" Andrean "
School Rally
Sons of Saint Andrew a voice is resounding
Promptly respond to your duty's sweet call
Hearken each one for the trumpet is sounding
Your Rally's proclaiming Her watchwords to All!
Forward Her children dear, ever with hearts sincere
Render with joy to your Mater Her due!
All that is vile reject, Heaven will e'er protect
Sons of St. Andrew, valiant and true
Promptly respond to your duty's sweet call
Hearken each one for the trumpet is sounding
Your Rally's proclaiming Her watchwords to All!
Forward Her children dear, ever with hearts sincere
Render with joy to your Mater Her due!
All that is vile reject, Heaven will e'er protect
Sons of St. Andrew, valiant and true
Lagu ni lah yang akan dinyanyikan oleh budak-budak Sekolah Menengah Kebangsaan St. Andrew (SAS) St. andrew School pada setiap pagi atau semasa perhimpunan sekolah
Baru-baru belajar nyanyi lagu ni agak tergeliat gak lidah nak menyebut patah-patah perkataan tu...bila tanya apa maksud lagu tu lagilah haram pun tak tahu
Dia punya grammar & pronunciation lagilah ke laut...asal ada bunyi jek cukup...kalau tak bukak mulut nyanyi nanti pengawas usha amik nama kena pulak nyanyi sorang-sorang kat atas pentas tu...lagilah glamer
'Fotiter In Re'? Apa tu?
Ini motto sekolah, tapi dalam bahasa omputeh dalam bahasa melayunya bermaksud 'Tegas Dalam Tindakan'...tegas lah sangat
Sekolah ni sebenarnya sekolah missionary atau mubaligh kristian...dulu orang ingat kalau hantar anak-anak masuk sekolah omputeh ni takut nanti terpengaruh dengan ajaran agama kristian, tapi sekarang tak lagi
Kelebihan hantar anak-anak masuk sekolah macam ni ialah kebanyakkan studentnya memang speaking time berbual kat dalam kelas & memang penggunaan bahasa inggeris ditekankan dalam sekolah
Biasanya time kat sekolah rendah dulu, tiap-tiap minggu ada public speaking sorang-sorang student berdiri atas pentas berucap ikut turn sambil didengari oleh cikgu & kawan-kawan
So, bolehlah improve English sikit-sikit walaupun tak dapat nak speaking berhabuk, at lease kalau campak kat London still boleh hidup & speaking London
Sekolah ni pun agak tersisih dari sekolah bantuan penuh kerajaan yang lain sebab sekolah ni bukan full support by goverment...contohnya; kalau mintak bantuan RM 10k kerajaan cuma bagi 5k jek...jadilah daripada tak ada
Oleh itu, untuk support income sekolah terpaksalah mintak macam-macam derma kat murid-murid...kadang-kadang buat charity annual dinner untuk penuhkan tabung sekolah
Tapi sekali masuk income dashyat gak coz alumni (old boys) sekolah ni banyak yang tokey kaya-kaya & tak lokek bagi derma...sekali sponsor takde ratus-ratus semua ribu-ribu
All Boys School?
