo terdengar orang muo menggunakan perkataan itu bagi menggambarkan sebuah almari

"Kenapa orang Muo cakap kat hujung ada perkataan 'Ek' ?"

"Ek" tu kira macam penyedap bahasa atau kata penguat yang menunjukkan orang itu serius dalam berbicara atau bercerita

Contoh; "Kenapa dia benci kat kita ek?" "Cantik kan baju aku? ek ek" "Dia tu selalu perasan ensem ek"

Orang muo juga menyebut perkataan pegang sebagai peigang...pernah tak anda mendengar rakan-rakan anda yang berasal dari muo menyebut perkataan peigang? "Boleh pandang-pandang...Jangan peigang-peigang"

Selain itu, orang muo juga bahasakan diri mereka sebagai orang..


Contoh; "hari ini saya tak pergi sekolah"..."hari ini orang tak pergi sekolah"..."mak orang nak pergi bandor jap"...macam orang Bidor jugak yang bahasakan diri mereka sebagai awak@awok...kata ganti nama diri bagi saya


"awak dah cakap yang awak tak boleh control buah pinggang awak...lumpuh tau..." awak itu mewakili saya

"Kenapa orang panggil Muo bandar pencen ek?"

Yelah sebab muar ni bandar lama bukan macam jirannya batu pahat bandar baru yang lebih tersusun dan terancang...bandar batu pahat pun jalannya lebar-lebar berbanding muo jalannya sempit sikit

Di muo juga masih banyak terdapat lagi bangunan-bangunan lama yang macam dah nak pencen tinggalan penjajah British dulu...lagipun, memang ramai pun orang yang dah pencen duk muo...petang-petang selalu nampak pakcik-pakcik yang dah pencen lepak kat tepi laut sambil hisap berborak & hisap rokok

"Bandar Maharani dengan Bandar Muo tu sama ke?"

Yup! benda yang sama, cuma ejaan yang berbeza...Muar dulunya dikenali dengan nama bandar maharani...nak cerita tentang sejarah muar memang panjang lebarlah entri ni...so, make it short

Muar dibuka pada tahun 1884 dan dikenali sebagai Bandar Maharani dinamakan bersempena dengan nama isteri Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim..Muar merupakan bandar diraja negeri Johor

Nama Muar berasal dari perkataan 'muara' berikutan kedudukan bandar itu di muara sungai...aku rasa cukuplah setakat itu sahaja info tentang sejarah muo...nak tau lebih lanjut boleh baca kat SINI


*update : Bandar Maharani@Muar secara rasminya telah di isytihar sebagai Bandar Diraja oleh Sultan Johor pada tahun 2012





"Kenapa aerial TV kat Muo ni tinggi-tinggi belaka? Line tak clear ke kat sini? Pasanglah Astro kalo nak clear siaran tu!" 

Orang Muo especially Chinese memang suka pasang aerial TV tinggi-tinggi sebab nak dapatkan channel TV Singapore...kalau pakai aerial yang kemetot tu jangan haraplah nak dapat tengok TV Singapore...TV Malaysia pun still ada channel yang tak clear inikan pula Singapore...kadang-kadang aku tengok orang kampung pasang Astro semata-mata nak kasi clear siaran TV bukannya sebab nak layan siaran merapu kat Astro tu

Memang orang yang first time datang Muo akan tegur kenapa aerial kat sini tinggi amat...tambah pelik lagi bila dok tengok orang tengah memanjat repair aerial TV yang rosak...kadang-kadang scary jugak bila tengok technician yang tengah buat kerja memanjat, pasang & repair aerial ni...batang aerial tu halus jek aku tengok, entah bila agaknya nak tumbang...kalau time kilat sabung menyabung memang aerial tinggilah yang jadi sasaran

Anyway, aku still anggap benda ni unik tak terdapat kat mana-mana tempat kat Malaysia...kalau area Batu Pahat or Johor Bahru diaorang tak payah sampai nak pasang aerial tinggi-tinggi...pakai aerial biasa pun dah dapat tengok TV Singapore




"Kenapa orang panggil Mi Bandung Muo? Bukan Mi Bandung Gunung Semanggol, Mi Bandung Batang Berjuntai?" 

