Showing posts with label memory remains. Show all posts
Showing posts with label memory remains. Show all posts

15 August 2011

DAM DAM DUM BUNYI MERCUN


















Source : Mr. Google Images


Mercun ketupat, mercun bola, mercun roket, mercun lalat, mercun katak, mercun ayam, mercun ular, mercun gasing, bunga api kucing, thunderclap, mercun padi, mercun pop pop, mercun naga, mercun das, mercun papan, mercun lebah, mercun naga, mercun tepek, meriam buluh, mercun buatan sendiri...Sure ramai yang pernah main mercun & bunga api yang tersenarai kat atas ni & ada nostalgia tersendiri dengan mercun-mercun ni

OdahOne punya mercun favourite of courselah mercun gasing, mercun katak, mercun das, bunga api kucing & thunderclap...mercun gasing tu suka tengok dia pusing sambil keluar bunyi berdengung & tukar-tukar kaler...mercun katak pulak suka tengok dia melompat sampai atas bumbung rumah orang sebelah...mercun das suka tengok bunga api dia keluar sebijik-sebijik daripada batang mercun & colourful...bunga api kucing, lawa suka tengok dia punya sparkling...mercun thunderclap pulak best tengok dia terbang & bunyi yang macam roket nak ke bulan

Tapi, ni cerita zaman kanak-kanak ribena dulu...sekarang mercun ni semua dah tak boleh main & diharamkan kat Malaysia...yang boleh main cuma mercun pop pop jek...jadilah layankan anak-anak buah sambil join baling sekali...kena badan pun tak luka & tak membahayakan nyawa masing-masing

Putus jari, buta sebelah mata, cacat anggota, terbakar badan, bulu mata hangus & maut...ini semua akibat kalau kita main mercun...tiap-tiap tahun kita akan dengar kejadian macam ni berlaku time bulan Ramadhan...tahun ni jek pun dah macam-macam kes yang berlaku...So, jagalah keselamatan diri sendiri & orang lain...kalau dah gian sangat mainlah mercun pop pop...jadilah buat lepas gian, daripada kita sambut hari raya kat wad Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu or hospital-hospital yang lain

*nota kaki berbau :
Amaran oleh kerajaan Malaysia bermain mercun boleh membahayakan nyawa anda & orang lain serta harta benda

09 February 2011

BERTUNANG | TUNANG | TUNANGAN



Bertunang? Apa tu?

Bertunang maksud dalam Bahasa Melayunya ialah muqaddimah atau permulaan (intro) kepada nikah atau kahwin...kalau dalam Bahasa arab dipanggil 'Khitbah'

Maksud Khitbah dalam Bahasa Melayunya ialah melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri...melamar pula bermaksud meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki...kalau mengikut Dr. Yusof Al Qardawi khitbah membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak atau kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita

Apa Hikmah, Faedah Atau Kelebihan Bertunang??? 

Bertunang boleh memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf atau berkenal-kenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin...inilah time untuk kita membuat penilaian either nak teruskan hingga ke jinjang pelamin atau sebaliknya

Bertunang jugak tempoh untuk kita menyerap segala kelemahan pasangan sebelum mendirikan rumahtangga...nanti bila dah kahwin & keluar perangai yang buruk-buruk taklah kita terperanjat beruk sebab dah biasa tengok perangai tu waktu bertunang dulu...tapi, kalau rasa tak boleh blah (terima) kelemahan pasangan kita adalah lebih baik putuskan saja tali pertunangan sebelum melangkah lebih jauh lagi...nanti dah kahwin bercerai-berai lagi bertambah masalah lebih-lebih lagi bila dah ada anak

Apakah Hukum Bertunang?

Hukum bertunang ini adalah harus...tapi Imam As-Syafie mengatakan hukumnya adalah sunat...dan Dr. Abd. Karim Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah) mengatakan bahawa hukum sunat ini lebih aula (utama / baik) dari hukum harus tadi...so, kita boleh tafsir kat sini bahawa hukum bertunang adalah sunat

Rasulullah SAW pernah bersabda; "tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain" (haram kita meminang tunangan orang lain)

Adat Pertunangan Orang Melayu
  • Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. 
  • Majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. 
  • Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan. 
  • Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. 
  • Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. 
  • Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. 
  • Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan. 


