05 January 2011

GEMPAR! HANTU PUN PANDAI GUNA BAHASA ISYARAT TANGAN

Hantu / Ghost
Tangan kanan & kiri: Kedua-dua '5 Bengkok' bergoyang sedikit ke hadapan ke belakang. 
Lokasi: Tepi kepala. 

"Misteri Baling Batu Di Ladang Bukit Dato"
(Anak Penduduk Pula Kena Rasuk)

Ini adalah berita susulan selepas kejadian yang pertama, klik link kat bawah ni kalau nak tahu berita mengenai kejadian sebelum ni...


Kat dalam myMetro online takde pulak berita yang terbaru ni, puas aku cari...so, terpaksalah aku taip mana yang penting jek...kalau nak berita lebih lanjut cari kat dalam paper Harian Metro hari Selasa, 4 Januari 2011 kat ruangan setempat m/s 18


Segamat : Misteri kejadian baling batu di Ladang Bukit Dato, Tenang Station, Labis bertambah aneh apabila anak seorang penduduk di ladang berkenaan histeria dipercayai dirasuk makhluk ghaib.

Lebih memeningkan kepala, ketika kejadian, wanita berusia 20 tahun itu menggunakan bahasa isyarat tangan ketika menyatakan kehendaknya supaya penduduk memulangkan benda yang kononnya diambil seseorang dari ladang itu.

Mangsa menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi, memberitahu konon kediamannya dimusnahkan & meminta supaya penduduk mengembalikan barang yang diambil.

Mangsa juga memberitahu supaya penduduk tidak membuat bising atau mengambil gambar di tempat kejadian baling batu ke rumah pekerja di ladang itu atau menghadapi risiko dilemparkan batu lebih besar.

Komunikasi menggunakan bahasa isyarat tangan, jari dan pergerakan tubuh mangsa berlangsung kira-kira 20 minit di hadapan 15 pekerja ladang sebelum wanita terbabit pitam dan hanya tersedar kembali selepas mukanya disapu air.

Pekerja ladang yang enggan dikenali berkata, kira-kira dua bulan lalu seorang pengamal perubatan tradisional mengambil tanah di kawasan ladang itu dan menanamnya di sebuah tanah perkuburan di situ.

Katanya perbuatan pengamal perubatan itu dikatakan menjadi punca insiden baling batu yang berlaku dan semakin kerap sejak akhir-akhir ini.

Image yang aku scan dari paper
SUMBER : myMetro>setempat

Berita ni aku main tebuk-tebuk jek sebab malas nak taip panjang-panjang (tengoklah berita kat gambar tu, kan panjang aku nak taip)...selebihnya korang bacalah sendiri kat paper...kat sini aku cuma nak highlightkan hantu yang pandai berbahasa isyarat itu jek

Entry ni aku tujukan khas buat rakan-rakan JuruBahasa Isyarat (JBI) yang sedang bertugas kat luar sana tu...especially, ex-student Malaysia Sign Language Training Centre (MySLTC) yang sekarang dikenali dengan MySLMania Group di Facebook...juga buat mereka yang baru sahaja nak mengenali bahasa isyarat ataupun berminat nak tahu & nak belajar

JBI? mungkin sesetengah orang dengar agak pelik sebab tak ramai pun yang bekerja dalam bidang ni...1st thing yang orang akan ingat sure Berita Perdana kat TV1 yang ada kolum kecik kat bawah sebelah kanan tu...sebenarnya skop kerja JBI ni lebih luas lagi bukan kat TV1 jek...ada yang kerja kat sekolah pendidikan khas, sekolah integrasi, politeknik, universiti, mahkamah, persatuan orang pekak, pejabat kerajaan, mahkamah & macam-macam tempat lagi...khutbah Jumaat pun ada JBI


Dimana ada orang pekak disitu ada JBI...kira macam jambatan komunikasi antara orang pekak dengan orang bukan pekaklah lebih kurang camtu...mulia gak kerja ni cuma buat masa ni belum glamer & tak dapat perhatian masyarakat umum sebab golongan pekak ni cuma minoriti