Sebab Mi Bandung Muo lah yang paling famous dan terbaek...the best in the world...tak caya try tanya orang yang pernah rasa...kalau makan tak hirup & jilat pinggan sampai licin memang tak sah

Ada banyak tempat yang best kat muo ni kalau rasa nak perkena mi bandung...ni tempat yang aku dah try & aku syorkan sesiapa yang nak test kesedapan mi bandung muo

Gerai Sahak simpang lampu isyarat Jalan Bakri Batu 1 1/2, Mi Bandung Parit Ponorogo, gerai Mi bandung Muar Tg Agas, Mi Bandung Central Taman Tun Syed Nasir, Mi Bandung gerai Abu Bakar Hanifah Jalan Abdullah, Restoran Manisah Parit Bulat...

Sebenarnya aku pun tak dapat nak judge kat mana gerai menjual mi bandung yang paling sedap dalam muo@best in the world sebab tiap-tiap tempat ada rasanya yang tersendiri...bergantung pada taste masing-masing

Sebab aku pernah bawak orang Taiping try makan mi bandung & dia cakap tempat yang aku bawak makan mi bandung tu lah yang paling sedap kat muo tapi padahal orang muo tak g makan pun kat tempat tu

So, taste mi bandung ni adalah satu benda yang complicated...hanya tekak masing-masing yang boleh judge & don't judge a book by it's cover because kadang-kadang rupa mi bandung tu langsung tak menyelerakan tapi sekali rasa pehh! meletup

Senang cerita sebut jek makan mi bandung kat muo ni memang semuanya sedap-sedap belaka, orang kata ada rasalah berbanding makan kat tempat lain

Dulu, aku pernah pekena mi bandung kat Segamat, tapi dia punya rasa hampeh tak best langsung nyesal order aku makan pun sebab dah rindu nak makan mi bandung ingatkan orang segamat boleh challenge orang muo tapi ternyata aku kecewa

Padahal jarak muo dgn segamat tu bukan jauh sangat pun adalah dalam 81km...mungkin rasa sedap mi bandung tu berubah ikut kilometer kot...semakin jauh semakin berubah rasanya 

Aku jugak pernah rasa mi bandung yang di buat oleh orang Taiping...sekali rasa macam mi kari daa...tapi aku habiskan juga makan sebab nak jaga hati orang yang masak...hoho..

Bagi siapa yang rajin, ada di jual perencah mi bandung...balik rumah boleh buat sendiri senang jek yang penting mesti guna air rebusan daging or tulang & perencah tu beli kat muo yang homemade bukan kilang made

"Tak lengkaplah kalau datang melawat muo tapi tak makan mi bandung"

Boleh terjah entry ni untuk tau kesah..."MI BANDUNG MUAR | CERITA DISEBALIKNYA" 


"Kenapa orang muo breakfast pagi-pagi pun makan sate?"

Inilah uniknya orang muo...aku dah merantau kat tempat lain tapi dieorang makan sate time sebelah malam jek tapi orang muo breakfast makan sate

Banyak gerai yang menjual sate awal-awal pagi lagi dah pun dibuka...orang muo lepas habis jogging kat kawasan rekreasi tg. emas akan singgah gerai makan sate sambil perkena teh tarik dan mi rebus...terbaek...joging tak sampai 1 round tapi makan beround-round



Kalau rasa nak perkena asam pedas best, muo jugalah tempatnya...yang paling popular Gerai Asam Pedas Parit Jawa sebab pernah masuk TV3

Pelbagai jenis asam pedas ikan yang fresh-fresh ada kat sini...sebab tu lah best...ada ikan merah, siakap, jenahak, pari, kembung, dan juga sembilang

Kena datang awal sebab kalau lambat memang tinggal tulang ikan jek...tapi pada aku best lagi mak aku punya asam pedas, memang tak boleh challenge especially bila masak aku punya favorite asam pedas ikan parang...fuh!