Yup...sekolah ni semuanya lelaki...kalau ada pompuan pun cuma cikgu & tukang cuci toilet jek...bila dah laki-laki semua macam-macam perangai yang ada
Ada yang suka kencing kat dalam kelas & yang paling gempak sekali berak kat atas tangga dewan...time perhimpunan cikgu-cikgu yang duk atas dewan tu terpaksalah tutup idung menahan bau busuk taik...tak taulah sape punya perangai
Bila ada student pompuan yang datang sekolah buat lawatan or ada apa-apa event masing-masing sibuklah nak ke toilet sikat rambut bagi nampak macho...bergilir-gilir keluar pergi toilet basahkan rambut bagi nampak sexy lah kononnya
Bila lalu jek budak pompuan kat sebelah kelas semua kecoh tak peduli pun cikgu yang dok mengajar kat depan tu sampai cikgu terpaksa tutup pintu...mengajarlah dia macam dalam penjara pintu & tingkap semua tutup
Sekolah St. Andrew dengan Sekolah Convent Muar kira macam ganglah...persamaannya sekolah Convent semua girls & sekolah mission gak...dulu kedua-dua sekolah ni memang top rankinglah dalam result peperiksaan UPSR, SRP@PMR & SPM
Tempat pertama & kedua tak lain tak bukan antara kedua sekolah ni...tiap-tiap tahun bersaing kiranya macam persaingan gender antara laki-laki & perempuan...tapi pompuan yang selalu menang rasanya
Biasa cikgu praktikal or cikgu-cikgu perempuan yang baru mula kerja & takde pengalaman memang tak tahan mengajar kat sekolah St. Andrew ni...jadi bahan buli para pelajar sampai menangis-nangis...standardlah student lelaki kuat melawan cakap cikgu
Ustazah pun tak terkecuali kena buli sama...student memang tunggu-tunggu kalau ustazah yang datang mengajar...tapi bila ustad yang mengajar ramai yang makan pelempang & penerajang ustad
Gaduh tu standardlah kat mana-mana sekolah pun lebih-lebih lagi bila sekolah semua lelaki...kalau tak setel kat dalam sekolah sambung pulak gaduh sampai kat luar sekolah sampai melibatkan kes polis pun ada
Start dari darjah 1 sampailah tingkatan 5 di sinilah aku menimba ilmu yang bermanfaat & juga yang tak bermanfaat
Sekolah rendah dengan sekolah menengah sebelah menyebelah jek tak jauh mana pun..hanya dipisahkan oleh padang kat tengah-tengah tu
Shoot yang menarik, gambaran keseluruhan SMK St. Andrew Muar yang terletak di jalan Hashim
Dulu, aku pernah kena lari keliling padang sampai 5 round time tengah hari buta...bukannya sebab latihan sukan tapi sebab tak buat kerja sekolah subjek matematik tambahan
Tapi bukan aku sorang jek ramai lagi member yang lain kena berlari sama...tapi nasib malang sangat hari tu ingatkan habis lari dah setel hukuman, tapi si guru disiplin pulak nampak kita orang tengah berlari, apalagi dia pun panggil & tanya
"Kenapa tetiba berlari panas-panas buta ni! buang tebiat ker?"
Penat berlari pun tak habis lagi, kolar baju sekolah yang putih tu pun dah nampak berdaki...nak kena jawab pulak soalan yang macam memerli tu...takde siapa yang berani jawab & tak sempat jawab pun jawapan tu dah diberi oleh si guru matematik tambahan yang denda kita orang berlari tadi
Ingatkan si guru disiplin nak backup kita orang sebab tengok muka dia macam simpati dengan nasib kami, tapi ternyata ramalanku tak benar belaka dia pulak tambah rotan 3 stroke kat depan pejabat...ambik kau berbirat bontot kena penangan sebatan si guru disiplin yang tak berhati perut tu
Bukan satu dan juga dua tapi 3 sebatan dah rasa macam buat jenayah merogol pulak padahal cuma tak buat kerja sekolah jek...pastu kena pukul pulak kat depan pejabat...kena tonggeng sambil pegang bangku dan diperhatikan oleh orang yang lalu lalang kat situ...malu seh
Ada jugak member yang macam nak mengalir air mata menahankan rasa pedih yang tak tertanggung di punggung masing-masing...si penyebat pulak angkat rotan bukan main tinggi lagi macam pernah kerja jadi jurusebat kat penjara pulak
Tapi pada aku yang paling sakit sebatan yang pertama tu, yang kedua & ketiga dah macam kebas tak rasa sangat...mana yang pakai seluar tebal time tu dapatlah perlindungan sikit & tak terasa sangat...tapi dalam pada tu ada pulak yang tak pakai seluar dalam pergi sekolah hari tu
Apalagi dengar bunyi pun dah tau...orang lain semua bunyi sekata & sama jek tapi bila turn dia bunyi macam takde lapik "berlepek" bunyinya...memanglah sakitnya berdouble-double tak terperi sampai kuar air mata member tu
Aku sempat gak selitkan sapu tangan kat punggung, so taklah sakit sangat bila kena sebat...taktik ni memang aku dah gunakan sejak dari bangku sekolah rendah lagi & setakat ni ternyata berhasil
Itulah fungsi sapu tangan selain daripada untuk mengelap peluh dan mulut ia juga boleh protect punggung kita di masa kecemasan...mujur si cikgu disiplin tak perasan
"Kau jangan bergerak-gerak kang tersiat kulit bontot ko nanti" herdik cikgu S****e
Dengar dia cakap camtu lagilah menimbulkan rasa gerun...tengok muka dia jek student dah cuak memang sadis no mercy lah orang kata...tapi elok gak dah nama dia pun cikgu disiplin takkkan nak lembik-lembik nanti kena pijak kepala
Agaknya macam mana perasaan orang yang kena hukuman 15 sebatan akibat merogol?
