05 January 2011

KENAPA ORANG PEREMPUAN MEROKOK?



1.Faktor Fisiologi 
Antara sebab utama orang perempuan merokok ialah just untuk mengurangkan berat badan terutama sekali dikalangan wanita yang mementingkan penampilan...contohnya dikalangan artis-artis & model yang pinggang ramping macam kerengge tu...orang perempuan ni percaya yang puntung rokok tu dapat membantu mengekalkan bentuk badan dan menghalang mereka daripada menambah berat badan...bila kurus kan nampak cun, cool & stylish

Wanita kat Malaysia ni percaya jugak bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka...tapi, setakat ni takde kajian pun yang membuktikan isap rokok boleh jadi kurus

2.Faktor Psikologi 
Ada kaitan dengan imej, ketagihan nikotin serta menangani perasaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri penuh dengan masalah serta dalam dilema...keadaan ini akan berterusan bila seseorang tertekan, marah atau bosan sebab diaorang akan melepaskan perasaan tersebut dengan menghisap rokok

Merokok boleh membantu meredakan ketegangan atau stress (tekanan perasaan) serta memberikan ketenangan kepada mereka... gamaknya, tak tahu betul ke tidak...ada yang isap rokok sebab nak ikut trend (up to date) atau sekadar nak glamer & bergaya ...mereka seolah-olah bangga menunjukkan bahawa dia seorang perokok

3.Faktor Persekitaran & Sosial 
Terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya...contohnya; member baik, housemate ataupun officemate...mula-mula memanglah nak cuba-cuba, kalau dah berkawan dengan kaki rokok rasa teringin nak try tu memang ada...takkan hari-hari nak makan asap member jek...starting just pau rokok kawan-kawan, bila dah syok try beli sebatang pulak...lepas tu dah start gian apa lagi hari-hari maulah

4.Persamaan Taraf
Orang perempuan sekarang ni kan tak mahu kalah...semua yang lelaki buat dia pun nak buat jugak...dah jadi trend golongan wanita hari ni nak memperjuangkan persamaan taraf dengan meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki...ada wanita yang percaya dengan merokok, taraf mereka akan sama dengan golongan lelaki...rasa banggalah bila orang perempuan dapat buat sama macam yang orang lelaki boleh buat


Bagi lelaki merokok tu merupakan simbol kejantanan...orang perempuan simbol apa pulak ek?...ada ke orang sebut simbol kebetinaan?...guys yang tak merokok tu tak nampak jantan ker?

Member-member aku pun ramai gak yang merokok, tapi aku ,malas nak tanya reason or lebih-lebih takut jadi isu sensitif pulak...pernah ada member lain yang tegur dia jawab macam ni pulak; "Suka ati akulah, aku punya paru-paru engkau apa pedulik!"...hambik kau jawapan yang paling pedas & bernas yang dia dapat 

"Kenapa orang perempuan nampak tak manis bila merokok orang lelaki relax jek? Orang perempuan isap rokok nampak tak elok lelaki nampak elok pulak, tak aci lah camni! korang semua bias lah prejudis dengan kaum yang lemah!"

Sebab kita ni Orang Timur kot, yang terkenal dengan adab sopan & budi bahasa...serupa lah gak kalau tengok orang perempuan duduk terkangkang-kangkang, tak manis betul tak?...berbanding dengan girl yang duduk bersimpuh & menyilang kaki kan lebih manis dipandang mata...kalau omputeh lantaklah diaorang mana ada istilah manis or tak manis...wanita Malaysia perlulah memelihara adat-adat ketimuran

Selalunya orang cakap perempuan yang merokok ni kaki clubbing...entahlah kalau masuk clubbing tak merokok nampak kolot kot...tapi tak semestiya perempuan yg merokok tu jahat atau tak bermoral & low mentality...aku tak setuju sangat nak judge orang by it's cover...mungkin cuma keadaan yang buat  diaorang jadi macam tu

Pada aku yang menampakkan lebih tak manis kalau girl yang merokok sambil pakai baju kurung or lebih teruk lagi pakai tudung...respectlah kat diri sendiri & orang yang tengok & dok usha tu...cover line lah sikit bukan susah pun

"Kononnya nak nampak modenlah tu merokok kat depan orang ramai, wat muka selamba jek, tak payahlah nak bangga minah woi!" 

"Lantaklah! korang nak fikir apa pun aku dah biasa dengan pandangan sinis orang, aku bukan merompak or meragut...at least aku merokok jek & tak mengumpat macam korang tu, lagi berdosa besar masuk neraka!"

"Aku beli rokok ni pakai duit sendirilah tak mintak duit korang pun, nak tengok or nak jeling sampai buntang bijik mata pun ada aku kesah?...what the heck!"

