27 January 2011

SIAPA JAHILIAH MODEN?


Definisi Jahiliah : bodoh atau sesat

Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup...Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk...Tidak mempunyai peradaban...Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak...Tidak boleh membaca dan menulis...Wanita dipandang rendah...Tidak diwarisi harta ibu bapa...Bayi perempuan ditanam hidup-hidup...Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna...Percaya kepada animisme dan tahyul...Semangat Assabiyyah...


Dibuang kerana cacat?

KLANG: Seorang bayi perempuan ditemui seorang lelaki dalam kotak di hadapan sebuah premis kosong di Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhamad Md Yusof berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati seorang bayi perempuan berusia lingkungan empat hingga lima bulan diletakkan dalam sebuah kotak. Katanya, bayi yang masih hidup itu lengkap berpakaian namun tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui bersamanya. “Hasil pemeriksaan terhadap bayi berkenaan mendapati dia tidak mempunyai parut suntikan BCG serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Namun, kami percaya bayi itu mengalami masalah kesihatan kerana kepalanya didapati berair,” katanya.

Bayi lelaki ditemui di lorong tandas HTAR

KLANG: Seorang bayi lelaki yang dibalut badannya dengan kain tuala dan kain batik lusuh ditemui di lorong tandas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemui seorang pengawal keselamatan HTAR pada jam 4 pagi.

Bayi dalam beg galas meninggal

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia enam hari yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah beg galas di Jalan Persiaran Titiwangsa, berhampiran Istana Budaya, di sini Selasa lalu, meninggal dunia di Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Mangsa meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan lahir tidak cukup bulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad berkata, bayi malang berkenaan ditempatkan di Unit Pediatrik HKL sejak ditemui empat hari lalu.

Katanya, bayi berkenaan ketika ditemui masih hidup, namun keadaannya lemah selepas dipercayai sejam diletakkan dalam beg galas yang ditutup.

Jumpa bayi dalam kedai tak siap

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di sebuah bangunan kedai dalam proses pembinaan dan tidak berpenghuni, di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Dalam penemuan kira-kira jam 10 pagi itu, bayi terbabit dipercayai ditinggalkan dengan keadaan berbalut kain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohammed berkata, bayi itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui bangunan berkenaan dan mendengar tangisan bayi.

“Orang awam itu yang terkejut sebaik melihat bayi yang ditinggalkan di lantai bangunan tidak berpenghuni itu menghubungi polis".

Bayi baru lahir berlumuran darah dibuang tepi rumah

MERSING: “Saya terkejut mendapati ada bayi diletakkan di tepi rumah dengan tubuhnya berlumuran darah selain masih bertali pusat,” kata Siti Zaharah Ahmad, 45, ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tekukur, Felda Nitar 1 di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zaharah bersama suami, Abd Rahman Omar, 59, serta cucu sedang menonton televisyen apabila dikejutkan dengan jeritan jiran mengatakan ada bayi di tepi rumahnya.

Dia keluar sebelum menemui bayi berkenaan yang berbalut kain batik sedang menangis.

“Bayi lelaki itu mungkin baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat serta berlumuran darah".

Mayat bayi lelaki ditemui di Sungai Klang

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki ditemui mati terapung di Sungai Klang, berdekatan Flat PKNS AU3 Keramat, di sini hari ini.

"Mayat bayi itu ditemui seorang lelaki Indonesia yang menjala di sungai itu pada kira-kira jam 2 petang," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang lebam kebiruan, polis percaya bayi terbabit berada di situ sejak dua atau tiga hari lalu.

"Ketika ditemui mayat bayi itu dalam keadaan terlingkup dan tidak berbaju dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu yang tercacak di tebing sungai itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini hari ini.

Mayat bayi yang lengkap berpakaian itu ditemui pada 10 pagi oleh seorang suri rumah, Supik Satun, 43, dalam sebuah kotak di hadapan rumahnya, ketika beliau hendak membuang sampah.

"Pada mulanya saya ingatkan dalam kotak itu sampah tetapi selepas membukanya saya dapati mayat seorang bayi perempuan. Terkejut dengan keadaan itu saya lantas memanggil jiran saya yang berada di dalam rumah untuk menentukan sama ada ia bayi atau anak patung," katanya kepada Bernama.

Jiran Supik, Suntari Manaf, 46, berkata beliau segera ke tempat pembuangan sampah itu selepas dipanggil oleh wanita berkenaan. 

Nasib bayi tak dibaham anjing

SEREMBAN: “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.

Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas.

“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.

Petikan < MyMetro Online
Esok? Lusa? Minggu Depan? Kat mana pulak agaknya?

Now I cannot speak, I lost my voice
Speechless and redundant
'Cause I love you's not enough
I'm lost for words
http://www.mfd.org.my
*nota kaki berbau :
Tangan kanan: 1 kenakan pada mulut..........???????????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...