"Bala Oh Bala" |
Kenapa nak letak papan tanda macam kat atas tu? Siapa Bala? Apa itu Bala?
Adakah Mr. Balasundram? En. Balakrishnan? Balachandran? Balasamy? Bala Bala? Cuba try jawab...
Sebenarnya, kawasan ni dulu banyak sangat 'kereta rosak' yang parking kat area ni...tak kira masa pagi petang siang malam marghrib subuh, hari-hari ada jek kereta yang rosak
Tapi tempat ni bukannya bengkel kereta, kenapa banyak sangat kereta yang rosak?
Sebab area ni port yang paling sesuai dan privacy bagi pasangan-pasangan yang ingin memadu kasih atau dalam bahasa modennya 'light light'...yang heavy pun ada jugak
Kereta dia orang tak rosak pun cuma saja buat-buat rosak...paham-paham sendirilah
Pintu kereta empat-empat tertutup rapat...enjin kereta hidup...air-cond kereta on bukan main sejuk lagi sampai nampak wap kat cermin...seat kereta dua-dua tumbang...tapi dalam kereta tak nampak pun orangnya...apa sebenarnya yang rosak? Itulah tandanya akhlak yang rosak bukannya kereta
Kenapa nak buat maksiat dalam kereta tak sewa hotel yang murah-murah, kan lagi selesa macam Hotel Selesa?
Sebab buat maksiat dalam kereta tak perlu keluarkan modal yang banyak...hanya tuang minyak RM10 & cari port yang bersesuaian dan pastikan kereta punya air-cond yang tip top kalau tak panaslah projek kat dalam tu (kat akhirat nanti lagi panas)
Couple ni bukan kira selesa or tak selesa yang penting nafsu serakah berjaya dilampiaskan...contohnya dulu ada berlaku kes pasangan yang kena cekup sedang berasmara dana dalam kereta...si lelaki berbogel & si gadis berpakaian tapi tanpa seluar dalam dan kutang (spenderless and coliless@tubeless)
Dah kena cekup si lelaki tu boleh reverse kereta nak langgar pulak penguatkuasa Jabatan Agama Islam...kalau mati orang tu dah 2 dosa yang kau dapat...pakej lengkap nak ke neraka...bukan pakej 3hari 2malam jek, tapi tak tahulah sampai bila...Wallahualam
Mungkin papan tanda ni adalah salah satu alternatif yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membendung gejala persetubuhan haram yang semakin berleluasa dikalangan masyarakat Islam atau Melayu secara khususnya...bila dah ada seks bebas maka lahirlah kes buang bayi secara bebas
Dengan cara ini diharap ada pasangan yang akan tersedar sebaik saja terpandang notis amaran tersebut...lagipun papan tanda ni dipasang di tempat yang strategik...betul-betul pada entrance tapak projek...kalau tak nampak memang buta kayulah sebab dah terpampang besar-besar macam tu pun still tak nampak lagi or buat-buat tak nampak kot
Sejauh manakah keberkesanan papan tanda ini?