Padang dimana segala aktiviti sukan dijalankan...dulu SMK St. Andrew Muar terkenal dengan kehebatannnya dalam permainan hoki...ramailah jaguh-jaguh hoki yang lahir dari sekolah ni
Tapi bila player terer sikit jek, sekolah projek sukan hoki iaitu High School Muar akan pancing student untuk tukar ke sekolah mereka...star-star hoki biasa akan lari ke sekolah tu coz masa depan lagi cerah untuk wakil negeri or negara
Coach hoki sekolah iaitu En. Zainal yang memang otai sukan hoki manakala sekolah rendah pulak dilatih oleh Mr. Puran Singh juga sama-sama otai yang banyak melatih skill-skill pemain hoki sekolah
Itu sukan hoki lain pulak ceritanya dengan sukan bolasepak...sekolah ni adalah antara pasukan belasahan sekolah-sekolah yang lain...bukannya sebab kaki bangku tapi ramai star-star yang tak pernah training tapi tetiba main jek untuk wakil sekolah
Training tak sampai berapa kali terus masuk match memanglah bungkus
Lagipun selalu berebut nak guna padang dengan team hoki sekolah...team bola memang selalu disisihhkan...tapi memang tak bagus sangat pun team bolasepak sekolah
Aku pun join gak tapi selalunya kalah...ada gak menang tapi tak pergi jauhlah kalau lepas pusingan pertama tu dah kira bonus...selalunya kena belasah sampai 10-0 pun ada...haha keeper bolos...coachnya Cikgu Onn & Cikgu Kamaruddin yang sempoi
Time Pendidikan Jasmani (PJ) yang paling best & ditunggu-tunggu oleh student...kalau tak dapat PJ boleh jadi mengamuk budak-budak...pantang ada masa relief pun nak PJ gak
Kalau tak dapat PJ menjeritlah ramai-ramai "PJ! PJ! PJ!" berulang-ulang kali sampai cikgu yang jaga relief tak tahan & bagi jek student keluar kelas & lepak kat padang
Semua sebab giler nak main bola...kadang-kadang dengan baju sekolah bantai jek main bola tak payah salin baju untuk bersukan lagi...yang best satu kelas semua turun tak kesah yang kaki bangku pun main gak
Tapi sianlah yang kaki bangku biasanya jadi mangsa kena rembat dengan bola...kadang-kadang lawan antara kelas-kelas tu yang jadi bersemangat...kelas aku kira teror gak walaupun tak ramai star tapi selalu gak menang
Time sekolah rendah dulu popular dengan permainan 'bola cop'...bola tennis yang direndam dalam longkang kemudian dibaling pada badan or kepala member-member...passing passinglah bola tu & baling kat orang yang kita rasa nak baling...habis bercop batiklah baju putih sekolah tu
Permainan 'polis sentri' pun popular gak tapi bila dah jadi tak terkawal cikgu sekolah terpaksa haramkan permainan tu
Mana taknya, yang jadi polis cuma 30 orang yang selebihnya jadi orang jahat...bila balai polis kena serbu dengan orang jahat sebab nak lepaskan member-member yang dah kena tangkap, terjadilah keganasan sampai tiap kali main mesti bergaduh & tercedera
Ini ialah kantin sekolah menengah...memang old timer punya fesyen dengan bangku kayunya...tapi yang jual kat sini banyak chinese food & owner dia pun chinese
So, aku & rakan-rakan yang beragama Islam agak ragu-ragu nak makan kat sini...ada jual makanan yang orang Melayu buat tapi tak banyak kalau datang lambat memang dah soldout lah...benda tu sedap yang bukan Melayu pun beli gak makanan tu...lagilah cepat habis