Aturcara Majlis Pertunangan
  • Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. 
  • Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. 
  • Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. 
  • Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. 
  • Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.
  • Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincinpertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut...Yeah! aku dah bertunang!...Opps..terover pulak...





"From Muo To Taypeng With Love" Part 1

Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?

Ewah...jawab jangan tak jawab...

Panjat- panjat si pohon bidara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman. 

Senyum menguntum memakai kebaya,
Gadis sunti menjual kalungan.
Bunga nan sekuntum belum berpunya,
Menjadi penyeri di taman larangan.

Dari sumbu terbit apinya,
Menjadi asap dan juga jelaga.
Jika begitu akan adanya,
Izinkan kita memetik menjaga.

*nota kaki berbau :

Lelaki tanpa pasangan ibarat pasu tanpa bunga...When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible...True love stories never have endings...Bersamamu hidup ini indah semuanya...

03 January 2011

HARI PERTAMAKU DISEKOLAH



3 Januari 2011...hari ni 1st day untuk budak-budak umur 7 tahun memasuki alam persekolahan termasuklah anak sedara aku yang bernama Aleeya...kiut jek tengok budak kecik dukung beg sekolah...tapi budak sekarang ni kebanyakkannya dah tak dukung beg sekolah lagi, diaorang main tarik jek macam beg orang balik dari airport tu...semua beg dah ada troli...time aku dulu kena pikul beg yang berat dekat 5 kilo sampai bengkok tulang spina

Hari pertama aku kat sekolah dulu sama jek macam orang lain...excited bagun awal-awal pagi maklumlah semuanya baru tak sabar nak pakai...beg sekolah, baju, kasut semuanya berbau kedai Ah Chong...aku pergi sekolah naik motor tapi bukan aku yang bawak my father yang drive...sampai jek sekolah terus menuju ke kelas 1BIRU sebab sebelum tu dah pun buat pra pendaftaran kat sekolah...so, taklah kelam kabut sangat, aku terus jek masuk kelas & duduk kat sebelah budak yang bernama Abdul Ghaffur

Time tu aku tengok mak bapak semua dok jenguk kat hujung tingkap kelas...tengok reaksi anak masing-masing termasuklah my father...tunggu line clearlah tu nak tinggalkan anak bersendirian kat sekolah...tak sampai berapa minit aku tengok my father dah hilang...tak bagi sign apa-apa pun...nasib baik aku dah matang sikit time tu taklah melalak macam budak kat sebelah aku ni...menangis melalak macam bapak dia pergi buat selama-lamanya...jenuh Puan Cha (cikgu kelas) nak memujuknya...relax kawan, jap lagi datanglah abah kamu menjemput kamu balik

Awal-awal darjah 1 macam-macam peristiwa yang berlaku dalam kelas...yang paling best sekali ada member tu terberak dalam kelas...peh! habis berbau 1 kelas sampaikan sesi pembelajaran hari tu terpaksa ditangguhkan untuk kerja-kerja pembersihan najis yang dah melekat atas kerusi & lantai...bukan berbentuk pepejal tapi bentuk cecair kekuningan & berbau tungkik...maklumlah budak baru belajar, nak berak pun tak tahu nak bagitau cikgu..."please teacher, may i go to the toilet"

Itu jeklah cerita yang aku nak share...loceng pun dah berbunyi tu, jap lagi cikgu besar nak masuk...Siapa yang teringin nak tengok sekolah aku boleh klik kat link ni...ada macam-macam cerita best kat sana <St. Andrew School>

Bangun...Selamat Pagi Cikgu...Kriinggg!...Terima Kasih Cikgu!