Ada yang berpendapat bahawa hanya kawasan sekitar papan tanda tersebut jek yang tak boleh melakukan maksiat tapi tempat lain boleh, Bala tak kacau punya...ewah! begitu cetek sekali pemikiran
Macam jugak papan tanda dilarang merokok...kat situ jek aku tak boleh merokok tapi tempat lain boleh...biasalah sikap orang yang dah ketagih merokok buatlah apa-apa amaran diaorang mana pernah peduli...kecuali kalau dah kena saman keluarlah macam-macam ayat merayu
Itulah sikap manusia yang suka mempermain-mainkan amaran pada papan tanda...buat habis duit buat papan tanda amaran besar-besar tapi takde efek pun
Gaya bahasa yang digunakan dalam papan tanda ni lebih kurang macam papan tanda "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"
Ada maksud tersirat dan tersurat yang hanya boleh difahami oleh mereka yang cerdik akal bukannya mereka yang berakal singkat@dungu atau sengaja buat-buat tak tahu...orang seperti ini digelar sebagai 'sengal'
Bala atau musibah Allah itu tak kira tempat dan masa...siapa-siapa pun boleh kena & datangnya kadang-kadang tak bagi sebarang amaran...ada jugak yang datang dengan amaran tapi kita yang tak perasan
Contoh; peristiwa kaum nabi luth & nabi noh...habis bumi diterbalikkkan jadi padang jarak padang terkukur, bumi ditenggelami air dengan banjir besar yang dashyat...tu semua berlaku sebab kemurkaan Allah atas sikap buruk manusia
Sekali turun bala dari Allah Taala habis semua ranap tak kiralah besar kecik, tua muda, kuat lemah, kaya miskin, gemuk kurus, rambut kerinting or lurus, lubang idung beso or kecik, hensem or kurang hensem semua sapu bersih...habis lump sum pukul habis
Bala & musibah tu boleh datang dalam pelbagai bentuk antaranya bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, taufan & puting beliung, banjir besar, hujan batu, tanah runtuh, kemarau, cuaca panas melampau & juga penyakit yang pelik-pelik
Tengoklah berita hari-hari ada jek bala bencana yang berlaku di seluruh dunia...tempat yang selama ni dirasakan selamat dari ancaman bencana alam pun dah tak selamat...yang terbaru letupan gunung berapi, gempa bumi & tsunami di Indonesia yang sekali datang bukan meragut 2 or 3 orang tapi beribu-ribu nyawa, either yang berdosa or tak berdosa
Banjir pun dah jadi macam satu trend dalam dunia ni...hari-hari ada jek tempat yang banjir...mungkin dunia dah makin panas ais kat kutub utara & selatan dah tak boleh nak balance suhu dunia ni...aku tahu pun sebab tengok rancangan National Geographic
Kalau dulu tiap-tiap tahun kawasan yang banjir kat Malaysia ni cuma area pantai timur jek...tapi sekarang dah tak kira semua tempat boleh banjir...bandar-bandar besar turut banjir gak tapi banjir kilatlah air cepat naik & cepat surut...yang banjir termenung pun ada jugak...hujan dah berhari-hari berhenti tapi air tak mahu surut gak
Sekarang ni pun dah ada macam-macam jenis penyakit baru yang susah nak cari ubat...mungkin ni salah satu bala Allah Taala pada manusia yang lalai or penyakit yang manusia cipta sendiri dengan kaedah senjata biologi seperti antrax
Ada penyakit selesema babi H1N1, selsema burung, demam denggi, J.E, ebola, virus nipah, kencing tikus, HIV entah macam-macam lagi lah...kebanyakan penyakit datang disebabkan oleh virus...kalau sakit disebabkan oleh virus biasanya memang takde ubat spesifik yang boleh jadi cure
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Aku rasa mungkin lebih elok dan berkesan kalau ditukar jek mesej dalam papan tanda tu jadi macam ni...