Time rehat biasanya terpaksalah aku merantau ke kantin sekolah rendah menyibuk kat sana beli makanan yang tak meragukan atau halalan toyyiba...suci lagi bersih
Cikgu-cikgu kat sekolah rendah ada gak sound bila tengok yang beratur nak beli makanan semua tinggi-tinggi (budak sekolah menengah) yang ketot-ketot (budak sekolah rendah) semua kat belakang...padahal tu kantin dieorang, tapi dieorang yang tak dapat makan
Tapi kiteorang bedal gak makan kat situ...kalau makan benda yang tak terjamin halal kat kantin sekolah menengah tu siapa yang nak tanggung?
Kak Ros, owner kantin tu memang popularlah sebab time rehat orang akan panggil nama dia berebut-rebut order nasi ayam dia...samapai ada yang nasi tertumpah ke baju...masakkan dia pun boleh tahan best hingga menjilat jari
Rumah pengakap...tapi aku tak join sangat pengakap ni cuma time sekolah rendah jek...sekolah menengah aku join kadet bomba
Yang bengangnya cuma aku sorang yang kandas amik exam ujian asas bomba kat balai bomba, member-member yang lain semua lepas tak tau apa yang silapnya...tu yang buat aku malas nak join badan beruniform ni
Masa aku form five, nama aku takde dalam senarai nama ahli rumah sukan...sebelum tu aku ahli rumah merah...enjoylah aku tak pergi latihan sukan pun tak kena ambil tindakan sebab nama aku takde dalam mana-mana rumah sukan either rumah merah, putih, hijau or biru...sukati aku nak pilih kaler apa pun...team yang kuat aku sokonglah
Tingkat atas tu aku punya kelas...yang bawah tu dulu dewan sekolah tapi sebab tak cukup kelas terpaksa di buat kelas kat bawah tu...sekolah ni kecik jek
Makmal tempat aku melakukan pelbagai eksperimen masa mata pelajaran kimia, biologi dan juga fizik...time amali yang paling aku suka sekali coz aku & the gang suka wat amali yang diluar dari sukatan matapelajaran...hampir-hampir jek meletup lab tu
Teringat pada Cikgu Gan yang ajar matapelajaran Kimia yang pelat bila sebut perkataan 'Z' jadi 'J' contoh; 'zink oksida' jadi 'jink oksida'...'azuan' jadi 'ajuan'...mesti hafal ni (jadual berkala)
Ini Sekolah Rendah Kebangsaan St. Andrew...dari darjah 1 sampai tahun 6 aku belajar kat sini...sekolah oldies fesyen lama...aku ingat lagi nama encik guru besar Mr. Wan Nyin Sen...entah hidup lagi ke tidak dia tu
Entrance masuk ke sekolah...siapa yang datang sekolah lambat terpaksalah tunggu kat luar ni dulu, kena tahan dengan pengawas yang dok tercegat kat depan tu menunggu mangsa
Bergambar bersama classmate tahun 3 Biru...dari darjah 1 sampai darjah 6 aku stay kelas biru...kelas biru tu konon-kononnya kelas elit...padahal tak pandai mana pun UPSR terlangkup gak
Tapi batch aku cipta rekod sekolah pada masa tu paling ramai student yang dapat straight A untuk UPSR...siap masuk paper lagi
Guru Besar pun belanja semua student makan aiskrim...aku yang tak dapat A penuh pun dapat gak merasa sentimental value aiskrim tu...satu peti aiskrim yang dieorang beli...makanlah banyak mana pun
Budak-budak tahun 6 time jamuan perpisahan...last day sebelum melangkah ke sekolah menengah
Tingkatan 1 Hijau bergambar bersama-sama guru kelas Mr. Benedict@Ben...trademark guru kelas aku ni dia kalo cakap ending ayat mesti ada 'nya'...contohnya;
"Kamunya kenapanya datang lambatnya?"