Akan tetapi, ada lagi satu masakan asam pedas yang paling best dalam dunia tapi dah tak dapat merasa lagi sebab orang yang pandai masak tu baru jek meninggal dunia waktu musim piala dunia yang lalu Bafana Bafana...siapa orang tu?

Aku punya atok yang dipanggil Atok Yah...orang lain maybe panggil nenek tapi aku panggil Atok Yah...Al-Fatihah


Selain dari mi bandung orang Muo@Johor taulah apa nama benda ni...Mi Siput kalau kat area Perak panggil mi sanggul...tapi, tak sama macam yang ada kat Muo kot...kalau makan kosong macam tu jek tak sedap...kena letak sambal tumis ikan bilis kat atas tu...

Peh! memang terangkat rasanya beb...aku boleh layan makan benda ni berkeping-keping...dulu, time balik sekolah agama kompem singgah rumah Mak Mon nak pekena benda ni...yang buat best dia punya sambal...meleleh air liur aku time taip entry ni punyalah klasik rasanya


Ini pulak goreng pisang@pisang goreng...sama jek dengan tempat-tempat yang lain...yang bezanya cuma Sambal Kicap...mula-mula sampai KL dulu aku pernah order goreng pisang sambil mintak sambal kicap...makcik jual goreng pisang tu pun jawab; "Kalau nak sambal kicap kena balik Muar dik kat KL ni mana nak cari sambal kicap"

Macam tu gamaknya...padahal bukan susah sangat nak buat sambal kicap ni...just tumbuk cili & curahlah kicap kat atas tu dah siap...ambik masa jugak aku nak makan goreng pisang plain camtu tanpa sambal kicap...tapi, bila balik Muo aku balun goreng pisang cicah sambal kicap cukup-cukup...sambal kicap ni kat Muo free jek pakej didatangkan bersama-sama dengan goreng pisang






Tarikan terbaru di muo...Medan Ikan Bakar Sabak Awor...kalau dulu orang muo nak makan ikan bakar kena pergi Melaka samada Umbai, Umbai Terapung, Serkam, Anjung Batu atau Muara Sungai Duyung, tapi kini tak perlu lagi

Muo pun dah ada medan ikan bakar yang standard macam kat Melaka jugak...terletak di persisiran sungai muo tempat yang stategik makan ikan bakar sambil menghirup bayu laut...di bina atas kawasan paya bakau

Berkonsepkan macam rumah kayu dulu-dulu siap dengan anjung tinjau lagi...boleh tengok burung-burung & hidupan di kawasan paya bakau...aku dah banyak kali makan kat sini ok lah makan best,view menarik & tak mahal sangat macam kat Melaka


Ini kedai kuih cina yang paling popular kat Malaysia kot...setiap pelancong especially yang berbangsa Cina akan singgah ke kedai ni untuk membeli kuih sebagai buah tangan

Masa weekend jalan ini akan dipenuhi dengan bas-bas pelancong yang beratur menuggu giliran untuk membeli kuih...kebanyakkannya dari Singapura

Kalau ada logo Jakim kat depan kedai ni nak jugak aku rasa...malangnya takde or memang Jakim tak boleh nak bagi sijil sebab bahan dalam kuih tu ada letak babi...haram beb tak boleh makan

Dulu masa zaman muda remaja aku selalu lepak kat kedai ni, tapi time pukul 11malam ke atas sebab nak tengok orang lumba kereta...lepak dengan pakcik Jaga kedai kuih ni dan member-member

Masa tu aksi drift kereta belum popular lagi kat Malaysia tapi kat muo dah ramai yang main illegal drift race ni...peh best giler tapi tepat pukul 12malam biasanya polis akan datang & mintak penonton semua bersurai

Mana yang kaki race tu pun apa lagi cabutlah...tapi ada yang sambung race balik lepas tu padahal trek bukan best sangat pun setakat pusing-pusing situ jek...yang buat dieorang teruja maybe sebab kehadiran penonton yang ramai sambil berdiri kat tepi-tepi jalan tu