"Marilah Melakukan Maksiat Agar Kita Ditimpa Musibah"
Tapi takut panjang sangat pulak, tak cukup space nak buat papan tanda...takpe kecikkan sikit font guna Times New Roman 12
Perkataan 'Marilah' tu lebih berkesan dalam hati manusia, sebab kita mengajak orang untuk melakukan sesuatu & dalam masa yang sama kita diperingatkan dengan amaran atau akibat yang akan diterima akibat melakukan perbuatan tersebut
Secara psikologinya manusia akan tertarik bila di ajak untuk melakukan sesuatu bila kita menyebut perkataan 'marilah'...blog odahone ni pun banyak perkataan 'mari' tak tahulah kenapa suka sangat dengan perkataan ni...tengoklah perkataan kat sidebar tu
Perkataan 'Kita' pula digunakan kerana musibah Allah Taala tak kira sesiapa pun...bukan orang yang buat maksiat saja, tapi ahli keluarga, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga semuanya terkena tempias akibat perbuatan tersebut
Oleh itu, diharap perkataan tersebut mungkin boleh membangkitkan rasa gerun di dalam hati pelaku-pelaku maksiat...bukan saja mereka yang ditimpa musibah malah orang-orang di sekeliling mereka...mereka dan keluarga mereka
Perkataan 'Musibah' itu lebih elok untuk menggantikan perkataan 'Bala' supaya orang tak terkeliru dengan maksud bala atau mempermain-mainkannya, dan En. Bala tidak perasan atau terasa orang menggunakan namanya tanpa pengetahuan (takut kena saman pulak nanti)
Ada ke nama orang musibah? aku rasa takde kot nama Musbah or Misbah pernak gak dengar...nama Norhafiz Zamani Misbah adalah...nama pemain bolasepak Malaysia yang injured tak dapat join team Piala AFF Suzuki 2010
Mungkin idea ini boleh diguna pakai untuk papan-papan tanda amaran yang lain agar si pelaku lebih alert dan waspada dengan setiap tingkah laku mereka walaupun agak mengarut...odahone bukannya nak berceramah & baik sangat tapi sedang cuba & berusaha untuk jadi baik & terbaik bukannya terlangkup & terbalik
Idea ini memang agak pelik dan memerlukan masa bagi masyarakat Malaysia untuk menerimanya bulat-bulat...tapi inilah antara alternatif yang boleh dipraktikkan bagi membentuk masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang bukannya temberang
*nota kaki berbau :
Berjiran denga Bala Ramachandran, Bala Pillai, Bala Pomaleh, Bala Murugan, Bala Muniandy, Bala Ganesan, Bala Balasoorian, Bala Singh, Bala Sekar Nadarajan, Bala Sundram, Bala Anyam, Bala Krishnan, Bala Raman, Bala Subramaniam, Bala Vythilingam, Bala Nair, Bala Ji, Bala Pramoth, Bala Aya Kannu, Bala Chi dan bala-bala tentera yang lain...berapa banyak bala daaa...sori Incik Bala
14 KOMEN:
wah mantp entri nie..klu x sedo2 gak org tue x tau la...hehehe
@Journey of Youth...org mana tue? hoho!...mother tear...
nice :)
@misz sheyla...nice to see nice to hold...if once broke consider to sold??? sori xde kne mgena...hoho!
wah!!~~ entry berjela tapi terasa nak baca sampai habiss!!~~ sangat bergunaaa!! penuh dgn info..thumbs up utk entry ni...
@♥WEIYDAWEINGWAFFA♥...thanx...thumbs up sbb sudi bce smpi hbs & bg kmen...hope msg smpi...hoho!
cadangan yang baik..namu semuanya plukan kesedaran dari diri masing-masing..kalau buat notice board namun ttp xde ksedaran umpama sia-sialah sgala usaha..ya betul lah bhawa bala atau ujian Allah tu tak mengira yg baik atau yg buruk..ssiapa shja yng dikehendakinya boleh terkena =)
ats individu msing2 nk mncorakkn smua tu..nice entry ;)
@puteri nurmunirah...yup betul tu...thanx...
nice entry
bagus entri nih..
a'a buat papan kenyataan pun wat dono je..ntah x khatam BM kot..mungkin kena guna cadangan tuan blog neh...
kita guna kaedah sinis..heheh..kalau dorang wat lagi gak..emm memang kita kena basuh kaw2 la otak dorang..
memang betul bala neh kena kat semua..nasibla sapa yang kena..tulah tak tegur orang yang wat maksiat..
Siapa Juara Carta Masalah Sosial Di Malaysia
haih suke sgt dorang ni buat maksiat..
hahaha marilah buat maksiat agar kita ditimpa bala .. bia dorang terasa sikit kan ...
@alif haris...dieorg terasa sikit jek tapi kita yg terasa byk...hoho...sian kat bebi yg kena buang mcm smpah...
kd 11 shoes
birkin bag
kyrie 5
lebron 13
nfl jerseys wholesale
hermes
cheap nfl jerseys china
coach outlet store
kyrie 3
adidas tubular
Post a Comment