*nota kaki berbau
Orang yang selalu bercakap memaki hamun orang lain itu digelar sebagai orang yang tak sekolah...orang yang malas nak ke sekolah itu pula digelar sebagai kaki ponteng sekolah

11 December 2010

LAGU ZAMAN SEKOLAH DULU-DULU



Semalam aku perkena ais kacang...tengah syok-syok hirup ais kacang tiba-tiba dalam hati boleh pulak ternyanyi lagu ni...lagu yang bertajuk "Ais Kacang" lagu favorite masa kat sekolah rendah dulu...boleh pulak tersenyum sorang-sorang bila ingat lagu ni, memang layan...padahal liriknya pendek & simple tapi boleh menggamit nostalgia di zaman sekolah rendah yang dah pun hampir 22tahun ditinggalkan

Yang buat aku tersenyum sebab budak-budak sekolah aku ni suka bikin rosak lagu...lagu elok-elok jadi macam gampang bila kita orang yang nyanyi...tiap kali waktu pertukaran subjek time cikgu tak masuk lagi, ramai-ramai nyanyi lagu yang cikgu muzik dah ajar tapi telah diberi nafas baru...lagu yang slow ditukar jadi laju & merapu, lagu yang fast ditukar jadi slow nak mampus...lagu sekolah & negaraku pun di alter jadi macam lagu makyung & opera cina...jahat sungguh

Mana-mana member yang selalu jadi mangsa buli akan kena kutuk melalui lagu yang telah diubah suai liriknya menjadi ayat kutukkan...sampai menangis-nangis & report kat mak bapak pun ada...pernak jugak satu kelas 35 orang kena rotan secara 'royal rumble' beramai-ramai sebab bising waktu dalam kelas & mengganggu budak kelas sebelah nak belajar

Sepakat membawa berkat "one for all, all for one" itulah prinsip yang di amalkan oleh rakan-rakan sekelas...bila guru disiplin tanya siapa yang mulakan dulu nyanyi lagu yang berunsur ejekkan ni ramai-ramai ngaku satu kelas yang nanyi kecuali budak yang kena kutuklah (memang pun semua nyanyi syok punya pasal)...akhirnya kelas aku kena pindah kat sebelah bilik guru supaya cikgu senang nak bertindak kalau budak-budak buat bising...begitulah ceritanya yang membuatkan aku tersenyum kambing sambil makan ABC (Air Batu Campur)

Tiap-tiap lagu ni ada memorinya...aku saja nak refresh & flashback balik, kalau korang boleh teringat balik memori tu baguslah...tapi maybe ada lagu-lagu yang budak-budak sekolah aku jek yang nyanyi, sekolah lain tak pernah dengar pun...cikgu muzik aku dulu orang Sarawak & dia suka ajar lagu yang pelik-pelik...ada jugak lagu yang standard semua budak-budak sekolah kat Malaysia nyanyi lagu yang sama

So enjoy lah lagu-lagu yang korang suka sambil mainkan kayu tik tok, kastened (tak tahu betul ke tak spellnya, alat muzik yang tekan pakai tapak tangan tu lah), rekorder, & kerincing (sure korang ingat lagi alat-alat muzik kuno ni)

Ais Kacang
Ais kacang, ais ais kacang
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang dipinta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkong
Air gula berwarna...

Campur semua
Enak rasanya
Kegemaran kita semua


Pengakap Muda

Taat pada perintah Tuhan, Raja dan Negara
Membantu tiap masa
Patuh undang-undangnya
Kami ahli Pengakap muda
Buat sehabis baik...


3 Sekawan

Ada seorang kawan namanya Ah Meng,
Dia juga berkawan namanya Muthu, Kami berkawan baik sama sedarjah,
Belajar bersama main bersama,
Hey...hey....hey
Hey...hey....hey 3 sekawan

**3 Sekawan Moostank, Mapart & Damer


Aku Burung Tiong

Aku burung, burung tiong berperi,
Riang di dalam sangkar ku ini,
Suaraku seperti manusia,
Menegur dan bertanya siapa,
Aku burung, burung tiong,
Sungguh pandai berperi,
Aku burung, burung tiong,
Sungguh pandai menyanyi……


Petani Kerja

Lihat jauh nun di sana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuning
Isteri kerjasama
Potong memotong
Membanting padinya
Bercerailah tangkai jerami
Dulu padi ditumbuk dan ditampi
Kini mesin jadi pengganti


Air Terjun

Dari jauh bunyi menderu-deru
Umpama angin yang bertiup kencang
Rupanya air yang terjun tinggi
Melompat-lompat dengan tak berhenti
Lihatlah..cantiknya...
Air terjun namanya
Marilah...kawanku..
Mandi bersama...