Kebetulan pulak ada stall burger kat selekoh jalan tu yang selalu nyaris-nyaris kena langgar dengan kereta yang sedang drift...ada satu malam tu kereta yang drift terbabas & langgar lori yang parking kat tepi jalan...orang pun bersorak sebab orang lain pun macam aku jugak, suka tengok kereta terbabas benda tu yang paling aku tunggu

Sekarang aku tak tahu ada lagi tak illegal race macam tu...muo ni bandar kecik tapi penuh dengan pelbagai aktiviti, tu yang menjadikan seronok tinggal kat muo ni...bukan bangga just ayat penyata


Selain itu, muo juga terkenal dengan makanan-makanan cina...oleh kerana aku tak pernah merasa makanan tu, so tak dapatlah nak cerita lebih-lebih

Dengar cerita nasi ayam bebola kat salah sebuah restoran cina di muo ni pun best macam yang kat dalam gambo tu...nak tahu lebih lanjut tentang makanan cina trylah lawat blog lain sure ada banyak cerita

"Makanan-makanan di muo ni memang outstanding"




Kopi 434

Muar juga terkenal dengan jenama kopi 434...kalau lalu highway PLUS area Melaka ke Kuala Lumpur pasti anda akan melihat bilboard jenama kopi 434 di bahu jalan...ada orang yang tiap kali balik muo borong kopi ni banyak-banyak sebab kopi kat tempat lain rasa tak sama & tak berapa nak best macam kopi ni

Di muo jugak ada jual air pear yang sedap...air pear yang di jual oleh apek di Jalan Mariam kalau tak silap aku..ada 2 kedai yang bertentangan yang menjual air yang sama...tapi yang paling best air pear yang di jual oleh apek bukan si nyonya



Inilah durian yang terbesar di muo...berapa agaknya harga sekilo durian ni?...dulu aku pernah tengok sorang budak kecik yang dok mengira duri yang ada pada durian ni...mungkin sekarang budak tu dah jadi seorang akauntan yang berjaya gamaknya

Muo juga terkenal dengan buah durian dan juga buah-buahan yang lain seperti; jambu batu muar dan duku tg gading muar...sebaik sahaja keluar dari plaza tol Tangkak atau dari lebuh AMJ anda akan lihat banyak gerai menjual pelbagai jenis buah-buahan di bahu-bahu jalan

Ini adalah menara yang mengalu-alukan pelawat atau pelancong dalam & luar negeri ke bandar muo...turun jek jambatan Sultan Ismail akan jumpalah menara ini menandakan anda baru saja sampai ke bandar muar..."welcome to muo bandar pencen"



Jambatan Sultan Ismail yang dibina pada tahun 1969...kini jambatan ni dah nampak uzur tapi masih boleh digunakan walaupun ada jambatan kedua yang menggantikannya tetap tak sama dengan sentimental value yang ada pada jambatan yang ini...jambatan ni macam satu nostalgia

Kalau dulu-dulu aku naik bas pergi outstation, bila bas naik jek atas jambatan ni aku akan terjaga dari tidur dan baru perasan dah sampai muo rupanya

Time rindu nak balik muo pun sama either pulang beraya, anak-anak muo pasti rasa lega & terubat rindu sebaik sahaja kenderaan mereka melewati jambatan ni

Malam-malam ramai orang bergayut kat atas jambatan ni untuk memancing ikan, walaupun diharamkan memancing tapi masih ramai lagi orang yang still nak memancing kat atas tu

Maybe lubuk ikan kot kat bawah jambatan tu kalu tak taklah orang gila-gila memancing kat situ...dah macam satu pesta pulak bila tengok orang ramai-ramai duk atas jambatan tu memancing yang datang tengok pun ramai

Dengar cerita mak & atok aku, dulu time nak buat jambatan ni dieorang ada tanam kepala orang pada tiang utama jambatan ni...konon-kononnya nak kasi kuat jambatan ni supaya tak roboh macam lagu jambatan sudah roboh tu atau dalam versi inggerisnya london bridge is falling down

