10 January 2011

TOLONG INGATKAN AKU


Tolong Ingatkan Aku
Jangan memandu laju
Tolong Ingatkan Aku
Sentiasa ikut arah nak dituju

Tolong Ingatkan Aku
Esok nak cuci baju
Tolong Ingatkan Aku
Diam bukan tanda setuju

Tolong Ingatkan Aku
Tak boleh minum air batu
Tolong Ingatkan Aku
Selalu ingat tuhan yang satu

Tolong Ingatkan Aku
Buang sifat was-was & ragu
Tolong Ingatkan Aku
Masuk rumah tutup pintu

Tolong Ingatkan Aku
Lepas Jumaat hari Sabtu
Tolong Ingatkan Aku
Tak boleh segan & malu-malu

Tolong Ingatkan Aku
Yang selalu ke hilir ke hulu
Tolong Ingatkan Aku
Tengok youtube hari minggu

Tolong Ingatkan Aku
Berbaju kurung lambang Melayu
Tolong Ingatkan Aku
Rupanya Ana Raffali jadi Juara Lagu


Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku 

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku

*nota kaki berbau :
Tolong ingatkan aku, rajin basuh kakiku selalu, agar ia tidak berbau

8 KOMEN:

aleen aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

alin sokong faizal tahir,tp xde rezeki die menang taun nih.persembahan terbaek pon okla kan dr xde..hu3

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

yup, FT kena kurung dlm cage pastu buat magic kuar dr air mmg best...

Ultraman s.3.v.3.n said...[Mari Balas Komen Ini]

owh AJL smlm ek? adui lupa nk tgk. smlm lyn MU vs Liverpool je :P

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

go MU! tv kt umh ada satu mjoriti nk tgk AJL tpksa pasrah

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

aku benci anna raffali. tak layak.aku nak yuna!!!!

s.y.a.r.q said...[Mari Balas Komen Ini]

FT selalu buat persembahan gempak2...

hurmm.. rezeki ana rafali menang tahun ni..

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

lps ni rmi yg mnyanyi pki bju kurung kot...hoho

eyka syafieka said...[Mari Balas Komen Ini]

best lgu nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...