Hujan Dah Turun

Tip tap tip tap hujan dah turun
Tip tap tip tap hujan dah turun
Tip tap tip tap baju dah basah
Mari kita ambil payung...payung...payung...payung

**ulang banyak-banyak kali perkataan payung ni selagi cikgu kelas tak masuk, ini antara lagu yang dirosakkan oleh budak kelas aku


Anak Itik Tok Wi

Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam,
Buat apa Tok Wi? Ubat limau lelam,
Sakit apa Tok Wi? Sakit sendi tulang,
Ubat apa Tok Wi? Ubat sengal tulang.

Tong, Tong, Tong, Tong, Pakitong-Kitong
Tong, tong, tong, tong, pakitong-kitong
Alimango, sa dagat
Malaki at masarap
Mahirap
Mahuli sapagkat nangangagat
Tong, tong, tong, tong, pakitong-kitong.

**lagu bahasa tagalog Filipina yang cikgu muzik aku ajar, lagu ni yang selalu dinyanyikan diluar waktu matapelajaran muzik iaitu ketika dalam kelas sehingga menggangu budak kelas yang lain nak belajar, dinyayikan dari tempo perlahan, sederhana & laju secara beramai-ramai)
Klik sini untuk layan video & dengar lagu ni


Sungai

Airmu mengalir dari gunung jauh di sana
Jernih dan sejuknya sungguh indah dipandang mata
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba
Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti
Masa juga kan berlalu tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba
Tak berhenti henti hingga sampai di laut nanti

Petani
Lihat jauh nun di sana tekun petani kerja..
Buah padi masak kuning isteri kerjasama..
Potong memotong membanting padinya
Bercerailah tangkai jerami
Dulu padi ditumbuk inang tampi
Kini mesin jadi pengganti..

Cerita bohong
Hujan panas kupandang awan mega
Warna langit tujuh bercahaya
Orang tua kata ular naga
Mencedok air di dalam telaga
Kalau tunjuk tangan jadi kudung
Rupa-rupanya itu cerita bohong..

**jangan tunjuk pelangi dengan jari nanti tangan jadi kodong...itu pesan ibu

Hari Minggu
Hari minggu yang lalu
Aku rakan dan guru
Bersama sama riang dan bergembira
Berjalan sini sana melawat ibu kota..
Bandaraya kuala lumpur yang terindah
Melawat zoo negara juga ke taman bunga....

Negeri Melaka
Oh negeri melaka permai
Asal mula tempat berniaga
Negeri yang ternama mahsyur dan megah
Di seluruh dunia..
Keindahan alamnya lambang
Lambang negara kedaulatan beraja
Pahlawan hang tuah..
Berlima saudara..
Itulah sejarah negeri melaka..

**Lagu ni best kalau dimainkan guna rekorder...mendayu-dayu

Aku Burung
Aku burung, di dalam sangkar
Hidup terkurung, hatiku susah
Ingin aku terbang bebas
Bersama kawan, tinggi di awan

**definately not 'Burung Aku'


**Kalau ada lagu-lagu lain yang korang nyanyi masa kat sekolah dulu-dulu boleh share sama...nak share 'Lagu Sekolah' pun boleh jugak...lagu sekolah aku ada kat dalam post yang bertajuk "Old School"...mungkin nanti kita boleh kumpulkan kesemua lagu-lagu sekolah yang ada dalam Malaysia ni..."Mari Menyanyi Lagu Sekolah"



*nota kaki berbau :
Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya...walaupun hidup seribu tahun kalau tak.....

03 December 2010

TAIK KARBURETOR



Bila terpandang koleksi kaset lama-lama yang aku beli time zaman sekolah dulu-dulu, teringat pulak cerita di sebalik tu...dalam lagu ada cerita...


'Oppression'

Oppression!
“We walked so proud, we walked so free”
I heard you shout
Do all you want, say all the rage you have inside
Open your eyes, society
See what we got
You think you’re free, you think you’re safe
You know you’re not!

Oppression!
What do you read, what can you see
Between their lines?
What can you do, what can you say
When you’re blind?
Where should we shout, where should we turn
When we see their faults?
Are we so thick, are we so dumb
Just like they want?

Oppression!
We’ll raise our voice (no way!)
We’ll raise our fists (no way!)
Is this your face democracy, conformity?
We’ll criticise (no way!)
We’ll organise (no way!)
Where is our voice, democracy, stability?
What should we see? (nothing!)
What should we think? (nothing!)
Where’s our sight, democracy?
You hide the key!
You’re blinding me!