Tapi ni jambatan muo...yang jadi mangsa penggal kepala ramai budak-budak & yang memenggal kepala tu dieorang upah orang india yang satu masa dulu popular dengan nama 'Keling Sabit'...mungkin istihlah ni agak sensitif tapi inilah fakta sejarah

Salah satu cara orang tua dulu-dulu nak takutkan anak-anak mereka supaya tak main jauh-jauh dari rumah ialah dengan menggunakan nama 'Keling Sabit' termasuklah mak aku

"Ko jangan main jauh-jauh nanti kena tangkap dengan Keling Sabit" kata mak

Tak tahulah akan kebenaran cerita ini samada fakta atau auta...scary jugak tengah main-main tetiba ada orang bawak sabit penggal kepala semata-mata nak buat jambatan kasi kuat

Apolah...gunalah teknologi konkrit kan senang ni sampai nak memenggal-menggal kepala orang hanya pasal nak buat jambatan jek...tak berbaloi-baloi

Nasib baik jambatan ni bertahan hingga ke hari ini...kalau tak sia-sia jek pengorbanan kepala budak yang dipenggal

Tempat ni juga menjadi lokasi yang paling popular bagi orang-orang yang nak membunuh diri...kalau setakat 100 orang yang terjun buat bungy jumping dari jambatan ni aku rasa memang ada...cuma dieorang tak pakai tali just free jumping & die...so agak berpuaka gak jambatan ni



Jambatan Kedua daerah muo...ada iras-iras jambatan Pulau Pinang...kalau lalu ikut jambatan ni tak terasa dah sampai muo berbanding naik jambatan lama, rasa macam sampai kat Pulau Pinang pulak

Sebab tu aku kata jambatan yang lama tu banyak nostalgia...kadang-kadang benda baru yang lagi canggih & selesa takkan dapat menggantikan benda yang dah lama & uzur kerana nilainya lebih tinggi...bukan nilai wang ringgit tapi nilai sejarah, nostalgia, memori, kenangan dan yang seangkatan dengannya



Masjid Sultan Ibrahim antara bangunan lama yang tercantik di muo...dulu kecik-kecik aku selalu pergi masjid ni time sambutan Maulidur Rasul jek coz ada bagi makan & minum free...bukan sebab nak dengar ceramah

Beraturlah panjang-panjang nak makan aiskrim, nasi minyak, kuih & macam-macam makanan secara percuma coz ada orang yang sponsor...walaupun terpaksa berebut-rebut tapi worth it...yang paling best dia punya sirap bandung memang kaw...aku sanggup beratur sampai 2-3 kali semata-mata nak rasa secawan sirap bandung siap tapau masuk dalam botol lagi bagi mak aku rasa



Masjid Kedua daerah muo terletak bertentangan dengan masjid Sultan Ibrahim hanya dipisahkan oleh sungai muo yang merentangi antara masjid ini...rupa bentuk pun dekat nak sama...dibuka kepada makmum pada tahun 1999..."Sembahyang itu lebih baik daripada tidur"

Masjid ni seakan-akan 'mirror image' bagi Masjid Sultan Ibrahim...kalau tak percaya cuba try lepak kat belakang Masjid Sultan Ibrahim sambil tengok bayang-bayang masjid dalam sungai & kemudian terus tengok pada Masjid Kedua ni...nampak tak macam apa yang aku nampak?



Bangunan Sultan Abu Bakar...bangunan ni kira macam putrajaya lah tapi kat muo...pusat pentadbiran kerajaan muo, banyak pejabat-pejabat & jabatan kerajaan yang beroperasi kat sini...dulu time kecik-kecik aku buat IC or kad pengenalan yang pertama ketika umur 12 tahun kat sini...tapi sekarang dah pindah tempat lain


Inilah Istana Hinggap Sultan Johor...Sorilah tak dapat gambar yang terbaru sebab sekarang istana ni dah dibaik pulih & lagi cantik...cuma gambar ni jek yang ada kat Google Image...Sultan Johor pun selalu mencemar duli singgah kat istana ni waktu melawat daerah Muar 


