03 January 2011

HARI PERTAMAKU DISEKOLAH



3 Januari 2011...hari ni 1st day untuk budak-budak umur 7 tahun memasuki alam persekolahan termasuklah anak sedara aku yang bernama Aleeya...kiut jek tengok budak kecik dukung beg sekolah...tapi budak sekarang ni kebanyakkannya dah tak dukung beg sekolah lagi, diaorang main tarik jek macam beg orang balik dari airport tu...semua beg dah ada troli...time aku dulu kena pikul beg yang berat dekat 5 kilo sampai bengkok tulang spina

Hari pertama aku kat sekolah dulu sama jek macam orang lain...excited bagun awal-awal pagi maklumlah semuanya baru tak sabar nak pakai...beg sekolah, baju, kasut semuanya berbau kedai Ah Chong...aku pergi sekolah naik motor tapi bukan aku yang bawak my father yang drive...sampai jek sekolah terus menuju ke kelas 1BIRU sebab sebelum tu dah pun buat pra pendaftaran kat sekolah...so, taklah kelam kabut sangat, aku terus jek masuk kelas & duduk kat sebelah budak yang bernama Abdul Ghaffur

Time tu aku tengok mak bapak semua dok jenguk kat hujung tingkap kelas...tengok reaksi anak masing-masing termasuklah my father...tunggu line clearlah tu nak tinggalkan anak bersendirian kat sekolah...tak sampai berapa minit aku tengok my father dah hilang...tak bagi sign apa-apa pun...nasib baik aku dah matang sikit time tu taklah melalak macam budak kat sebelah aku ni...menangis melalak macam bapak dia pergi buat selama-lamanya...jenuh Puan Cha (cikgu kelas) nak memujuknya...relax kawan, jap lagi datanglah abah kamu menjemput kamu balik

Awal-awal darjah 1 macam-macam peristiwa yang berlaku dalam kelas...yang paling best sekali ada member tu terberak dalam kelas...peh! habis berbau 1 kelas sampaikan sesi pembelajaran hari tu terpaksa ditangguhkan untuk kerja-kerja pembersihan najis yang dah melekat atas kerusi & lantai...bukan berbentuk pepejal tapi bentuk cecair kekuningan & berbau tungkik...maklumlah budak baru belajar, nak berak pun tak tahu nak bagitau cikgu..."please teacher, may i go to the toilet"

Itu jeklah cerita yang aku nak share...loceng pun dah berbunyi tu, jap lagi cikgu besar nak masuk...Siapa yang teringin nak tengok sekolah aku boleh klik kat link ni...ada macam-macam cerita best kat sana <St. Andrew School>

Bangun...Selamat Pagi Cikgu...Kriinggg!...Terima Kasih Cikgu!

*nota kaki berbau
Orang yang selalu bercakap memaki hamun orang lain itu digelar sebagai orang yang tak sekolah...orang yang malas nak ke sekolah itu pula digelar sebagai kaki ponteng sekolah

2 KOMEN:

s.y.a.r.q said...[Mari Balas Komen Ini]

kehkehkeh....same lah kite...mase mule2masuk darjah satu x main ler nanges2 ek...hehehe..ni mesti kes budak yang nanges gi sekolah sebab seblum ni x penah gi tadika or taska or pra sekolah... TU yang dye takot :D

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@s.y.a.r.q...betul tu...10 markah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...