Nenek-nenek & orang tua dulu-dulu pun ramai yang smoking...bukan setakat isap rokok daun tapi rokok yang glamer-glamer pun dilayannya...lagi advance...relax jek sebelum pergi menoreh pagi-pagi sejuk-sejuk perkena Dunhill sebatang & secawan kopi...siap angkat kaki lagi tu duduk kat depan pintu...barulah ada energy sampai tiang letrik pun ditorehnya...hoho...aku saja wat lawak...

Ada jugak orang lelaki yang suka tengok orang pompuan merokok...sempoi katanya lain daripada yang lain sambil membayangkan benda yang lain...yang ni aku malas nak ulas dengan lebih lanjut lagi, tak sesuai untuk budak underage macam aku ni....hoho...tapi cara girl pegang rokok memang berbeza sikit dari lelaki pun

Ramai budak perempuan sekarang yang hisap Shisha...kalau hang out kat cafe or kat mana-mana tempat lepak ramai yang syok sedut benda alah tu...pada aku shisha sama jek macam rokok cuma ada perisa & ada air kat bawah tu yang bertindak sebagai filter...asap yang keluar berkepul-kepul jugak bukan ada vitamin pun...cuma orang pandang standard sikit lah dari girl yang isap rokok kat tepi-tepi jalan tu...konon-kononnyalah...

"Apa beza bahaya merokok pada orang perempuan berbanding dengan lelaki?"

Malaslah nak cerita semua orang pun tahu kan apa bahaya merokok cuma kesannya terhadap wanita tu lebih sikit berbanding lelaki kot...lebih-lebih lagi perempuan yang dah berkahwin & plan nak ada baby...bukan jek merosakkan diri sendiri tapi bakal baby yang dikandung

That's all folks...aku cuba jadi seneutral yang mungkin untuk sampaikan isu yang macam ni sebab agak sensitif bagi sesetengah orang...so, siapa yang baca judgelah sendiri...ayam berkokok diatas batang, kalau boleh jangan merokok walaupun sebatang...sekian dari aku; bukan perokok tegar

*nota kaki berbau :
Nikmat merokok yang paling nikmat sekali ialah ketika lepas makan & ketika nak berqadak hajat...alangkah nikmatnya

8 KOMEN:

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Berkemungkinan juga dah mindset. Contoh perempuan=pandai masak/menjahit/etc. Lelaki=pandai main bola/pandai repair kereta/etc. Tapi hakikatnya semua org berbeza. Selagi mereka terlihat ada kekurangan pada seseorang terutamanya pada 'perempuan', akan jadi isu. Tapi bila kekurangan dilihat pada lelaki, buat2 terlepas pandang.

Lelaki xgentleman? xpa. kita mesti kekalkan ciri2 ketimuran......

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

BG aku pasal pompuan merokok ni dah biasa sgt.isteri aku pon merokok.dia mula merokok masa kt kolej lagi.dah jadi habit.susah nk berenti.adik pompuan dia pon merokok sama.parent Bini aku memang xkisah anak pompuan dia merokok.

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Bg aku perempuan merokok ni biasa je sama mcm laki. Tak ada bezanya. Bkn menunjukkan seseorang tu jahat. Bini aku pun merokok. Tp dia bkn jahat, dia bkn nak menunjuk2, bkn bersosial yg tak menentu. Bini aku ayu, baik, bertudung plak tu. Tp dah habit dia merokok sejak form 1 lg. Mmg ada aku suruh dia brenti tp susah katanya. Aku faham perokok tegar mcm mana. Dia mmg kuat merokok sekotak sehari. Aku pun xkisah la dia merokok walaupun aku tak merokok.

Wani Mikhail said...[Mari Balas Komen Ini]

Sekarang hisap lagi ka

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

wife aku pun kuat merokok hampir sekotak lebih sehari.skrg dah nak masuk anak kedua pun masih tak boleh berenti.muka putih kesan merokok dah nampak terutama tang bibir dah makin lebam.nak marah pun tak boleh sbb aku pun merokok.aku paham kalau dah ketagih merokok ni.
cuma kelebihan dia family dia tau dia merokok.adk beradik pun tiga orang.dia yg sulong.cuma kadang2 aku marah bila hisap bersambung sambung time lepas makan dan tengok tv.aku pun tak sekuat dia merokok.

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

kd 12
nike air max 270
hogan outlet online
nike 270
yeezy shoes
goyard handbags
nike shoes
goyard bags
moncler coat
golden goose francy

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Klu memahami takpe..saya jg heavy smoker..tapi suami tak merokok..dia memang jenis tak boleh merokok..cuma dia tak bg saya merokok bila keluar dgn dia.

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Bini aku sekarang dah berhenti merokok skrg.dulu heavy smoker jg.la ni anak2 dah masuk sek menengah dia berjaya berhenti.adik perempuan dia pulak kuat gile merokok.sehari sekotak.punca kuat merokok ni sbb parents tau.cuba kalau parents tak tau mana berani nak merokok berterusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...