Oppression!

Cuba layankan lirik lagu dari kumpulan Carburetor Dung ni...kebanyakkan lirik-lirik lagu dari kumpulan ni berkisarkan tentang kepincangan hidup dalam masyarakat, ketidakadilan, ketidakpuashatian, pembodohan rakyat oleh pihak media dan juga warna-warna hidup orang muda di Kuala Lumpur.

Genre muzik yang mereka bawakan adalah dari kategori alternatif muzik iaitu punk rock dan mereka adalah pelopor dalam muzik ini...
Joe Kidd, iaitu salah seorang anggota kumpulan ini merupakan antara perintis awal muzik underground/indie/alternatif di Malaysia...usaha yang dilakukan oleh Joe Kidd banyak memberi impak pada kemunculan indie band yang ada di Malaysia pada masa sekarang ni.

Beliau juga adalah orang kuat dalam rancangan 'Alternatif' di TV3 yang popular pada pertengahan tahun 90an...rancangan ni kalau tak silap waktu ke udaranya ialah pada hari Rabu jam 5 petang...sure ada yang masih ingat lagi rancangan ni...aku memang awal-awal lagi dah terpacak kat depan tv waktu tu sebab masa tahun 90an mana nak cari hiburan yang berbentuk macam ni.

Mana ada internet, kalau ada pun orang kaya yang pakai lagipun slow & lembap...nak tengok sekeping gambar pun jenuh nak tunggu loading satu persatu...youtube lagilah jauh sekali...tapi sekarang klik jek kat youtube macam-macam band yang kita boleh tengok.

Bayangkanlah pada masa tu kumpulan-kumpulan underground boleh muncul di kaca TV3...arwah atok aku yang tengok rancangan tu pun geleng-geleng kepala...kebanyakkannya band-band tempatan tapi aku ingat lagi ada satu episod khas yang cerita tentang kumpulan Nirvana dan vokalisnya Kurt Cobain yang menemui ajal dengan cara membunuh diri.


Kalau sebelum-sebelum ni peminat muzik underground cuma dapat tahu perkembangan band kesayangan mereka melalui majalah jek, tapi bila ada rancangan ni semakin banyak info yang dia orang dapat...tapi ada jugak orang yang tak setuju dengan rancangan ni sebab menjadikan kumpulan underground terjerumus dalam alam muzik mainstream...dia orang mana minat kumpulan muzik arus perdana ni yang hari-hari keluar dalam tv & radio.

Walaubagaimanapun, rancangan ini memang menawarkan satu bentuk hiburan yang lain dari yang lain...sesuailah dengan tajuk rancangannya Alternatif, iaitu satu pilihan atau perubahan kepada muzik yang baru dan lebih segar.

Kedatangan kumpulan Carburetor Dung & band-band yang lain seperti The Pilgrims, OAG, Butterfingers, Apple Green, Dead Mushroom, Subculture dan Spiral Kinetic Circus memang membuatkan jiwa anak-anak muda pada masa tu melonjak-lonjak selepas selama ini hanya dihidangkan dengan lagu-lagu 'rock kapak' semata.

Industri muzik tanah air seakan-akan bernafas kembali setelah sejak sekian lama disogokkan dengan lagu-lagu jiwang...diaorang ni kira macam herolah yang datang menyelamatkan keadaan...barulah anak-anak muda boleh bernafas sedikit taklah layan band-band rock kapak sahaja...band-band luar negara memang banyak tapi mereka mahukan band tempatan 'support our underground scene'


Masa umur awal remaja iaitu antara 13-18 tahun memang tengah sibuk cari identiti sendiri, salah satu caranya ialah melalui muzik...yang paling menarik minat ialah muzik-muzik underground...apa-apa group asal underground semua layan tak kesahlah black metal, white metal, heavy, punk rock semua main belasah jek...yang paling aku tak boleh lupa bila layan lagu kumpulan Darkthrone album 'A Blaze In The Northern Sky' yang aku pinjam dari member sekolah.