Jeti Nelayan sungai muo...kebanyakan mereka tinggal di perkampungan nelayan Parit Tiram...arwah atok aku dulu pun tinggal kat situ

Dulu dia kerja sebagai penyelam tiram...menyelam manual jek tak pakai pun tangki oksigen tu...my atok is a hero

Member-member aku pun ramai yang tinggal kat sini...tapi nama nickname dieorang pelik-pelik

Antaranya; Loncos, Pikun, Udi Pak, Awit, Amut, Minami, Kapak, Kajal, Ajid Konok, Cik Meh, Cik Mat, Cik Yeh, Dik din, Mat Kicap, Wan Tetek, entah apa lagi aku dah lupa...pelik kan nama dieorang...untuk rekod dieorang semua ni berbangsa Melayu...tapi, nama ada yang macam orang Jepun



Deretan bangunan-bangunan lama tinggalan zaman penjajah yang masih utuh berdiri sambil diberi nafas baru dengan warna-warna yang menyegarkan mata memandang

Ada kaler kuning, merah jambu, biru, purple dan juga kaler cream

Muo juga sering menjadi lokasi penggambaran drama-drama atau filem...tak kiralah cerita cina, melayu or tamil...antaranya sayang salmah, sutun, blues pasar tani...tak payahlah aku sebut banyak-banyak nanti orang cakap membangga diri

Penduduk muo juga terkenal dengan keramahannya dan sifat sporting...try tanya artis-artis yang pernah buat show di muo apa reaksi peminat-peminat kat sini

Sure dieorang bagi jawapan yang positif...mana-mana artis yang belum pernah buat show kat muo lagi anda di alu-alukan...tapi, kalau artis tandas tak maulah anda tak dijemput


Rumah Muar atau rumah limas...kebanyakan rumah-rumah lama di kampung-kampung bercorak macam ni, termasuklah rumah arwah nenek aku


Gambar time menjelang perayaan Tahun baru Cina...kebanyakan peniaga-peniaga kawasan bandar ni memang keturunan Cina...time raya Cina memang happeninglah kawasan bando muo ni dengan tanglung-tanglung macam yang kat dalam gambo tu...bergayut-gayutan


Sekolah Tinggi Muar (High School Muar)...sekolah yang tertua di daerah muo...tapi aku tak sekolah kat sini aku sekolah St. Andrew SAS (St. Andrew School) iaitu musuh kepada sekolah ni dalam sukan hoki

Tiap kali final sure kedua sekolah ni akan bertemu...tapi tu dulu sekarang tak lagi

"Give me 'S' give me 'A' give me 'S' who's the best SAS!" teringat teriakan waktu menjadi penyokong pasukan hoki sekolah dulu...sampai nak bergaduh pun ada...come on andrean!


Kilang ST Microelectronics...kilang yang paling beso kat daerah Muo...rasanya, kat sinilah tempat budak-budak lepas SPM mengadu untuk cari kerja...kilang besar masa depan terjamin sikit...tapi, waktu krisis ekonomi dulu ramai jugak yang kena berhenti kerja...sebab tu jugaklah kilang ni terpaksa di pecah dua...tapi, ST yang asal still kekal lagi

Kalau kilang ni tutup aku rasa ramai penduduk Muar yang tanam anggur & hilang sumber pendapatan...kilang ni buat komponen-komponen kecil barang elektronik...alah, kalau kita biasa tengok pada motherboard or apa-apa barang elektronik ada jek tulisan ST kat situ especially pada IC & chip-chip yang kecik tu...mahal tu barang-barang ni walaupun kecik




Taman Rekreasi Tanjung Emas...segala aktiviti riadah berlaku disini samada yang sihat mahu pun tak sihat...orang muo berjoging, bersenam, ber tai-chi, berpoco-poco, beraerobik semua kat tempat ni...tempat ni jugak antara lokasi popular untuk amik gambo kawen outdoor...tak kira Melayu, Cina or India semua buat photoshoot kat sini