"Saya tak fahamlah, kenapa kamunya mahu mencerai-ceraikannya?" berapa banyak nya daa...
Teringak gak pada bendahari kelas yang suka korek hidung & makan...time nak mintak duit kelas fund style macam along
"Wei! bila mau bayar?" "Sudah hantar! sudah bayar!"
*nota kaki berbau :
Saya sekolah pondok ajer...
11 KOMEN:
Saya tengok gambar sekolah st andrew dan cerita you, saya ingat kita dalam tahun yang sama. Saya darjah satu tahun 1983 sampai darjah enam tahun 1988. Dulu saya darjah satu kuning sampai darjah enam pun kuning juga. Saya Haffian Mahalim OKU pertama sekolah st andrew. Kalau kita sama tahun mesti kenal saya. Sekarang saya bekerja di Penang di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Kalau kenal saya tolong contact saya menerusi phone atau email. TEl: 0124889985, haffian@penangport.gov.my
storm_buyut@yahoo.com
www.myhelangblog.blogspot.com
facebook: Haffian Mahalim
Saya tengah cari kawan sekolah rendah juga menengah. Awak punya cerita memang sempoi teringat masa sekolah dulu.
Saya tengok gambar sekolah st andrew dan cerita you, saya ingat kita dalam tahun yang sama. Saya darjah satu tahun 1983 sampai darjah enam tahun 1988. Dulu saya darjah satu kuning sampai darjah enam pun kuning juga. Saya Haffian Mahalim OKU pertama sekolah st andrew. Kalau kita sama tahun mesti kenal saya. Sekarang saya bekerja di Penang di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Kalau kenal saya tolong contact saya menerusi phone atau email. TEl: 0124889985, haffian@penangport.gov.my
storm_buyut@yahoo.com
www.myhelangblog.blogspot.com
facebook: Haffian Mahalim
Saya tengah cari kawan sekolah rendah juga menengah. Awak punya cerita memang sempoi teringat masa sekolah dulu.
@Adik Ecin...oic tqvm...tahun 1988 i baru masuk darjah 1 Biru...xsmpt kita nk jumpa...anyway welcome andrean...thanx sudi baca
Kalau gitu, sorrylah tapi cikgu-cikgu yang dalam gambar tu ada lagi tak, macam cikgu sheikh omar, cikgu wahibah dan cikgu ben, kalau ada teringin saya nak jumpa mereka just nak say hi dan bertanya khabar saja. Dulu cikgu sheikh omar tu cikgu kelas saya, baik tapi tegas. Dalam blog awak, awak cakap sekolah st andrew pentingkan bahasa Inggeris(BI), ya betul tu, sebab sekolah st andrew jugalah saya boleh bertutur BI dalam usia 10 tahun iaitu darjah 4, sebab kawan baik saya berbangsa cina pada waktu itu, lagi pun separuh dari kelas saya waktu itu semuanya cina jadi nak tak nak kena kuasai BI kalau tak macam kera masuk kampung lah jadinya. Saya bangga menjadi andrean kerananya saya mahir dalam BI. Lagi pun saya sering ke luar negara sebab urusan kerja jadi nak tak nak kena juga kuasai BI. Kalau ada apa-apa perkembangan sekolah jangan lupa bagi tau ye... Thanks
cikgu sheikh omar pun dulu pnh jd ckgu kelas sy dia ajr subjek alam & manusia...cikgu wahibah ustazah ajar agama kan? cikgu ben ajar english...semua cikgu2 otai tu...xtaulh pkembangan diaorg...of course diaorg semua dah berumur xtau sihat lg or tak...nak tau pkmbgn andrean just join group FB ni sure jmpa rmi kwn2...