Sesuai dengan tajuknya 'A Blaze' sebab lagunya pun macam iblis lakhanat...suara terjerit-jerit dengan muzik seakan-akan keluar dari neraka...mak aku yang dengar pun naik pening & suruh aku stop dari terus mainkan lagu tu pada corong mini compo...masa tu tak tahu lagi apa benda yang dinyanyikan, tapi bila tengok balik lirik ada yang macam nak memuja syaitan & semangat-semangat jahat terus stop tak mahu dengar lagi dah...imej pun dah macam setan dengan salib terbaliknya (anti-christ)...bahaya boleh merosakkan akidah.


Jiwa time remaja ni kan asyik nak memberontak jadi tu yang layan lagu-lagu macam ni sampai terbawak-bawak dalam kehidupan...yang paling best masa sekolah dulu siap main conteng-conteng muka ala-ala black metal (tengoklah contoh macam dalam gambar tu)...hari tu kebetulan ada exam paper 'Pendidikan Lukisan'...apa lagi stok water colour jenama 'Buncho' pun banyak...artis yang pandai melukis pun ramai, maka terjadilah peristiwa menconteng muka.

Portnya pulak dalam surau sekolah...memang dajjal buat kerja setan dalam surau tempat orang beribadat...yang tak bestnya boleh kantoi pulak dengan seorang cikgu waktu dia datang surau nak solat Asar...kantoi dengan muka masing-masing yang macam hantu setan iblis...tapi tak semua yang kantoi on the spot, mana yang pandai berpura-puralah konon-kononnya tengah solat, sujud punyalah lama semata-mata nak cover muka yang macam hantu.

Tapi si cikgu bukannya bodoh, sembahyang apa yang sujud lama sangat tu...nak kata solat hajat mana ada solat sunat lagi selepas dari waktu Asar...last-last kantoi jugak beramai-ramai...apa lagi lepas sorang-sorang kena bantai kena pulak brainwash yang mengalahkan khutbah Jumaat, dengan keadaan muka sorang-sorang yang dah macam hantu kubur.

Bila dah dengar muzik yang ganas-ganas ni perangai pun jadi macam buragas...habis kerusi meja sekolah yang dipecahkan...inilah kuasa atau pengaruh muzik yang ganas-ganas ni memang banyak mempengaruhi kelakuan manusia...pantang tengok meja elok sikit mesti nak dipecahkan tanpa sebarang motif, saja nak memberontak...nasib baik sekolah sekarang banyak yang meja plastik.

Ingat, kalau ada anak nanti jangan bagi dia orang dengar lagu-lagu macam ni...bagi dengar lagu nasyid jek barulah jadi anak yang soleh...kalau bagi dengar lagu dangdut nanti takut jadi GRO atau ratu@raja gelek pulak...tapi, tak semestinya kalau dengar lagu nasyid anak boleh jadi baik.

Akhir sekali terimalah lagu 'Boo Hoo Clapping' dari kumpulan 'Taik Karburetor' atau dalam bahasa omputehnya Carburetor Dung...lagu yang best dan penuh bertenaga untuk dinyanyikan secara beramai-ramai sambil melompat-lompat...



Boo Hoo Clapping Song

I walk alone, I’m lonely
Why should we hear your problems?
I sit at home, I’m crying
Don’t wanna know, we don’t care
My baby’s gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!

And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don’t care, now you don’t feel
So many friends, now where they’ll be?
Now you tell me…



*nota kaki berbau :
Suka makan taik minyak & taik itik...benci bau taik kucing & taik tikus...anti orang yang suka buat taik

THE BEST FRIEND IN THE WORLD




"Best Friend"
Kiroro

Mou daijoubu shinpai nai to nakisou na watashi no soba de
itsumo kawaranai egao de sasayaite kureta
mada mada mada yareru yo datte itsu demo kagayaiteru
toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Konna ni takusan no shiawase kanjiru toki wa shunkan de
koko ni iru subete no nakama kara saikou no purezento
mada mada mada yareru yo datte itsu demo minna soba ni iru
kitto ima koko de yari togerareru koto sonna koto mo chikara nikawaru
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
minna no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best Friend

Zutto zutto zutto Best Friend


I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry
You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

These plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength
(change to strength)
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Always always always my Best Friend


*nota kaki berbau :
kawansampaimampuso...sampaimamposkawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...