Yang tua muda bermadu kasih pun kat tempat ni...port maksiat lah tu...terpaksa majlis perbandaran pasang signboard beso-beso; "Melakukan Maksiat Mengundang Bala"...kalau nak tau cerita lanjut boleh baca entry ni; "ANTARA MAKSIAT & ENCIK BALA"


Mat-mat rempit melepak & menunjukkan skill masing-masing pun kat sini jugak...ramailah yang berlonggok ramai-ramai sambil ushar-ushar awek kat sini...untung-untung dapat angkut sorang naik motor

Dulu masa zaman kanak-kanak, aku selalu datang sini untuk main jongkang-jongket, gelongsor dan buaian sambil makan aiskrim yang apek jual kat tepi jalan...sekarang permainan banyak yang canggih-canggih rasa macam nak jadi budak kecik 




Dataran Tanjung Emas...tempat acara konsert, ekspo, pameran, karnival, auto show & apa-apa event pun...tempat ni juga jadi tempat orang muo berkumpul masa sambutan ambang merdeka sambil countdown dan melihat percikan bunga api di tepi sungai muo


Tanjung Ketapang...bersebelahan jek dengan tg emas...ada satu-satunya padang golf dalam daerah muo...tempat aku cari belangkas masa dulu-dulu

Dapat jek belangkas terus bakar kat sini jugak...makan telur belangkas time panas-panas best...tapi sekarang dah tak boleh bakar suka-suka kena perambat dgn MPM (Majlis Perbandaran Muar)

Kat sini jugak kita boleh lihat pasangan yang macam belangkas...ada ramai yang suka lepak atas pokok sambil skodeng si belangkas yang sedang memadu kasih

Pada entrance tempat ni ada satu signboard yang agak mengerikan

"Maksiat Mengundang Bala" tapi ada gak kata-kata sinis yang cakap kat sini tak boleh buat maksiat nanti En. Bala datang..tak tahulah Balasundram or Balachandran...huhu




Jeti Tanjung Emas tempat orang naik bot menyelusuri persisiran sungai muo macam dalam gambo tu...tapi aku tengok kebanyakan orang luar yang naik bot ni...orang muo tak ramai yang terasa or teringin nak naik termasuklah aku




Kompleks Marina Muar...haha...projek gajah puteh...konon-kononnya dibina supaya ada pelayar-pelayar yang macam Datuk Azhar Mansor tu datang singgah kat sini untuk baiki kapal layar or apa-apa kemudahan logistik

Jangan kata kapal, layar kapal pun aku tak pernah nampak singgah kat sini...kalau ada pun kapal sesat tak pun kapal tongkang or kapal angkut pasir...membazir baik buat kompleks membeli belah lagi bagus...tak pun kompleks tabung haji ker


*Update : Sekarang tempat ni dah happening...dah ada restoran kat tepi laut & boleh sewa tempat ni untuk buat apa-apa function...orang ramai dah boleh keluar masuk dah takde pak guard yang jaga...barulah tak jadi gajah puteh...berjanggut kalau nak tunggu ada kapal layar yang singgah



Lokasi di mana manusia melihat beruk@monyet...tak sah kalau datang muo tapi tak pergi tempat ni...agaknya monyet-monyet ni pun pelik kenapa tiap-tiap hari ada jek orang nak tengok dia walaupun buntut dia kaler merah



Air Terjun Gunung Ledang...dulu gunung ledang termasuk dalam tanah jajahan muo tapi sekarang dah jadi daerah Ledang...tapi takpelah masukkan jugak gambo tapi tak boleh nak cerita lebih-lebih nanti marah orang Ledang

Gunung Ledang ni memang penuh dengan lagenda...tempat dia memang menarik bagi sesiapa yang suka mandi air terjun...cuma penat sikit nak daki sampai atas untuk mandi kat tempat yang best-best macam kolam puteri, kolam anak gajah & macam-macam kolam lagi...pergi berkelah kat sini mulut jangan cabul sangat takut tak balik rumah pulak



Balai Polis Bukit Kepong pun terletak dalam daerah muo...siapa yang tak tahu tentang peristiwa bukit kepong? kalau tak tahu sila lihat filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsuddin

Cerita perang@combat Melayu paling best pernah aku tengok sampai hari ni still layan lagi...tak bosan sebab full perang takde layan cintan macam cerita perang Melayu yang lain

Lagipun hati jadi panas & membara bila tengok sorang-sorang anggota polis kita mati kena tembak dengan komunis...Cis! lakhanat ko komunis!!!