http://www.facebook.com/group.php?gid=18524183128
sori nak tanya u OKU apa ek? actually i byk involved dgn OKU person especially deaf student...im sign language interpreter...dulu aktif jugak join OKU event kat kl
Terima kasih sebab reply saya punya blog dan bagi alamat facebook andrean, oku tu orang kelainan upaya(cacat) actually saya ada kecacatan minor saja tapi still kena daftar oku. Saya tak join pun persatuan oku sebab saya rasa tak perlu cuma saya cuba juga bela nasib mereka terutamanya mereka yang mengalami kecacatan mejor seperti spastik, down sindrom dan lain-lain. Mereka ini harus dibela sebab oku pun manusia juga, mereka tidak boleh disisihkan. Walaupun saya dianggap sebagai oku yang berjaya tapi saya harus juga buat sesuatu untuk membela golongan ini. Saya oku pertama masuk Sekolah St Andrew, oku pertama masuk Uniten, oku pertama jadi pegawai di tempat kerja saya, bukan nak berlagak tapi disebalik kejayaan ini ada cerita pahit manis disebaliknya. Bukan senang nak bersaing dengan golongan normal, walaupun ada ijazah dan dapat pointer tinggi pun belum tentu golongan oku boleh dapat kerja sebab kebanyakkan majikan di Malaysia tak percaya golongan ini boleh buat kerja dengan baik. Kenbanyakkan golongan cerdik pandai dunia juga terdiri dari golongan oku contohnya Albert Einstein(Autism Sprangler), Isaac Newton lahir tak cukup bulan dan banyak lagi, di Malaysia pakar ekonomi negara juga adalah seorang yang buta. Saya gunakan blog saya untuk cuba sedarkan masyarakat agar memberi peluang kepada golongan ini supaya tidak disisihkan sebab pada saya hidup kita tak lama jadi kalau boleh berbakti kita cubalah berbakti agar jasa kita boleh dikenang juga nanti.
salam.. pertama sekali sy nak ucapkan terima kasih x terhingga pada owner blog ni. betul2 menggamit kenangan bila baca blog ni, rasa sedih pun ada.apatah lagi bila lihat gmbar2 kt dalam ni.sy slh seorg bekas pelajar sek ni dr sek rendah hingga ke menengah wlupun hya ke tingkatan 3 sy beralih ke sek men teknik muar, x seperti sek yg lain, st andrew ni la paling byk kenangan yg x boleh sy lupakan hingga skrg,x lupa kawan2 dan cikgu sentiasa dlm memori. jd sedih pula..10tahun da pun berlalu. sy doakan pd siapa sja yg pernah belajar dan berkhidmat di sek ni semoga sukses selalu dan brjaya menempuhi khidupan.. amin amin amin.. -fadzli-
ini acha kan
ini acha kan
Betul2 menggamit kenangan.... bila tengok gambo kelas... aku ingat arwah farhan jer sebab rapat dengan arwah... aku sekolah rendah jer kat situ 1987 sampai 1992
Tu gambar kelas tahun berapa eh bro. Cos Im at back row (standing) Second from left. Halim Ismail. I remembered I took the Penilain (darah 5) 1985. I was in 5 Merah that time under Mr Kamsano Padikon.
Than in my final year (Darjah 6) I was transferred to 6 Biru or Hijau I can't recalled. At the same year we lost a classmate whom was the nephew to Cikgu Wahibah due to accident. I do remember Mr Sheik Omar. Mrs Lim Mr Hamzah. And a few that I can't remember the name. But for sure I was in the same class as the Principal son in 1986.
Post a Comment