Korang JBI dah bersedia ke nak interpret untuk situasi yang macam kes ni? Ada berani? Selama ni korang cuma berhadapan dengan golongan deaf manusia, tapi kali ni tugas lagi mencabar...komuniti pekak dikalangan hantu pulak...aku memang dah lama pencen dari menggerak-gerakkan jari ni, tapi still boleh berisyarat lagi kalau diperlukan taklah hilang terus skill tu...tapi, berbahasa isyarat dengan manusia jeklah bukan dengan manusia yang dah dirasuk dek hantu...teman tak beranilah yob!

Tapi, aku tak dapat nak pastikan either hantu tu gunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang standard atau Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) ataupun American Sign Language (ASL) tak pun  Hantu Sign Language (HSL)...ada ker HSL? aku tipu jek mana ada...lagi satu aku nak tahu gak siapa jurubahasa yang bertugas time budak tu kena rasuk...adakah dikalangan MySLMania Group? ataupun freelance interpreter dikalangan pekerja-pekerja ladang?

Semakin educated hantu-hantu zaman sekarang ni ek...maybe dikalangan hantu pun ada yang OKU pendengaran@pekak...mana tahu mereka pun perlukan khidmat JBI...makhluk syaitan & jin ni memang realiti yang hadir dalam alam manusia...kebolehan makhluk-makhluk ni mengatasi manusia & kebolehan manusia mengatasi mereka memang dah tersurat dalam Al-Quran...moral of the story, berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan yang berikrar untuk merosak & menyesatkan manusia

**Kalau nak tahu isyarat 'hantu' tu macam mana dalam Bahasa Isyarat Malaysia korang boleh tengok video kat link bawah ni...yang kat atas ni cuma illustrasi bergambar, maybe ada yang tak faham (jangan terpikat kat awek dalam video tu pulak, dia cun tak macam hantu pun, cuma deaf tapi still makhluk Allah sama macam kita gak)


Siapa yang berminat nak menyelami apa itu Bahasa Orang Pekak & kenapa aku gunakan ayat orang pekak (agak kasar) tak gunakan golongan OKU pendengaran atau bermasalah pendengaran & seumpama dengannya pun boleh boleh try tengok link ni jugak...


"Selamat datang ke dunia tanpa suara...jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...."

*nota kaki berbau :
Tak takut pada hantu, tapi lebih seram bila tengok lori hantu kat atas jalan raya & kacang-kacang hantu yang selalu dok lepak kat tembok-tembok

9 KOMEN:

aida4eva said...[Mari Balas Komen Ini]

otw utk jadi guru org pekak :)

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

tahniah! welcome to silence world

MacGyver Muar said...[Mari Balas Komen Ini]

HANTU PEKAK? FIRST TIME AKU DENGAR BENDA NI... ENTAH2 ADA HANTU BISU AND HANTU BUTA JUGA TAK? CUBA SIASAT...

MacGyver Muar said...[Mari Balas Komen Ini]

HANTU PEKAK? FIRST TIME AKU DENGAR BENDA NI... ENTAH2 ADA HANTU BISU AND HANTU BUTA JUGA TAK? CUBA SIASAT...

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

entry hantu jugak ? menarik !

kaizen said...[Mari Balas Komen Ini]

hantu moden skang eh?? hehehe geli hati bace...

*ayah sy cikgu pendidikan khas so paham la sikit2...

latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@kaizen...oic...tapi xdpt bygkn kalau bkumunikasi dgn hantu guna bhs isyarat...mcm pelik jek...hoho

kaizen said...[Mari Balas Komen Ini]

xyah bayangkn....

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

hantu bkn shj bleh berisyarat tgn.malah bleh menaip perkataan.ada jgk hantu fasih dlm berbahasa..xkira,melayu..cina atau india skli pn..percaya la..sb sy sedang mengalami gangguan ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...