Bandar muo sekarang ni pun dah banyak hotel yang cantik-cantik tak macam dulu yang ada hanya hotel pelacur jek...haha...

So, kalau datang muo tak perlu risau tentang penginapan pilih jek hotel-hotel yang ada ni...kalau nak yang pemandangannya menghadap ke selat Melaka@Sungai Muo pun ada

Pendek kata, (bukan panjang yang kata) asal ada duit macam-macam tempat boleh stay...kalau rajin contact, kat umah aku pun boleh stay 3hari 2malam...aku charge murah-murah jek ek

Gambar yang kat atas sebelah bawah ni adalah Muar Traders Hotel yang dulunya merupakan bangunan UMNO...juga dikenali dengan nama Muar Trade Centre atau dalam Bahasa Melayunya Pusat Dagangan Muar...tak taulah entah apa benda yang nak didagangkan kat sini yang penting kat Muar pun ada pusat dagangan macam PWTC@Pusat Dagangan Dunia Putra

Setelah terbengkalai sejak sekian lama akhirnya dah dibaik pulih untuk dijadikan hotel...barulah cun sikit rupanya...dari jambatan muar dah boleh nampak bangunan ni tesergam indah...dulu waktu terbengkalai nak tengok pun menyampah & takde semangat nampak kusam jek

Dengar cerita dulu bangunan ni berhantu sebab tu takde orang yang nak take over untuk majukan bangunan ni kot...yelah lokasi pun kat tepi sungai macam-macam makhluk yang suka nak singgah...kat bawah bangunan ni pun sekarang dah ada 'Secret Recipe'...orang Muar tak payah pergi Melaka lagi dah kalau nak rasa kek 'Chocolate Indulgence'



Ini ialah kompleks membeli belah yang paling grand di muo Wetex Parade...ia tak sehebat Sogo, Mid Valley mahupun Pavillion atau Suria KLCC...tetapi di sinilah tempat anak-anak muda muo melepak dan bersidai sama macam kompleks beli belah kat KL tu




Beca Muar yang semakin pupus di telan zaman...tapi masih ada lagi pakcik-pakcik yang mengayuh beca untuk menyara keluarga...teringat ketika zaman sekolah dulu duduk mengcangkung ketika menaiki beca si Pakcik Mahmud...pergi bando bersama mak pun menaiki beca...

"Mari nak naik beca pakcik, kita round satu bando muo ek"


Tapi beca yang ini hanya akan bergerak pada jam 12 tengah malam sahaja...jangan terperanjat jika anda melihat beca sebesar ini berada di atas jalan raya bandor muo...jeng jeng jeng!

*****
Ini semua adalah persepsi aku mengenai muo dari kacamata aku sendiri walaupun aku tak pakai cermin mata...pengalaman aku yang hampir 3 dekad menjadi penghuni setia bandar muo...gambo-gambo yang ada ni aku google jek malas nak tangkap sendiri...credit untuk orang-orang yang amik gambo tu

Setelah baca cerita aku yang panjang lebor ni takkan korang tak teringin melawat Muar kot???...Ada benda yang aku boleh cerita, tapi ada yang tak tergambar oleh kata-kata...kena pergi dan alaminya sendiri baru tahu

Di sinilah segala-galanya bermula....

"Ada apa dengan Muo?"

Jawapannya ada di atas...

Jemputlah datang ke muo...destinasi bajet semuanya murah...Jommm!!!


Sekian...From Muo With Love...acahia kapinatodongok anak song cham; the truly muarian

*nota kaki berbau :
Anak jati muo walau dimana berada pasti akan teringatkan mi bandung dan tanjung kerna itulah benda yang disanjung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...